1 Jul 2013

tajdid niat untuk berkat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

"Diwajibkan ke atas kamu berperang dengan hawa nafsu" ....(teringat cerita.. jalan pulang)

Bila kita tidur dengan dosa dan kemaksiatan..bukannya maksiat fizikal,, bahkan maksiat hati sekalipun mampu memberatkan jasad untuk bangun mengadap tuhan.. Allahu. terpukul sungguh 2hari ni dengan apa yang terjadi.. sukar...sukar..sukar.. nak bermujahadah...

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222).


Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

Kalo nak berhijrah.. dan mulakan episod baru..saat kita ucapkan..saat tu lah bermulanya pembaharuan tersebut.. bukannya "esok nk start.." "minggu depan xnak dah buat" ..semua ni plan to failed.. hoho.. iallah.. mudah-mudahan.. tajdid niat untuk kebaikan mendapat rahmat dan keampuanan.. kami mahu KEBERKATAN untuk hidup yang panjang nanti :) .. sabar tu manis.. jadi jangan tawarkannya dengan dosa.

Jadi..jadi.. please fokus our ibadah.. ramadhan coming soon...semoga dapat mengumpulkan kekuatan disini.. biiznillah..jadilah hamba yang sentiasa muhasabah.. mungkin dia sentiasa berdosa..sekurangnya dia tahu dia berdosa dan memohon keampunan.. jangan jadi hamba yang tahu berdosa dan meneruskan dosa.. nauzubillah..

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang banyak beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya daripada setiap kesusahan jalan penyelasaian, daripada setiap kesempitan jalan keluar dan akan diberikan rezeki dengan cara yang tidak diketahui.

jom sentiasa beristighfar.. semoga Allah redho...

**semalam pi tempah baju untuk buat jubah..dengan orang paling terer sekali menjahit..hebat dak?hebbak.. tau x sape..tau x? hee.. mestilah cikgu yang mengajar jahit..hehe..sungguh betui cikgu tu nak membantu ai.. terharu pon ada.. dalam kesibukannya membuat urusan.. sanggup memdesignkan dengan penuh halusss..
terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan ai untuk kehidupan masa hadapan yang penuh barokah.. allahummaamin.. terlalu ramai yang "sayang" ..allahu.. berkatilah mereka .. yang sering membuatkan diri ini terlalu bahagia mempunyai sahabat2 yang berukhwah keranaMU..