4 Jun 2013

take note!


Hati... masalah yang sukar diselesaikan. mujahadah yang mantop barulah bisa menundukkan segalanya. terasa ingin beruzlah dan menyepi seketika.. bukan lari dari masalah.. tetapi pergi mencari pintu kedamaian. Hijrah itu kan jalan -jalan kebaikan. IALLAH menuju ke penang minggu hadapan.

Pada hari ini saya tidak bekerja.. tetapi saya tetap mengada2 untuk mengisi kekosongan masa. Allahu.. kebelakangan ini saya cukup terkesima ditegur secara langsung oleh yang maha esa. membuak-buak perasaan bercampur aduk dengan pelbagai lagi perkara yang berlaku..


Sikap "mungkir janji" masih belum dapat diterima. seseorang telah berjanji dengan saya pada suatu hari. hampir tiba disaat pertemuan, beliau cuma memberi alasan yang mungkin dari pihaknya tidak dapat dihindari. hati mula sebu.. menyirap darah memenuhi wajah namun air juga yang keluar.. mata yang tiris ;) .. entah! saya merasakan kenapa saya boleh menangis untuk seseorang yang tiada apa-apa pada ketika itu. saya mula bermuhasabah dan memohon petunjuk tuhan. subhanallah!! lantas Allah memberi ilham suatu perumpamaan. saya terkedu melalui detik itu.. sedarlah saya bahawa, "saya terlalu mengharapkan kesempurnaan" dalam kehidupan ini.. Allahu Allah.. terdiam sepanjang malam memikirkan apa yang berlaku pada hari tersebut!

Setiap hari saya memerhati dan memahami gelagat dan juga cara hidup manusia. kekadang kita sendiri gusar memikirkan bahawa apa yang berlaku dibelakang kita. jika kita sentiasa mengambil sikap manusia sebagai petunjuk kehidupan nescaya lemahlah diri dan jiwa andai kita tidak sekuat yang dimaksudkan. begitulah yang dianjurkan oleh agama supaya meletakkan syariat dan pandangan tuhan dalam amal seharian. pandangan manusia pon perlu supaya diri kita ada "cermin" yang menunjukkan baik buruk seharian. Ambillah teguran dan nasihat mahupun cercaan orang terhadap diri kita. berjiwa besar?? sukar bukan. kata ustaz azhar idrus "kalo nak cari redho manusia, kita akan tua dalam pencarian kita" 

Rasa sedang bermuhasabah pulaks.. iye! hidup ini perlu bermuhasabah selalu. mohon sangatlah pada ilahi.. agar jalan yang dipilih ini adalah yang terbaik pada pandanganNYA. meskipun jiwa kosong.. meskipun hati senyap tidak terasa.. namun panggilan dan jawapan istikharahnya juga yang menetapkan janji. semoga pengakhiran kehidupan ini adalah redha Allah dan untuk akhirat semata-mata.. biiznillah.. 




Tiada ulasan: