mungkin ini post yang terakhir buat minggu ni..yekew?sama2 tunggu..huhu
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM MAHABBAH
3 haribulan ni dah start final exam dah..huh..minggu perkurungan buat sahabat2.dah start warning pon ader.takut ganggu masa study.ape2 pon..banyakkan minta pertolongan dengan ALLAH..6ti penuh la kat surau2 ..solat berjemaah xpun nak ikut..tapi bleh pulak turun study..bila ditanya..nak cari ketenangan..huh! abis tu sembahyang kat bilik tak tenang xpe plop..surau ni siap duk tidur dan buat rumah sendiri..bantal..meja..mujur tilam je xbleh buat turun..em.semua orang tahu kelebihan surau dan masjid tapi xmengamalkan jer...semoga kita menginsafi diri terutama sis..ikhlas kah niat kita pohon pada ALLAH ni.. ketika exam nie.. sis mohon maaf segala khilaf..rasa banyak dosa lagi nie..xlekat pon lagi ape nak dihafal..ade la sket kat bawah nie.. untuk persediaan exam kome..k.. siru..ala barakatillah..aminnn
SEMASA STUDY
• Kalau lecturer ada bagi soalan spot, baca yang itu sahaja. Jangan nak hafal juga tajuk yang tiada dalam list, dibimbangi lupa semua.
• Banyakkan mengulang-ulang, sampai rasa puas sangat-sangat. ulang2 bijak. Mengulang kerana mencari jawapan untuk selesaikan soalan, berteka-teki dengan kawan-kawan dan sebagainya. Ulang2 dengan baca berulang kali, tanpa jawab soalan, akan menyebabkan otak bosan dan ‘menipu’ sebab rasa macam dah betul2 ingat. Soalan akan merangsang otak untuk cuba recall dan lebih bersungguh untuk pasak maklumat tu betul2 dalam otak.
• Fokuskan dan jawab betul-betul semua soalan tahun2 lepas. Teknik ni dah diapplykan oleh beberapa org kawan, Alhamdulillah berkesan).
• Susun point2 untuk mudahkan hafalan, kreatifkan diri untuk tukar ¬key word kepada sebuah cerita yang lucu dll, gambar yang pelik dll, dan macam-macam lagi.
• Kalau mengantuk dan letih, rehatkan otak. Jangan tidur, dikhuatiri masa banyak habis dengan tidur. Cuba alihkan fokus otak dengan baca berita, dengar kuliah yang kelakar2, tengok cerita pendek yang kelakar2, artikel yang menarik, cerpen yang best2, borak2 dan apa2 sahaja selama beberapa minit. Kalau lepas tu, still gak mengantuk, tidur je lah(setkan alarm clock).
• Cari atau buat nota yang mudah dihafal untuk diri.Ramai orang fikir buat nota buang masa, tetapi nota yang mudah dihafal, ditengok berulang kali(semasa makan, sambil jalan dll) akan lebih menjimatkan masa sebab mudah diingat dan di recall semasa exam.
• Baca dengan hati,dengan sepenuh minat., bukan dengan otak semata-mata. Wujudkan persoalan dalam diri dan eager untuk cari jawapan.
• Banyakkan menghafal dalam bentuk gambar.
SEMASA JAWAB EXAM
• Jawab dengan tenang. Kalau tak tahu jawapan,cuba senyum dan pandang muka kawan-kawan. Selesaikan soalan yang lain, dan kembali semula ke soalan tadi apabila selesai jawab soalan yang kita dapat jawab. Banyakkan selawat dan pandang muka kawan-kawan. Cuba tersenyum (mungkin kelakar tengok muka kawan2 yang bermacam2 mimik muka) ^_^
• Gariskan key word yang penting-penting yang diyakini betul.
• Jangan tinggalkan jawapan kosong. Hentamlah walau macam mana pun. Ada kawan saya yang cerita, dia tulis je apa yang dia tahu, kadang2 point tu bukan ikut kehendak soalan pun. Yang penting, TERISI DAN PANJANG. Psikologinya, kalau dr malas nak baca, dia tengok jawapan dah panjang, dia bagi je la markah (buat macam ni, bila dah habis jawab semua soalan yang kita tahu jawapan dan sudah puas recall).
• Kalau soalan yang kita memang dah tau jawapan dengan tepat, jangan bazirkan masa tulis. Jawablah ikut kehendak soalan. Teknik di atas tu, untuk soalan yang kita tak tau jawapan dengan tepat.
• Kalau pengawas peperiksaan tak ambil kertas soalan objektif, dan ada kertas soalan subjektif, mungkin ada jawapan untuk soalan subjektif dalam soalan atau pilihan jawapan dalam kertas objektif. Cuba manfaatkan.
Diharapkan kita semua menjaga hubungan denganNya, kerana Dialah penentu kecemerlangan sebenar. Usaha hanya wasilah. Dia Yang Menentukan. Ibadah sunat dan wajib yang dijaga akan membantu menguatkan kita untuk study lebih fokus dan berkesan. Ibadah seperti stesen minyak yang mengisi minyak untuk kereta yang HAMPIR kehabisan minyak. Jika kereta itu meneruskan juga perjalanannya, kerana takut lambat sampai ke destinasi, pasti kereta itu akan mati di tengah jalan dan tidak akan sampai ke destinasi buat selama-lamanya. Begitulah ibadah, charge battery kita untuk terus semangat study secara konsisten dan efisyen. u/p: teknik di atas berdasarkan pengalaman, terpulang kepada sahabat2 nak manfaatkan atau pun tidak.= dicopy http://upimansurah.blogspot.com/