8 Apr 2013

warna warni kehidupan bekerjaya


Bismillahirrahmanirrahim…
Allah.. Allah.. Allah.. Alhamdulillah dengan izin dan kurniaannya dapat kita sama-sama  beramal dengan islam dan semoga diistiqomahkan dalam perjuangan islam. Amin!!
Ohsem!! Allah maha baik.. :’) ..

Sekian lama tidak mendengar suara beliau, sekian lama menjauhkan diri daripada beliau, bukan kerna benci Cuma tidak mahu menyemarakkan bara hati. Benar!! Mereka yang dihormati, disanjungi.. bukan kerna itu kita terpaksa berdiam diri atas perbuatan mereka, Cuma atas rasa terdidik dengan akhlak – akhlak islami..mungkin :’)

“enti..doh ada klang lagi..?”
“balik doh trg..bulan 1 hari tu”
“allahurabbi..kije sini ker..dok naik klang doh ker..”
“ye..”
“kire lama doh la balik sini..”

Lama suara tersebut diam..menunggu kata dari diri yang hina, dalam nada yang berat..cuba untuk memesrakan bahasa “doh..bakpe xgi walimah nurma..”  “ho..kul10 tu nakgi”…. lantas bateri hpon pula kehabisan, dalam diri mengucap syukur dengan pertolongan Allah barangkali, biarlah.. tidak mahu berlama-lamaan dengan suasana begitu. Cukuplah sekadar mendiamkan diri.. itu lebih baik.. sungguh.. sang murobbi cukup baik..  lantas atas dasar hormat, saya meminta shbt baik ust muhammadi untuk menyampaikan permasalahan hset tersebut :’)

Ohsem!! Nyawa saya masih ada
Malam tadi, penghuni asrama dirasuk pula oleh sakanya.. “pergi…lepaskan aku.. aku nak bunuh..aku nak bunuh!!” lebih kurang kul8 malam. Saya baru balik dari melawat penghuni dihospital yang sedang dirawat disana. Itu pon yang memang biasa pengsan hysteria.  3 kuasa lelaki memegangnya, namun tidak juga.. saya merasakan malam ni paling menyedihkan. Saya seorang dibelakang van bersamanya, 2warden lelaki juga tidak tentu arah, tangan saya juga hampir patah dikilasnye, saat yang paling tidak dapat dilupakan.. call 5 ustaz, semuanya xboleh.. yang paling tidak boleh diterima akal saat mereka sendiri dengar jeritan sangsaka nih.. “ust ada temujanji dengan orang” “ust xsihat” erhhmm.. rasa nak menangis disitu jer. Sejam dalam van dengan bermacam2 perkara berlaku. Sedihnye masyaAllah… sampai satu ketika, adik tu datang mencekik saya..huhuhu..pengalaman hebat betul. Xpernah hadapi situasi begini.. Allahurabbi.. moga Allah melindungi hamba-hambanya. Badan menjadi berat. Suasana malam yang wajib mandi 2kali. Dugaan kerjaya beginilah. Jika rungutan dan keluhan menjadi suapan hari-hari, maka, tidak ada apa2lah ada. Niat tu penting. Kekuatan yang ada juga datangnyer dari shbt2 sekerja yang sangat2 prihatin. Alhamdulillah. Letih tu memang letih, 4 malam berturut2 histeria.. orang yang berlainan jenis sakitnyer.

Ohsem!! Sayang ibu ayah..
sekejap tadi kul 11pagi-kul2.30 petang balik berehat dirumah. Dengan mata2 yang kabur drive. Hanya allah je mampu membantu. Balik tidur sejam, barulah segar dan lena. Alhamdulillah. Menu ibu yang biasa dimasak, rasanya sentiasa luar biasa. J