14/05/2012

Hak Bersahabat

Salam,alaik.. ^^

Alhamdulillah. Benarlah..tiap-tiap manusia itu ada pasangannya. Bertuah dan indah kita kita boleh bersahabat dan menghulur salam kemesraan serta senyuman. Aku tidak mampu mengucapkan "ana sayang enti" "maafkan ana" dan pelbagai lagi ucapan hikmah daripada sahabat-sahabat yang ringannya menyebut keindahan ini. Inilah kekurangan yang disempurnakan oleh orang lain yakni sahabat.

Dan (Dia lah) yang mempersatukan di antara hati mereka (orang beriman itu). walaupun engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga mempersatukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. AL ANFAL 63

Hak Sahabat...

Ada sesetengah daripada sahabat, dia cukup mendoakan sahabatnya, ada yang sering tunjukkan melalui perbuatan dan percakapan tanda kasih sayangnya. Kita apabila bersahabat kenalah kreatif dan membuat sesuatu kenangan. Doa tu kan pengikat hati..penyejuk jiwa, namun perlukan sesuatu memori tercipta. contohnya, bila BESTDAY sahabat : raikan dengan sepotong kek pon dah cukup, "kenakan" dia dengan situasi gimik pon dah cukup indah baginya. bila WALIMAH: "datang beramai-ramai, konvoi... deal ngan sahabat lain ajak sekali" jangan kita melepaskan diri kita sahaja untuk tunai hak sedangkan hak sahabat itu adakalanya kita perlu tunai bersama-sama. Ada juga bersungguh nak pergi sebab sahabat baiknya kalau orang lain jemput lebih aulakan perkara lain sedangkan wajib hadir bila ada jemputan. susahnya kita bila bersahabat tetapi tidak ada HAK. Bila SAKIT "usaha untuk ziarah walaupun sekejap, kerana hadirnya diri kita membuatkan dirinya menjadi kuat dan semangat" bukan sekadar lafaz tersimpan bersembang dan nasihat je lebih. kita ada hak untuk ditunaikan. bila ZIARAH "Singgah rumah sahabat biarpon kebetulan, cari ruang dan jalan walaupun jauh sikit laluannya supaya perjalanan kita bukan sekadar balik kampung tetapi ada hak bersahabat perlu dilakukan. kita berkawan..tetapi hanya pada urusan-urusan belajar dan personal. urusan perhubungan diluar kita abaikan. banyak perkara kita semua terlepas pandang kerana sibuk sangat kita bercakap dari buat pelaksaan hak bersahabat. Susahkan? bila kita rasa ringan je bersahabat

‎"Perbuatan kebaikan mampu mencegah dari kemalangan, malapetaka dan kecacatan". (Riwayat At Tabrani, Al Hakim dll).

Jika kita rasa resah dan gelisah, banyakkan bersedekah untuk bersihkan jiwa dan hati. Moga-moga apa yang kita buat didoakan para malaikat dan orang-orang yang soleh. Bagaimana kebaikan boleh tercipta? iaitu dengan kekuatan iman. Jika iman lemah, amal yang dilakukan pon lemah. tertarik dengan apa yang ustaz Zaharuddin kongsikan

Berkahwin bukanlah ubat kuat untuk mengelak maksiat kemaluan seperti zina, ia hanyalah satu bentuk penyempurnaan tuntutan fitrah. NAMUN apabila fitrah sudah dicemari oleh NAFSU, kahwin TIDAK mampu mencegah maksiat, hatta berkahwin empat sekalipun. Yang mampu mencegah zina adalah IMAN DI HATI dan FIKIRAN. Jika itu dicapai, tanpa berkahwin, seseorang itu MAMPU jauhi maksiat. Puasa mampu mencegah maksiat bukan kerana tidak makan minum, NAMUN kerana keimanan seseorang itu bertambah, lalu kuatlah taqwa & fikiran akhiratnya.

Allahurabbi ^^ ..senyumlah wahai hati.. Allah sayang dan prihatin akan hambaNYA yang berusaha mencari jalan yang terbaik untuk kehidupannya. Kehidupan yang dirancang untuk keberkatan dan perjuangan.

"Kadang - kadang Allah tidak memberikan 
apa yang kita mahu. Bukan kerana kita 
tidak berhak untuk perkara tersebut.
tetapi kerana Allah tahu, kita berhak
lebih baik daripada itu"

03/05/2012

BerSIH

salam,alaik..

