
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar" (Baqarah:155)
11 Dis 2010
La Tansa Ni Abadan..

4 Dis 2010
berhijrah sekalipun sukar

Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'
(Ali ‘Imran:103)
2 Dis 2010
"kenapa tak rogol saya"
Hilmi Halim
Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
> buat para muslimah sekalian..jgn takut nak pi blok depan..nak kuar malam sorang 2kalu menuntut perihal amal islami..yakin..yakin Allah melindungi kita. tingkatkan amal.tingkatkan mujahadah..muraqabah..hidup untuk islam :D (^_^)V
29 Nov 2010
terima kasih puan


22 Nov 2010
namanya sebuah kehidupan...

Alluakhbar3x.. rasa lega yang amat.seolah2 dah abis exam rasanya. inilah penangan analisis data penyelidikan. kembali melihat2 sedikit sebanyak nota etnografi .Terlalu lambat pula masa berlalu. sedikit rasa terttekan dengan ujian yang tidak seberapa ini. lemah sangat sebagai manusia biasa yang mempunyai rasa hati dan perasaan.
ada yang terasa..
Entahlah,puas difikirkan dimana silapnya.sebelum ni hubungan okey je selalu berhubung berkaitan kerja yang telah diamanahkan. akhir2 ini genap hampir 3minggu,mesej tak terbalas,telefon xdiangkat. apa sebenarnya agak2 yang berlaku?risau juga bila kesilapan yang dibuat tidak diketahui atau tak disedari. puas sudah muhasabah dan risik-risik kembali namun buntu. tika ini,padaMU ya Rabbi,andai berlaku suatu fitnah,sis berlindung hanya dengan namaMU yang maha pengasih lagi maha menyayang. sungguh,tidak diketahui akan asbabnya.
penat akan hilang..kebaikan akan kekal..
mendapat taklifan lagi dari pengarah2 program la Tansa. kem untuk anak2 miskin pahang dihazafkan dan diganti dengan kem pemurnian akhlak. untuk remaja belasan tahun yang rosak akhlaknya. agak mencabar tugasan kali ni. dalam musim exam ni,harap2nya mampu membuat sebaik mungkin. hanya memerlukan fasi muslimat.min xnak..huhu. suka sangat tok guru. tapi harusnya dia ada.mungkin kekuatan bagi kami yang lemah dalam bidang ini. moga2 tok guru sentiasa terbuka untuk membantu sahabat2nya.amin. kertas kerja baru kena buat.modul harus dicari. mohon2la pada sesiapa yang ada modul.harap2 kongsilah ye. dalam fikiran ini hanya seorang insan dapat membantu "puan hafiah" huhu.. lurve u puan..tunggu kedatangan saya..
seperti malaikat.
musim zuhud dan tawadduk kembali lagi. waktu2 exam ni lah betapa ramainya mahasiswa sangat meletakkan pergantungan dengan Allah s.w.t. isyak tadi disaodah hampir 3 soff. mcm terawikh. penuh dan bercahaya surau-surau dikampus ini. dihabibah tidak berkecuali. cuma masalah elektriknya memcabar cket keimanan.tidak kurang juga muka2 yang xpernah jejak surau pon buat surau sebagai tempat study rasmi. pernah ust syafie ,pensyarah disini menegur beberapa pelajar yang tak pernah ust lihat disurau tetapi asyik sekali study pada waktu petang tersebut. ditanya pada pelajar tebabit, kenapa study surau? jawabnya untuk cari ketengan. terus tornado dan bahan kimia paling berbahaya ust sembuq. "oo..bab solat kalu sembahyang kat bilik dan xtenang xpe pulak" begitulah ragam2. ramai juga persis malaikat. jalan tunduk je.jaga pandaNgan mata. kalu kat libry tu. duduk statik je. xpandang dah kiri kanan. tak kurang juga menerima mesej dari sahabat rakan dan taulan. kalah mesej hari raya. "memohon maaf jika ada khilaf.bitaufiq wannajah" dan banyak lagi lah. ibaratnya,xmungkinlah ada yang nak buat jahat. sebolehnya.hoohooo..sis pon lebih kurang je.. :D
PERISTIWA SUBUH
huhu..semanagtlah bangun study kul5 nak turun surau untuk berjemaah subuh n study kat surau skali. sebab bilik berhantu ataupon tuannya hantu.xbleh nampak katil.bantal. rasa tenaga terus hilang. penyakit yang sangat berbahaya. Alkisahnya disurau. sedang asyik mendengar azan n masuk ke dalam surau yang tabirnya dicuri oleh mak lampir..hua2.. mane xgeramnya.tiba2 tabir hilang.tensen tol nak beramal ibadat.ada je halangan. dengan tiada tabir tersebut nampaklah imam n makmumnya.. hanya sis dan iman serta 6 bersama cicak(ust azhar idrus punya ayt). huishhh..xboleh jadi ni. xkan berdua kowt. gelabah juga imam tersebut lepas azan hanya melihat kami berdua. dalam agak2 ragu nak keluar dari surau tetiba blackout. alamak.,,,,.!!!!! bleh tangkap khalwat ni..gelap.berdua dalam surau..terus mencari pintu keluar dan berdiri diluar surau dengan nada tersekat2. huh!sangat bahaya. imam tersebut juga keluar ke hadapan.sampailah ada 2orang makmun perempuan datang,barulah kami masuk balik.abis segala tingkap sis buka.ganjarannya dapatlah sebakul nyamuk.ho2.
nyawa dihujung tanduk
2hari ini masa asyik berpinar2 melihat angka ,spss,nvivo..dan pelbagai data lain dalam analisis. alhamdulillah soalan agak senang dan nak jawab agak payah. hurm. nak kata puas hati tak la sangat.cuma lega cket. terasa ringan kepala ni. mendapat pula berita terplih dengan kem anjuran hepa. tension sungguh.. macam ne nak balik dari pahang ke sini. dah la sesi petama tu. ada2 je hepa ni. rasa nak bom jugak.
pautan longgar..
hum..akhir2 ini banyak yang dah berubah..perihal JG. hurm.. kebelakangan ini, asyik mengulang ceramah ust tuan ibarahim tuan man, bertajuk hakikat perjuangan. menitis air mata bila mengimbas kembali perjalanan perjuangan yang tak seberapa ini. masalah peribadi melenyapkan segala. adakah ini tapisan dari allah dalam lingkungan ansorullah. bak kata ust tuan, ujian yang allah timpa pelbagai untuk hambanya yang berjuang dijalannya,adalah sebagai tapisan dalam perjuangan ini. terkontang kanting tanpa sebarang skop. diikutkan rasa hati..matilah.. makin lama bertapak disini..makin berlumpur.. pautan makin rapuh. ramai yang berjalan mara ke hadapan meninggalkan yang seakan tergelincir. nampak lurus dan teguh berdiri. tetapi teguhnya sudah goyah dan makin mara ke tebing.. allahurabbi.. jangan diuji dengan perkara yang tak tertanggung hambaMu ini lalui. katanya murabbi yg sanagat dikagumi ini. WALA' adalah terima sebarang keputusan dalam keadaan kita tak suka. cukup payah.payah cukup2. kalu suka xperlu la wala'. setiap perkara ada hikmah.mungkin kerehatan ini sebagai muhasabah hambanya dalam merenung kembali setiap amal yg telah dilakukan . adakah debu bertebangan?emm.payahnya tuan puan..namun itulah asas dalam ummah.
seadanya..
susah juga ye bila banyak berdiam diri.kena fitnah sana sini. masih berdiam.langsung tidak buka pekung didada. adakah diam bermaksud salah?lemah? rasanya itu lebih baik dari bercakap sana sini dan menambah2 dosa yang allah nak bagi pahala. sakit juga bila berlaku sesuatu peristiwa berkait dengan kehidupan,akibatnya segalanya telah berubah 100%. hilang sudah samada ats dasar ukhwah..perjuangan..semua tak bermakna. bimbang juga sebenarnya jika dinilai oleh orang lain. sekarang ni banyak sanagat berlalu fenomena menilai insan " orang tak berapa suka ke dia.." "dia tak kuat lagi tu.." "saya tak berkenan sangat ngan perangai dia" .. hurm..pandnagan manusia ni sangat berbisa.. terasa insaf pula.hu2..selama ni pernah juga asyik memberi komen je tentang orang lain. dah berazam dah tak nak dah cara hal rumahtangga jiran blog n kelas. tegur bila kemaksiatan berlaku. hal2 remeh..biarkanlah.. xsemua perkara baik orang suka.. mengharapkan keadaan akan seadanya akan kembali normal. terlalu merindui ketenangan dan semangat kebahgiaan. warnai kehidupan orang lain dengan hadirnya kita.. alangkah!!! jika dia tahu kita dah selesai perkara yang lepas. erm..namun itula manusia.susahnya nak dibawa berbincang.jarang fikir perasan orang lain.. the END.
STUDY..STUDY...STUDY..FOKUS2... hset xbw. sis ada kat libry..hokey..pandai2 la cari..huk2..
16 Nov 2010
~salam pengorbanan~

Libry unisza 3.00 pm
Salam aid adha..
Semangat pengorbanan diletakkan sebagai wadah menyambut hari raya yang begitu besar maknanya bagi umat islam. Namun dianggap sebagai biasa2 bagi yang tidak menghayati ertinya.sejarahnya.
Mungkin situasi kampus sekarang ni..musim jiwa tertekan. Tidur bangun dengan buku sahaja.kalu bleh makan mandi pon nak bawa buku. Senang citer,ust kata “rebus aje buku tu n minum” setle. Hurmm. Berada di libry yang membuatkan pekerja2 libry sudah jemu menatap muka ni yang asyik ke sana ke mari.xduk diam. Cari buku,pegi lab. Dari kul9pagi sampai jam5.30 petang selama seminggu. Ermm.begitu la normalnya seorang student. Semalam yang sangat bahagia,pertama kali dalam seminggu ni berjaya meneliti satu persatu subjek yg bakal memenggal kepala ni dalam exam..
Ni subjek analisis data penyelidikan.first sekali yang akan exam



Sangat menekan jiwa..tetapi kira2 ni la yang mampu “syok sendiri” ngan subject.. cara nak menganalisis data samada dalam bentuk kualitatif(Nvivo) atau kuantitatif(spss). Hipotesis juga turut menghantui.kui2. namun punyalah bangga juga becoz subjek ni ada yang student phD and master baru belajar. Kiranya kami belajar sama ngan dia la ni..huk3. tiket awal la ni nak buat tesis akhir sem 6ti. Tempat praktikal sudah diintai2.. jabatan penerangan?yayasan islam terengganu?maidam? wisma? Hurm.. cukup kritis nak buat pilihan. Takut xsesuai dengan jiwa ini. Nak praktikal 3 bulan ni.huhu.
Petang kan kul 5.30.. rempit 3 motor ke kampung paling special kat terengganu.. kampung sungai ikan yang mana sejarahnya ialah banyaknya ikan bila musim tengkujuh(percayalah walau agak ragu2). Sanagt banyak sampai tak terjual. Ikan haruan,keli, tapah,dan sama waktu dengannya. Ingat lagi ikan tabah sebesar manusia agak2nyer la ayah dapat.penuh ruangan rumah orang mai nak beli. Kepala la org duk berebut.katanya manis. Huhu. Eh..mengarut ape ni..bab ikan plop. Emm. Malam ni iallah..bakar satey..rai adik2 kampus yang xbalik. Ajak dorang beraye.moga2 segalanya bernilai ibadah. Pesan muarbbi. Sahabat yang baik,waktu bahagia akan terhenti bila melihat ada sahabat yang kesedihan. Mana mampu kita nak bersama keluarga bila ada sahabat yang sendiri mengharungi hari yang agak syahdu. Takbir bakal berkumandang. Tengoklah esok betapa meriahnya kami. Yang duk rumah tu..sila lah jelez.. yang duk kampus. Ermm.penat ajak..xmau jugak..takpelah bersama kawan dia. Ok belake..pon bullleh(ayt a.atif)
Ok.lah..rasanya xmasuk dah tu nak study.Cuma xbest la kalu yang duk terengganu kelantan xbalik umah. Study2 jugak..tapi xkanlah esok pon nak study sampai xingat hari kebesaran islam. Masing2 ade pegangan masing2..harap2 kalian pon bergumbira bersama teman2.kepada yang sedang bekerja.selamat bekerja. Kepada “chef” yang sedang berada dirumah.jangan pura2 sakit la..aku pon xlarat gop ni..
Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari tersebut. Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :
"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak.
"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."
Salam aidiladha buat semua yang tidak mengenali diri ini..anda semua shbt saya.
Yang mengenali : madrasah darul taqwa..ex..tahun berape pon..anda semua termasuk
Maahad tahfiz wal tarbiah (mtt) : semua jugak termasuk cikgu cikgi.ust ustazah
Sek.men agama setiu : kenagan laghoo dositu dan semua yang mengenali lah
Kolej ugama sulta zainal abidin : semua warga diploma alquran dan as sunnah
Universiti sultan zainal abidin : kepada semua sains sosial . seluruh warganya..
Spesel.. buat my sis n my bro.. balik2 la cepat sket.. semua pakat nak balik pagi sok.. L
Sahabat2 ukhwah lillah..murabbi yang dihormati…
14 Nov 2010
~bingkisan untuk Rabbi`
Kala zikir berkumandang,hati mula tunduk kepada pencipta.bergetar seluruh jiwa raga. Masih bersyukur tatkala hati ini masih hidup atas nikmat iman dan islam. Malam yang sangat sepi,meninggalkan seorang hamba yang sesat dalam pencarian diri sendiri. Jangan tinggalkan insan itu ya Allah. Dia cukup lemah untuk mengharungi seorang diri. Mata membeku biarpon sakit menahan resah didalam hati.sukarnya mengalir setitis air mata untuk yang maha esa. Memandang ke hadapan merasakan terlalu jauh perjalanan ini,gusar,hampa dan terkilan sepanjang laluannya. Melihat ke kiri terasa hangat dengan tamparan dosa dan noda. Sedar atau tidak ia telah pon berlaku. Memerhati ke kanan merasakan secebis kudrat mempertahankan sebuah amal. Berpaling ke belakang meresahkan jiwa. Meninggalkan waktu yang sangat sukar digapai kembali.
