3 Mei 2012

BerSIH

salam,alaik..

Pertama-tamanya, alhamdulillah. Allah bagi banyak kekuatan sehingga hari ini untuk menjalani kehidupan yang tidak seberapa ini. jika nak dikatakan perit dan pedih, itu masalah dalaman. bahkan yang berjuang korban nyawa itulah keperitan hidup yang sebenar menuju syurga. 

#saya sayang sahabat saya#
Semalam tergerak hati di facebook untuk meletakkan satu gambar smile seperti diatas kepada beberapa orang sahabat. hanya dengan naluri hati, mention nama-nama tersebut. Allahu Allah, hampir ke semua comment dan rupanya mereka sudah tidak mampu tersenyum pada hari tersebut. kekadang melihat orang lain lemah menjadikan kita lebih kuat, menyedarkan kita bahawa, kalu kita sudah terasa besar dan susah dengan masalah yang dihadapi ramai lagi yang tidak mampu berdiri sekalipun dalam hidupnya. bila berhadapan dengan seorang sahabat yang sudah tidak ada kekuatan melainkan zahirkan tangisan kerana itu kekuatan terakhir yang dia ada. benarlah, manusia itu diuji mengikut tahap kemampuannya.

#penangan tesis#
hilang semua deria rasa yang dialami. Alhamdulillah draf pertama sudah hantar dengan pelbagai gangguan ghoib wa mental. hanya 2 jam tidur setiap malam pada minggu ini bertemankan 3 cawan nescafe+oligo. mane tak mereng.resepi adunan sendiri ^^. apapon usaha yang dilakukan berbaloi. Jika tiada tekanan, kita takkan dapat memaksa diri kita untuk menyiapkan sesuatu tugasan. apatahlagi dalam amal ibadat, segalanya kita perlu paksa diri sebab memang lumrah untuk buat kebaikan kena paksa diri. ikhlas itu akan datang sendiri bila kita mudah membuat sesuatu amal. 

#bersih#
melihat perkembangan 28 April, jiwa benar-benar tidak mampu tertahan. banyak kali sudah tidak dapat bersama mereka yang istiqamah menuntut keadilan dan ketelusan. sebagai warga cintakan negara, ya!! saya sayang negara yang aman ini apatahlagi jika dilaksankan undang-undang islam. setiap insan ada hak untuk dirinya dan hak pada orang lain. meskipun tidak dapat turun bersih 2.0, 3.0 tetapi insyALLAH, bersih 3.5 dapat hadir ^^ iaitu majlis anugerah dekan. kita bersemangat biar bertempat. hebat dunia..hebat akhirat. itu penting. sepanjang penjalanan bersih, saya share semua info2 terbaru dari sana biar jelas di mata pengampu2 yang macam tak sekolah ni melihat sendiri kebangkitan rakyat disebabkan apa dan kenapa. walaupun hampir 300 orang je..ataupun 5000 orang je..hehe.. ape da.. wartawan dan pembaca berita lepasan tadika. boikot sebenar2 tv3 suku dan surat khabar sekarang nih.. porno..

#doa dan pengharapan#
"ustaz..kalo ada orang "minta" kita, perlu ke kita bagitahu yang kita ada sakit"? tanya ku pada seorang ustaz. jawabnya "xpayah citerlah..lepas kawin iallah segala penyakit akan hilang" subhanallah.. huhu..syahdu je pesanan ustaz.. moga segala saki baki kesakitan ini..bernilai ibadat bila redha mengiringi. Allahuakhbar!