Pertama-tamanya, alhamdulillah. Allah bagi banyak kekuatan sehingga hari ini untuk menjalani kehidupan yang tidak seberapa ini. jika nak dikatakan perit dan pedih, itu masalah dalaman. bahkan yang berjuang korban nyawa itulah keperitan hidup yang sebenar menuju syurga. 

#saya sayang sahabat saya#
Semalam tergerak hati di facebook untuk meletakkan satu gambar smile seperti diatas kepada beberapa orang sahabat. hanya dengan naluri hati, mention nama-nama tersebut. Allahu Allah, hampir ke semua comment dan rupanya mereka sudah tidak mampu tersenyum pada hari tersebut. kekadang melihat orang lain lemah menjadikan kita lebih kuat, menyedarkan kita bahawa, kalu kita sudah terasa besar dan susah dengan masalah yang dihadapi ramai lagi yang tidak mampu berdiri sekalipun dalam hidupnya. bila berhadapan dengan seorang sahabat yang sudah tidak ada kekuatan melainkan zahirkan tangisan kerana itu kekuatan terakhir yang dia ada. benarlah, manusia itu diuji mengikut tahap kemampuannya.

#penangan tesis#
hilang semua deria rasa yang dialami. Alhamdulillah draf pertama sudah hantar dengan pelbagai gangguan ghoib wa mental. hanya 2 jam tidur setiap malam pada minggu ini bertemankan 3 cawan nescafe+oligo. mane tak mereng.resepi adunan sendiri ^^. apapon usaha yang dilakukan berbaloi. Jika tiada tekanan, kita takkan dapat memaksa diri kita untuk menyiapkan sesuatu tugasan. apatahlagi dalam amal ibadat, segalanya kita perlu paksa diri sebab memang lumrah untuk buat kebaikan kena paksa diri. ikhlas itu akan datang sendiri bila kita mudah membuat sesuatu amal. 

#bersih#
melihat perkembangan 28 April, jiwa benar-benar tidak mampu tertahan. banyak kali sudah tidak dapat bersama mereka yang istiqamah menuntut keadilan dan ketelusan. sebagai warga cintakan negara, ya!! saya sayang negara yang aman ini apatahlagi jika dilaksankan undang-undang islam. setiap insan ada hak untuk dirinya dan hak pada orang lain. meskipun tidak dapat turun bersih 2.0, 3.0 tetapi insyALLAH, bersih 3.5 dapat hadir ^^ iaitu majlis anugerah dekan. kita bersemangat biar bertempat. hebat dunia..hebat akhirat. itu penting. sepanjang penjalanan bersih, saya share semua info2 terbaru dari sana biar jelas di mata pengampu2 yang macam tak sekolah ni melihat sendiri kebangkitan rakyat disebabkan apa dan kenapa. walaupun hampir 300 orang je..ataupun 5000 orang je..hehe.. ape da.. wartawan dan pembaca berita lepasan tadika. boikot sebenar2 tv3 suku dan surat khabar sekarang nih.. porno..

#peristiwa subuh# 
Pernah..dalam sujud, mengharap menyebut insan yang ingin ditakdirkan bersama. Bila dapat merasai seketika, belum ada ketenangan yang menyapa. bersubuh-subuh berjemaah di habibah, saat yang paling indah dirasakan. rasa seolah baru dilahirkan semula. rasa seolah sangat tenang, aman dan damai. tidak mahu berlalu dari lalui ketika itu.jika boleh berteleku..ingin berterusan di situ. Bismillahirrahmanirrahim.. ya Allah, yang maha mengasihani dan menyayangi hamba-hambanNYA... teringat satu peristiwa subuh, kul 5 pagi ke surau untuk berjemaah, sedang memasuki surau yang tiba2 tiada tabir, cuma ada satu je yang membenteng tempat muslimin dan muslimat. tetiba datang seorang muslimin. dalam surau tersebut. berdua saya dan dia. tetiba, dumm!!! blackout.. gelap gulita..saya berlari keluar..dia pon begitu.. saat tu hati menyapa "fitnah ada dimana-mana nih..dalam ibadat pon boleh terfitnah" dalam gelap..tunggu diluar sehingga datang berapa jemaah lain. baru masuk semula untuk solat dalam gelap.. ya Rabb.. saat itu saya ..??