Tika ini masih kaku berdiri. Masih tidak melangkah.ingin berhijrah sekalipon sukar. Bukannya terlalu bodoh diri ini menilai makna sebuah kehidupan. Bicara mana sempurna pada kalam yang berlainan maksudnya. Bila diuji akan hadirnya sebuah pengharapan. Yakinlah bahawa segala milik tuhan. Sekalipon diambil,sekalipon terjatuh, jika benar itu milikmu.pasti menjadi hak. Bersyukur sangat sukar dari bersabar. Mungkin kata-kata bias mengucap sabar. Tapi hatilah yang remuk menderita. Namun untuk bersyukur dalam bahagia dan senang.sangatlah sukar. Sedarlah tika diuji, pencipta MAKIN menhampiri hambaNYA. Mendengar luahan rasa kecewa, jeritan hampa, esakan sengsara, bisikan dari hati terus kepada rabbi. Masih ingin mengingkari hakikat sebuah kehidupan?
Sis : sekalipon dalam kegelapan, jangan menangis! masih akan ada mentari bila tiba waktunya. Masih ada bulan bisa memberi cahaya. Lihatlah alam. Fikirlah hikmah yang belum tersingkap. Mood : resah melihat amal. Gelisah dalam ibadah. ALLAH engkau dekatlah.. :(
* masih blurr menghafal n meneliti tajuk2 exam. baca dah berkali2.kenapa ni sis..
11 Nov 2010
~setulus ingatan~
Allahurabbi.Pemilik Hati Ini.
aLHAMDULILLAH.sEGALANYA kEMBALI sEPERTI bIASA wALAUPON pADA dASARNYA tIDAK bEGITU. cUKUPLAH wALAU sEKALI dIBERI nIKMAT uNTUK mERASAI mANISNYA sEBUAH kEPAHITAN. "sELAMAT hARI lAHIR sIS " sYUKRAN pADA yANG mENGUCAPKAN. tENKIU jUGA pADA fACEBOOK.tANPANYA mANALAH mEREKA iNGAT.kAN? tERISTIMEWA pESANAN mY lEADER, hURM.. mOGA aLLAH mEMBERKATINYA sELALU. rASANYA kHILAF diri ini yANG bERLAKU sUKAR uNTUK tERLEPAS wALAU sUDAH bERLALU. bERGADUH2 uKHWAH dENGAN tOK gURU. kERAS pULA dIA kALI nI.tAKPE2. wAIT n sEE.
Syukran Pada Adik2 N Sahabat2 Memperingatkan Diri Ini Dengan Inzar. Mizz Che Mah..Hu2..
pUAN hAFIAH. mY lURVELY lECTURER kAUNSELING. sEMALAM bESTDAYNYA. hARI iNI bARU tAU kESAKITAN yANG dIALAMI. sIS pON dAPAT mERASAI jUGA sAKIT dAN jAHATNYA sYAITAN bILA mENGUASAI. mOGA aLLAH mEMPERMUDAH uRUSAN pUAN. kAMI mENDOAKAN pUAN.
mY bROTHER fARHAN. hURM.. mOGA sENTIASA tABAH.sIS tAU hANG cEKAL. nAMPAK mACAM bIASA jE. kEHILANGAN bARANG yANG pALING dISAYANGI sEMALAM.mEMBUATKANNYA nAMPAK sEDIKIT kECEWA. tAKPE aKHI, iALLAH. aLLAH nAK gANTI yANG lEBIH bAIK. tENKIU mEMINJAMKAN mP3 iNI. aPALAH nASIB hARI iNI. rASA mACAM tERBAKAR jE tELINGA nI.hURM.bETUL. tETIBA bERDARAH.mELECUR. mAYB pANAS sANGAT n lAMA sANGAT dENGAR mP3. fARHAN iKHLAS jE kAN?hUHU. nAK bUAT mACAMNE. tIME sTUDY kENA aDA mUSIC. kALU bAWA lAPTOP sEOLAH bAWA bENCANA aLAM. xJADI pUNYER nAK sTUDY. iALLAH.lEPAS nI bERHATI2.tAPI mEMANG sAKIT.hUK2.bERDESING tELINGA nI.
bANYAK bETUL bARANG hILANG. "sANAH hELWAH uKHTI. mOGA bAHAGIA mILIKMU" bICARA mY bROTHER uMAR aL fATEH. aGAK lAMA tIDAK lAGHOO2 uKHWAH bERSAMANYA. tERSENTAP jUGA mENERIMA kATA2 iNI. sELAMA mERASAI sEBUAH kEHIDUPAN. uNGKAPAN bAHAGIA aGAK jANGGAL. aMIN.. mOGA dOA iTU mENGIRINGI pERJALANAN hIDUP iNI. nI sORANG lAGI. hANDSET pULA hILANG. mUJURNYA oRANGNYA sOLEH. tIDAK pERLU mERISAUKAN kEHILANGAN tERSEBUT. bUKAN aDE sESUATU yANG bERSUNGGUH uNTUK dICARI. iALLAH aKH. aLLAH gANTI bALIK.
