10 Okt 2017

PENDAFTARAN TAHFIZ PEREMPUAN SEPENUH MASA

ANDA MENCARI CARI TAHFIZ PEREMPUAN SEPENUH MASA??

BERASRAMA PENUH?

BERDEKATAN PUTRAJAYA, BANDAR BARU BANGI DAN SELANGOR?

JOM DAFTAR DI

MAAHAD TAHFIZ DARUL FUQAHA DAN INSTITUT PINTAR TAHFIZ FUQAHA.

KLIK SINI UNTUK DAFTAR ONLINE

MUDAH DAN BERBALOI UNTUK PENNDIDIKAN TAHFIZ SERTA AGAMA. JUGA ISTIMEWA SUBJEK AKADEMIK DAN  ASAS KEMAHIRAN HIDUP .

DAFTAR SEKARANG!!

PENGAMBILAN 2018 TELAH DIBUKA!!

TAHFIZ PEREMPUAN  . DAFTAR ONLINE
TAHFIZ LELAKI  DAFTAR ONLINE

13 Sep 2017

oh tesis

Bismillah wal hamdulillah.

Mem nak cerita sikit.. hurm.. Bila direnung-renung, tension juga bila terpaksa tambah sem5 ni. mujurlah sebahagian yuran zakat UKM tanggung. kalau tidak kerana mybrain ni, memang dah berhenti, mood dah kelaut..๐Ÿ˜ฃ

Sebak didada fikir bila laptop kena virus yang popular ritu.. randomware ke ransomware.. yang pasti semua fail dan rujukan tesis tak boleh buka. masa tu lebih down dari kehilangan khayra. ya tuhan..ujian sungguh.Terkelip kelip tengok laptop yang kosong setelah diformat semula๐Ÿ˜ฉ

Bila dah bangkit buat sesuatu, sv pula gtau respondan tak valid dengan tujuan kajian. termenung sekejap.. kekadang cerita tesis ni lebih sebak dari khabi khusi khabi gham..hihi.. hampeh betul..

Lepas tu cerita jurnal, mula bacth mem kena wajib ada jurnal untuk submit tesis..ya tuhan..kenapalah bacth mem juga nak start kewajipan tu.. mem dah masuk 2 prosiding pon tak laku. NAMUN....
Indah sungguh di awal-awalnya sebab mem masuk prosiding kaspi dan menang anugerah perak untuk perbentangan tajuk tesis kategori literiture review๐Ÿ˜Š. lepas tu dapat surat pps, artikel tu automatik terpilih untuk jurnal jabatan tuuuttt,,, lega satu hal.. lepas 6 bulan kemudian, tanya khabar jabatan tersebut, jurnal tak memenuhi syarat dan perlu dibaiki, akhirnya jurnal tersebut "kemungkinan besar" akan diterbitkan bulan 12. punya lah down, dah pusat siswazah gitau, confirm terpilih untuk terbit bulan 6 ni tanpa berbayar..kalau bulan 12 tu kena bayar RM250.. but..... why....why...๐Ÿ˜–๐Ÿ˜ฆ

Akhirnya dah rasa putus asa, semua jurnal akan terbit bulan 11 dan 12, pasrah sajalah.. bulan 8 hari tu, tetiba ada rakan tanya dalam group wasap, "kat mana lagi nak hantar jurnal". rakan sorang lagi bagi nombor telefon, dia kata dah penuh tapi dalam diam mommy tawakkal juga mesej kak yang incharge jurnal tersebut. berbayar RM250 pon xpalah dari kena tunggu. 

Kak tu bagitahu "Ada satu je kosong lagi 7m/s sahaja" whattttttssss..๐Ÿ˜จ. macam mana nak pendekkan artikel asal 15m/s jadi 7. tapi tak tahu kat mana semangat tu muncul.. terus tengok format jurnal tu.. akhirnya ngam2 7m/s.. dah nak sujud syukur... haha. lepas tu tergerak hati nak tanya bila last submit sebab nak terbit bulan 9 ni kan. lagipun kena bagitahu sv terlebih dahulu.. 

Kak tu jawab " hari ni last hantar dik"... whatssssss?? ๐Ÿ˜จnangis bucu katil. semangat down lagi.. termenung panjang.. slow2 mesej sv, minta kebenaran.. beliau baca tapi tak berbalas.. masa tu jam9 malam. 

Akhirnya betul2 down.. semua kerja tak jadi buat. kebetulan jam 11 malam sv post berkenaan seminar di indonesia, jadi mem pon buat2 komen n berbalas mesej dalam group berkenaan seminar tu.. dah yakin sikit wasap personal sv sekali lagi.. akhirnya sv kata "ok je" haha..๐Ÿ˜ walau jawapan tu mcm tak berapa nak izin, mem anggap green light.. syukur.. boleh send malam tu jugak artikel ke admin.. LEGA!!

Sehari sebelum raya haji, dapat email dari admin, minta edit "sikit". mem pon acuh tak acuh lagi sebab line kat kampung slow n tak dapat buka. tengahari tu me buka dengan line yang slow, terbeliak juga mata .." whatttttsss,, sikit je?" ๐Ÿ˜จ.. hampir keseluruhan kot kena edit.. dengan buku tak bawa.. mem guna yang ada dalam laptop je baiki tapi masih blur dan tak nampak apa yang perlu diedit. tengah-tengah edit, mak gtau mak sedara suh hantar dia balik.. bukan permintaaan tu suruhan.. hahahaahahahaha.. rasa nak gelak pontianak pon ada masa tu. sekali lagi down.. tutup laptop n pergi bersair-siar sambil gi kenduri rumah mok sedare kesayangan nih. lepas tu mesej kak tu bagithu boleh tak edit lepas raya..mujur la dia kata ok. " admin nak raya juga" katanya.. haha..๐Ÿ˜…

Dengan tak senang duduk nyer, beraya ala kadar, terus ajak husband balik. mujurlah dia nakpi walau berat nak balik awal..haha..๐Ÿ˜† ada mem kesah.. kahs.! masa ni mem dapat interview warden khas yayasan hari selasa tapi mommy kena balik KL dulu, setlekan jurnal sebab dah bayar weh.. kan sajoo je.. lepas selesai edit n hantar syukur... DONE!!! lepas tu bersiap2 nak balik terengganu. tiket bas jam 10.30 malam, beli online, duit tengah takde.. dalam bank cukup2 ada RM100 weh... beli tiket tinggal RM50. mahai benor tiket.. tapi tiba tiba jam 9.00 malam mem rasa penat sangat dan tak sedap hati. dengan sekali lafaz mem gtau hubby " saya tak jadi pergilah.. tak sedap hati" haha.. macam akad nikah kan.. ekau ado??๐Ÿ˜

Tetiba pada suatu hari " tahniah sis, boleh tengok jurnal dah terbit ya.."
yeayyyy!!!๐Ÿ˜š selesai dan lega lepas tu download dari jurnal tersebut.. ada kat 4 kali baca semula.. excitedkan.. lepas tu rasa pelik kesimpulan jurnal tu lain benor.. kot iya pon nak bantu edit, janganlah lain benor pengenalan dan kesimpulan..๐Ÿ˜ฉ sekali lagi dada sekat nafas.. aduhai.. payahnya... mesej kak tu semula "oh yeke dik, nanti akk tengok.. aah la lain.. nanti akk semak semula dengan admin"
hurm... bakpo la.. bakpo la.. mem cool je .. walau tak lalu makan kejap..haha. akhirnya sehari kemudian terbitlah yang sebenarnya dan complete. harap2 takde lagi yang memudaratkan hati dan perasaan ini..haha

SEDIH juga takpi interview yayasan tu.. mak sungguh sangat gi, tu pon dia tak tahu dapat sebab memang tak ada naluri nak pergi dengan duit takde, gaji tak masuk lagi.๐Ÿ˜ญ tu pon orang kata mem kaya.. hahahaaha.. kat mana harta mem tayang pon tak tahula.. ๐Ÿ˜

Hari ini baru nak mula kembali, sambung semula.. semoga Allah bagi kemudahan.. dapat siapkan dan tamatkan pon dah sujud syukur.. ni pon sebab jeles dengan geng lain yang dah siap dan dapat viva.. ๐Ÿ˜‹haih la,. mane la semangat mommy yang ada tiga empat orang anak tu.. mem tabik dengan uolls.๐Ÿ˜ด.. tu pon tak jadi nak mula tesis sebab banyak sangat bercerita.. hahahaha๐Ÿ˜. HAMPEH!

Moga selepas ni makin berusaha ya mem.. sebenarnya mem nak luah hal lain, terkeluar bab tesis lak.. haha.. bahagia sangat bertesis mi
oh tesis ๐Ÿ˜ฃ

27 Jul 2017

Ada turun.. Ada naik..

Bismillah walhamdulillah..


syukur..

dikurnia kehidupan yang baik,,
dikurnia keluarga bahagia..
apa sangatlah senggeta yang membuatkan hati tercalar..
calar yang pasti terlindung..
apalah sangat dengan terasa hati yang membuatkan jiwa berduka..
sedang duka itu mampu hilang oleh cinta...

namun apakah cinta itu hilang?
jika sekecil rasa menjadi berbisa..
bisa yang tidak terasa tawarnya..
jika sekecil kecil rasa tidak berharga..
apalah nilai sebuah jiwa..

maaf itu mahal sungguh..
tertembok dengan keegoaan
nyata!!! ego itu akan terus menjauhkan..

bersedialah..jika ada penamatnya..

alkisah 2017..

dikurniakan anakanda yang comel :)
namun menjadi bintang syurga mommy..

3 anak mommy menanti dipintu syurga..

23 mac 2017 lahirnya
khayra nafeesa bt nadiea

28 julai 2014 bitrhday
zinnirah nur iman bt nadiea
zulfa nur iman bt nadiea

doakan hati mommy keras membatu.. biar cuka atau sepedih pedih rintangan mendatang.. airmata mommy terlalu mahal untuk perkara remeh temeh..