#doa dan pengharapan#
"ustaz..kalo ada orang "minta" kita, perlu ke kita bagitahu yang kita ada sakit"? tanya ku pada seorang ustaz. jawabnya "xpayah citerlah..lepas kawin iallah segala penyakit akan hilang" subhanallah.. huhu..syahdu je pesanan ustaz.. moga segala saki baki kesakitan ini..bernilai ibadat bila redha mengiringi. Allahuakhbar!


17/04/2012

Janji Tuhan atas musibah

"kamu kena kuat semangat..jangan dilayan sangat menda2 gini..bnyakkan zikir..banyakkan amalan" pesan ustaz. diri hanya mampu mengangguk.. blurr.. dengan masalah yang melanda. 

setelah dua minggu bercuti tanpa permit :) cuba bangkit kembali melalui hari-hari yang masih dijanjikan Allah untuk memberi ganjaran pada hambaNYa yang berusaha. perihal tempat kajian..perihal tesis.. perihal esemen. adushhh.. kenapa lah ditahun akhir ni tak dapat bertahan..sedangkan sudah enam tahun bergelumang dengan semua yang disangka tapi tak diduga..

syukran kathir pada shbt yang banyak bersusah dan berlapang masa untuk membantu menyiapkan tesis.. mencari ustaz..membuat itu.. membuat ini..tolong ambikkan buku..sesekali terlupa siapa beliau yang sebenarnya . sangat tidak patut.. "akh muhammadiy" yang sangat sesuai dengan sifat mahmudah dan kebaikan yang ada padanya..moga ALLAH memberi yang terbaik untuk kehidupan dan merahmati beliau sekeluarga (setulus hati).

Bermula kematian mok "nenek" bersamaan kelahiran aufa khairunnisa.. pada malam tersebut..baby ni asyik menangis je.. aku pula xlena tido sehinggalah mendapat mesej dari kakchik "mok meninggal doh" masa ni aku tergamam.. "mak??" aku telefon lewat pagi kul3.. bertanyakan kesohehan.. "huh!!!" itu aje mampu dihela.. ingatkan mak aku..rupanya nenek yang aku panggil juga mok.. lega.. tapi tetap bersedihan sampai ke pagi.. seingat aku..masa ni aku sem 5...Selepas itu..bermula lah..lenguh2 belakang..yang pastinya sakit bahu dan belakang.. bermula berubat dengan ust bob kusza yang femes dalam bidang perubatan "sikit je nih..banyakkan zikir dan amalan..iallah lah..jangan putus air.. sambung sokmo air tu" pesan beliau setiap kali berubat. bila rasa tiada perubahan.. berjumpa pula dengan ust said.. juga pengamal perubatan "eh.. ada menda ni pada kamu" tetiba beliau buka tingkat pejabat dan juga baca ayat2 quran. "ada kurang cket?" huhuhuhu.. ":xde rasa perubahan pon ustaz" bermulalah ikhtiar yang pelbagai.. akhirnya mengambil inisiatif untuk pergi mengurut.. kot2 salah urat je ke.. sakit bahu je sokmo

Ditemani aisyah.. yang begitu setia menemaniku.. bermulanya dengan usaha wan suhaili..sahabat ku yang tengah femes di tv hijrah. dia membawa jumpa tukang urut di paloh manir..berdekatan dengan rumah mak sedaranya.. "mari naek..masuk bilik tu.. mok cik ni baca buku ust harun din..pah2 mokcik campur sendiri kaedah urut mokcik dengan yang buku ust harun din ni.. " sembang makcik tersebut setelah aku masuk ruangan bilik urutan. dibawanya garam kasar dan minnyak kelapa.. dicampur2.. selepas tu aku baring dan diurutnya belakang dengan garam kasar dan minyak tersebut.. MAHA SAKIT ... rasa nak putus2 urat satu-satu.. dalam 10 minit yang dirasalan sejam tersebut..maka baliklah..keesokannya..badan xleh nak bergerak..semua urat jadi bengkak.. lantas kak aisyah membawa berjumpa dengan makcik ani yang berada di tok jiring.. makcik ni xde anak sebab asyik keguguran disebabkan gangguan ni..akhirnya Allah kurniakan dia kelebihan untuk merawat orang.. makcik ani pon menggunakan kaedah urut.. " ish2..gi mengurut mane ni sampai abis bengkak2 urat..pah2 siap ada wat masuk "benda" dia sekali kat punggung ni" kata makcik ani lagi setelah selesai berurut..badan jadi ringan yang amat.. dah hilang sakit2.. " ada benda belakang kamu..makcik ani dah buang.. ada macam budak peluk leher kamu..iallah la..minta lindung dengan Allah.." setelah itu..sehari dua berada dalam keadaan sihat ringan dan kuat :)

kebetulan rumah aisyah pon dalam musim perubatan.. bermacam2 ustaz dah ikhtiar untuk mengelakkan gangguan sihir yang dihantar.. sesekali aisyah pon turut membawa air tawar tu untuk aku.. ada satu kaedah..mandi ais... maha sakit seluruh badan..tapi kena buatlah..rendam selama 20 minit.. aku buat dikampus.. dengan rendam kaki selama  2o minit..rasa nak terlerai kuku2 kaki.. urat2 kaki.. selepas selesai tu..sakit dan lenguh bahu kembali semula.. keesokannya nak pergi rumah makcik ani.. berubat sekali lagi.. tapi... "minta maaaflah nadia...makcok ani xsanggup doh nak terima..mende tu jelma depan dan kacau mokkcik  malam tadi..nadia cuba berubat ngan orang lain pulop ye.." itulah pengakirannya. yang membawa kepada masalah angin..masalah urat..masalah xleh makan..selalu sakit gigi..selalu bengkak urat muka... masa ni doa "baik matilah dari sakit gini.." xbleh salah makan cket..terus je menyerang saraf.. hampir setahun jugak jadi begini..pah2 pergi berurut dengan mak sedare di setiu..semalaman.. alhamdulillah sampai kini, hilanglah sakit2 angin yang menjalar pada muka..  kalo letih sangat pergi ke wakaf tengah..berurut dengan maksu biarpon dok ilang..tapi lega la cket.. moksu ni bekas tok bidan juge..kekdang tengah ngurut tu tido..huhu.. dah tua dah.. last2... balik kampung ngurut ngan mok sedare belakang rumah..boleh dikatakan..hampir setiap minggu balik beurut.. sampaikan gi klinik sebb sakit sangat belakang..doktor pesan "jadilah ye berurut lepas ni..saya check dah senget sebelah dah ni belakang ni.." 

demikian perjalanan kesihatan yang berkait dengan gangguan2 syaiton.. mungkin banyak juga meredah hutan ke sana sini bila berprogram..namun benteng diri yang lemah menyebabkan semua ni terjadi..tambahan pula kusza sendiri tempat yang agak keras.. setelah tu berubat dengan ayah chik belakang kusza yang menggunakan kaedah minum air kelapa  bakar yang dicampur dengan ramuan2.. pertama kali minum memang xabis.. kali kedua muntah terus.. pah2 kali ketiga dah oke.. cuma ayah chik bagusnya dia xpernah bagitahu sakit apa..cuma berpesan je " ingat kuasa Allah.. kita ni yang berhak ke atas diri kita..kena lawan..jangan lupa baca mathurat selalu" 

sementara itu ada juga berjumpa dengan ustazah najmiah..itupon sekadar tiup air :) kerana dalam keadaan putus ada mencari sinar harapan.. akhirnya letih dengan pencarian.. masa ikut kem dipahang.. ada berubat dengan ustaz ahmad dasuki abd rani .. beliau guna lada hitam dan mandi limau..lepas mandi limau..uishh.. sejuk yang amat..badan jadi letih..namun katany "hanya gangguan luar je ni.."  badan oke lah cket..sekembali ke kusza.. berterusan pula lenguh dan sakit.. ada pula sem lepas berjumpa dengan ustaz ariffin di dungun.. kaedah rawatannya..ada 12 jenis bahan nak cari..jenuh nak dapat..setelah berubat dengan beliau xde apa2 perubahan..sedangkan yang lain sampai menjerit2..menangis2.. dan macam2 aksi lagi..

adakala ke darul syifa.. namun ustaz2 kata xde ape2.. mungkin lemah badan je atau bekas2.. akhirnya..setelah penat ke sana ke sini..abaikan segala sakit makit yang ada...memang xlayan langsung..apa nak jadi jadilah..akhirnya..sedar tak sedar.. hubungan dengan kawan2 retak ..asyik bermasalah dengan manusia.. amalan makin kurang.. banyak menda berlaku.. sehinggakan rasa dah mampu nak hidup.. akhirnya  seorang shbt.. memperkenalkan saudara syarafi.. student sini juga.. namun xbanyak yang dapat dilakuakn.. banyak juga bahan2 yang minta..akar sintok n sebagainya.. aku ni jenis malas nak berubat dnegan barang2 yang kena cari.. masa ngan ustaz bob kena minum air pokok dukun anok.. muntah terus minum.. pahit.. pah2 xminum pah sudoh..serik..

akhirnya setelah seorang shbt disahkan terkena sihir..kami sama2 berjaga siang malam menjaganya sampai terpaksa ponteng kelas selama seminggu.. hidup bersama jin.. huhu..satu pengalaman yang pasti xdapat dilupakan..seketika..datang uzur tetiba.. badan dah lemah..malam tu tidur bersama shbt yang dirasuk jin tu..esoknya badan panas dan letih..emosi macam nak marah2..balik bilik dan duk diam.. akhirnya dibawa ke surau saodah..datang ust tarohim membacakan ayat.. pah2.. huh! meraung satu surau..sakit yang amat.. aku tak pasti..aku ke yang sakit atau menda tu..ada dileher dan kepala..cengkaman ustaz..ALLAH.. sakit sungguh2..nak tercabut kepala..pah2 datang pulak azwad bantu.. katanya masih ada dirahim.. uish.. masa ust tekan tu rasa nak pecah dah rasanya rahim tu.. pah2 datang pulak ustaz fakrudin bawa jarum guna kaedah akupuncer.. ya rabbi.. nak je meraung2 sekuat hati..kena cucuk atas kepala  jarum.. 10 tangan semua berjarum..sampai berdarah2.. Allah..sakit nyer atas kejahatan makhluk ni.. 2,3 hari lepas tu.. gi jumpa ust wan.. minta buat air dan berubat cket.. baru je sembang skit..tetiba ustaz sergah dan hentak kaki.. bergegar rumah.. "hah! mari mane ni..kaca orang..tubik2." wa.....aku nangis terus... bakpe ustaz maroh aku..huhu..lepas tu ustaz pon sudah duk bawah n guna kain dia tekan belakang.. bergetar habis tangan.. bila minum air ustaz.. pedih tengkuk dan rasa nak muntah..tapi xmuntah2..akhirnya ustaz bekal air je..

2 hari lepas tu.. masa buat program perubatan islam bersama darul syifa..shbt2 duk pujuk "try la buat rawatan ngan ustaz ni pulop..scan je" aku mengeleng laju..sakit belakang xilang lagi.. lebih2 lagi ust muhammadiy..kat 5kali duk peringat..prihatin sungguh beliau.. pah2 setelah kul5 abis semua perawat..aku usha2 ust ahmad.. ketua darul syifa..yang dah letih dengan puluhan perawat yang datang.. namun dilayannya juga.. katanya "kita vi special la ke urusetia..dari tadi duk gi mari..gi mari.." seketika ditekan, tekan belakang.. sakit yang amat..pah2 ustaz baca ayat2 cket..terus blankkkkkkkkkkkkkk... xtau apa yang berlaku..yang pasti.. datangnya semua muslimat 6 orang..pegang tubuh dan beberapa orang ustaz.. "mana kaktom..mari sini"  lantas seorang ustazah datang dan meraung2 lah diriku dalam dewan tersebut sampaikan beberapa urusetia lain keluar dari dewan. Allah..sakitnyer... kak tom tarik sesuatu dibelakang dan dirahim.. rasa nak tercabut je keduanya..  selepas selesai.. aku digelakkan oleh mereka dengan gurauan.. huhu2.. siap belanja makan sup lagi.. 

banyak lagi yang berlaku.. ;'( ..lepas tu berterusan jumpa ust ahmad yang kebetulan duk dekat ngan sini.. ada sekali tu kebetulan..dalam keadaan tak sedar.. ada sorang ust darul syifa datang untuk sambung rawatan..dia tanya soalan "nadya nak kawen bila?" waaaaaaaaaa.... terus aku menangis..huhu2.. ada ke tanya soalan tu.. yang pasti.. sebab ini juga menjadi tidak jadi semua yang telah diaturkan..dapat yang baik2 sudah..hu2..apapon..hikmah besor..iallah.. nak bagi yang lebih baik..iallah..yakin2.. pah2 dia syorkan jumpa makteh yang juga pengamal darul syifa..check masalah urat..yg pasti semua urat aku cantek..pah2.. masa gi rumah kawan didungun..ada ust ni berubat dengan guna kaedah urut ditelinga..huhu..yang ni pon sakit.... akhir usaha jumpa ust hasyim.. dia pon xtahu kenapa jin ni diam seribu bahasa.. tapi iallah dia bantu.. letihnya ya rabb.. 

aku tahu JANJINYA.. maka aku sabar.. kena ini adalah kafarah dosa yang sering aku minta.. doakan aku teman..minggu depan kena hantar 4 bab tesis..  tapi bab2 masih xlepas.. jahatnya syaiton ni.. moga2 aku kuat dan iallah sedaya upaya melawan..chaiyok2.. iallah.. 


01/04/2012

#muhasabah#

#muhasabah#

tak perlu berharta untuk menggembirakan orang lain

membayar kafarah dosa dengan bersedekah~~amalkan~~moga sakit itu indah~~

26/03/2012

~Nota Bersahabat dan Berteman~


Ketika marah sedang membara terhadap sahabat, ucaplah dihati,

"Wahai sahabatku, saya menyintaimu kerana Allah, sedang amarahku kerana syaitan. Semoga Allah memperbaiki kelemahan kita. Agar nanti kita bertemu di syurga, kerana kita bukan hanya ingin bersahabat di dunia."

~Nota Bersahabat dan Berteman~ (IHSAN FADHIL)





*SEKIRANYA MEREKA FAHAM..NAMUN MEREKA TAK PERNAH MEMAHAMI..


Seorang berkata padaku " Ustaz hati saya tidak tenang" Jawabku " Ketenangan adalah anugerah Allah yg besar yg diberikan kepada hambanya yang taat kepada-Nya. Seseorang itu tidak akan dapat ketenangan apabila hatinya tidak diletakkan pada Allah. Hari ini manusia letakkan hatinya dimana, Apabila hati diletakkan pada harta, maka hatinya akan resah jika hartanya berkurang atau hilang daripadanya.Cuba kita renungkan, di dalam hati kita apakah yang kita fikirkan, kita banyak fikir akhirat atau dunia, Letakkan hatimu pada Allah, banyakkan baca Quran hadir majlis2 ilmu, jaga sembahyang jamaah, nescaya kamu akan dapati hati kamu akan tenang, bahkan Allah akan selesaikan segala masalah kamu. Firman Allah " Sesiapa yang bertaqwa nescaya Allah tunjukkan jalan keluar" .Ketahuilah Allah Maha Baik dan amat menyayangimu.
Aku juga menasihatinya agar mencari guru yang baik lagi soleh agar dapat membimbingnya, yang pastinya bukan diriku- ust.mustafa kamal

22/03/2012

Tergores Bagai Lukisan


~~meskipun rapuh dalam langkah~~
BismillahirrahmanirrahiM

ALLAH.. YANG SENTIASA MENCINTAIKU (DENGAN YAKIN) IALLAH...
"nak keluar ke tak?????" kaedah akupuncer(betul ke eja?) dengan mencucuk jarum dikepala dan tangan. belum sempat kaki dihentam..sudah reda asakan ghaib tersebut.. ALLAH!! kejam betul makhluk2 yang tidak beriman..

belum stabil~~ada beberapa perkara belum selesai.. malu..malu..malu..malu..
hanya itu yang mampu diterjemah.. bagai lukisan.. sakit tak mampu diceritakan.. malu xmampu diterjemahkan..abeslarh.. jauh dah jodoh ambe.. :'( ..

Apapun..sangka baek dengan ALLAH. iallah ada jalan terbaik.. ALLAH maha penyembuh!!!

15/03/2012

Gelas Kosong

Bismillahirrahmanirrahim~~~~

ALLAH...ALLAH..ALLAH..ALLAH.. (agak2 rasa tak tengah menangis ni?)

