"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar" (Baqarah:155)
7 Jun 2013
jadilah hamba yang bersyukur
Assalamualaikum... :)
Rasa lunak je suara memberi salam. walhal musim kedemaman berlaku dikhatulistiwa ini. :) ngade la sangat ayat ni. Alhamdulillah.. syukur.. syukur.. syukur.. segala aturan Allah sedang berjalan dengan sempurna. Masing-masing sedang mengalami masalah suara.. boleh ganti ella dan ramli sarip.. :) . sedangkan kita tahu maha baiknya Allah memberi sakit ini adalah untuk mengingatkan hambaNYA, ada "dosa" yang ingin dihapuskan.. subhanallah.. maha baiknya Allah.
Beberapa hari ini saya terfikir akan masalah diri.. sebulan sudah tidak datang uzur..akhirnya bila sudah semam2 begini, baru datang haid. lalu saya meneroka permasalahan ini di page fb dr.hamid dan juga blog Dr. Hamid arshad untuk merungkai permasalahan. sudah 3 bulan berturut2.. setiap kali datang haid mesti saya demam. perihal sakit begini adalah sebagai perkongsian untuk yang lain supaya berikhtiar menjaga diri. Alhamdulillah.. kehidupan saya normal berbanding kawan2 yang kadang2 3kali setahun je datang haid.. dahsyat2.. sayangilah diri anda ye..
Hari ni sehingga esok.. kerja saya shif.. 24 hours :) becoz ganti shiff semalam. semoga kuat dengan demam2 yang masih berbaki. berdoalah di hari jumaat ini.. semoga barokahNYA sentiasa memayungi kita. hurm... rasa nak makan sup je sokmo ;( .. xjamah pon makanan kenduri tadi. xselera kot.. hari ni walimah adik sepupu yang berusia 17 tahun..gigirl tuh :) jodoh sam[pai awal.. dari malam tadi bertungkus lumut dan lumat menyiapkan baki2 kerja. Iallah, mudah-mudahan berpanjangan jodohnya..
p/s: dalam kesibukan walimah ini, ramai pulaks yang memfokuskan perihal saya :) kenapakah.. semoga yang baik2 disyukuri.. yang mane tidak diterima hati anggap sebagai ujian diri.. fi amanillah.. Allah maha baik :)
4 Jun 2013
take note!
Hati... masalah yang sukar diselesaikan. mujahadah yang mantop barulah bisa menundukkan segalanya. terasa ingin beruzlah dan menyepi seketika.. bukan lari dari masalah.. tetapi pergi mencari pintu kedamaian. Hijrah itu kan jalan -jalan kebaikan. IALLAH menuju ke penang minggu hadapan.
Pada hari ini saya tidak bekerja.. tetapi saya tetap mengada2 untuk mengisi kekosongan masa. Allahu.. kebelakangan ini saya cukup terkesima ditegur secara langsung oleh yang maha esa. membuak-buak perasaan bercampur aduk dengan pelbagai lagi perkara yang berlaku..
Sikap "mungkir janji" masih belum dapat diterima. seseorang telah berjanji dengan saya pada suatu hari. hampir tiba disaat pertemuan, beliau cuma memberi alasan yang mungkin dari pihaknya tidak dapat dihindari. hati mula sebu.. menyirap darah memenuhi wajah namun air juga yang keluar.. mata yang tiris ;) .. entah! saya merasakan kenapa saya boleh menangis untuk seseorang yang tiada apa-apa pada ketika itu. saya mula bermuhasabah dan memohon petunjuk tuhan. subhanallah!! lantas Allah memberi ilham suatu perumpamaan. saya terkedu melalui detik itu.. sedarlah saya bahawa, "saya terlalu mengharapkan kesempurnaan" dalam kehidupan ini.. Allahu Allah.. terdiam sepanjang malam memikirkan apa yang berlaku pada hari tersebut!
Setiap hari saya memerhati dan memahami gelagat dan juga cara hidup manusia. kekadang kita sendiri gusar memikirkan bahawa apa yang berlaku dibelakang kita. jika kita sentiasa mengambil sikap manusia sebagai petunjuk kehidupan nescaya lemahlah diri dan jiwa andai kita tidak sekuat yang dimaksudkan. begitulah yang dianjurkan oleh agama supaya meletakkan syariat dan pandangan tuhan dalam amal seharian. pandangan manusia pon perlu supaya diri kita ada "cermin" yang menunjukkan baik buruk seharian. Ambillah teguran dan nasihat mahupun cercaan orang terhadap diri kita. berjiwa besar?? sukar bukan. kata ustaz azhar idrus "kalo nak cari redho manusia, kita akan tua dalam pencarian kita"
Rasa sedang bermuhasabah pulaks.. iye! hidup ini perlu bermuhasabah selalu. mohon sangatlah pada ilahi.. agar jalan yang dipilih ini adalah yang terbaik pada pandanganNYA. meskipun jiwa kosong.. meskipun hati senyap tidak terasa.. namun panggilan dan jawapan istikharahnya juga yang menetapkan janji. semoga pengakhiran kehidupan ini adalah redha Allah dan untuk akhirat semata-mata.. biiznillah..
Langgan:
Catatan (Atom)