Genap setahun 3bulan pernikahan in. Bukan suatu yang mudah untuk dijelaskan. bak kata orang2 tua..5 tahun pertama adalah tempoh berkenalan. bukannya bercinta bertahun2 pastu baru kawin.. ni kawin dulu baru bercinta.. begitulah kehidupan kami.. berlalu berdua.. sang suami serikan istri.. istri serikan suami.
"makanan paling sedap ialah masakan istri.. sy xkisah awak masak nape pon yang..semua sedap" itu lah yang diulang2 setiap kali ambo masak. kekadang kembang bermangkuk2.. harhar.. suami yang tidak pernah berkire.
"merajuk"
MasyaALLAH..mcm kiamat pon ade.. begitu la ambo.. sukar benor termakan pujukan. takde nye nak merajuk sesaje.. pasti ade asbab yang besarrrr apa yang ambo rasekan. pesan orang2 tua.. kalo gaduh2 kecil ke..besar ke.. jangan sesekali asing tempat tidur.. jangan sesekali menjauh.. kerana peluang syaitan untuk meruntuhkan kasih sayang begitu tebal..
Kekurangannya adalah kelebihan buat kita dan kelebihannya menyempurnakan kekurangan ini. sungguh.. hargailah PASANGAN HIDUP KITA. bukan nak bersama setahun bahkan berkongsi hingga akhir usia iallah.. ambo sangat bersimpati dengan shbt2 ambo..
Ada yang baru setahun berkahwin.. masing2 dalam dakapan agama. bukan calang2 orangnya.. bercinta lepas kawin. hanya beberapa bulan shj kenal. namun sebenarnya itu bukan asbabnya. masalahnya ialah.. masing2 tidak menerima kelemahan dan kekurang diri pasangan. bila bergaduh kecil terus keluar rumah dan tidak bertegur sapa. kalo xpuashati.. guna sms.. tidak bersemuka .. nafkah zahir dan batin pon tidak diberi. akhirnya siwanita tekanan perasaan dan kehilangan kawalan sehingga terpaksa memikirkan perpisahaan.. Allahu.. sebegitu ujian untuk hambaNYA..
Untuk kita yang masih diuji dengan perkara yang lain.. syukurlah.. kita tidak mampu untuk berada ditempatnya. ujian anak? hmm.. masih boleh tersenyum.. namun jauh disudut hati... sungai2 terluka ade mengalir.. tuhan sahaja yang tahu.. kekadang tangisan yang teresak tidak dapat nak kongsi.. sakit yang dialami tidak dapat nak diceritakan.. kehidupan ini sungguh payah nak diterjemahkan..
ya rabb.. berkatilah saya dan suami.. kekal selamanya..AMINNNNNN