5 Apr 2010

keutamaan hati..nilailah diri

bismillahirrahmanirrahim..

sememangnya dilahir untuk melengkap kekurangan.memberi pada yang meminta.memenuhi pada yang mempelawa dan mejadikan diri sebagai sandaran pada yang memerlukan. berbicara keutamaan hati menggambarkan bahawa-SIS NA. “Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

dalam hadis lain pula "Cobaan akan dibentangkan kepada manusia laksana tikar, satu demi satu. Ketika hati dipengaruhinya, satu titik hitam tercatatlah dalam hati. Ketika hati mengingkarinya, satu titik putih tercatatlah dalam hati sehingga hati menjadi satu dari dua jenis: yg putih seperti batu putih yg lulus dari cobaan, atau yg gelap hitam karena tidak mengenal ma'ruf (kebaikan) atau mengingkari kemungkaran." (HR Muslim) .

satu hadis yang menerangkan fitnah terbesar pada masa kini ialah " seorang laki2 yang pada paginya dia beriman dan pada petangnya dia kafir" inilah yang ditakuti. ana menerangkan hadis ni dengan contoh yang mana apabila dia solat pada waktu subuh dia mengakui "sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku hanyalah kerana allah" namun pada petangnya dia merasakan hukum hakam dan syariat yang diturunkan menjadi penghalangnya dalam kehidupan. contoh paling dekat mahasiswa kampus sendiri. apabila ditegur tak bleh berdua2an di tempat terang@gelap. apabila dia melafazkan "susahlah agama ni.itu xbuleh..ini xbuleh" kafir dia waktu itu dan apabila dia solat ,jadinya beriman kembali. inilah fitnah yang semamngnya susah nak keluar dan lari. sekejap beriman sekejap kufur. seharusnya berhati2 dalam stiap ungkapan dan kawalan emosi cukup penting.

ana nak membawa satu kisah realiti seorang hamba ALLAH yang cuba mencari jalan pulang dan ingin kembali pada ilahi. lelaki ini dikurniakan kebijaksanaan berkata2 dan kepandaian dalam berhujjah. ilmu yang ada padanya terlalu banyak. benarlah pesan rasulullah..apabila hendak berkawan perlunya memilih kawan yang baik. mungkin kerna pengaruh kawan.tidak ada kekuatan baginya dalam meneruskan sifat mahmudah yang ada padanya.kisah terjadinya bermula dengan berdua2an..jalan kesana ke mari. makan kat luar. naik kereta sekali. seolah suami dan isteri yang beza cuma tiada ikatan. pernah suatu ketika dia mengatakan ingin berubah dan memerlukan bimbingan. setakat peringatan dan ilmu yang ada, segala inzar cuba disampaikan.akhirnya berubah juga.jarang sangat dah kelakuan kurang sopannya kelihatan. Adakala musim cutinya dihabiskan untuk bertafakkur dipondok.mencari dirinya yang sebenar. namun manusia ni senantiasa dikuasai ego dan dkawal oleh nafsu..xsampai beberapa ketika dia mengulang lagi perbuatan dulu. dengan kuasa ALLAH, berbagai kejahatan yang dia buat ALLAH tunjuk satu persatu. dia tak perasan apa yang dia buat langsung rasa tak bersalah. sampaikan semua yang mengenalinya dikalangan para du,at ni hilang keprcayaan untuk bersamanya lagi. seandainya HATI itu sememangnya ingin diserahkan pada ALLAH sebetulnya, ana pasti diakan senantiasa istiqamah dalam taubatnya. ini terjadi kerana dia berubah kerna manusia. dan kerna manusia juga dia jadi begitu.

inilah yang ana nak bincangkan. keutamaan hati sememangnya untuk ilahi. cintailah Dia, akan ada org yang ditakdirkan bersama kita untuk mencintaiNYA. taubat yang dilakukan hendaklah bersunguh2. ana kadangakala cukup terkilan kerna dah lama "menjaga" dia walaupon kadangkala di anggap serong. apa la yang ada pada manusia. sedangkan hidayah itu dari ALLAH. Sememangnya penting husnu zhon..kemungkinan ibadat dia lebih baik pada orang lain. dosa dan pahala adalah urusan ALLAH dan sememangnya ana kembali kepada ALLAH untuk urusan itu. yang semamngnya dipentingkan sepatutnya hanyalah pandnagan ALLAH. nmun dalam uslub dakwah.metodologi dakwah perlunya menjaga thiqah dihadapan manusia kerna manusia adalah pemimpin dan khalihah dibumi. mana mungkin boleh mempamerkan kejahatan seperti syaitan atau berkelakuan seperti binatang. jagalah hati..pesan ini khusus untuk diri ana sendiri. melihat keadaan manusia pada masa kini cukup tawar hati nak mengharungi kehidupan. namun tuntutan syahadah ini sentiasa mengingatkan tempat berehat hanya setelah tercapai kemengangan ISLAM di bumi ini. pernah jua ingin "berehat" seketika namun pesan murabbi ana. "kalu kita nak berehat kena tunggu tok guru dulu berehat..barulah kita berehat selepas tu"cukup ringkas ayat namun tertusuk ke hati.sakitnya merembeskan air mata. payahnya perjuangan ini..namun ALLAH telah menjanjikan pelbagai kemewahan di akhirat 6ti..yakinlah wahai pejuang islam.

minggu lepas ada seorang sahabat membicarakan satu buku. ana menamakan sesi "bedah buku"
.tajuk buku tersebut "KINI BUKAN LAGI ZAMAN ABRAHAH" cukup terkesan dan amat sesuai untuk ikhwah sekalian dalam meneliti balik tahap keyakinan pada janji ALLAH dan usaha yang dibuat dalam memartabatkan islam. duhai sahabat2 dijalan ALLAH.. SENTIASALAH MEMBERI PEERINGATAN KEPADAKU.. kekadang lemahnya tidak terlihat kerna kuatnya ukhwah..namun pernah "rebah" ..bila kaki mula melangkah ini..diharap semakin kuat dan tidak berpatah balik lagi.. AMINNN.

"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar".(Umar bin Khattab) .