ASSALAMUALAIKUM... :)
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
'Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.' (Sahih Bukhari)

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.'
(Riwayat Al Baihaqi)
malam tadi hujan kilat2 lagi..blackout separuh jalan.. off semua wayer2..jaga keselamatan diri..hihi. Allahu.. nikmat Allah yang mana kamu dustakan.. rahmat Allah tu meluas.. doa orang yang berpuasa ni makbul..setiap masa..kena sentiasa berdoalah.. moga diberi kemudahan.. setiap apa yang kita hajatkan.. Allah akan bagi..bukan pada saat kita mahu..tetapi ketika mana keperluan kita dalam tak sedar.
anehnya..saya bukan orang yang mudah nak tidur.. satu perkara yang menarik perhatian terhadap 2 rakan saya yang sanngat2 mudah nak tidur.. just letakkan kepala atas bantal..xsampai 2,3 minit pon pasti terlelap... subhanallah.. nikmat sunggguh.. setelah saya melihat akhlak dan rutin hariannya...wajarlah.. mereka ni dikalangan orang yang sangat suka memudahkan orang lain..langsung tidak ambil hati dan tidak memikir masalah2 yang ada.. jenis hepy good lucky.. :)
akhir2 ni..saya pon cuba muhasabah kembali.. memang atas masalah kesihatan yang ada.. namun rohani kita perlu diselidik.. alhamdulillah.. boleh tidur dengan aman..dan bila tidur..saya jarang bermimpi.. gelap!! :)
Status Hadis Ramadhan : Keampunan, Rahmat & Bebas Neraka (kemaskini) sila lihat sini.. :) ust zaharuddin