6 Nov 2010

kenapa saya xsuka "ustazah"

diari kini..

salam..memang cukup bersabar dengan karenah adik2ku ini.. "ustazah" em..takpe2.. ade asbabnya bila hati ini cukup panas nak mendengar perkataan tersebut.. sementelah menjadi guru sandaran disekolah lama.. diri ini dikenali sebagai teacher na.. paling kurang cikgu na.. fobia rasanya dengan "ustazah" .. bukan buleh dibuat main2 panggilan tu..isbir..isbir..

kebelakangan ini ..."salam rindu" dari bekas anak2 didikku mendatangi.. kurang asam..kurang adab..kurang didik..kurang semua la..sakit hati pon ade.. rasanya xde la sis ni senget sanagt waktu mengajar..ok je..cool je.. caring..sharing is caring..is loving..haha..siap jadi cikgu kelas mithali walau xpernah dapat anugerah u kelas tu..2 bulan je pon..tapi bleyh kenal la sorang2 perangai.. al kisahnya..ade la sorg pelajar ni..memang terkenallah kenakalannya..masa sis mengajar pon.. teruk benor perangainya.. bak kata cikgu cikgi.. kalu xnakal..xnormallah budak2 ni..huhu.. cuba akal ni menerima sebaik mungkin..last sekali mengajar..ade la bagi cenderahati sikit sorang.siap no.fon..kot2 la nak tepon ucap mekasih..ucap rindu ka..hoho..hampeh..xdak sorang pon..bukan mengharap (ade la ckit..ingatkan cikgu glamer dah)

sampailah minggu lepas..mesej rindu dari pelajar nakal tersebut.. "ustazah chat?ustazah ingat x saya" tengkorak betul budak ni..macam la sis simpan semua no. maalas nak layan lame2. " eh..cikgu xsave no.. ni namensape..kelas mane?" "saya ni i*****n .. ustazah bleyh bagi barang dop?" sis mula rasa sesenget yang mungkin. dah cop nakal..memang nakal betul.. rasa lah nak call.. kot2 tengah tensen study..yela..tengah exam kan.. budak2 kesianlah kategori ni.. hampeh.. jatuh kredit bersen2(kena berkira)..xangkat.. last2.. "ustazah..mesej je..saya nak ustazah je" memang kurang garam budak ni.." k.ustazah nak kuar..wslm" ni je mampu ku elak.. last2.. bertalu2 mesej.. calling2.. langsung sis xpedulikan.. sampailah satu mesej "ustazah..last dah saya mesej..tolong balas" sis pon dah jenis baik hati (terjemahan dari nama..betul la..) balas la sepatah "apa?" " saya nak gtau ustazah..ustazah jangan marah..janji?".. lantas "ye? " " comey dop ****** ustazah?" kalaulah muka budak tu cam bantal ni..nak je hantuk2 kepala kat dinding.. sabar2.. " kamu ni kenapa kurang hajar sanagt..ni suami ustazah.." saje mereke2 ayat.. "eleyh..nak elak la tu..betul dop comey ustazah?" memang kurang asam gelugur budak ni.. terus ku calling sesape dapat bantu "salam..tolong menyamar jadi suami akak segera..amik no ni.." terus je si hero tu menelefon..huh! rasa aman jap dunia.. last2..banyak dia mesej hero tu.. "abang..saya minta maaf..saya xkan kacau isteri abang lagi" ..huhu.. akhirnya.. setle

esoknye..bunyi handset tetiba..berirama..no fon rumah..sape pulop ni "salam ustazah.." suare yang agak2 garau.."ye..sape ni" fobia mula menjelma.."ustazah.. ni ar****,anak murid ustazah.." ooo.. kali ni rasa ok la..sebab suare dah bleyh cam..muke pon bleyh bayang.. "ye..ade ape.. rindu cikgu ye..belajar macam ne?ok " betapa ramahnya sis cuba menjadi insan kamil..haha.. " ok je..ustazah..to4 kan kat saye " zuuuuuppp!!!.. tetiba mood senyum mati.."ok" sepatah je jawab..pah2 terus diletakkan handpon.. dia ingat aku ni tokey to4 ke.. myb jodoh aku kot ngan tokey to4..haha..cuba coolkan hati.. last2..lupekan ajelah.. selepas bebrapa minit..jam..hari.. masih bertalu2 panggilan tersebut.. aduish..aku sudah pobia..huhu..

