24 Ogo 2011

TERAKHIR SEBELUM MENAMATKANNYA... ♥ ALMUNIRAH


Entry terakhir..iAllah..sebelum beruzlah dari dunia blogger ini.. esok hari terakhir di persatuan kebajikan anak yatim dan miskin al-munirah.. 2 hari ni mendung menguasai wajah. entah dimana punca semua ini berlaku...banyak suka dari duka disini..cuma yang duka yang sikit tu sekali terkena seolah panahan didada..sesak nafas untuk hadapi..berterima kasih pada yang sentiasa dekat dihati...bila saya melukis rasa disini..adalah mengikut emosi bukan kata hati..kerna ikut hati mati..ikut emosi juga..hampir2 mati la.. :)

spesel tenkiu 4 ust ahmad dasuki abdul rani..disebabkan beliau..sis mampu mengatur langkah untuk praktikal disini.. seterusnya kepada tuan haji termizi.. Pengerusi disini yang banyak memberi tunjuk ajar kepada sis..banyak yang dipelajari daripadanya.. tuan haji faisal yeslam..selaku pengurus..orang mantap ini..sentiasa berusaha memikirkan apa jua berkaitan pengurusan persatuan..

berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..berat lagi yang menulis ni..yang meluah :)
kakmi@rahida.. sahabat@kakak yang sentiasa memberi kata2 semangat..berkongsi suka dan duka.. kekadang dia tahu..tapi dia buat tak tahu..huhu.. hebatnya kakak ini..saya sangat kagum dengan beliau..

kakfaiza@housemate.@romate yang agak siyes pada awalnya..akhirnya teman rapat.. begitu memahami..soal jodoh menjadi rahsia allah..jika dunia tahu apa yang berlaku..pasti mereka akan memandang 4 mata segala kebaikan yang ada pada kakak ini.. prihatin dan mengambil berat..lasernyer bertempat..huhu..thanks kak...

kakngah@hanim yang sentiasa cool n steady.. kisah cinta wif husband..hehe.. ibu muda yang sentiasa menjadi contoh terbaik dalam kehidupan sehariannya.. bila dapat "gaji" ..pasti saya akan tersenyum lebar melihat kakak ni..kenangan jatuh laut di PD pasti saya takkan lupakan..

kakaini@housemate: kegila-gilaannya..masih menjadi2..hehe..namu sikap matang yang ada masih menyerlah..kami doakan mahligai bahagia yang akan dituju..dipermudahkan..

ibu @iman: insan yang sentiasa menceriakan suasana pejabat dan dapur..pasangan suami isteri ini sangat perihatin..kekadang,,.rindu terubat akan mak dan ayah bila melihat telatah mereka..

Ust tuan zamani: suami kepada kakmi..berubat separuh jalan..ish2..putus ase dah..huhu.. banyak sudah yang dilakukan sepanjang berada dsini..moga kuarga bahagia ini kekal selamanya.

ust abu hazim n akhma: pasangan muda ini bersama anak2 yang comel.. sifat kebudakan mereka kekadang menjadi kawan tanpa sedar.. mampu hilang strees bila bersama mereka.. moga hidup bahagia hingga selamanya..

ank2 yatim dan miskin..meskipun..sis kurang mesra..jarang bergurau senda..jarang segalanya walau banyak masa bersama kerana sis xmau ade sikap sayang.. bila sayang..susah sis nak lepaskan..sis harap sangat..kome semua dapat menjadi insan berakhlak mulia..berjaya dalam pelajaran..banggakan abi dan umi.. amir..am..hafiz..jaga adik2.. e in, syikin,zu,putri,ika.. dan adik2 comel yang lain..banyakkan belajar dan perbaiki segala sikap..moga menjadi anak yang mantop akhlaknya..kalian membanggakan akk.. :)

buat adik2 tahfiz.. racun dan madu..merekalah semua..asyik kacau pejabat..pantang buka pintu..masuklah bodyguard2 sis ni.. namun.. sesuatu yang perlu belajar dari mereka..sikap semangat untuk belajar.. apapon..akhlak sangat penting. sebagai penghafaz alquran.. special thanks to along..walau apa yang berlaku..anggaplah sebagai pengajaran..jangan menyalahkan orang lain biarpon kita nampak ada salah masing2..along sebagai brother kat sini..jadi contoh terbaik..akk kagum ngan along..begitu juga achik..sebagai ketua..perlu perfect dari sudut akhlak..bimbinglah adik2 ye.. buat nasyaat.. fokus pada dunia yang lebih penting deq :) ..apisroy..thanks atas pemberian..nasrun..daus.angah.ronny..dan sesape yg suka kacau tu segala kenangan bersama korang pasti akak sematkan sampai bila2.. if ada masa n kesempatan lain untuk kita bersua..pasti akk takkan melepaskan peluang.. contect akk selalu.. if nak minta buat apa2 perkara..just email n pm akk kat fb..k.

kepada yang lain..terlibat di ALMUNIRAH.. sis mengucapkan ribuan terima kasih.. pakcik sabedi..ust aiman..kak zara..pakcik nazari..imam malik..ali n semualah..


bila preview..balik...

menjejak ke sini..ditentang oleh pelbagai pihak..kuarga..kawan2..murobbi.. pelik..sangat pelik melangkah jauh ..buat pertama kali duk ditempat org.. ibu lebih mengetahui bagaimana anaknya ini..duk dikampus pon 2,3 hari sekali balik..apatah lagi berjauhan..namun..demi seseorang.. digagahi mehnah demi sebuah pengharapan.. dalam mengekalkan pengharapan tersebut.. pelbagai peristiwa dilalui.. makan hati..jantung..segala-galanya.. sungguh.. memekak telinga.. butakan mata.. demi seseorang..

sayang sangat akan adik2 persatuan ini sekian lama kenal di la tansa.. kem yang takkan dilupakan.. begitu juga penduduknya.. membuatkan diri ini takkan lupa sampai bila-bila apa yang telah dilakukan olehnya.. berada disini..sukar mengenal erti derita..kecewa.. menjadi awetmuda melihat telatah dan bersama anak-anak..

