2 Apr 2021

Adapun Ujian dari Ilahi

Bismillah Wal hamdulillah.

Sekian lama, hampir 4 tahun tidak menjenguk blog ini. Hampir terlupa Ada blog😂. Bahagia sangat hidup mungkin. Alhamdulillah. Sekian lama setelah menghadapi pelbagai ujian Allah kurniakan seorang cahaya mata didunia pada 8.2.2019 bernama Muhammad Zulkifli Arsyad setelah Dua Kali bersalin kematian anak. Dalam pada mendapat rezeki cahaya mata ini, berjaya menghabiskan master di UKM pada 2018. Begitulah baik Dan sayangnya tuhan kepada hambaNya yang penuh dosa ini.

Perjalanan membesarkan Arsyad begitu membahagiakan. Membesar depan mata dan berjaya menyusu BF sepenuhnya. Direzekikan Allah lagi, mengandung buat Kali keempat ketika usia arsyad 1 tahun 7 bulan. Tak disangkal begitu dahsyat alahan 😭.. terpaksa mengetepikan anak buat seketika. Rasa bersalah yang amat. Wajarlah anda jarakkan usia mengandung untuk memberi tumpuan kepada anak yang sedia Ada.

Cukup 18 minggu tambatlah alahan. Betapa bersyukur ya boleh buat aktiviti harian seperti biasa. Pada 26 Mac 2021, dah Mula Rasa Tak selesa perut, tidur Pon payah. Anak ayahnya uruskan sepenuhnya. Terasa Ada air keluar tanpa henti. Jam 9.00 pagi 27 mac 2021 pergi ke klinik sebab kencing tak lawas. Minta doktor scan skali Dan ternyata air ketuban Makin sikit. Doktor terus buat refer hospital. Kami balik rumah dulu, makan2 Dan siapkan diri apa yang patut
 Jam 1.30 tengahari barulah ke hospital. Sempat sayang cium arsyad yang ketiduran disebelah. Terasa sangat, bila la akan berjumpa kembali. Selepas masuk wad pemerhatian, minta suami hantar anak ke rumah kak ipar yang Ada berdekatan hospital.

Jam 3.30 petang baru masuk wad. Doktor bagitahu nak bagi antibiotic sahaja untuk melindungi kandungan. 4.30 petang darah dah Mula keluar. Terasa sama keadaan semasa mengandungkan khayra. Anak syurga yang turut lahir pada 24minggu.
Selepas maghrib Makin kuat contractions. Kandungan Kali ini pakai alat ikat rahim (arrabin passery). Jadi berganda2 sakitnya disebarkan jalan dah terbuka tapi masih ad ikatan. Hampir jam 10.00 malam minta doktor buka segera dan meraung2 dalam wad🥴 . Tak pernah merasa sedasyat ini. Doktor siap bagi ubat tahan sakit Dan langsung tidak membantu.

Setelah air ketuban pecah sepenuhnya(bunyi pop). Doktor kata "normal tu.." 😒..terus pangkah kata2. "Saya dah nak bersalin Ni...." Rasa nak mengamuk Pon Ada. "Ok..siapkan kerusi roda, Kita hantar ke labour room". "Macam Mana nak bangun, Saya nak beranak dah Ni..dah nak keluar dah Ni..".. terus nurse marah suruh kepit Dan tolak dengan katil2 ke LR. Berguling la menahan sakit. Nak kena turun Naik lift lagi. Ya tuhan..nyawa dah dihujung tanduk. Dah masuk LR, nak suruh pindah katil pulak.. "baby nak keluar dah Ni.." terjerit2 dah sambil berguling".  Nurse boleh lagi cakap "memang Rasa mcm tu, belum lagi.. awak boleh.. gerak je badan awak ke Kiri.."  dengan Tak menahan.. terus meneran Dan akhirnya keluarlah bayi Tak bernyawa tanpa tangisan. Semua dalam LR diam. Masa Ni, nak je kata "Saya kata nak beranak..semua Tak percaya".. emosi tercalar Gila... Lepas pindah katil sebelah baru keluarkan URI Dan 4kali diseluk untuk check kot Ade Luka Dan darah beku🥴

Bila tengok buku, rupanya 11.45 bersalin. Jam 3.00 pagi baru boleh balik senula ke wad. Sempat pegang anak yang Tak diberi nama lagi. Baby boy seberat 470g.

Ada beberapa lagi perkara yang betul2 menyesakkan dada. Tak mampu nak berkongsi dengan sesiapa termasuk laki. Adakala Kita simpan sendiri lebih baik dari bercerita dengan sesiapa. Kadang yang mendengar juga tidak membantu memulihkan semangat.

Setelah 5hari, balik ke Terengganu untuk berpantang. Semoga emosi kembali pilih.
Tiada apa lagi diperlukan.  Semoga tuhan memberi kekuatan.

Alfatihah untuk anak anak syurgaku

28 julai 2014 (1 syawal )
Zinnirah nur Iman
Zulfa nur Iman 
Lahir 22minggu
(Dikebumi di Terengganu)

23 Mac 2017
Lahir 24 minggu
Khyara nafeesa
(Dikebumi di bangi)

27 Mac 2021
Lahir 22minggu
Muhammad zulferdaus
(Dikebumi di sungai besi KL)

Orang kata untung dalam dapat anak anak syurga. Boleh tarik tangan Kita di akhirat nanti. Alhamdulillah. Nikmat mungkin. Namun nak lalui semua yang berlaku tidak mudah. Hanya Allah tempat berserah dan mengharap. 

#tak mampu bercerita Hanya mampu meluahrasa. 

Tiada ulasan: