salam ramadhan kareem..bulan keberkatan
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin ia akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai”. (Hadith riwayat al-Tirmidzi, dihasankan oleh Sheikh al-Albani)
Alhamdulillah300x..syukur atas kurnia yang telah diberikan oleh ALLAH s.w.t dalam segenap nikmat yang telah dirasakan.. sebentar tadi..
iftar jamaie disurau habibah..surau kesayangan..u semester ini..saodah tetap dihati..namun hidup untuk menyebarkan risalah islam kepada semua insan.. takziah diucapkan kepada sahabat tercinta..
nurhayah razali..petang tadi dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas.. hati mana nak tenteram..baru 3hari lepas keluar hospital..setelah berbuka terus kami adakan solat hajat n bacaan yassin..seberapa ketika..mesej dari sahabat sampai "k.hayah selamat..dah keluar wad icu..bleh balik kampus..xkena tahan wad" ..syukur kehadrat Allah..jelas!nyata! janji allah dibulan keberkatan ini..
akan dimakbulkan doa hamba2nya yang tulus dan ikhlas..
“Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” [Yusuf 12: 34]
berdiskusi bersama pensyarah tadi isu2 semasa di dunia hari ini.. rasa banyak sanagt kelemahan orang2 islam.. tazkirah sebelum iftar tadi oleh sahabat seperjuangan..
menceritakan tentang peristiwa2 besar dibulan ramadhan..bulan kemenangan.. peristiwa badar..kemenagan toriq ibn ziyard..kemenangan tentera salahuddin.. dan banyak lagi peristiwa hebat dibulan ramadhan.. ya rabbi.. alangkah susahnya..mendidik diri ini..malam ke 13 sudah..namun rasa terlalu sedikit amalan yg istiqamah dilakukan..
kadangkala ujian kesakitan yg diberikan seolah hukuman.. moga2 kaffarah dosa..banyak malam ketinggalan terawikh.. qiamnya yg agak2 mamai.. subuh berjemaah sudah terbabas banyak kali..astagfirullah.... bila dirujuk pada ayahanda "ust bob-berhanuddin" kenapa sukar sangAt melalui ramadhan kali ini.. b
ukankah syaitan sudah dibelenggu?.. kenapa masih kuat gangguan dibulan ramadhan..? ust hanya tersenyum..hanya syaitan yg dibelenggu.. jin tidak..yang mengganggu manusia ini ialah jin yang tidak mahu beriman kepada allah s.w.t.. kesian benar ke sahabat2 lain..terus ada yg berjangkit dengan kehadiran diri ini..
hari rabu"25 hb" iftar jamaie..
bersama family di sutera beach resort.. abang nak sponsor..kami no hal..free ja..sapa2 nak join..sila pegi sendiri :P ..semua hadirin keluarga datang.harap2 kali ini..ayah sudilah bersama kami..hu2..
asgment berlambak2 kena hantaq minggu ni..selesai tugasan terakhir tadi u sebelum raya ni..
"faktor yg mendorong kepada perkhahwinan pada usia muda" ..em..sapa2 yg rasa nak kawen awal..habaq kat ana.. ada jalan penyelesaian yg cukup mudah..yakin dengan rezeki Allah yg telah dicatatkan..betapa kayanya kurniaan Allah kepada pasangan yang nak mendirikan rumah2 Allah ini.. jangan malu..jangan segan..bagitau ja ana..he2..
hati kian terasing dengan warna2 kebahagian..
bukan mudah rupanya membuat keputusan..hanya padaMU ya Rabbi.. nadya serahkan segala urusan..jauhkanlah sepertimana Kau pisahkan langit dan bumi..seperti jua syurga dan neraka..
"Ya Allah, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan,
Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di
dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu
rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.”