Penyambut tetamu hotel: " umur u berapa"
Nadya : umur? 23 tahun..pengiring diorang ni..
Penyambut tetamu hotel : u look mcm umur 16 je..xmacam 23..'

Haa.. kan.. dah terbukti :) banyak sudah program yang sis dapat ikuti..sis sangat bersyukur.. doakan sis dapat menhabisi perjalanan pelajaran yang masih berbaki setahun.. lambatnya masa berlalu.. moga-moga raya ini pemangkin semangat baru untuk berubah.


sis mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..ampun maaf setiap kesilapan dan kesalahan yang dilakukan..
syukran alaikkkkkkkkkkkkkkkk.. wassalam
**********************************************************************************







23 Ogo 2011

Derita afrika timur@somalia


SALAM,ALAIK..baru-baru ini, berita berkaitan dengan isu ini hangat diperkatakan.. seketika merenung kembali kepada kesulitan yang dialami oleh keluarga sendiri.. biarpun pelbagai masalah dihadapi..namun..segala pemberian Allah..cukup dan tidak pernah melupakan hambaNYA.

Bagaimana dengan keadaan mereka hari ini, menjalani kehidupan yang sukar setiap hari tanpa makanan yang mencukupi malah jauh daripada keamanan. Mereka hanya perlukan bantuan untuk teruskan hidup setiap hari. Bersyukurlah kita yang berada di Malaysia negara yang makmur dan aman damai. Kita bebas untuk makan apa sahaja dan bebas untuk kemana-mana. Apa yang mereka makan untuk berbuka puasa. Hari-hari mereka sama sahaja tanpa ada sebarang perubahan. Jom kita tengok gambar-gambar keadaan mereka di sana. Sumber daripada theatlantic.com.

Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg

Para wanita meredah ribut pasir untuk mencari air.

Pelarian Somalia Kadija Ibrahim berumur 67 duduk berehat di kem pelarian merenung jauh.

Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000, kem tersebut adalah antara yang tebesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah seramai 90,000 orang.

Kaum ibu di periksa sama ada mereka mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar Turkana, Kenya.

Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan.

Budak lelaki pelarian Somalia sedang mengutip ranting kayu untuk di jadikan sebagai kayu api.

Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir.

Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad.

Pemandangan di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya.

Nado Mahad Abdilli sedang menyiapkan pondok untuk berteduh.

Pelarian Somalia sedang menunggu giliran untuk mendaftar di kem Dagahaley.

Tin makanan yang telah di gunakan dari USA

Mohammed Osman 70 tahun dari Selatan Somalia

Keadaan haiwan ternakan di sana.

Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi orang Somalia

Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011

Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk di jadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley.

Seorang lelaki sedang menggali lubang untuk di jadikan tandas.

Pelarian dari Selatan Somalia sedang menerima makanan di Mogadishu 26 July 2011

Aden Salaad 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011.

Hasan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru meniggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.

Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Seorang lelaki sedang menguruskan unta beliau di Harfo, Somalia.

Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation (OIC)

Seorang wanita Somalia sedang memegang biskut tenaga di Kem pelarian Ifo 24 Julai 2011.

Seorang pekerja bantuan sedang berehat selepas mengagihkan tepung di Kem Dagahaley 22 Julai 2011.

Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian.

Suldana Mohamed, 28 sedang mendukung anaknya di Barmil pada 21 Julai 2011. Suldana mempunyai 6 orang anak dan beliau merasa sangat sukar untuk memberikan mereka makanan dan air di mana mereka hanya menerima 1 hidangan setiap hari.

Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya.

Itu adalah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu, pada 21 July 2011.

Kebanyakkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati adalah kerana kekurangan makanan, mereka tidak cukup makanan. Tapi kita di sini banyak membazir makanan. Makanan di buang setiap hari ke dalam tong sampah tanpa ada rasa simpati kepada pelarian-pelarian yang sedang kebuluran di sana. Malah yang menyedihkan lagi mereka adalah saudara kita, ada di antara mereka beragama Islam. Jadikanlah ini sebagai renungan kepada kita untuk merubah sikap kita, tambahan lagi ketika pada bulan Ramadhan. Ketika ingin membeli makanan dan ketika berbuka puasa ingatlah saudara kita ini yang tidak cukup makan setiap hari. Dan mereka hanya berserah nasib kepada bantuan yang ada, jika ada bantuan maka mereka boleh terus hidup, mereka tiada pilihan berbanding dengan kita. Renungkanlah peristiwa ini dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.

sumber : klik sini

22 Ogo 2011

Doa Kalian Diperlukan

Salam,alaik...Moga ujian bernilai ibadah..


p/s : cheya dah beli baju raya untuk Zamil ='(