BISMILLAH WAHAMDALAH...
lama rasa xupdate.. niat tu hari-hari, tapi tangan menidakkan berhati2.. berkerja dengan tiada kerja nak buat sangat meletihkan..huhuhu.. apakah yang tersirat. menuju hari2 memikul tanggungjawab membina ummah sangat membuatkan diri ini "lesu" kerana banyak program dalam "membangun ummah" tidak mampu hadir. owh.. kekadang, ini lah perlunya "teman" untuk ke mana-mana. kekadang kecewa bila "teman" tidak bersungguh dengan "semangat tarbiah sebagai jundi" bukan calang-calang manusia mampu menapak dalam haraki. disebalik tabir mungkin setiap insan lemah dan tewas dalam sesuatu yang sukar tetapi seharusnya, jasad berusaha menempatkan diri dalam majlis yang mampu menunduk jiwa. sayang masa yang ada dihabiskan dengan hanya "berehat" bila ada ruang.
Rindu zaman kampus : "kami tiada istilah rehat (tidur, tengok citer korea, baca novel, dengar lagu,lepak bilik member) oh..tak sempat nak melaghookan diri. kami berehat bila selesai berhalaqah. disitu kami "lepak" dengan menyelesaikan masalah ummah. bila letih, kami berehat disurau sambil menunggu qiamullai. bila lapar, kami berukhwah berjumpa mata bercerita soal itu ini di kafetaria dan bila study dan menyendiri, kami mendengar zikir, nasyid dan memuji kebesaran ilahi" Allahu.. rindunya "KAMI" itu
Rindu mempunyai seorang "teman" yang akan sentiasa memperingatkan "jangan lupa istiqamah dengan usrah" "jangan lupa pergi muktamar untuk melihat perbinacangan ummah" " jangan lupa hadam buku qiadah jundiyyah" "jangan lupa bincangkan maza yakni supaya diri mampu berhujah dengan nafsu khususnya" dan lain2 peringatan yang digambarkan dan yang diidamkan. namun.... :) ada perkara kita harus menerima seadanya "teman" disisi.
:') berapa banyak Rindu nak diungkapkan diri sendiri pon tidak mampu.. bila melihat "kad ikatan" yang tersusun nama membuatkan helaan panjang.. hati mula berdolak dalih.. entahkan mampu atau tidak untuk "tanggungjawab" masa hadapan. biarlah masa dan tuhan mengaturkan hidup ini..