sebagai insan yg ingin bermanfaat pada orang lain..pesan ayah..
*bagi yg terbaik pada orang lain..meraikan orang selalu..permudahkan urusannya.. gembirakan hatinya..
sikap2 ini nyata..sis cuba amalkan..cuma kekadang orang melihat "over" bila terlalu cakna tidak bertempat.. sis belajar dari ayah..xperlu lihat apa org kata akan apa yg kita buat.. just buat.. baru je balik dari melawat sahabat kampus yg tidak berkesempatan merayakan aidilfitri dikampung halaman..ayah minta ajak semua datang rumah.. tapi bak kata adik ulwan "shy2 cat" pula mereka..memang la segan..datang uamh orang..takut esok menangis..susah pulakkan.. :)
tapi kami cukup berbesar hati jika dapat meraikan mereka..bila mereka tetap xmau..sis pon pergi ngan brother untuk hantaq spesel punyer makanan.. "lemang..tapei..kueh raya..dokong..ketupat" emm..moga2 mereka dapat merasakan susasana raya n terubat sikit rindu kat kampung..harap2 esok mereka sudilah singgah diteratak ini..
salam aidilfitri buat semua > cikgu PASTI, pelajar n ustaz ustazah darul taqwa.. ex maahad tahfiz wal tarbiah (mtt) 99-04.. semua warga sekolah menengah agama setiu..03-04, terkini.. sezaman diploma al quran dan as sunnah dan seijazah sekarang.. sains sosial antropologi dan dakwah.. sahabat2 tersayang.. chenom,sobar,ude,fizah,nisa,acik,asmat,deqna,syira,arin,Tema,k.hayah,fau,k.syiroh n sahabat2 lain yg xtersebut..ketahuilah sis menyayangi kamu semua.. kepada adeq2 pembakar semanagt.. umar n farhan.. kamu adalah terbaik pejuang pernah akk jumpa..istiqamah akh..kuat semangat ye.. dan lain2 ikhwan2 yg sangat sis hormati.. ilham..farid..rafie..burhan..huzaifah..fairuz..dan lain2 yg tak tersebut.. salam satu perjuangan..moga kita dalam barakahnya..
allahurabbi..ketenagan sebulan ini diragut lagi..terlepasnya musuh2 yg dilaknat ini..terus mengganggu.. allah..allah..allah.. kuatkan semangat..jangan mudah mengalah..allah amat menyayangi hambaNYa Yg SABAR..
maafkan segala khilaf sis yg tak terduga..xtersengaja..insan biasa yg buat salah~sis nadya~
*jemput beraya dirumah : 166-b kg sg.ikan, 21060 kuala trg.. sila ty posmen ye jika sesat..hehe..
begitu bermakna..ramadhan kali ini..juga hari kemenagan ini..syukran ya rabbb..
Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah taala mengurniakan hadiah besar. Sembahyang lima waktu dikurniakan Hari Jumaat, Puasa Ramadhan dikurniakan Hari Raya Eidilfitri. Ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban.
Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi org-org bertakwa kepada Allah SWT.
Adalah menjadi hikmah yang besar Allah swt memilih bulan Ramadhan berlakunya peristiwa al-Quran diturunkan dan peristiwa peperangan Badar, peristiwa pembukaan Mekah. Diikuti dengan bulan Syawal peristiwa Ahzab.
Menunjukkan bahawa kemuncak takwa yang ditarbiahkan melalui puasa ramadhan orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quranul karim satu-satunya petunjuk yang benar, yang Esa daripada Allah SWT.
Setelah Allah swt menyatakan tujuan ibadat puasa itu supaya kamu bertakwa kepada Allah SWT. Allah SWT juga menegaskan kitab ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
Hanya orang-orang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quranul karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Selamat Menyambut Eidul Fitri.
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang
Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)