11 Jun 2011

hati hati memiliki hati


salam,alaik...
Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: “Dinamakan hati karena ia (selalu) berbolak-balik. Perumpamaan hati itu bagaikan bulu yang ada di pucuk pohon yang diombang-ambingkan oleh angin.” (HR. Ahmad, Shahihul Jami’ no. 2361)

Agar hati tetap teguh maka Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam banyak memanjatkan do’a berikut ini terutama pada waktu duduk takhiyat akhir dalam shalat.
“Wahai (Allah) yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada din-Mu.” (HR. Turmudzi)
Bagaimana mahu memiliki jiwa dan iman yang kuat. Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita agar berdoa dan memohon kekuatan kepada Allah SWT.

“Ya Allah! Berikan kepada jiwaku ketaqwaan, sucikanlah ia kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik Dzat yang menyucikannya, Engkau adalah penolong dan pembelanya.” (HR Muslim)

Dalam hadith ini, ada 3 kompenen penting yang perlu kita laksanakan untuk membina jiwa yang kuat dengan keimanan. Pertama doa kepada Allah agar dianugerahkan jiwa yang bertaqwa. Kita perlu bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Kita perlu menyerahkan diri kita kepada Allah semata. Justeru kehidupan dan matlamat kehidupan kita mestilah hanya sanya kerana Allah. Tidak yang lain. Taqwa hanya akan lahir setelah kita miliki kejelasan matlamat kehidupan, ubudiyyah (penghambaan) hanya kepada Allah SWT dalam seluruh kehidupan. Jangan hanya beriman saat kita susah, saat kita sakit, saat kita telah dirasuk syaitan dan iblis, baru kita mahu mencari Allah! Maka taqwa tidak akan lahir.

“Beruntunglah orang-orang yang membersihkan jiwanya. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorkan jiwanya.” (ASy-Syams: 9-10) -kredit to abu ridwan

subhanallah..pencerahan yang mampu menggetarkan. memiliki hanya sekeping hati. membawa ke mana sahaja samada diwaktu cerah ataupon malam. hidup mengharapkan sesuatu yang mesti ada pada jiwa. allah lebih mengetahui yang perlu untuk hambaNYA.

kekadang kita bercerita tentang jiwa mengharapkan satu inzar ketenangan. perkongsian kekadang menjadi hampa. tak semua manusia menyenangi setiap berita..
"oo..yeke..sabar .k"
"k,beres.."
"sabarlah.."
apapon setiap yang berlakun pengajaran untuk diri. bukan setiap perkara untuk diceritai..pasti cerita tersebut ada sedikit pengajaran yang pasti.. maka..hanya ALLAH sebaik2 tempat mengadu..moga segalanya bernilai ibadah..

"Allah mentakdirkan segala dalam kehidupan..memberi setiap titisan airmata untuk merasai tangisan..dalam tangisan untuk menghargai sedikit kebahagian..ini akan mengingatkan betapa tuhan tidak mencipta sesuatu dengan sia2..setiap duka ada sukanya..maka gembiralah wahai hati yang tenang..menangislah sekadar mampu menghilangkan rasa dukacita kerana engkau hanya insan biasa,,tidak sempurna" nadya alfateh....

9 Jun 2011

segalanya cukup indah


salam bertamu didataran hati :D

melukis lagi segala rasa disini..terlalu rindukan perasaan ini.. sebelum2 ni habis je paper final exam, terus ke lab libry...meluah segala yang terbuku dihati. lebar juga senyuman nih :) template baru yang sedari semalam lagi xdapat nak buat.akhirnya menjadi juga. mata kian terasa pedihnya, dapat tidur dalam 4.30-6 pagi.. ini sahaja waktu terlelap.. peliknya balik terengganu 2hari..2malam lena sungguh2 tanpa kipas n xrasa panas pon..berada disini..tidur bawah kipas no.3 pon. tilam masih belum dapat disentuh.bahang cukup terasa.terasa seperti disalai atas api.. seminggu sudah tidur diatas simen lantai yang beralaskan tikar getah. kesukaran melelapkan mata..selama sebulan disini.payah benar nak lena. yang pasti udara terengganu pasti selalu dirindui.


rasai sedikit yang bermakna

penyelia, puan azlina datang darpada kampus unisza melawat anak2 buahnya disni. terubat juga dengan keperihatinan dan bertukar cerita kawan2 lain yang sedang praktikal disekitar selangor dan kL. akhirnya BIG APPLE menjadi pilihan hidangan tengahhari. :) . banyak kali sis menatap result final exam semester 6. tetiba mata terasa pedihnya.. gembira atau kecewa? kejayaan @ istidraj? sentiasa menghantui..ya..memang sis usaha betul2 untuk mendapatkan keputusan sebaik ini. namun apa daya bila dihitung2 bercampur pula dengan dosa dan noda. dimana nilai barakah 3.78 keputusan yg digapai. semester lepas memang hard betul2.. dapat 3.68, melepasi target. pertama kali sis melihat ibu bangga dengan kejayaan ini.. apapon rezeki itu dari allah. moga segala kesilapan tidak diulangi. terhibur juga dengan cerita yang sedang hangat dijabatan :). ada student mendapat fullmark dalam final exam. betul semua.. 50/50. kecoh pensyarah lain dengan pendirian ust wan saifuldin mempertahankan studentnya itu... huhu.. terharu betul. bak kata puan azlina "pandai betul budak tu ye lebih dari pensyarah..xpernah2 ade dalam sejarah dapat 50/50''. gurauan itu bersahaja tapi terkedu juga sis mendengarnya. bila sis tanya ust. "macam ne saya bleh dapat fullmark...banyak soalan..memangla semua boleh jawab " jawab ustaz "dah enti jawab semua dengan betul..ust bagilah.. walaupon ada yg pertikai tapi ust pertahan, anak murid kesayangankan.." huhu..kembang juga saat itu. apapon.syukran ust. bagi kenangan manis buat sis..terharu... ='(

bila diri disayangi..

sis kena kuat.."ramai yang sayangkan nadia" gementar juga bila diucapkan sesuatu yang sukar dirasai.tenkiu pada kak shahirah said yg sudah berpenatan memberi khidmat kaunseling sepagi menenangkan apa yang telah berlaku pada sis lewat malam tadi. apapon.. terlalu pasrah sudah.. sis bahagia dengan apa yang berlaku.. ditambah dengan penjelasan sebenar2 apa yg berlaku oleh seorang ust. selama ini ditipu hidup2@mati2.. apapon..syukran ust.. pandangan dan keperihatinnan ustaz amatlah ana hargai. keletah kanak2 rebina.. pah,deqna n acik turut membuatkan diri ini memandang segala masalah umpama melepaskan lelah yang terbuku. begitu juga teman setia sepanjang setahun ini iaitu nadiha. romate,housemate,clasmate yang banyak berkongsi segala rasa.. keceriaan hidup seharian dengan penyelia kak faiza,maryam n kak ain..segalanya cukup indah untuk dibandingkan dengan tangisan yang tak bermakna. terima kasih tuhan..ya ALLAH..