25 Okt 2013

HAMBA ILAHI


"Ujian yang datang..mungkin sudah lama engkau tidak betul-betul sujud pada tuhan"



Photo: " Inni Akhafullah "  :')
Mutiara Kata:

“Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.” (Imam Syafi ’i)


Nabi saw. bersabda, "Sesiapa mengucapkan Astaghfirullahal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa-dosanya, walaupun dia pernah lari dari medan peperangan". (HR Al Hakim) 



Bismillah wa hamdalah. lazimnya fitrah seorang hamba.. merasa pedih dengan aliran dosa yang sering tidak mampu terkawal. yang paling ditakuti, tahu berdosa tetapi masih melakukannya. ada perkara kita mampu bercakap dengan sewenangnya.. adakala apabila melaluinya.. benarlah iman senipis bawang, terlalu sukar dibenteng bila sendiri berdiri dengan akal tanpa wahyu memandu arah hidupmu.. gusar....

"inni.. akhafullah" .. berombak dan sesak nafas ingin menyeru kalam tuhan. sebaliknya jika disedari apalah yang sukar bila iman dan amal mewarisi segala jalan hidup ini. bahagia itu terletaknya disitu. bukan perlu dicari dan diminta. bila tahu dimana asasnya..pasti akan memiliki oleh yang MAHA PEMBERI. 

Bila disentuh dengan kasih sayangNYA.. Maha pengasih. betapa tenang sang hamba. betapa ia sudah mencukupi dari segala yang ada di dunia ini. bagaimana ingin merasa mencintai allah dan rasul terlebih dahulu sebelum membiarkan manusia memiliki secebis hati? rasailah degup nadi..degup jantung.. ketika sujud.. ketika dahi mencecah sejadah.. ada tak ketenangan mengalir.. ketika tasbih menghembus zikir.. menyantun selawat nabi dengan kecintaan terhadapnya.. ketahuilah...itulah halawatul iman....

inilah hamba.. hamba tuhan yang lemah.. hamba yang sering melakukan kesilapan dan hamba tuhan yang ingin kembali kepada tuhan.. jangan menghukum insan yang lemah rohaninya kerana bangkitnya suatu ketika, mampu berada dibarisan hadapan.. berdoalah kepada sang pengdosa dengan sebaik2 doa dan peringatan kerana ketika berdoalah.. disisi insan.. tiada apa yang bernilai melainkan rahmat dan berkah tuhan.. disisi insan itu.. tiada apa yang berbeza..

"doakan saya.." :) 

24 Okt 2013

ucaplah yang baik-baik

Bismillah wa hamdalah..

"Bergaul dengan insan hebat insya Allah pasti kita juga akan menjadi hebat. Carilah teman yang mampu menjadi kita insan hebat. Bukan hebat di mata manusia, tapi hebat disisi Allah, hebat di sisi Nabi kita, hebat di sisi orang tua kita. Semoga kita diberi lorongan untuk mencarinya."

"Amat malang sekali apabila kita bangkit dr tidur, kita mula menggerakkn akal menulis sesuatu yang boleh menimbulkan prasangka buruk pada seseorang. Kita membentuk pemikiran negatif pada umum untuk membenci seseorang. Kita marah org lain melebel-lebel, namun dlm masa yg sama kita juga suka melebel-lebel orang. Sayang, kelebihan yang Allah berikan pada kita untuk menulis digunakan pada jalan yang salah. "


Hari yg baik ini marilah kita beristighfar pada sang pemilik nyawa (ALLAH) agar diampunkan dosa2 kita. Jgn menambah dosa jika kita kurang beramal. 

sesungguhnya.. saya amat mengkagumi dan menghormatinya...
Setiap insan ada kelemahannya.. disebalik itu juga merupakan kekuatan utama yang ada padanya..semoga Allah menutupi segala keaiban dan fitrah yang menjadi fitnah..