Segelas Air Di Medan Perang
Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.
Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.
Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.
Abu Jahim bercerita.
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.
Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.
Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.
sedangkan apayg terjadi pada masa kini?masih wujudkah individu seperti sahabat2 nabi.. dalam perjuangan islam seharusnya kepentingan ukhwah dititip beratkan dan adanya..kemantapan ini tidak akan berlakunya rasa ketidakpuasan hati dan pertikaian taat setia@wala.. kalaulah faham sabda nabi saw..“Sesiapa yang “Dengar dan taat adalah menjadi wajib kepada setiap muslim dalam perkara yang ia suka atau tidak, selagi ia tidak disuruh dengan kemaksiatan, jika disuruh ke arah kemaksiatan maka tidak perlu lagi dengar dan taat” (H.R. Bukhari dan Muslim)mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku, sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah. Sesiapa yang taat kepada ketuanya sesungguhnya dia telah mentaatiku, dan sesiapa yang derhaka kepada ketuanya, sesungguhnya dia telah mendurhakaiku” (H.R. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah)
Wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup ini merupakan suatu tuntutan utama walaupun ia mempunyai permasalahan-permasalahan yang tertentu. Permasalahan ini menjadi bahan pentarbiyyahan jika sekiranya pendokong Islam itu benar-benar yakin kepada Allah. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang menolong agamaNya. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memperkukuhkan kedudukanmu” (Muhammad : 7)