aKHI aZAM. jUGA yANG pALING lAMA mENGENALI. kEHILANGAN jUGA mOTOR pADA hARI sEMUA oRANG kEHILANGAN.hURM.. mUJUQNYA sETELAH sOLAT hAJAT pADA mALAM tU,eSOKNYA dAH dAPAT bALIK mOTOR. dOA sAHABAT2 bERKAT.iALLAH.sIAP bUAT lAPORAN pOLIS. pERNAH sUATU mASA uNTUK kE sUATU tEMPAT. dOMPETNYA kENA cURI. bANYAK bETUL mEHNAH bAGI yANG mENDOKONG aGAMA. nAMUN aPALAH sANGATKAN. hARTA dIDUNIA.sEMUA mAMPU bERKORBAN.
mY sELF? rASANYA sUDAH dIKATAKAN sEMALAM. aDA jE yANG dUKA.pAGI2 dAH bERSIAP nAKPI lIBRY.cUACA oK.rASA bAHAGIA sEOLAH2 dAUN2.aNGIN sEPOI rETI bAHASA,aWAN,lANGIT,dEBU mENGUCAPKAN sALAM kELAHIRAN.hUHU. bAB pERASAN "pAH cEROH" . mY bRO aHMAD. sTILL mUKE tAKDE pERASAAN tAPI oKLAH sEKURANG2NYA AdA jUgA tY nAK hADIAH aPA? uMAH?kETA?tIKET pI hAJI? hURM. mOGA aLLAH sAHAJA yANG mAMPU mENJAGANYA. pETANG yANG dAMAI. aWAN bERARAK bEGITU sEMPURNA. cUACA pON sANGAT oK. lAMA mENITI kHAYALAN
tERINGATLAH sESEORANG yANG sANGAT dIRINDUI. 7 tAHUN xBERSUA. aPA kHABAR iMAN sAHABATKU iNI. PaH2 dIA tELEFON bERTANYA kHABAR n wISH 4 mY bESTDAY. sELALUNYA sETIAP tAHUN dIALAH yANG rAJIN pOS kAD bESTDAY.cAL n bUATLAH aPAPON pERMINTAAN pASTI sEDAYA uPAYA tUNAIKAN. mESKIPON "bIRU" pEKAT fIKRAHNYA. hIDUPNYA jUGA tIDAK aDA iSLAMIC lIFE. nAMUN hANYA aLLAH sAJE yANG mAMPU mENGETAHUI iSI hATI hAMBANYA. mY bESTFRENZ. fAIZUL aZUAN. mOGA aLLAH mEMBERI pETUNJUK kEPADAMU sELALU. jAGA dIRI. jAGA iMAN. kITA sTILL sIBLING. wALAU lANGIT dAN bUMI.aHAKS! \(^,^)/
rASA mACAM aDA tINGGAL sOMETHING. tHATS rIGHT.kUNCI bILIK. pUNYA lAH tENSION hIDUP nI. tERPAKSA tENGAH2 mAGERIB pANJAT bALKONI bELAKANG sELANG 4 bILIK. tINGKAT tIGA. mUJUQNYA nYAWA nI pANJANG.kETAQ lUTUT. aKHIRNYA, pENATNYA tERASA. lEPAS sOLAT. iNI jUGA yANG dICARI. tEMPAT mELUAH sEGALA rASA. "sEKADAR mENGUKIR rASA hATI dISINI"
* yANG kITA sAYANG.. lUPAKAH pADA dIRI iNI?.hURMM..rASA kOSONG jE bILA xDAPAT wISH dARI sESEORANG nI..xPELAH. mUNGKIN dIA mENDOAKAN kITA dALAM dIAM. hUSNUZHON~~~ \(^,^)/ setulus ingatan dari sis untuk kamu semua. lurve lillahitaala :)
6 Nov 2010
kenapa saya xsuka "ustazah"
ALLAH..Engkau dekat
2 Nov 2010
disini semangat tercipta

1 Nov 2010
Berbahagialah Keyakinan Pada Janji2 ALLAH
Bidadari Syurga
Dalam suatu kisah yang dipaparkan Al Yafi’i dari Syeikh Abdul Wahid bin Zahid, dikatakan: Suatu hari ketika kami sedang bersiap-siap hendak berangkat perang, aku meminta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat. Salah seorang lelaki tampil sambil membaca ayat Surah At Taubah ayat 111, yang artinya sebagai berikut :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka"
Selesai ayat itu dibaca, seorang anak muda yang berusia 15 tahun atau lebih bangkit dari tempat duduknya. Ia mendapat harta warisan cukup besar dari ayahnya yang telah meninggal. Ia berkata:"Wahai Abdul Wahid, benarkah Allah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan sorga untuk mereka?" "Ya, benar, anak muda" kata Abdul Wahid. Anak muda itu melanjutkan:"Kalau begitu saksikanlah, bahwa diriku dan hartaku mulai sekarang aku jual dengan sorga."
Anak muda itu kemudian mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi perjuangan. Hanya kuda dan pedangnya saja yang tidak. Sampai tiba waktu pemberangkatan pasukan, ternyata pemuda itu datang lebih awal. Dialah orang yang pertama kali kulihat. Dalam perjalanan ke medan perang pemuda itu kuperhatikan siang berpuasa dan malamnya dia bangun untuk beribadah. Dia rajin mengurus unta-unta dan kuda tunggangan pasukan serta sering menjaga kami bila sedang tidur.
Sewaktu sampai di daerah Romawi dan kami sedang mengatur siasat pertempuran, tiba-tiba dia maju ke depan medan dan berteriak:"Hai, aku ingin segera bertemu dengan Ainul Mardhiyah . ." Kami menduga dia mulai ragu dan pikirannya kacau, kudekati dan kutanyakan siapakah Ainul Mardiyah itu. Ia menjawab: "Tadi sewaktu aku sedang kantuk, selintas aku bermimpi. Seseorang datang kepadaku seraya berkata: "Pergilah kepada Ainul Mardiyah." Ia juga mengajakku memasuki taman yang di bawahnya terdapat sungai dengan air yang jernih dan dipinggirnya nampak para bidadari duduk berhias dengan mengenakan perhiasan-perhiasan yang indah. Manakala melihat kedatanganku , mereka bergembira seraya berkata: "Inilah suami Ainul Mardhiyah . . . . ."
"Assalamu’alaikum" kataku bersalam kepada mereka. "Adakah di antara kalian yang bernama Ainul Mardhiyah?" Mereka menjawab salamku dan berkata: "Tidak, kami ini adalah pembantunya. Teruskanlah langkahmu" Beberapa kali aku sampai pada taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik, tapi jawaban mereka sama, mereka adalah pembantunya dan menyuruh aku meneruskan langkah.
Akhirnya aku sampai pada kemah yang terbuat dari mutiara berwarna putih. Di pintu kemah terdapat seorang bidadari yang sewaktu melihat kehadiranku dia nampak sangat gembira dan memanggil-manggil yang ada di dalam: "Hai Ainul Mardhiyah, ini suamimu datang . ..."
Ketika aku dipersilahkan masuk kulihat bidadari yang sangat cantik duduk di atas sofa emas yang ditaburi permata dan yaqut. Waktu aku mendekat dia berkata: "Bersabarlah, kamu belum diijinkan lebih dekat kepadaku, karena ruh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu." Anak muda melanjutkan kisah mimpinya: "Lalu aku terbangun, wahai Abdul Hamid. Aku tidak sabar lagi menanti terlalu lama".
Belum lagi percakapan kami selesai, tiba-tiba sekelompok pasukan musuh terdiri sembilan orang menyerbu kami. Pemuda itu segera bangkit dan melabrak mereka. Selesai pertempuran aku mencoba meneliti, kulihat anak muda itu penuh luka ditubuhnya dan berlumuran darah. Ia nampak tersenyum gembira, senyum penuh kebahagiaan, hingga ruhnya berpisah dari badannya untuk meninggalkan dunia. ( Irsyadul Ibad ).
DEMIKIANLAH Surah At Taubah ayat 111, yang artinya sebagai berikut :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka" ..perjuangan di medan yang rumit ini sanagt menuntut haqqul yaqin.. moga2 jiwa2 yang terpilih..yang menjadi pilihan..yang menjadi bayangan ..yang menjadi ikutan..yang menjadi pembimbing..yang menjadi penyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.. mengharapkan REDHA ALLAH semata2.. moga maryam,mastura,hannan,sayyidah, ilham,farid,farhan,umar alfateh..terus menjadi umar diantara dua umar yang menjadi kebanggaan ISLAM. sehebat kamu adanya keindahan dalam dakwah..
31 Okt 2010
Belajarlah Menulis diatas Pasir


27 Okt 2010
Pilihan dalam Perjuangan
SALAM SEJELAS FIKRAH DIDADA..
Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud anda beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.
Apabila anda kekal di dalam acuan itu, anda adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, anda cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang – undangNya. Jika berlaku keengkaran, ia bererti kekufuran dan keluar dari agama.
Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.
Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.
Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas.
Ia bererti anda bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan ugama Islam di dunia dan kehidupan ini. Itulah matlamat perutusan para anbiya’. Mereka membawa ugama dan memperjuangkannya demi mencapai taqarrub dan keridhanNya.
Islam di dunia ini mesti tegak berdiri ke atas seluruh agama dan ideologi yang lain. Justeru ia menuntut perjuangan dan para pejuangnya.
Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Ia menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan ia pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.
Menjadi seorang pejuang bermaksud bersedia patuh kepada peraturan sebagai seorang tentera. Ia menuntut disiplin pada tahap tertinggi. Bagaimana boleh dibayangkan sebuah kemenangan yang dibarisi para tentera yang mempunyai disiplin yang lemah?
Justeru anda tahu bahawa bukanlah senang untuk menegakkan Islam di dunia ini. Menegakkan Islam bererti menundukkan seluruh kekuatan kufur yang merajai dunia hari ini.
Ia menuntut pejuang Islam untuk menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh disiplin. Pastinya, ia bukan dekat jaraknya, pendek masanya dan mudah caranya.
saya ahli pas :
Pejuangnya dikaderkan seawalnya. Sebelum mencecah umur suku abad, ahli yang dilatih dan ditarbiyah sebenarnya sudah melalui dan menguasai disiplin seorang pejuang. Apabila dia muncul di medan, sayugianya dia tidak kekok untuk berkenalan dengan selok belok dan ranjau di perjalanan dakwah. Itulah sebaik – baik persediaan untuk anak – anak muda yang berjuang. -UST NIK ABDUH
23 Okt 2010
manfaatkan hari sekurangnya untuk diri sendiri
Salam kepada mukmin dan seluruh alam. Alhamdulillah..kepenatan terasa masih. . penangan asgment yg dapat minit2 akhir u study week ni..cukup terbeban sebenarnya.namun itulah namanya MAHAsiswa..
Hari yang dimanfaatkan..
Bersama brother lim> “keajaiban alquran dan keindahan islam.. memang mantop sekali.pendakwah saudara baru..dan lama jugak kot..dah 15 tahun.. Malu la yg dari lahir beragama islam ni.. daurah safiyyah edisi dua > ahli panel dari student yg baru memeluk agama islam tahun lepas dan cara pemakaian dan amalan seharian lebih baik dari umat islam yg dari kecik belajar dan duk dalam lingkungan islam. Mengapa saya memilih islam > ust rasyidi.pendakwah bebas..saudara baru dari kuching Sarawak.. allahurabbii..rasa tertampar dimuka setiap bait2 ayatnya. Betapa umat islam amat lemah sebenarnya.bersama adik2 yang sekian lama tidak berjumpa. 2hari dilapangkan masa untuk mereka.moga2 ukhwah terbina.sis sayang kamu.. Bengkel kerjaya> seharian memanfaatkan skill ,resume,interview dan sebagainya..sanagt enjoy..tazkirah disurau habibah..ust roslan dan ust.mud.. kelas tajwid oleh ust.fakh.. tazkirah disurau saodah..ala2 ust akila..sanagt bagus adik tu..penuh ilmu..sis like . minggu korkurikulum..sebagai unit potokol,sangat cuba menjalankan amanah dan taklifan yang diberi. Menjaga kebajikan puan ibunda tercinta walaupon lari dari bidang tugas.hu2..sepagi yang cukup mnyeronokkan.. bersama kawan2 n syeikh yg sentiasa hepy..sis like , Tengahri tu pula ke medan tarbiah..melewati taman2 syurga.allahurabbi. rasa nak sujud syukur. Betapa kepanasan hari yang sanagt terik seolah ditenggelami dengan semangat jihad yg menbara. Apapon..bertuah yang amat diberi kefahaman dan jalan menuju redhaNYA. Akhirnya petang pulang ke rumah terchenta walaupon dah gtau xbalik..tapi anak masih demam.panas plok tu.. bila main2 ngan dia baru dia rasa sihat cket. Natijahnya, my brother xnak hantar ke kampus.. bola punyer pasal.. L sabau jelah.. tapi hikmahnya.. sis dapat ke “spa”. Betulkan urat2 saraf yg tersimpul2 ni..segar yang amat .. allah maha penyayang..sangat penyayang..
18 Okt 2010
mereka lebih baik

10 Okt 2010
~Bangkitlah Mujahidah~

ALLAH S.W.T. ada berfirman,
“ Mungkin apa yang kamu tak suka tetapi perkara itu baik bagi kamu, mungkin juga apa yang kamu suka, tetapi perkara itu buruk untuk kamu, dan ALLAH itu tahu, dan kamu semua tidak tahu”
bismillahirrahmanirrahim..salam mujahadah wahai mujahid dan mujahidah sekalian..
realiti yang harus dilalui..
syukur pada ilahi..segala kurniaan masih diberi kepada insan yang lemah ini.cukup bertuah.. sebulan yang mendera mental dan fizikal. akhirnya terlerai sudah segala persoalan. bukannya tidak ada sahabat yang menasihati namun kenapa bagai daun keladi.keikhlasankah sebabnya? bila murabbi berbicara..tembus segala benteng dan saki baki yang merosak jiwa..sedikit tapi kesan yang berpanjangan insyaALLAH.."sudahlah berkabung..esok2..pakai baju warna ceria2..terang2 ckit..jangan nampak cam orang cerai mati.." ayat gurauan namun disebaliknya amanat yang perlu dilaksanakan..murabbi lebih kenal anak2 nya.. moga ALLAH Sentiasa permudahkan urusan ayahanda tersayang ini.. selama ini cuba mengelakkan diri..bisikan syaitan ini terlalu kuat..akhirnya bisa dilawan..alhamdulillah..terlerai segalanya..ada perancangan hebat menanti..isbir..
capailah..
"carilah syurga didunia..iaitu ketenangan hati..jika tidak pernah kamu memiliki..sukarnya juga kamu dapat syurga akhirat" Bahagia di dunia, tenang dan senang di dalamnya, kemudian bahagia pula di akhirat, bahagia kekal abadi di sana..
