6 Dis 2013

Iklan: homestay sekitar klang/shah alam

BISMILLAH WA HAMDALAH

ASSALAMUALAIKUM..

"HOMESTAY ALMUNIRAH"

*Dibawah kelolaan persatuan kebajikan anak yatim dan miskin al-munirah. sekiranya anda membuat tempahan.. bermakna anda "menginap sambil menderma" untuk anak2 yatim dan miskin.
*Bertempat di kampung johan setia klang, 10 minit dari bandar botanic, bukit tinggi klang, bersebelahan dengan kampung jalan kebun. Homestay berhadapan dengan bangunan anak yatim Al-Munirah
*kemudahan parking yang luas dan bersebelahan dengan "car wash" serta bengkel kereta.
*Berdekatan dengan pasaraya Jaya jusco, GM klang, Giant bukit tinggi, Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klinik kesihatan bukit tinggi.

** BOLEH HUBUNGI TALIAN DIWAKTU PEJABAT SAHAJA : 03 33247758 @ YANG TERTERA DI BANNER PROMOSI

**TERTAKLUK KEPADA TERMA& SYARAT. TERIMA KASIH

KEMUDAHAN HOMESTAY YANG DISEDIAKAN




25 Nov 2013

Diari Muktamar 1435

BISMILLAH WAHAMDALAH..

SUBHANALLAH.. SYUKUR..
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan rasa ringan maupun berat.." (At-Taubah : 41)

Diberi kesempatan untuk menghadiri golongan "pembangun ummah" banyak "tarbiah secara langsung " kami dapat..huhu.. secondday lewat datang sebb bertugas tengahri, mencari2 parking. akhirnya masuk ke tempat khusus untuk perwakilan. bertanya kepada unit amal "xde kekosongan ke pakcik sekitar sini?" jawab pakcik tu "masuk terus belok kiri untuk naik atas..jauh sebatu pon xpe..niat kita ikhlas datang nak berjuang kan!" puk!puk! sebutir atas palo. hehe,.. dengan senyum kami pon mendarat ke sana. xde la jauh sangat. huehue. Alhamdulillah






Merasai suasana muktamar. allahukhbar! kulihat semua begitu bersemangat. bila perwakilan dari sabah/sarawak melontarkan luahan rasanya. dup!! kerdilnya jiwa ini. bila u.tuan ibrahim t.man pula bersuara.. bergetar seluruh jiwa dengan sirah2 nabi. Tambahan pula apabila yb dun saya ust hisyamuddin menuturkan kata.. orang2 disebelah saya semua mengkaguminya.Subhanallah.. haibat!! begitu juga ust nik zawawi berbicara. hanya mereka ini yang mampu membuatkan "jiwa" rasa berkecamuk dengan kelalaian dalam kerja2 islam. pergulungan yang dibuat oleh tuan guru presiden..lebih2 lagi membuatkan "izzah"nye perjuangan islam ini. semoga ambo istiqamah.. 




Alkisahnya jumaat petang tu ada usrah di rumah kak ina. selepas tu, kami mengambil keputusan drastik lepas maghrib untuk pergi membuat rawatan resdung di kampung sungai kandis area bukit naga tu. namanya "wak hasan" .. sampai dirumahnya..rupanya anaknya yang buat.."u.adli" .. hensem. single dan muda lagi..hehe..seganlah kami bertiga yang single mungle datang ni. rupanya ayahnya sudah arwah. dan anaknya inilah yang diperturunkan ilmu.. sepanjang rawatan berlangsung...sejam kot keluar air mata.. bukan menangis..huhu.. selesai rawatan, demam terus sekejap..suara pon berubah. dapat senarai pantang larang makanan..huhu..kuruih la ambo.. 3minggu kena pantang dan dah 3hari kot xmakan daging..hari tu pon mujur ade ikan gelama. yang pasti bila tengok ayam..dah loya..xlalu..huhu... Alhamdulillah..ringan muka..dan kaedah rawatannya sangat superb.. ANDA MEMPUNYAI MASALAH RESDUNG?? Boleh cuba RAWATAN SECARA TRADISIONAL DI AREA KLANG/SHAH ALAM ni.. INSYAALLAH!

Hari sabtu bermulanya tugas sebagai "nisa'" untuk membantu tugasan indoorgame. Alhamdulillah, sambutan hangat..Suasana subhanallah..terik mentari..sekejap je muka jadi cam udang..huhu.. satgi nak walimah camne..hehe..apapon..xpelah..nak infaq diri dalam jemaah islam ni banyak kena korban. saya dalam kategori mewarna.. tetiba zaujah tuan guru nik abdul aziz singgah sekejap kat pentas untuk melihat aksi anak2 sementara nak ke lapangan terbang kul11pagi. kami xperasan pon tok guru ada dalam van putih betul2 depan pentas kami.huhu..minta Datin untuk menyampaikan hadiah dan saya mengiringinya. Sebelum tu saya berbasa basi dan sembang serba sedikit dengan datin, mau je minta datin menyampaikan kepada tuan guru supaya mendoakan saya dan psangan untuk akan datang tetapi kelu pulop dan rasa macam xsesuai..huhu. selesai pembahagian hadiah, saya menyusun meja dan xperasan datin nak pergi tetapi bila saya pandang belakang saya lihat datin mencari mata saya dan ingin memberitahu mereka nk pergi.sempat menyalami.huhu
Selepas kategori mewarna selesai, kids got talent plop berlangsung.. bagus betul bakat adik2 ni. dan harun salim bachik antara juri dan sorang lagi saya xberapa kenai.. ade seorang adik ni masuk kategori bercerita, tajuknya "pkok kelapa adam" .. yang ada kat pentas pasti takkan lupakan adik ni..hehe.. siap menangis menceritakan betapa adam sayang pokok kelapa.. im sure.. salah satu dia menangis sebab kami gelakkan dia secara berjemaah..huhu.. adik ni memang lawak.. "pokok kelapa sayang adam" pon ada dalam cerita dia.. haha.. buku mane la adik ni baca. ada plop persembahan pembukaan oleh adik yang xmasuk bertanding tetapi isi masa dengan persembahan suka2. adik ni umur 7 tahun, lelaki.. berqasidah solatun. memang superb..semua org rakam beliau..kecil comel..keseluruhan qasidah tu dia hapai.. memang terer la. Alkisahnya, masa pendaftaran tu dia xnak masuk bila dah tutup beria2 plop nak masuk siap merajuk ngan mak dia. mak dia plop merayu2 pada saya..huhu..tu yg bagi jugak buat persembahan pembukaan. huhu. macam2 kenangan manis. Alhamdulillah. sempat bertemu sahabat2 tercinta dan juga bakal2 yang ada.
Begitulah definisi pengalaman dimedan perjuangan. kecil aje peranannya tetapi jangan pula kita buat sambil lewa. setiap orang ada peranan masing2. bekerjalah untuk islam. selayaknya yang merasa kalah ialah orang yang tidak membantu untuk membuat amal2 islami. semoga saya, anda dan kita semua istiqamah fisabilillah.

21 Nov 2013

cinta "Kami"

BISMILLAH WAHAMDALAH...

lama rasa xupdate.. niat tu hari-hari, tapi tangan menidakkan berhati2.. berkerja dengan tiada kerja nak buat sangat meletihkan..huhuhu.. apakah yang tersirat. menuju hari2 memikul tanggungjawab membina ummah sangat membuatkan diri ini "lesu" kerana banyak program dalam "membangun ummah" tidak mampu hadir. owh.. kekadang, ini lah perlunya "teman" untuk ke mana-mana. kekadang kecewa bila "teman" tidak bersungguh dengan "semangat tarbiah sebagai jundi" bukan calang-calang manusia mampu menapak dalam haraki. disebalik tabir mungkin setiap insan lemah dan tewas dalam sesuatu yang sukar tetapi seharusnya, jasad berusaha menempatkan diri dalam majlis yang mampu menunduk jiwa. sayang masa yang ada dihabiskan dengan hanya "berehat" bila ada ruang.

Rindu zaman kampus : "kami tiada istilah rehat (tidur, tengok citer korea, baca novel, dengar lagu,lepak bilik member) oh..tak sempat nak melaghookan diri. kami berehat bila selesai berhalaqah. disitu kami "lepak" dengan menyelesaikan masalah ummah. bila letih, kami berehat disurau sambil menunggu qiamullai. bila lapar, kami berukhwah berjumpa mata bercerita soal itu ini di kafetaria dan bila study dan menyendiri, kami mendengar zikir, nasyid dan memuji kebesaran ilahi" Allahu.. rindunya "KAMI" itu

Rindu mempunyai seorang "teman" yang akan sentiasa memperingatkan "jangan lupa istiqamah dengan usrah" "jangan lupa pergi  muktamar untuk melihat perbinacangan ummah" " jangan lupa hadam buku qiadah jundiyyah" "jangan lupa bincangkan maza yakni supaya diri mampu berhujah dengan nafsu khususnya" dan lain2 peringatan yang digambarkan dan yang diidamkan. namun.... :) ada perkara kita harus menerima seadanya "teman" disisi.

:') berapa banyak Rindu nak diungkapkan diri sendiri pon tidak mampu.. bila melihat "kad ikatan" yang tersusun nama membuatkan helaan panjang.. hati mula berdolak dalih.. entahkan mampu atau tidak untuk "tanggungjawab" masa hadapan. biarlah masa dan  tuhan mengaturkan hidup ini.. 


11 Nov 2013

selamat ulang tahun

Bismillah wa hamdalah..

Subhanallah..Allahuakhbar! Semoga Allah Pelihara HambaNya dari segala FITNAH dan Kemaksiatan. berpagi-pagi menerima ucapan dari insan2 yang sangat menyayangi diri ini. Alhamdulillah. :) nak nangis wase

Semalam berlangsung program nisa' sini.. macam2 ragam. berlaku kesilapan kami yang asyik sembang ;( mujur sempat cover pentas. duk ajelah berdiri 3 jam sampai lenguh2 kaki..huhu.. jadi model dihadapan. bila selalu berprogram begini, rase ukhwah itu dekat..huhu








28 Okt 2013

kawal dirimu sayang



Bismillah wahamdalah..

Bila berlaku suatu yang tidak disangka.. luluh rasenya.. terngiang-ngiang. sukarnya melakukan sesuatu yang boleh memuaskan hati semua orang. bila dah jadi macam ni, seluruh jiwa sudah tidak mampu bertahan. Semoga ianya hilang dengan perlahan-lahan...

"mungkin amarah.. melegakan sang hati.. mungkin maaf boleh diulangi.. mungkin juga boleh dimaafi.. cuma suatu perkara bila berulang lagi.. kepercayaan itu tetap mati.. hati sukar diterima lagi"

kita ini manusia.. kelemahan kita.. mungkin kita xmampu nak atasi.. tapi bila kita fikirkan. xsemua orang boleh menerima ..harusla kita berusaha merubahnya.. lebih2 lagi insan dalam haraki. sepanjang bermuamalah dengan sahabat2 haraki.. tiada tengkingan..amarah.. yg ada emosi nada tinggi dan dengan rendah hati meminta maaf dengan semua orang. itu la sebatinya tarbiah dalam diri..

bila dalam amarah, kami diajar berdiam diri..telan nafsu dan apa yang memberontak kerana iman mengawal hati.. bukan nafsu meluru mengetepikan iman. "semoga Allah peliharanya.. sesungguhnya kecintaan saya padanya begitu besar.."

25 Okt 2013

HAMBA ILAHI


"Ujian yang datang..mungkin sudah lama engkau tidak betul-betul sujud pada tuhan"



Photo: " Inni Akhafullah "  :')
Mutiara Kata:

“Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.” (Imam Syafi ’i)


Nabi saw. bersabda, "Sesiapa mengucapkan Astaghfirullahal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa-dosanya, walaupun dia pernah lari dari medan peperangan". (HR Al Hakim) 



Bismillah wa hamdalah. lazimnya fitrah seorang hamba.. merasa pedih dengan aliran dosa yang sering tidak mampu terkawal. yang paling ditakuti, tahu berdosa tetapi masih melakukannya. ada perkara kita mampu bercakap dengan sewenangnya.. adakala apabila melaluinya.. benarlah iman senipis bawang, terlalu sukar dibenteng bila sendiri berdiri dengan akal tanpa wahyu memandu arah hidupmu.. gusar....

"inni.. akhafullah" .. berombak dan sesak nafas ingin menyeru kalam tuhan. sebaliknya jika disedari apalah yang sukar bila iman dan amal mewarisi segala jalan hidup ini. bahagia itu terletaknya disitu. bukan perlu dicari dan diminta. bila tahu dimana asasnya..pasti akan memiliki oleh yang MAHA PEMBERI. 

Bila disentuh dengan kasih sayangNYA.. Maha pengasih. betapa tenang sang hamba. betapa ia sudah mencukupi dari segala yang ada di dunia ini. bagaimana ingin merasa mencintai allah dan rasul terlebih dahulu sebelum membiarkan manusia memiliki secebis hati? rasailah degup nadi..degup jantung.. ketika sujud.. ketika dahi mencecah sejadah.. ada tak ketenangan mengalir.. ketika tasbih menghembus zikir.. menyantun selawat nabi dengan kecintaan terhadapnya.. ketahuilah...itulah halawatul iman....

inilah hamba.. hamba tuhan yang lemah.. hamba yang sering melakukan kesilapan dan hamba tuhan yang ingin kembali kepada tuhan.. jangan menghukum insan yang lemah rohaninya kerana bangkitnya suatu ketika, mampu berada dibarisan hadapan.. berdoalah kepada sang pengdosa dengan sebaik2 doa dan peringatan kerana ketika berdoalah.. disisi insan.. tiada apa yang bernilai melainkan rahmat dan berkah tuhan.. disisi insan itu.. tiada apa yang berbeza..

"doakan saya.." :) 

24 Okt 2013

ucaplah yang baik-baik

Bismillah wa hamdalah..

"Bergaul dengan insan hebat insya Allah pasti kita juga akan menjadi hebat. Carilah teman yang mampu menjadi kita insan hebat. Bukan hebat di mata manusia, tapi hebat disisi Allah, hebat di sisi Nabi kita, hebat di sisi orang tua kita. Semoga kita diberi lorongan untuk mencarinya."

"Amat malang sekali apabila kita bangkit dr tidur, kita mula menggerakkn akal menulis sesuatu yang boleh menimbulkan prasangka buruk pada seseorang. Kita membentuk pemikiran negatif pada umum untuk membenci seseorang. Kita marah org lain melebel-lebel, namun dlm masa yg sama kita juga suka melebel-lebel orang. Sayang, kelebihan yang Allah berikan pada kita untuk menulis digunakan pada jalan yang salah. "


Hari yg baik ini marilah kita beristighfar pada sang pemilik nyawa (ALLAH) agar diampunkan dosa2 kita. Jgn menambah dosa jika kita kurang beramal. 

sesungguhnya.. saya amat mengkagumi dan menghormatinya...
Setiap insan ada kelemahannya.. disebalik itu juga merupakan kekuatan utama yang ada padanya..semoga Allah menutupi segala keaiban dan fitrah yang menjadi fitnah..

18 Okt 2013

cerita si pengdosa



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah  dengan izinNYa masih bernafas.. masih berpagi-pagi dengan berzikir dengan kebesaran dan keagunganNYA. Nikmat Allah yang mana lagi kamu dustakan..
Hari jumuuah barokah.. perbanyakkan selawat dan amalan2 sunnah yang lain.. semoga alkahfi juga menaungi kita kelak.. antara hari yang mustajab doanya juga.. jangan jemu berdoa mohon dipermudahkan.
Alhamdulillah wa syukrulillah.. yang dinanti dan yang diharapkan akhirnya terlerai dan dipersetujui.. 3 bulan lagi mengharungi dengan penuh sabar walaupun masih lemah dan xmampu nak bertahan terhadap beberapa perkara.. “pasangan kamu adalah cermin diri kamu” tekanan level gunung everest pon ada jika kita menjadi antara punca insan lain ke lembah dosa dan noda. Banyakkan istighfar dan mohonlah keampunan kepada Allah.. pesan ustzh fatimah syrha “bersabar sekejap dengan yang haram, nikmat yang halal lagi luas”  insaf!!! 

“nadia dulu teruk lagi sakit dari kamu..  ust pon xmampu nak berubatkan dia”

“betul ke ust..sy tengok dia sihat je”

“yelah..sakit ni bukan bleh tengok.. skrang ni dah ok cket lah.. tp sakit lagi tu”
Lucu pula dengar perbualan ust ahmad dengan warden lelaki. Selama 7 bulan bekerja bersama dengannya, memang xnampak la dari segi fizikal sakit. Warden ni bercerita semasa singgah di tempat kerja lama.. senyum sendiri dibuatnya.

Bila kita rasa kita sudah sakit yang teruk2.. derita yang sudah tiada penghujung.. ketahuilah.. ramai lagi yang lebih derita.. yang lebih sengsara.. dalaman dan luaran.. ramai lagi. Jadi jangan cepat mengeluh dengan apa yang menimpa kamu. Sememangnya allah menimpa sesuatu yg selaras dengan kemampuan hambaNYA.

“Bila Kita tidak pernah merasa derita.. kita takkan hargai saat bahagia, bila kita sentiasa dalam nikmat yang sihat.. kita takkan faham sengsara orang yang sedang sakit” jadi, jangan bersedih jika orang lain tidak mempedulikan kita..tidak mengambil berat pada kita.. tidak berusaha ubatkan kita.. sekalipun tidak berusaha apa-apa pon untuk kita. Jangan bersedih walau hati terasa.. serahkan hatimu pada rabb.. tuhan yang maha mengasihani dan dekat. Manusia ada.. tetapi dia tak mampu membuatkan kita redha.(saya pon sedang merajuk ..)

“semakin kita seronok dengan dosa.. semakin hilang kebahagiaan disana”  sebagai pengdosa.. kita mampu merasa dan menikmati indahnya hidup bersyariat.. kita pasti merasa sesuatu yang aneh dalam diri apabila rasa keinsafan itu hadir. Untunglah orang2 yang berdosa dan berusaha untuk memohon keampunan. Jangan dilihat manusia itu sebagai malaikat, WAJIB sempurna.. sedangkan manusia ini selemah2 insan disisi tuhanNYA.. yang sentiasa mencari jalan memperbaiki amal dan menambah iman. Jangan menilai insan ketika diri kita sedang tnggi keimanannya.. jangan menghukum insan lain saat kita berada di saff hadapan perjuangan sedangkan kita tidak tahu dalaman dan betapa bersungguhnya seseorang itu berusaha kembali kepada tuhanNYA.

Jika diizin Allah terhadap insan yang lemah ini. Akan dibina bait muslim/ bait haraki bersama insan yang sangat hebat dimata ini pada awal tahun hadapan dan sangat bersyukur dengan anugerah “syurga dunia” yang Allah kurnia. Berdoalah teman. Kita ini ummat yang lalai.. berdoa tetapi tidak yakin dengan doa.. sedangkan Allah sedang mengatur urusan hidup kita dengan doa-doa yang dipohon. Mustajab dan taa’jubnya doa ini, sy sendiri berdoa meminta itu dan ini sedangkan sehina2 saya disisi Allah dan selemah2 saya disisi insan sebagai pengdosa Allah makbulkan apatah lagi kalian yang hebat dalam perjuangan dan hebat dalam amalan. Kekadang saya sendiri malu dengan tuhan kerana banyak nikmat dikurnia tetpi dosa dan noda tidak berkurang. Allah itu maha penyayang dan pengampun. Usah bercerita aib kita pada dunia sedangkan Allah tutup sebaik2nya. Jadi kembalilah pada tuhan.
 
Biiznilah.. mohon doa kesihatan saya agar dapat berkhidmat untuk agama ALLAH.. Bagi yang belum join usrah..berusahalah untuk cari. Kini, bukan lagi zaman abrahah yang mana bantuan allah datang saat umatnya memohon. Sekarang ni zaman perjuangan yang berlandaskan memohon kekuatan daripada Allah.. jangan biarkan jiwa kosong dari pengisian. Cari… jangan menunggu orang mencari kita.. perjuangan islam dan harakah islam ini tetap ke hadapan meninggalkan kita.. takkan sesekali jatuh bila kita meninggalkan perjuangan.. wallahu.alam..

10 Sep 2013

disebaliknya..


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. masih diberi nikmat berjalan bekerja dan melakukan Ibadah seharian setelah hampir 4hari sehingga ke hari ni..derita keracunan makanan.. oh no.. 4kali sudah.. mcm adik beradik pulaks penyakit ni...cuma kali ni beserta kembarnya..demam.. kalo check suhu boleh merekah mende alah tu.. banyak dosa ni.. Alhamdulillah.. Allah bagi peluang mengingatkan.. hati kena selalu bersih.. jiwa kena kuat dengan agama.. alquran jangan lupa baca.. qiam jangan tinggal.. semua Allah beri untuk kita DEKAT denganNYA selalu..

semalam my mother call.. kul6.45.. tetiba lapang dan tenang jiwa dirasakan. ada seorang teman yang dicintai merajuk..marah la cket.. mungkin dengan sikap hamba yang agak request something everytime.. huhu. dia sabar je.. oleh kerana suara ibu menyemai benih2 ketenangan..Alhamdulillah..sahabat hamba tu sudah reda dan memaafkan hamba.. beliau pon sangat bersabar dan cool orangnya.. semoga Allah pelihara beliau :')

semenjak dua menjak ni saya memerhati mak penyer koleksi goodies beg/doorgif pengantin untuk tetamu.. kekadang.. tengok kat almari rumah mcm muzium plop.. gelas kecik..cawan kecik..sudu kecik, pinggan kecik,..pasu kecik..semua kecik2.. kalo ade orang kenit.. bahagia hidup beliau.. boleh guna.. kekadang pula tengok bawak balik pensel sebatang diikat riben.. oh no.. kreatif?ekslusif?bajet?adat? or apakah sebenar tujuan diberikan mende alah ni.. hmmm.... :) kekadang nampak macam hiasan..boleh la..cantik bangat.. cuma ada la kemusykilan..namun segalanya bergantung kepada bajet..keikhlasan.. jangan sampai hati jadi xtenang..mengungkit atau membanding2..yang xsyok..pinjam duit sana sini untuk nampak grand.. xmo..xmo..xmo.. kalo orang yang "berada" boleh bajet just bunga telor n lolipop.. ade juga yang bagi air mineral cup n apollo je.. semua terpulang pada pemikiran tuan/puan. bersederhanalah.. railah tetamu dengan makanan majlis yang pasti bersih..sedap..cukup dan mengenyangkan.. dulu ingat mysister nikah.. lauk tengah gelegak dalam kawah dikautnyer.. memang keras lah..pah2 tetamu buang gitu je.. PEMBAZIRAN..

dalam pada itu.. saya menerima kunjungan tetamu untuk menempah dewan bagi acara majlis kenduri kawin..aqiqah..konvensyen.. bila mereka isi borang kebanyakan untuk acara majlis kawin lah.. tengok majlis.. bulan 3.. bulan 5 2013.. fuyyoo..semua dah clear bab2 majlis n persiapan.. hmm.. bila lihat order untuk bunga telor n doorgift.. majoriti pon dah close order sampai tengah tahun depan pon ada.. hoho.. memang begitu ek persiapan sekarang ni? sangat pantas.. semoga selamat la pada kengkawan hamba yang majoriti akan melaksanakan pernikahan pada bulan 11 dan 12 ni.. semoga diberkati..

sebentar tadi penerima kunjungan muslimat pas sini.. rupanya dia pon sudah lama tidak dapat mesej mengadakan usrah dan pogram2 tarbiah,, ingatkan ai je terlepas pandang.. kena kuat semangat lah.. usaha berganda lagi kena cri.. orang yang berada dalam zon selesa (ada kawan..ada trnaspot..ada usrah mingguan, jadi ajk pogram) xkan merasa bagaimana kita rasa.. semua senang nak bercakap.. nanti mereka rasa sendiri baru tahu.. apapon.. semua ujian bertempat dan tepat pada hambaNYA.. chaiyok2.. buah hati saya berpesan.. jaga KEBERKATAN...

**iklan.. jom menderma..


5 Sep 2013

long time..




Assalamualaikum....

long time no see!! lama pulaks saya tidak menyentuh keyboard untuk menaip panjang-panjang sezaman dengan kelelahan tesis.. ai see.. teringat pulak tesis kita yang tak disubmit pada jabatan meskipun dapat A.. hoho.. setahun sudah berlalu. bila mendapat beghita kengkawan ramai yg sambung master.. rase sentap juga. tuntut ilmu suatu kewajiban.. mane bisa hidup ini terhenti setakat dengar kuliah kelas sahaja. oleh kerana masa depan yang dirancang banyak matlamatnya.. kenalah rase mengalah dan bersedia hadapi. 4 bulan saja lagi... debor kot ;)

rindu akhyar...

hampir dua minggu sudah bertukar tempat kije lagi.. bila jauh rasa tenang..tapi sunyi.. bila dekat rasa pening2 lalat tapi bahagia.. oh my family.. begitulah manusia.. bila kurang bersyukurnya dengan apa yang ada.. saya di klang.. kembali ke almunirah.. walaupon akal ni penat nk melaksanakan kerja2 yang agak berat tetapi sewajarnya lah untuk dapatkan apa yang terbaik dalam hidup ini..

semalam yang gering..

tetiba demam kura2.. semacam sahaja. tangki air penuh.. asyik banjir je hati ni.. pantang silap..merembes keluar.. mujur kecintaan saya itu sangat lah bersabar orangnya. ambik mc separuh hari.. balik rehat. semua staff pon tengok macam mayat hidup pon ade.. oh no.. hilang seri.. huhu.. dalam pada itu, satu kes samun terjadi pada seorang bekas anak yatim disini.. di acu pistol beb.. kat perut.. trauma xbercakap budak tu dengan sesape.. kejadiannya berlaku di kat KL sentre.. dia naik ktm klang ke sana.. gerun betul.. bila ada yang suh saya jalan sorang2 pergi sana sini.. nak bagi senduk ke satu kali.. xsayangkah beliau pada ai.. :P

alkisahnye 2hari lepas..saya kena hadiri taklimat bersama yb dr.halimah kat dewan annex suk. asalnyer.. dapat mesej untuk "prosedur kertas kerja dan taklimat pendidikan" .. jadi saya pon bersiap sedialah.. ai orang terengganu.. bukan selangor.. jadi sekalian ummat yang ada dalam dewan tersebut.. saya tidak dapat kenalpasti..siapakah mereka. namun begitu.. saya memesrakan diri untuk duk dibarisan hadapan sekali... bila dengar ucapan aluan pengerusi majlis "selamat datang diucapkan kepada semua yb2.. wakil2 dun dan penyelaras..bla..bla.." oh no.. saya terkedu.. sekeliling saya ni rupanya YB2 ... dan yang paling saya mampu tersengih je.. saya minta org sebelah ambikkan pic saya.. huhu.. xpastilah dia yb ke atau tidak.. matilah ai..

berlangsungnya kejadian openhouse dengan jayanya.. saya tabarruj cket pada hari tersebut. oh! no.. huhu.. budak2 ni panggil ai babydoll.. xbergerak la jawabnye.. pah2 kena jaga aiskrim pulak tu.. maunyer jadi model aiskerim sekejap.. okey.. layan.. layan.. dulu suasananya... ^^,

ini kumpulan qasidah an nadwah. terbaikkk


 
 yang comel2 ni..kumpulan nasyid almunirah. dikir best. 1 hari je buat latihan..salute!!!

22 Jul 2013

saham akhirat.. ingin menderma @ menyumbang??

bismillahirrahmanirrahim..

seandainya kita mempunyai segunung emas.. pastinya dibahagi2.. diagihkan pada yang memerlukan. namun,, Allah kekadang tidak mengizinkan kita memiliki semua ini mungkin kerana ujian kekayaan itu lebih besar musibahnya dari kemiskinan. boleh jadi kamu menjadi orang yang tidak bersyukur dan berterusan mengumpul harta dunia. justeru itu, untuk memberi atau bersedekah.. bukan perlu "KAYA" dahulu. tanda orang yang bersyukur, mereka mempunyai lebihan harta dan menginfakkan untuk orang yang lebih memerlukan.

sebaik-baik derma adalah di bulan ramadhan

tambahan dibulan mulia ini. bulan keberkatan dan rahmat. seafdhal2 sedekah adalah dibulan... romadhon..Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,’ Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun. (Hadis At Tirmidzi) 

penawar penyakit dan penghapus dosa adalah bersedekah

Rasulullah SAW telah bersabda : ”Ubatikanlah orang sakit di antara kamu dengan sedekah”. Manusia yang hidup sering melakukan kesalahan dan dosa. Allah S.W.T menyediakan berbagai laluan kepada hambanya untuk penghapusan dosa, antaranya bersedekah. maka ambillah peluang-peluang yang ada untuk memberi sumbangan.

ingin menderma?? ingin menambah amal ibadat?? disini tempatnya.. boleh klik untuk maklumat lanjut..

Photo: Photo0008.jpgmaahad tahfiz anak yatim darul fuqaha = Assalam wbt. Selamat menyambut ramadhan buat smua..Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, Darul Fuqaha ingin memohon sedikit sumbangan dari tuan puan untuk menyiapkan tempat rehat pelajar...kami memerlukn tajaan tanah RM100 selori sebanyak 15 lori..kpd yg sudi menyumbang boleh terus bank in duit ke akaun bank islam atas nama Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul . (Akaun bank islam 12029010045695 maahad tahfiz anak yatim darul fuqaha)



maahad tahfiz sirajul quran = S.M.S. Sama-samalah Memberikan Sumbangan untuk meringan beban adik-adik Ma'ahad Tahfiz SirajulQuran, Seberang Jaya, Pulau Pinang....-Cuma 2 langkah mudah : 

1. berikan sumbangan melalui akaun bank KRL Management (MAYBANK) 557090502420.

2. SMS ke mana-mana nombor di bawah (nama, jumlah, alamat, no.tel) :
013-4211157 (IIMRAN) / 013-4640158 (IQBAL) / 019-5255652 (AIN)
ATAU EMAIL : Krl_mail@yahoo.com.my
ATAU FACEBOOK :www.facebook.com/MADEENAHKRL



Assalamualaikum....dah dapat gaji? Ok....macamana kalau sedikit atau banyak dari gaji tu anda sedekahkan kepada Madrasah Darul Iman. Kita sedang mengutip dana bagi menyiapkan kelas tahfiz pula....Bulan Ramadhan pahala berganda-ganda kalau kita bersedekah apatah lagi sedekah kepada pelajar-pelajar agama.....Insya Allah sahabat-sahabat saya pemurah semuanya.

semoga Allah memberkati amal kalian.. mendermalah walaupun sedikit.. :) semoga Allah redha dengan usaha-usaha sebegini.. 


21 Jul 2013

ibrah dari a'mal

Bismillah..alhamdulillah..

"kak na eh, kita teringin nak pakai tudung labuh macam kakna..menutup aurat.. tapi.. kita malu gop..xdok geng ekpon.. kekgi orang duk sindir2 kita..macam ustazah.. doh gane eh kakna.. kita nak berubah jugop" luah seorang anak yatim.. beliau sangat ganas dan lebih kepada perwatakan lelaki sebenarnya.. terkedu juga bila dia meluahkan perkra sebegini. sangka kami, myb dia nak pakai otai2 dan simple. begitulah manusia.. jangan kita mencari dan berkawan dengan orang yang baik2 saja.. seingat saya dikampus.. teman2 saya semua solehah dan bertudung labuh.. kebanyakan sahabat dan rakan bukan pengajian islam sekalipun pasti bertudung labuh..

"kak..ramai kawan kak.. gi mane2 pon ade je hok tegur..pah2 pakai plop tudung labuh belake" tegur rakan sekelas yang berpewatakan biasa-biasa saja. sekadar tersenyum.. :) saya bersyukur dianugerah ramai sahabat2 yang baik2 dan solehah.. bukan nak berkawan dengan golongan sebegini saja tetapi dianugerahkan. 

peristiwa saodah..

ada sebuah surau dikampus namanya surau saodah.. bermula disini, gerak kerja memakmurkan surau bermula. disini juga ramai hati-hati bertaut cintakan Allah.. masyaAllah.. indahnya..sehinggakan ada seorang adik..menjadikan sebagai trademark dalam aktivti hariannya "kak..demi saodah" .. nak buat apa2.. mesti ada ayat "demi saodah".. disurau ini.. kami bertungkus lumus mengadakan aktivti.. tazkirah.qiam.iftar.diskusi kitab dan sebagainya..alhamdulillah..makmur... sehinggakan wajar dipuji kerana menjadi ikutan surau2 lain.  peristiwa yang saya ingin bawakan adalah mengenai 2 orang adik diploma kos pengurusan.. pakai seluar track..tshirt..tudung bawal kecik.. tapi.. istiqamahnya dengan surau saodah.. masyaAllah.. malu kami ni.. yang paling salute..adalah istiqamah pada waktu subuh.. setiap masa ada je adik berdua ni.. dan automatik saya melantik beliau berdua menjadi ajk surau.. setahun berlalu.. selepas masing2 dapat asrama baru.. semua terpisah ke surau2 lain.. salah seorang daripada adik ni telah berubah 100 peratus... alhamdulillah.. dah memakai tudung besar baju kurung.. yang paling salute lagi.. dalam kelas dia..hanya dia seorang je yang bertudung labuh.. kawannya yang sorang lagi still berpakaian macam biasa.. dia sering mesej shbt2 surau.. minta doakan istiqamahnya.. begitulah dakwah dan hidayah.. kita hanya berusaha menjadi contoh teladan.. sedangkan Allah memelihara hatinya.. 

Ramadhan yang indah

alhamdulillah.. dikurniakan teman yang baik.. cuma garang je sokmo. moga kelebihannya boleh menampung kekurangan diri ini dan manakala segala kelemahan dijadikan penawar untuk berusaha menjadi lebih baik.. "ngade teh"  :) .. Ramai nyer sahabat2 berwalimah selepas raya.. cemburu menyusun jadual..hee.. full pulak tu.. moga ada kesempatan menghadiri semua jemputan.

raya ke2 : u.muiz akad nikah.
raya ke3 : ustzh hasrazini dan ust amar (ubm)
                ustzh hamidah n ust syed amni (ubm)
raya ke4   walimah dirumah zaujah us.muiz (ubm)
                 ustzh aini khadijah dan us amir (ubm)
                 zahidah dan riduan (clasmate)
                 zakiah dan pasngan (clasmate)
raya ke 5 ustzh ummu dan ust firdaus (ubm)

barakallahulakuma wajam'u bainakuma filkhair.. semoga semua selamat dan dipermudahkan urusan.. mabruk alaikum.. 

14 Jul 2013

BULAN SABAR...

ASSALAMUALAIKUM... :)

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
'Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.' (Sahih Bukhari)

ALHAMDULILLAH.. 5 ramadhan today.. masih diberi nikmat dan rahmat. meskipun ura2 kedemanan sudah menyapa.. suhu meninggi.. oh.. pertama kali dalam 4 bulan ni.. saya kejutkan budak2 bangun sahur dengan hentam locker.. bertegas dan no mood yang baik2 sebenarnya.. kenapakah ini berlaku.. sedangkan di bulan romadhon pulaks.. astaghfirullah.. emosi xstabil mane sari dua ni.. suhu badan pon sejuk..panas..sejuk..panas.. tambahan pulop.. ade kejadian xdijangka semalam.. bila berdebor pelik tu.. memaang akan "jeng" sekejap.. Allahu.. orang tu memang nak kena cubit,.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.'
(Riwayat Al Baihaqi)

malam tadi hujan kilat2 lagi..blackout separuh jalan.. off semua wayer2..jaga keselamatan diri..hihi. Allahu.. nikmat Allah yang mana kamu dustakan.. rahmat Allah tu meluas.. doa orang yang berpuasa ni makbul..setiap masa..kena sentiasa berdoalah.. moga diberi kemudahan.. setiap apa yang kita hajatkan.. Allah akan bagi..bukan pada saat kita mahu..tetapi ketika mana keperluan kita dalam tak sedar.
anehnya..saya bukan orang yang mudah nak tidur.. satu perkara yang menarik perhatian terhadap 2 rakan saya yang sanngat2 mudah nak tidur.. just letakkan kepala atas bantal..xsampai 2,3 minit pon pasti terlelap... subhanallah.. nikmat sunggguh.. setelah saya melihat akhlak dan rutin hariannya...wajarlah.. mereka ni dikalangan orang yang sangat suka memudahkan orang lain..langsung tidak ambil hati dan tidak memikir masalah2 yang ada.. jenis hepy good lucky.. :)

akhir2 ni..saya pon cuba muhasabah kembali.. memang atas masalah kesihatan yang ada.. namun rohani kita perlu diselidik.. alhamdulillah.. boleh tidur dengan aman..dan bila tidur..saya jarang bermimpi.. gelap!! :)

Status Hadis Ramadhan : Keampunan, Rahmat & Bebas Neraka (kemaskini) sila lihat sini.. :) ust zaharuddin



8 Jul 2013

nur ramadhan

bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. sudah mendekat dengan ramadhan.. perkongsian hadis diakhir syaaban bg yang masih ada berpuasa sesaje atau sunat..

لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ
“Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa.” [HR. Muslim no. 1082].

Ramai diantara kita yang mengejar..berkejar-kejaran untuk khatam dibulan ramadhan.. maka, bertungkus lumus..sepanjang masa menghabiskan surah2 serta juzuk2.. walhal..disepanjang bulan syaaban ini.. sudah boleh warming up beberapa juzuk sebagai satu jalan istiqamah terhadap amalan.. tidak la nanti habis ramadhan, kita pon stop buat amalan disepanjang ramadhan...begitu juga perihal qiammullai.. sudah boleh berjinak-jinak melaksanakan 3,4 kali seminggu.. jika tika ramadhan nanti baru nak mula.. payah la..kan :)

JOM doa yang terbaik dalam kehidupan ini.. meskipun orang menilai kita dengan sikap negatif yang ada.. jangan lemah.. jangan sedih :) .. bila hati betul2 niat nak buat perubahan, akan ditunjukkan segala kebaikan yang ada pada seorang hamba tersebut. maka, hidup biar ada azam untuk berada dalam kebaikan..

1 Jul 2013

tajdid niat untuk berkat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

"Diwajibkan ke atas kamu berperang dengan hawa nafsu" ....(teringat cerita.. jalan pulang)

Bila kita tidur dengan dosa dan kemaksiatan..bukannya maksiat fizikal,, bahkan maksiat hati sekalipun mampu memberatkan jasad untuk bangun mengadap tuhan.. Allahu. terpukul sungguh 2hari ni dengan apa yang terjadi.. sukar...sukar..sukar.. nak bermujahadah...

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222).


Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

Kalo nak berhijrah.. dan mulakan episod baru..saat kita ucapkan..saat tu lah bermulanya pembaharuan tersebut.. bukannya "esok nk start.." "minggu depan xnak dah buat" ..semua ni plan to failed.. hoho.. iallah.. mudah-mudahan.. tajdid niat untuk kebaikan mendapat rahmat dan keampuanan.. kami mahu KEBERKATAN untuk hidup yang panjang nanti :) .. sabar tu manis.. jadi jangan tawarkannya dengan dosa.

Jadi..jadi.. please fokus our ibadah.. ramadhan coming soon...semoga dapat mengumpulkan kekuatan disini.. biiznillah..jadilah hamba yang sentiasa muhasabah.. mungkin dia sentiasa berdosa..sekurangnya dia tahu dia berdosa dan memohon keampunan.. jangan jadi hamba yang tahu berdosa dan meneruskan dosa.. nauzubillah..

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang banyak beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya daripada setiap kesusahan jalan penyelasaian, daripada setiap kesempitan jalan keluar dan akan diberikan rezeki dengan cara yang tidak diketahui.

jom sentiasa beristighfar.. semoga Allah redho...

**semalam pi tempah baju untuk buat jubah..dengan orang paling terer sekali menjahit..hebat dak?hebbak.. tau x sape..tau x? hee.. mestilah cikgu yang mengajar jahit..hehe..sungguh betui cikgu tu nak membantu ai.. terharu pon ada.. dalam kesibukannya membuat urusan.. sanggup memdesignkan dengan penuh halusss..
terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan ai untuk kehidupan masa hadapan yang penuh barokah.. allahummaamin.. terlalu ramai yang "sayang" ..allahu.. berkatilah mereka .. yang sering membuatkan diri ini terlalu bahagia mempunyai sahabat2 yang berukhwah keranaMU.. 

29 Jun 2013

sis ALCATEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Sedang menonton piala FA.. ganas ngat main bola..hoho.. "gocoh" ke gane.. tv1 ada tilawah.. tv9 ada cerita.. macam2 ada.. atas iman untuk memilih yang mana.. menonton bola eratkan ukhwah..hehe.. bergema sorakan didewan makan oleh anak2 darul akhyar dan bergema juga didewan almunirah sane.. sebarkan berita sentiasa..di sana pon ada orang tu serius sungguh.. "no kacau2 "..


Alhamdulillah.. sebenarnya ramai insan yang sayangkan kita dalam kita tak sedar..huhu.. semalam.. dr.norizan..Bonda unisza mesej "nadia..awak kat mane.. saya ada beli cenderahti untuk awak dari istanbul" ..huhu.. sangat touching..dr ada perbentangan kertas kerja di istanbul.. ingat jugak beliau pada hamba yang hina tadi..

cerita alcatel.. handset yang berharga rm50 setelah menggunakan rebat..hihi.. adik2 darul akhyar memanggil ai dengan panggilan glamour.. sis alcatel.. sudah tenggelam sis alfateh.. ape da.. bermula disini lah.. habis semua digeledah..bermula dari whassap..wechat..kakaotalk,,habis semua dah ngader2 untuk mencuba.. sehinggalah maghrib tadi..saya menerima add daripada seorang pensyarah "puan hafiah" dalam wechat..huhu.. dari mana beliau dapat no.saya? bonda kesayangan saya yang seringkali "ingat" akan saya sorang ni.. "nadia..awak sihat ker?" "puan...mcm ne dapat no.saya?" "anak2 saya lah buat ni" 
huhu.. macam2 pulak yang allah kurnia..kita tak perasan..alhamdulillah.. 

ini adalah alsyiput.. hee.. farwizah assyifa namanya.. usia 1 tahun.. akhir2 ni begitu bermanja dengan cheya.. kikiki..masa duk dalam keta.. dia ngade2 senyum2..cuit2.. masa tengah drive..tetiba dia nak duk kat seat drive..mujur tak terbabas.. biasanya takot..almaklum lah.. menjadi singa jadian dirumah.. marwan..huda dan hadi sudah mengenal siapa cheya sebenarnya..hoho..sebut je.. "cheya...tengok ni..hadi ni.." menikus serta merta..tahu lah dia siapa yang akan mai.. jadi anak soleh ye.. manja la puas2..nanti nakgi jauh..hehe

alhamdulillah..teruskan tingkat amal ibadah.. mungkin yang sedang kita miliki bukan milik kita sebenarnya..namun kita mampu dan boleh memohon berharap dengan penuh "khauf" dengan wasilah2 yang telah dikurnia melalui doa2 mustajab.. perihal perkara yang membawa kepada kemudahan.. yakinlah dengan janji Allah.. teruskan sujud dan solat serta sabar.. mantainkan qiamullai.. ada secebis khusyuk dan tawadduk disitu.. penuhi subuh dengan zikrullah.. jangan lupa kayakan diri dan rezeki dengan dhuha dan alwaqiah.. serta helaian alquran untuk mengubat hati.. countdown ramadhan ni.. jom kita usaha menjadi soleh..musleh.. muhsin dan mukmin.. biiznillah,.. jom jadi baik :)

sesekali percaya pada naluri

bismillahirrahmanirrahim..

(bila sedih..mood hapedet blog unlimited)

Alhamdulillah.. bersyukur dengan segala limpah kurnia nikmat dan rahmat Allah s.w.t.
berlaku macam-macam todays..

**malam tadi.. ada perhimpunan dengan student asrama..hampir jam 11.30 malam, dek kerana mata tidak mampu dibuka..minta dengan boss naik awal.. tanpa disangka.. tokki staff yang sangat akrab dengan ai meninggal sejurus selepas ai naik bilik. xde orang memaklumkan pon.. malam tu isyak belum lagi solat.. tidur2 ayam.. banyak kali dikejutkan dengan perasaaan.. kul2.. kul3.. kul4.. dan solat ingat pada pukul5 pagi.. xbagus2!! namun jiwa seakan ditekan dan ditarik2,, rupanya ada orang meninggal.. yang terdekat dengan kita pula tu.. lebih kul10 pagi baru tau..sedih ngat.. alfatehah..

**" jika allah menghalang kebahagiaan.. ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun" allah.. allah.. allah.. hati mula rasa tak selesa.. macam yakin je akan berlaku sesuatu..allahu..memang terjadi betui.. apa yang berlaku hari ni menjadi pembuka kekeliruan dalam kehidupan.. moga dengan doa ramai yang mengharap berlangsungnya sebuah janji..mampu memberi yang terbaik. Allah kan ada untuk kita menyatakan harapan.. jadi jangan bersedih.. Allah uji untuk beri rahmatnya yang luas.. :) :) smile..smile

**hari ni starting life sebagai driver dari batu rakit--->sg.ikan--->tok jembal--->seberang takir---> gong badak--->batu6--> sg.ikan---> batu rakit.. membesar dengan sihat didalam kereta.. owh.. kerretta(ayat marwan) alhamdulillah.. kereta my father sudah habis dilunaskan..akhirnya.. pinjaman tanpa syarat telah dibuat demi memastikan my father tidak perlu susahkan dirinya lagi..


**ada jenis manusia..gemar menceritakan kegembiraannya ..kehiduapnnya..dari zaman single..berkhawin dan beranak pinak... beberapa ketika.. saya sendiri terpukul dengan cerita hidup saya.. mungkin kegembiraan kita tidak mampu mengukir senyuman orang yang mendengar/melihat/membaca.. jadi berhati-hatilah dalam berkongsi.. hidup ini untuk bersederhana.. jangan menyamakan diri sendiri dengan orang lain "eh..saya boleh je lalui.." "takkan tu pon xboleh nak hadapi" .. kan tuhan dah kata.. setiap ujian tu mengikut kemampuan.. mungkin kita boleh sabar dengan perkara besar dan sahabat2 kita sebaliknya.. dan mungkin kita belum tentu mampu hadapi dengan perkara yang kecil sedangkan orang lain anggap biasa-biasa saja,..begitulah maha rahman dan maha rahim nye Allah.. 

**jom muhasabah diri selalu. jangan letakkan harapan pada manusia.. tetapi hargailah kepercayaan orang kepada kita.. pak ustaz yang baik tu sering mengingatkan "yakin dengan pilihan Allah" hidup pasti berkat.
insya Allah :)

18 Jun 2013

tik..tok...

bismillahirrahmanirrahim...

allahu.. berat rasa hati nak menamatkan episod "sendiri" ini, bukan semudah yang dikata,. Kadang bila dimuhasabah..bila direnung2 dek akal.. allahu,, perasaan hilang.. berlawan dan bertinju dengan en.syaiton ni untuk menetapkan hati. 2 malam yang lena.. bermimpikan yang tidak sepatutnya.. kata ustaz.. syaitan akan menyelubungi kebaikan dengan kelemahan dan sebaliknya..

hari ni saya menunaikan ibadah sunat untuk kekuatan jiwa.. merintih menghadap ilahi.. agar benar perjalanan hidup ini berlandaskan syariat.. agar jiwa kuat.. berapa kali dah hampir failed nak berbuka..kui2.. allahu.. payahnya nak mujahadah..



sukarnya nak menetapkan sesuatu yang belum pasti.. demikianlah allah rencana yang terbaik untuk hamba.. kata ustaz "sabar tu akan bawa kemanisan" :) mende yang baik akan hadir pada waktu yang cepat.

dah start kena beramal surah toha.. agar dilembutkan hati bonda2 sedunia untuk insan2 yang lemah ini.. Allah suka hambaNYA yang berusaha untuk menjaga kebaikan dalam kehidupannya.. "dia" insan yang sangat baik. moga Allah beri peluang pada yang mengejar kebaikan dunia untuk bekalan akhirat.. AMIN

11 Jun 2013

walimah sweet 17

assalamualaikum..

hurm..testing..testing suara.. Alhamdulillah.. nikmat kesihatan dikembalikan.. baru-baru ini telah berlangsung satu walimah sanak saudara.. adik sepupu yang duk betui2 belakang umah ai.. maka, ada sket2 tanggungjawab untuk membantu..kecik lagi beliau.. nak ambik spm tahun ni.. dan juga umur pengantin lelaki pula 19 tahun.. persediaan?? hanya tuhan yang tahu akan kehidupan seterusnya.. rahmat Allah ada pada yang yakin dengan janjiNYA.. """mane ustaz yang baik..dia baca x ni :P :)"""

berbicara soal cinta... saya begitu mengagumi setiap bait dan nasihat oleh syeikh rohimuddin. MasyaAllah..tabarakallah.. begitu meusuk kalbu hati ini. pesanan yang sering membuatkan kita terkesima membacanya.. antaranya "Jika seseorang itu mencintai kekasihnya, maka si dia harus mencintai apa yang dicintai oleh kekasihnya itu.” 

tambah lagi kalam Syeikh Rohimuddin. 

dari blog akhi ariff : Bila ada seorang lelaki yang mengatakan dia sanggup untuk tunggu seorang wanita yg dicintainya selama mana pun, maka sebenarnya lelaki itu adalah berdusta.. SYAITAN katanya..

jangan terima mana-mana lelaki kecuali yang datang melamar untuk dijadikan isteri.. 

kemudiannya, syeikh ada mengatakan, jodoh itu kuasa Allah, bila mana Allah mengizinkan, maka akan terjadilah ia.. jadi tak perlu risau akan jodoh yang sememangnya telah ditetapkan oleh Allah..



sedikit gambar2 suwitt la kot :) ..
 nak katanya budak2 lagi.. bila tok kadi gtau walinya yakni ayah beliau.."6ti, bila ayah tanya.. ayah nikahkan syafika dengan sekian2.. syafika jawab.. saya terima dan saya redha.." pah2 budak dengan xdak perasaan ikut jer.. macam dialog tv.. huhu.. kalo aii.. nangis sudah... sedih kot.. nak lepas dari tanggungan ayah.. huhu





bersama mak ayah beliau

eh..sesat pulaks beliau nie.. hehe..
p/s : hati mula risau jika cinta terhadap makhluk melebihi yang ESA.. fitrah yang gusar menjadi fitnah.. moga dipermudakan yang halal.. amin ya Rabb..