"kamu kena kuat semangat..jangan dilayan sangat menda2 gini..bnyakkan zikir..banyakkan amalan" pesan ustaz. diri hanya mampu mengangguk.. blurr.. dengan masalah yang melanda.
setelah dua minggu bercuti tanpa permit :) cuba bangkit kembali melalui hari-hari yang masih dijanjikan Allah untuk memberi ganjaran pada hambaNYa yang berusaha. perihal tempat kajian..perihal tesis.. perihal esemen. adushhh.. kenapa lah ditahun akhir ni tak dapat bertahan..sedangkan sudah enam tahun bergelumang dengan semua yang disangka tapi tak diduga..
syukran kathir pada shbt yang banyak bersusah dan berlapang masa untuk membantu menyiapkan tesis.. mencari ustaz..membuat itu.. membuat ini..tolong ambikkan buku..sesekali terlupa siapa beliau yang sebenarnya . sangat tidak patut.. "akh muhammadiy" yang sangat sesuai dengan sifat mahmudah dan kebaikan yang ada padanya..moga ALLAH memberi yang terbaik untuk kehidupan dan merahmati beliau sekeluarga (setulus hati).
Bermula kematian mok "nenek" bersamaan kelahiran aufa khairunnisa.. pada malam tersebut..baby ni asyik menangis je.. aku pula xlena tido sehinggalah mendapat mesej dari kakchik "mok meninggal doh" masa ni aku tergamam.. "mak??" aku telefon lewat pagi kul3.. bertanyakan kesohehan.. "huh!!!" itu aje mampu dihela.. ingatkan mak aku..rupanya nenek yang aku panggil juga mok.. lega.. tapi tetap bersedihan sampai ke pagi.. seingat aku..masa ni aku sem 5...Selepas itu..bermula lah..lenguh2 belakang..yang pastinya sakit bahu dan belakang.. bermula berubat dengan ust bob kusza yang femes dalam bidang perubatan "sikit je nih..banyakkan zikir dan amalan..iallah lah..jangan putus air.. sambung sokmo air tu" pesan beliau setiap kali berubat. bila rasa tiada perubahan.. berjumpa pula dengan ust said.. juga pengamal perubatan "eh.. ada menda ni pada kamu" tetiba beliau buka tingkat pejabat dan juga baca ayat2 quran. "ada kurang cket?" huhuhuhu.. ":xde rasa perubahan pon ustaz" bermulalah ikhtiar yang pelbagai.. akhirnya mengambil inisiatif untuk pergi mengurut.. kot2 salah urat je ke.. sakit bahu je sokmo
Ditemani aisyah.. yang begitu setia menemaniku.. bermulanya dengan usaha wan suhaili..sahabat ku yang tengah femes di tv hijrah. dia membawa jumpa tukang urut di paloh manir..berdekatan dengan rumah mak sedaranya.. "mari naek..masuk bilik tu.. mok cik ni baca buku ust harun din..pah2 mokcik campur sendiri kaedah urut mokcik dengan yang buku ust harun din ni.. " sembang makcik tersebut setelah aku masuk ruangan bilik urutan. dibawanya garam kasar dan minnyak kelapa.. dicampur2.. selepas tu aku baring dan diurutnya belakang dengan garam kasar dan minyak tersebut.. MAHA SAKIT ... rasa nak putus2 urat satu-satu.. dalam 10 minit yang dirasalan sejam tersebut..maka baliklah..keesokannya..badan xleh nak bergerak..semua urat jadi bengkak.. lantas kak aisyah membawa berjumpa dengan makcik ani yang berada di tok jiring.. makcik ni xde anak sebab asyik keguguran disebabkan gangguan ni..akhirnya Allah kurniakan dia kelebihan untuk merawat orang.. makcik ani pon menggunakan kaedah urut.. " ish2..gi mengurut mane ni sampai abis bengkak2 urat..pah2 siap ada wat masuk "benda" dia sekali kat punggung ni" kata makcik ani lagi setelah selesai berurut..badan jadi ringan yang amat.. dah hilang sakit2.. " ada benda belakang kamu..makcik ani dah buang.. ada macam budak peluk leher kamu..iallah la..minta lindung dengan Allah.." setelah itu..sehari dua berada dalam keadaan sihat ringan dan kuat :)
kebetulan rumah aisyah pon dalam musim perubatan.. bermacam2 ustaz dah ikhtiar untuk mengelakkan gangguan sihir yang dihantar.. sesekali aisyah pon turut membawa air tawar tu untuk aku.. ada satu kaedah..mandi ais... maha sakit seluruh badan..tapi kena buatlah..rendam selama 20 minit.. aku buat dikampus.. dengan rendam kaki selama 2o minit..rasa nak terlerai kuku2 kaki.. urat2 kaki.. selepas selesai tu..sakit dan lenguh bahu kembali semula.. keesokannya nak pergi rumah makcik ani.. berubat sekali lagi.. tapi... "minta maaaflah nadia...makcok ani xsanggup doh nak terima..mende tu jelma depan dan kacau mokkcik malam tadi..nadia cuba berubat ngan orang lain pulop ye.." itulah pengakirannya. yang membawa kepada masalah angin..masalah urat..masalah xleh makan..selalu sakit gigi..selalu bengkak urat muka... masa ni doa "baik matilah dari sakit gini.." xbleh salah makan cket..terus je menyerang saraf.. hampir setahun jugak jadi begini..pah2 pergi berurut dengan mak sedare di setiu..semalaman.. alhamdulillah sampai kini, hilanglah sakit2 angin yang menjalar pada muka.. kalo letih sangat pergi ke wakaf tengah..berurut dengan maksu biarpon dok ilang..tapi lega la cket.. moksu ni bekas tok bidan juge..kekdang tengah ngurut tu tido..huhu.. dah tua dah.. last2... balik kampung ngurut ngan mok sedare belakang rumah..boleh dikatakan..hampir setiap minggu balik beurut.. sampaikan gi klinik sebb sakit sangat belakang..doktor pesan "jadilah ye berurut lepas ni..saya check dah senget sebelah dah ni belakang ni.."
demikian perjalanan kesihatan yang berkait dengan gangguan2 syaiton.. mungkin banyak juga meredah hutan ke sana sini bila berprogram..namun benteng diri yang lemah menyebabkan semua ni terjadi..tambahan pula kusza sendiri tempat yang agak keras.. setelah tu berubat dengan ayah chik belakang kusza yang menggunakan kaedah minum air kelapa bakar yang dicampur dengan ramuan2.. pertama kali minum memang xabis.. kali kedua muntah terus.. pah2 kali ketiga dah oke.. cuma ayah chik bagusnya dia xpernah bagitahu sakit apa..cuma berpesan je " ingat kuasa Allah.. kita ni yang berhak ke atas diri kita..kena lawan..jangan lupa baca mathurat selalu"
sementara itu ada juga berjumpa dengan ustazah najmiah..itupon sekadar tiup air :) kerana dalam keadaan putus ada mencari sinar harapan.. akhirnya letih dengan pencarian.. masa ikut kem dipahang.. ada berubat dengan ustaz ahmad dasuki abd rani .. beliau guna lada hitam dan mandi limau..lepas mandi limau..uishh.. sejuk yang amat..badan jadi letih..namun katany "hanya gangguan luar je ni.." badan oke lah cket..sekembali ke kusza.. berterusan pula lenguh dan sakit.. ada pula sem lepas berjumpa dengan ustaz ariffin di dungun.. kaedah rawatannya..ada 12 jenis bahan nak cari..jenuh nak dapat..setelah berubat dengan beliau xde apa2 perubahan..sedangkan yang lain sampai menjerit2..menangis2.. dan macam2 aksi lagi..
adakala ke darul syifa.. namun ustaz2 kata xde ape2.. mungkin lemah badan je atau bekas2.. akhirnya..setelah penat ke sana ke sini..abaikan segala sakit makit yang ada...memang xlayan langsung..apa nak jadi jadilah..akhirnya..sedar tak sedar.. hubungan dengan kawan2 retak ..asyik bermasalah dengan manusia.. amalan makin kurang.. banyak menda berlaku.. sehinggakan rasa dah mampu nak hidup.. akhirnya seorang shbt.. memperkenalkan saudara syarafi.. student sini juga.. namun xbanyak yang dapat dilakuakn.. banyak juga bahan2 yang minta..akar sintok n sebagainya.. aku ni jenis malas nak berubat dnegan barang2 yang kena cari.. masa ngan ustaz bob kena minum air pokok dukun anok.. muntah terus minum.. pahit.. pah2 xminum pah sudoh..serik..
akhirnya setelah seorang shbt disahkan terkena sihir..kami sama2 berjaga siang malam menjaganya sampai terpaksa ponteng kelas selama seminggu.. hidup bersama jin.. huhu..satu pengalaman yang pasti xdapat dilupakan..seketika..datang uzur tetiba.. badan dah lemah..malam tu tidur bersama shbt yang dirasuk jin tu..esoknya badan panas dan letih..emosi macam nak marah2..balik bilik dan duk diam.. akhirnya dibawa ke surau saodah..datang ust tarohim membacakan ayat.. pah2.. huh! meraung satu surau..sakit yang amat.. aku tak pasti..aku ke yang sakit atau menda tu..ada dileher dan kepala..cengkaman ustaz..ALLAH.. sakit sungguh2..nak tercabut kepala..pah2 datang pulak azwad bantu.. katanya masih ada dirahim.. uish.. masa ust tekan tu rasa nak pecah dah rasanya rahim tu.. pah2 datang pulak ustaz fakrudin bawa jarum guna kaedah akupuncer.. ya rabbi.. nak je meraung2 sekuat hati..kena cucuk atas kepala jarum.. 10 tangan semua berjarum..sampai berdarah2.. Allah..sakit nyer atas kejahatan makhluk ni.. 2,3 hari lepas tu.. gi jumpa ust wan.. minta buat air dan berubat cket.. baru je sembang skit..tetiba ustaz sergah dan hentak kaki.. bergegar rumah.. "hah! mari mane ni..kaca orang..tubik2." wa.....aku nangis terus... bakpe ustaz maroh aku..huhu..lepas tu ustaz pon sudah duk bawah n guna kain dia tekan belakang.. bergetar habis tangan.. bila minum air ustaz.. pedih tengkuk dan rasa nak muntah..tapi xmuntah2..akhirnya ustaz bekal air je..
2 hari lepas tu.. masa buat program perubatan islam bersama darul syifa..shbt2 duk pujuk "try la buat rawatan ngan ustaz ni pulop..scan je" aku mengeleng laju..sakit belakang xilang lagi.. lebih2 lagi ust muhammadiy..kat 5kali duk peringat..prihatin sungguh beliau.. pah2 setelah kul5 abis semua perawat..aku usha2 ust ahmad.. ketua darul syifa..yang dah letih dengan puluhan perawat yang datang.. namun dilayannya juga.. katanya "kita vi special la ke urusetia..dari tadi duk gi mari..gi mari.." seketika ditekan, tekan belakang.. sakit yang amat..pah2 ustaz baca ayat2 cket..terus blankkkkkkkkkkkkkk... xtau apa yang berlaku..yang pasti.. datangnya semua muslimat 6 orang..pegang tubuh dan beberapa orang ustaz.. "mana kaktom..mari sini" lantas seorang ustazah datang dan meraung2 lah diriku dalam dewan tersebut sampaikan beberapa urusetia lain keluar dari dewan. Allah..sakitnyer... kak tom tarik sesuatu dibelakang dan dirahim.. rasa nak tercabut je keduanya.. selepas selesai.. aku digelakkan oleh mereka dengan gurauan.. huhu2.. siap belanja makan sup lagi..
banyak lagi yang berlaku.. ;'( ..lepas tu berterusan jumpa ust ahmad yang kebetulan duk dekat ngan sini.. ada sekali tu kebetulan..dalam keadaan tak sedar.. ada sorang ust darul syifa datang untuk sambung rawatan..dia tanya soalan "nadya nak kawen bila?" waaaaaaaaaa.... terus aku menangis..huhu2.. ada ke tanya soalan tu.. yang pasti.. sebab ini juga menjadi tidak jadi semua yang telah diaturkan..dapat yang baik2 sudah..hu2..apapon..hikmah besor..iallah.. nak bagi yang lebih baik..iallah..yakin2.. pah2 dia syorkan jumpa makteh yang juga pengamal darul syifa..check masalah urat..yg pasti semua urat aku cantek..pah2.. masa gi rumah kawan didungun..ada ust ni berubat dengan guna kaedah urut ditelinga..huhu..yang ni pon sakit.... akhir usaha jumpa ust hasyim.. dia pon xtahu kenapa jin ni diam seribu bahasa.. tapi iallah dia bantu.. letihnya ya rabb..
aku tahu JANJINYA.. maka aku sabar.. kena ini adalah kafarah dosa yang sering aku minta.. doakan aku teman..minggu depan kena hantar 4 bab tesis.. tapi bab2 masih xlepas.. jahatnya syaiton ni.. moga2 aku kuat dan iallah sedaya upaya melawan..chaiyok2.. iallah..