Rasulullah SAW:
“Ajaibnya orang beriman, sesungguhnya setiap urusannya untuk mereka adalah baik, sekiranya mereka diuji mereka bersabar, dan sekiranya mereka diberikan anugerah mereka bersyukur.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
9 Okt 2010
saat pengharapan~

Ya nabi..salam,alaika..setulus kasih dan rindu pada pertemuan dengan ilahi..
Bulan yang cukup mentarbiah diri dengan separuh jiwa dipertaruhkan untuk mendamaikan segala kekusutan hati. Terbaca satu post di facebook ust zahazan suatu ketika “perempuan apabila kecewa akan mempengaruhi kerjayanya dengan perasaan. Manakala lelaki apabila kecewa akan memfokuskan kerjaya dan mengabaikan perasaan.” Benar dan sanagt benar. Rasa sudah seperti batu dan kayu. Terguris sekali lagi namun tidak berdarah..sanagt sukar sebenarnya.. Sudah sebulan lebih tidak menjenguk halaman rumah..hati rindu..tapi belum mampu untuk menghadirkan jasad disitu bila hati masih begini.
Manis jugak..
Mekar kembali pada kenangan lalu. Setibanya di kem la tansa.. memori lalu menjengah kembali. Bumi Pahang dijejak lagi. Mesyuarat untuk mnegadakan kem seterusnya dirangka. Walaupon agak penat namun inilah reality hidup sebenar. Merentasi tarbiah di ijtima seketika ketika beraya rumah sahabat. “sandarkan perjuangan pada tarbiah.bukan pada semangat”. Betapa ramainya pemuda2 asuhan kader2 islam berhimpun untuk menghayati erti perjuangan islam yang sebenar..sempat berada dalam taman syurga itu Cuma seketika..di unisza.. Selesai menghadiri satu talk bersama professor dari America.. walau 10% je faham apa yang nak disampaikan berkaitan dengan “Islamic department n orientalis “ cukup juga bermakna.. jamuan raya yang tidak habis2.. dirumah dr.norizan..meriahlah jugak dengan karenah2 kawan2 ni. Selepas tu dirumah Prof Dr.Ramlee.. sudah lama mengidam nasi dagang sesedap ni.
Adakala pahit tu..
Sahabat fasi satu kem la tansa.. “mohd syafiq abdul manaf” yang agak kritikal..walhal baru je telefon dia dengan sihat sejahtera..esoknya terus koma dan dimasukkan icu.. sekarang ni Alhamdulillah..beransur pulih. Ketidaksempatan bertemu maher zain.. L , ketidak khabaran oleh ahli keluarga ada jiran telah meninggal dunia..sebelah rumah lak tu.. kul8 malam tadi baru balik dari johor menemani sorg sahabat yang kematian ayahnya malam semalam..perjalanan yang agak jauh. Moga tabah menghadapinya. “Adik mad” .. ketidaksempatan juga hadir majlis bestday anak tersayang “alfateh”.. apapon cheya doakan menjadi anak yang soleh.. teringat juga mesej di fb oleh kak chik “mu xdop rumah?” mesej dari kak long pula “bila nak balik..bil streamix tu sape nak bayarkan?ayah xmo bayar” ugutan demi ugutan berunsur secebis harapan suh balik..emm.. kerinduan hati pada teman baikku yang sekian lamanya tidak bertemu.. “faizul azuan” . 7 tahun lamanya..”xbersedia lagi nak jumpa” katanya..em..macam la ada pe2..kewangan juga agak tenat akhir2 ni.. teringat juga kata2 ayah bila kerap kali balik umah sem lepas.. “balik pulop..kempes mula doh beg duit ni” .. J ..
Rajuk hati
Ust kazim menjadi pilihan tatkala mendengar ceramah..unsur humor dalam kuliahnya sanagt menggelikan hati ini. Pernah juga terdengar.. sikap yang suka merajuk ni. Tanda lemahnya iman. Emm.. iman masih lemah rupanya.. begitu bersikap pemaaf yang sebenar2nya.. bukan pemaaf dibibir “ saya dah maafkan dia..namun jauh disudut hati..sy xrela..” ni juga sangat lemahnya iman. Terlalu merindui mak..walaupon kekadang leterannya cukup menghanguskan hati ini.. J .. tetapi sayangnya jugak lebih utuh.. entahlah.. kepada siapa sebenarnya rajuk ini..susahnya nak cari punca.. walhal suara mungkin tidak sengaja berkasar.. mungkin juga mesej n call ini yang mengganggu..apapon kembali kepada pemilik hari yang sebenar2.. ada pihak ingin berusaha..namun bila hati2 membeku..untuk apa sebuah pengharapan.. ya rabbi.. lindungilah hati ini.. husnuzhon dnegan murabbi..sememangnya mereka insan yang tidak pernah mengzahirkan.. namun sayangkan tidak boleh dipertikaikan..dalam diam mereka menyelesaikan.. moga tabah selalu..
“open ur eyes..maher zain..- untuk maherah”