26 Mac 2012

~Nota Bersahabat dan Berteman~


Ketika marah sedang membara terhadap sahabat, ucaplah dihati,

"Wahai sahabatku, saya menyintaimu kerana Allah, sedang amarahku kerana syaitan. Semoga Allah memperbaiki kelemahan kita. Agar nanti kita bertemu di syurga, kerana kita bukan hanya ingin bersahabat di dunia."

~Nota Bersahabat dan Berteman~ (IHSAN FADHIL)





*SEKIRANYA MEREKA FAHAM..NAMUN MEREKA TAK PERNAH MEMAHAMI..


Seorang berkata padaku " Ustaz hati saya tidak tenang" Jawabku " Ketenangan adalah anugerah Allah yg besar yg diberikan kepada hambanya yang taat kepada-Nya. Seseorang itu tidak akan dapat ketenangan apabila hatinya tidak diletakkan pada Allah. Hari ini manusia letakkan hatinya dimana, Apabila hati diletakkan pada harta, maka hatinya akan resah jika hartanya berkurang atau hilang daripadanya.Cuba kita renungkan, di dalam hati kita apakah yang kita fikirkan, kita banyak fikir akhirat atau dunia, Letakkan hatimu pada Allah, banyakkan baca Quran hadir majlis2 ilmu, jaga sembahyang jamaah, nescaya kamu akan dapati hati kamu akan tenang, bahkan Allah akan selesaikan segala masalah kamu. Firman Allah " Sesiapa yang bertaqwa nescaya Allah tunjukkan jalan keluar" .Ketahuilah Allah Maha Baik dan amat menyayangimu.
Aku juga menasihatinya agar mencari guru yang baik lagi soleh agar dapat membimbingnya, yang pastinya bukan diriku- ust.mustafa kamal