oppss..sebelum raye pon ade dah student.."ustazah ingat x saye? kelas ni s*****?" " ye..cikgu tau..tapi cikgu xingat hok mane se " masekan aku bleyh ingat student kat seratus orang.. ade plop dia paksa2 aku ingat..macm la dier budok cemerlang.. namanya aku ingat.. senaraihitamkan.. kelas ni kelas tercorot..ade patut..dorang dapat markah 0.. xdak la orang yang paling benci matematik melainkan kelas ni..huh!..

kebetulan..sis ramai adik2 junior yang rapat.. panggil "akk,kakak,,sis" ni normal lah..siap panggilan dijelesi sesetengah pihak.. merapatkan ukhwah.. ke gane..haha..last2.. bila mereka start berpanggilan dengan nada yang syadid,, "maaf ustazah..ana sibuk tadi" huh! demam ke ape ni..baru pagi tadi ber kakak.. tawar hati jadinya aku dengan budak2 ni.. syadid yang xbleyh diterima akal.. asbabnya.. satu perkara.. nak citer ke tidak.. emm... banyak sanagt fitnah terhadap diri ini..kenapa sis fobia dengan "ustazah".. pernah adik junior menyatakan rasa "love".. ade yang ajak kawin.. huhu.. i tak suke.. bila hubungan xmesra bertukar rasa.. bila syadid ni lagi la.. i tak suke.. huhu.. sebab tu bila makin ramai adik2..makin rase dekat hubungan persaudaraan.. sis still say.. bro.. deq..adik.. harap maaf la pada yang berkenaan.. sis xbleyh terima.."ustazah" terutama.. bawah umur ni 20 ke bawah ni.. gerun..gerun..masalah2 macam ni.. baik kita berkakak adik.. rasa selamat..

apa yang nak pk..pk la..sebab kepala masing2 kan.. sis ade kepala sendiri..ini la yang sis pikir..huish..sanagt fobia..yang hampir2 sebaya..dimaafkan. sebab ??...ade la sebabnya.. u adik2 ni..bukan xthiqoh..thiqoh sanagt.. dan thiqah bukan pada panggilan..tetapi pada penghormatan..thinking..thingking...masing2 ade tahap pobia masing.. hormatilah rasa pobia orang..huhu..

ustazah bagi pada yang betul2 berkenaan..dalam gerak kerja ok..memang wajib..namun itulah.. banyak perkara berlaku..banyak sangat..xsemua diari hidup senang nak tulis..xsemua.. :(

baru je nak buka buku..last2 gatai plop tangan dengan blog ni..hurmmmm.. xbleyh nak fokus.. doakan lah kesejahteraan sis..kepada yang kenal..wajib la doa.. yg xkenal.. nak pahala sunat..doa2lah..xmakruh..iallah..

ni jadual exam..takowttttt..

penganalisisan data penyelidikan 21-11
etnografi pribumi di malaysia 23-11
orientalisme dan islam 25-11
agama dan masyarakat 27-11
kemahiran kaunseling 29 -11
dakwah.teori dan aplikasi 1-12
rakan kaunselor ***setle

doakan..(nada yang serius ni..)

ALLAH..Engkau dekat

bismillahissamiil,alimi minassyaitanirrajim..

allah..allah..maha besar..maha mengasihani..maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. sabarkanlah hati ini ya rabb..meskipon payah untuk melawan.

bermain bola tampar bersama sahabat.meskipon tangan ini sedang membengkak..tetapi melihat wajah2 mereka.kesakitan seolah hilang sebentar.setelah lama istirehat dalam menjalani kewajipan hambaNYA. bersiap2 menuruni langkah dengan laju.. surau saodah..saat yang sangat dirindui.. kedengaran suara imam muda saodah yang sentiasa istiqamah..terasa sangat segar. bersemangat dalam mencari sesuatu menuju rabb..

seusai solat magrib berjemaah..mata mula gelisah..hati mula tidak keruan..tazkirah magrib mula kedengaran.allah.allah.allah.beri hambaMU peluang untuk mendapat inzar dirumahMU. namun begitu lemahnya seorang hamba. langkah terpaksa diatur.. sakitnya ya ALLAH ujianMU ini. tangga dinaiki selaju mungkin..rebahan dalam tangisan..saat ini hanya ingin mengadu padaMU ya ALLAH..

mata ini dibuka perlahan2..allah..payahnya untuk berdiri..berat segalanya.. jam 12.30 pagi.. tertidur dalam nikmat kesakitan. terima kasih ya ALLAH.. solat isya' belum ditunaikan. dalam kesayuan pagi ini ya ALLAH.. berilah peluang hanya sekali.. untuk kekuatan diri ini.sementara tangan ini masih terkial2 menaip pengaduan pada ALLAH.. kerna hati cukup bercelaru.. kuatnya ya ALLAH.. gangguan syaitan ini..merindui kehadiran syeikh.. ALLAH..engkau tahu dimana kelemahan hambaMU ini..berilah sedikit kekuatan menghadapi mehnah ini.. "sakit disebabkan syaitan..jangan terlalu dibangga2kan..makin kuat pula datangnya" pesan seorang ust.

"Adakalanya kesusahan dan musibah yang menimpa dirimu itu menandakan kerinduan Allah untuk berhubung mesra denganmu"

ibu : demam..moga allah merahmati mak sentiasa
fateh : anak kecil ini pon demam.lelah. dalam dakapan dia terlena..
sis : demam dah pulih walau bukan sepenuhnya


2 Nov 2010

disini semangat tercipta


salam,alaik..disini bermulanya segalanya.diri ini mengenal erti sebuah perjuangan. andainya ada pewaris. inilah yang akan dibangga2kan..allahuakhbar

Kita sering tercari-cari siapakah dalam kalangan manusia pada hari ini yang wajar dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah, salah seorang daripada insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2010 ini genaplah enam tahun asy-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isyak, beliau dengan hati penuh harap berkata, "Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu ya Allah. Inilah puncak harapanku...”

Tidak berapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helikopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh asy-Syahid. “Ia adalah kematian sama ada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah sama ada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..”

Bukti bahawa asy-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar daripada senyuman yang menguntum di bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah asy-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasul-Nya,

“Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

Pendirian Asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri asy-Syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah, "Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia."

Sebagaimana juga asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah berasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin sekular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apa pun. Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.

1 Nov 2010

Berbahagialah Keyakinan Pada Janji2 ALLAH


Bidadari Syurga

Dalam suatu kisah yang dipaparkan Al Yafi’i dari Syeikh Abdul Wahid bin Zahid, dikatakan: Suatu hari ketika kami sedang bersiap-siap hendak berangkat perang, aku meminta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat. Salah seorang lelaki tampil sambil membaca ayat Surah At Taubah ayat 111, yang artinya sebagai berikut :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka"


Selesai ayat itu dibaca, seorang anak muda yang berusia 15 tahun atau lebih bangkit dari tempat duduknya. Ia mendapat harta warisan cukup besar dari ayahnya yang telah meninggal. Ia berkata:"Wahai Abdul Wahid, benarkah Allah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan sorga untuk mereka?" "Ya, benar, anak muda" kata Abdul Wahid. Anak muda itu melanjutkan:"Kalau begitu saksikanlah, bahwa diriku dan hartaku mulai sekarang aku jual dengan sorga."


Anak muda itu kemudian mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi perjuangan. Hanya kuda dan pedangnya saja yang tidak. Sampai tiba waktu pemberangkatan pasukan, ternyata pemuda itu datang lebih awal. Dialah orang yang pertama kali kulihat. Dalam perjalanan ke medan perang pemuda itu kuperhatikan siang berpuasa dan malamnya dia bangun untuk beribadah. Dia rajin mengurus unta-unta dan kuda tunggangan pasukan serta sering menjaga kami bila sedang tidur.


Sewaktu sampai di daerah Romawi dan kami sedang mengatur siasat pertempuran, tiba-tiba dia maju ke depan medan dan berteriak:"Hai, aku ingin segera bertemu dengan Ainul Mardhiyah . ." Kami menduga dia mulai ragu dan pikirannya kacau, kudekati dan kutanyakan siapakah Ainul Mardiyah itu. Ia menjawab: "Tadi sewaktu aku sedang kantuk, selintas aku bermimpi. Seseorang datang kepadaku seraya berkata: "Pergilah kepada Ainul Mardiyah." Ia juga mengajakku memasuki taman yang di bawahnya terdapat sungai dengan air yang jernih dan dipinggirnya nampak para bidadari duduk berhias dengan mengenakan perhiasan-perhiasan yang indah. Manakala melihat kedatanganku , mereka bergembira seraya berkata: "Inilah suami Ainul Mardhiyah . . . . ."

"Assalamu’alaikum" kataku bersalam kepada mereka. "Adakah di antara kalian yang bernama Ainul Mardhiyah?" Mereka menjawab salamku dan berkata: "Tidak, kami ini adalah pembantunya. Teruskanlah langkahmu" Beberapa kali aku sampai pada taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik, tapi jawaban mereka sama, mereka adalah pembantunya dan menyuruh aku meneruskan langkah.


Akhirnya aku sampai pada kemah yang terbuat dari mutiara berwarna putih. Di pintu kemah terdapat seorang bidadari yang sewaktu melihat kehadiranku dia nampak sangat gembira dan memanggil-manggil yang ada di dalam: "Hai Ainul Mardhiyah, ini suamimu datang . ..."


Ketika aku dipersilahkan masuk kulihat bidadari yang sangat cantik duduk di atas sofa emas yang ditaburi permata dan yaqut. Waktu aku mendekat dia berkata: "Bersabarlah, kamu belum diijinkan lebih dekat kepadaku, karena ruh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu." Anak muda melanjutkan kisah mimpinya: "Lalu aku terbangun, wahai Abdul Hamid. Aku tidak sabar lagi menanti terlalu lama".


Belum lagi percakapan kami selesai, tiba-tiba sekelompok pasukan musuh terdiri sembilan orang menyerbu kami. Pemuda itu segera bangkit dan melabrak mereka. Selesai pertempuran aku mencoba meneliti, kulihat anak muda itu penuh luka ditubuhnya dan berlumuran darah. Ia nampak tersenyum gembira, senyum penuh kebahagiaan, hingga ruhnya berpisah dari badannya untuk meninggalkan dunia. ( Irsyadul Ibad ).


DEMIKIANLAH Surah At Taubah ayat 111, yang artinya sebagai berikut :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka" ..perjuangan di medan yang rumit ini sanagt menuntut haqqul yaqin.. moga2 jiwa2 yang terpilih..yang menjadi pilihan..yang menjadi bayangan ..yang menjadi ikutan..yang menjadi pembimbing..yang menjadi penyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.. mengharapkan REDHA ALLAH semata2.. moga maryam,mastura,hannan,sayyidah, ilham,farid,farhan,umar alfateh..terus menjadi umar diantara dua umar yang menjadi kebanggaan ISLAM. sehebat kamu adanya keindahan dalam dakwah..

31 Okt 2010

Belajarlah Menulis diatas Pasir

Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?"

Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup angin."


Moral:

Dalam hidup ini sering timbul berbeza pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Belajarlah menulis di atas pasir

*Terima kasih bagi yang sering memahami..mengerti bahawa semua insan adalah biasa.. yang mejadi luar biasanya apabila bertemu denganmu yang bergelar sahabat.. yang sentiasa tidak sempurna tetapi bersamamu sangat menyempurnakan semuanya..