ALLAHUALLAH.. begitulah hebatnya aturanNYA.. semua yang dirancang dengan kelam dan kabut..Akhirnya Allah bagi Rehat dengan membatalkan semua program minggu ini. Sungguh!! penat~~~ tanpa sokonga..tanpa backup~~~ nak kemana pon longlai~~

"Ada jin dalam badan kamu.. comel ko punyer!!" erkkk... memang kurang asam jawa dan gelugur kedai.. biasalah jin nak lawan manusia.. kan kita tersesat dialam jin..biarlah mereka.. Apapon Allah.. sungguh haru biru minggu nih.. rasa nak lempang..rasa nak kasi penampar je kat orang-orang sekeliling~~ orang yang sekitar pula tak reti2..xfaham2.. cari penyakit betol.. banyak tanya.. siap marah2...bek aku menyepi.. kan senang..kalo bercakap kan..ade yang putus silaturrahim sampai kubuq. ..jika bukan jahatnyer jin dan syaitan.. bab ungkapan orang yang dirasuk "aku IBLIS!!!" .. kenapalah masih tidak faham2.. semua perkara bukan boleh dijelaskan.. bila jadi begini..adalah asbabnya.. dah lama makin tak kenal pula..

Tiap kali nak kuar gi berubat~~~ustaz tak dak.. ust takde..ustaz tiada.. halangan bisikan syaiton la nih...setakat nih..hanya dalam solat je boleh mengalunkan ayat quran..lepas tu..pandang quran dan kaku serta tak ingat dah nak buat apa..last2..tengahri baru ingat..nak baca quran~~

Adeii..nakgi sangat kedah~~perlis~~lama dah usahakan.. tetiba tak larat begini..pah2 tesis plop bermasalah..mudah citer.. outomatik TERREJECT.. kena buat semula dari awal sampai bab tiga.. hati tersiat2.. meraung2 dalam bilik..hanya ulwan je terdengor secara kebetolan menelefon.. semangat shut down.. semua dah xboleh pk..ingatkan kuar boleh meredakan perasaan..rupanya menyusahkan orang lain pula... kenapa fikiran jadi jahat dan hati pon makin jahat.. semua jahat.. orang baik2 pon nampak jahat~~

Hubungan dengan manusia..semua dah hancur.. tak tahu mana lagi nak bina.. nak bagi kefahaman.nak bagi penjelasan..bagaimana masalah batin nak diterjemah bila semua tak dizahirkan.. sakit bukannya dirasuk macam orang lain..bukan pengsan..bukan nampak dengan mata kasar.. ia dalaman dah bertahun-tahun alami..jika menangis sebagai kekuatan diri.. apalagi yang ada selain tu.. itu sebab "kak nadya susah la nak senyum.." "kak nad bekeng" " kak na serius sangat" " sis jarang senyum" "saya tahu nadya seorang yang serius(dr.zan 2012)" .. well?? dimana hari2 yang nak senyum dalam hidup jika dalaman sentiasa sakit...

first n last entry.. bukan mudah nak bercerita yang sesetengah orang anggap keaiban..

Biasanya "masalah dengan manusia..sebab bermasalah dengan ALLAH" but if kita mampu menangis mencium sejadah..merasakan ALLAH sangat hampir.. bagaimana?? inilah yang dinamakan ujian tanda kasih sayang ALLAH.. merasakan ALLAH sentiasa ada ..setiap waktu.. seolah seperti rengekan anak2 kecil... "cket cket nangis..xdapat menangis" bilaku mengadu.. ALLAH ada untukku...

"selagi dia tak kawin..aku akan hancurkan hidup dia.." bergema masih ucapan iblis.. namun dijawab ustaz "itu urusan Allah..bukan urusan kamu..bukan sakit ..bukan sebab kamu.. tetapi akan takdir Allah yang akan izinkan.."

ya!!! kawin .." kenapa tak kawin lagi? kenapa xde jodoh lagi? kenapa nak sambung belajar lagi? keje2 la dulu..kawen xyah pk lagi" bila manusia bertanyakan soalan2 sebegini.. seolah2 mereka tahu bila takdir akan datang.. cukuplah persoalan2 ini.. jika benar kita menyakini ALLAH telah menetapkan sesuatu.. usah bersedih.. usah bertanya soklan2 "xmasuk boat" .

WALAU KAMU BERUSAHA MENYATUKAN DENGAN BERJUTA TANGAN..JIKA ALLAH TA IZINKAN..BEGITU JUGA HAKIKATNYA~~

*banyak cakap..banyak salah..sama lah dengan menulis..makin banyak..makin tersalah~~
maafi diri ini ya Rabb..jika benar..yang dialami ini adlah peringatan dan tanbih dariMU terhadap kesilapan yang lalu..maka diri ini bersabar dengan setiap apa yang berlaku.. kuatkan lah hati ini dengan sepenuh pergantungan hanya padaMU... ALLAHURABBI~~~