28 Dis 2012

cantikkan solat anda

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Allah berfirman ,
يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ
“Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.” (QS. Al-Baqarah: 153)

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, Rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku!!!
Setelah selesai sedikit breafing tentang teori solat. selepas tu praktikal tayammum menggunakan bedak. fuyyo.. wangi.. habis satu badan..berbedak. seronok nenek2!!
"Ibu..ibu..boleh ye mulakan dengan berdiri tegak..." bangunlah 3 orang nenek yang belajar untuk praktikal solat. kejadian berlaku di surau Alfalah jalan kebun pada 25 disember. hamba yang hina ini pon masih dalam pembelajaran juga. seramai 10 orang yang ada dalam kursus solat anjuran masjid yan ditaja oleh JAIS. 
"nak..betul ya nenek berdiri begini, tangannya disini? " soal seorang nenek yang sudah melaraskan soffnya. saya lebih gemar membahasakan diri mereka ibu.
"betul dah tu ibu..oke ye.. berdiri tegak adalah rukun..bla..bla..blaa"
"kalau kaki nenek sakit, xboleh berdiri mcm itu, batal ke solat nenek? "
"tak ibu, sekadar kemampuan kita..mampu berdiri, buat sekadarnya.."
begitulah kesungguhan para ibu-ibu, nenek yang dirahmati Allah s.w.t, rasa insaf dalam diri bila bersama generasi warga emas. kita yang muda mudi ini belum tentu mendalami majlis ilmu dan berusaha memperbaiki.
"oke..kita check bacaan alfatehah" .. alhamdulillah, semua sudah betul bacaan dan sebutannya " nenek nonton tv hijrah.. ust don.." bila ditanya belajar dengan siapa. sesekali rancangan tersebut sebagai panduan. bermanfaat untuk semua.femes u ye ust.don ^^, .. belajarlah walau bagaimana cara sekalipun.
"nak..cincin ni,,jangan letak merata..kan hilang.. cincin tunang nak?" 
"hee..xdelah ibu, cincin keselamatan.." kih2.. seterusnya.. si ibu berbahasa jawo... gue nggak faham.. hampir 70% mereka bercakap jawo sesama mereka.. adeshh.. tetiba rasa "terdiam"..begitulah pengalaman.. 
*dalam surah al maa'un..ada menjelaskan tentang orang yang lalai dalam solatnya.. celakalah!! maka berhati-hati dalam menunaikan solat.Moga Allah merahmati kita!!
** RINDU MYMOM..HUKS.. terengganu sudah banjir.. bagaimana keadaan mereka.!!

24 Dis 2012

welcome PENGKALAN BALAK MELAKA

SALAM,ALAIK...

"adeh... tandas..tandas./.." maunye 3kali mencari tetandas.. biasalah.. banyak sangat makan,.. bbq katakan. oppss.. ini citer malam tu... bermulanya perjalanan kami adalah..

11.30 pagi yang mana ianya adalah janji orang Islam.. asalnye janji melayu 10.30 kumpul. hee.. fuyyoo...luas mata memandang..letih lagi drebar yang bawak. jem... kreng... sepanjang jalan nak ke seremban n ayer keroh.. masyaAllah... jeng sengoti. oleh kerana, drebar kami berbekalkan pengalaman 30 tahun membawa kereta.. kalah la mika hakkinen.. micheal schumacer pon xboleh la lawan..(melangit puji) oleh kerana cilok3.. dalam kul2 sampai la di perhentian ayer keroh..solat+makan. ramai nye orang berhenti.. kaya tukang jaga tandas kalo ada.. mujor xde aje... perjalanan diteruskan walaupun sepatutnya melalui sg.pinang.. carilah kami pulak sg.udang sehingga bertemu masjid tanah.. barulah jumpa pengkalan balak.. taddaaaaa.. intai-intai ^^,

 inilah pepara staff nyer... ^^,

 chalet aslah.. santik rumah beliau..puas hati.
 ni kekambing tau..makanan wajib warga munirah
 tempat mandi manda..asalnye ada pertandingan memancing, hanya ruang ini je yang sedikit ada untuk mandi manda.. last2.. kami pong.. lari jauh nun dsana..
 ha.. disinilah.. tapi i tak mandi sebab saya ni puteri lilin.. cair dan xdak harapan sudah


disini segalanya berakhir.. huhuhuhu..
Gambar tragedi.. huhu.. takot ma..ini kisahnya.

I telah mencipta satu permainan yang diakalnye sangat suweet permainannya.. dan ternyata menghiburkan semua peserta. tetapi..tetapi.. puaka..huhu.. umi rahida pulak terlanggar tiang yang ada ditengah2.. bengkak habis mukanya..tersiat kulit muka.. huhuhu.. i takowtt ma... rasa berdosa jiwa ini.. apapon.. permainan ni ada kisah lucunya.. tak dapat nk diceritakan...hoho.. tapi semua duk gelak sampai berair air mata.. apapon, mg yang terjadi..semuanya ada hikmahnya. Allah maha baik. terima kasih atas anugerah terindah. apapon, saya ingin merakamkan betapa sakitnyer perut ini..hoho...

"makcik semalam, sakit perut... berkali-kali masuk tandas"
"saya semalam, sakit la perut.." boss bersuara tadi"
"anak saya pon sakit perut" tambah makcik..

hua2..rupanya mereka sehati bersamaku.. sakit jugak rupanya.. 

wallahualam!!!!

19 Dis 2012

Syukur Dengan Apa Yang Ada

Bismillahirrahmanirrahim..


^^, Rajin pula akhir-akhir menghapdate. Almaklumlah, hujung tahun, program pon berkurang sudah sekarang. Sentiasa dalam proses untuk merangka dan merancang.. oleh demikian, banyak lah masa-masa dihabiskan dengan perkara kurang lebih faedahnya nih.


Sedang melayari intenet tanpa henti mencari bahan-bahan fosil untuk program "women space" akan datang.. tetiba saya teringat akan yayasan tunku abdul rahman. fuhh..dengan segera mendail nombor.

"hello, boleh saya bercakap dengan bahagian dermasiswa?"
"ye..sekejap saya sambungkan.."
"hello.. dengan siapa saya bercakap.." suara sang jejaka..
"ye.. saya cuma nk tanya, keputusan temuduga ytar pada bulan lepas, bila ye kami dapat check"
"ok.. boleh bagi nama n no. ic.."
"ye...boleh.." dup dap.. dup dap...laju pulak jantung ni berbunyi
"ok.. cik nad.. tahniah, cik berjaya dalam temuduga ini, jadi 3500 akan diputuskanlah 6ti.." suara kurang jelas.
"haa? saya kena bayar rm3500 lagi la ye.." dalam hati sudah munge2 manggar..
"bukan cik... kami cuma bayarkan rm3500 sahaja.. paling tinggi pon ada yang dapat sampai rm4000" ..
"hah???" 
"ye cik?"
"oo..macam u..xde yang full dimansuhkan ye" 
"xde cik.."
"kalau macam tu..terima kasihlah" .... sayu aje ganggang fon diletakkan. fuh!!!! besor harapan nk ringankan beban mak ayah.. adesss!!! "kami berazam..tukar kerajaan lepas nih" ^^,
 Alhamdulilllah!!!!! apapon, bersyukur juga dapat daripada melalui perasaan tidak dapatkan. Hanya tuhan aje yang tahu.. hari tu nazar.. kalau full dapat mansuh.. nk bayarkan keta ayah n bagi pakej umrah.. bila dah 3% je dapat ni.. kena ikhtiyar kot laen lah pulak. Marilah kita berbakti kepada ibu bapa. ^^, .




minggu ni pada 22&23 akan pergi bercuti ke pengkalan balak melaka.... nantikan!! ^^ .. bersama staff dan family.. kami yang takdak family ni bawak anak tekak ajelah.. ^^ . Moga besh!besh! selalu. musim hujan kan... Allah maha Baik~~

18 Dis 2012

khabar gembira ataupun duka

Bismillahirahmaniraahim...

(majalah solusi)


Ucapan Ketika Mendapat Khabar Gembira atau Duka Cita

Rasulullah s.a.w ketika mendapat berita gembira, Baginda mengucapkan:

الْحَمْدُ للهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
"Segala puji bagi Allah, dengan nikmat-Nya semua urusan berakhir dengan baik dan sempurna.

Jika Baginda mendapat berita dukacita, maka Baginda mengucapkan:

الْحَمْدُلِله عَلَى كُلِّ حَالٍ
"Segala puji bagi Allah dalam segala hal."

(Riwayat Ibnu Sunni dan Hakim)

17 Dis 2012

Motivasi dari Attaubah


Bismillahirrahmanirrahim..

Halangan dalam kelapangan.

Biasanya kita dengar, mehnah dalam berjuang ni adalah kerana kesibukan, kesempitan masa dan sebagainya. Namun, halangan paling besar adalah kelapangan masa, bila senang dan bahagia dengan cara hidup normal tanpa sebarang kesusahan ia menjadi jerat dalam perjuangan. Allahuallah! Berada ditempat orang ini menghadapi 1000 mehnah. Kebanyakan nisa disini sudah berumah tangga. Kemana-mana pon pergi akan dihantar dan pulang bersama suami. Kebetulan di kampung yang diduduki ini tidak ada laluan untuk bas. Hanya bergantung kepada teksi semata. Sekali cas.. mau rm30,50. Terpulang pada tempat. 

Kekadang mahu menumpang pasangan ini membuatkan kita kurang selesa bahkan 1000 fitnah menanti. Pelbagai aspek perlu diambil kira.. akhir bulan boleh la call teksi direct untuk gi mana-mana. Bila awal dan tengah2 bulan ni. Banyak mende juga perlu difikirkan. Maka, bersangka baiklah untuk sesiapa yang benar-benar ada masyaqqah. Kita melihat semua menjadi senang kerana kita tak pernah meletakkan diri menjadi sukar. kenderaan sendiri sangat besar keperluannya untuk gerak kerja dalam perjuangan ini.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.” Attaubah 38
Kekadang termangu sendiri.. bagaimana boleh dielakkan perkara yang Nampak mudah ni tapi menyulitkan keadaan. 3 program sudah terlepas. Semalam juga sepatutnya gempur pru bersama muslimat kota raja tetapi tunggu punya tunggu.. tiada panggilan. Maha kecewa jiwa hamba. Sebelum ini ada sahabat perjuangan, boleh la meredah ktm, lrt dan sebagainya. Bila bersendirian ini, tidak cantik diperlihatan untuk berjalan ke sana sini.. ada batasnya seorang muslimah.

“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” Attaubah 41.

Allah mengujilah tu. Bila jiwa sarat dengan “wakaf” untuk islam. Segalanya jika boleh nak diperuntukkan untuk islam. Apatahlagi kini, kerjaya yang tidak seberapa untuk menyumbang kepada perjuangan islam. Allahurabbi. Ingin berada dalam “naungan islam” bersama para2 mereka yang bersemangat dan sentiasa istiqamah dalam merempuh gerak kerja. Kekadang bila shbt2 memuji “orang hebat” “org lama” rasa dihempap seribu penghinaan. Itu sekadar penghormatan luaran. Terasa terhiris dengan kemampuan diri yang sedia ada.

“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).” Attaubah 42.

Ada segolongan juga, mengejar kekayaan bila berada dalam kesusahan. Baginya, bila ada duit boleh bantu Jemaah. Namun silapnya, dalam proses mencari kekayaan, usrah tidak hadir, program tidak pergi, perhimpunan apa pon tidak beri sumbangan. Ini bukan kaya untuk Jemaah sebaliknya sebagai memotivasikan dirinya kaya untuk akan datang. Kesan dan barokahnya sudah terlihat disitu. Semoga diri ini juga tidak tertipu dengan apa yang telah diperlihat oleh teman-teman.

"Katakanlah: "Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa, tidak sekali-kali akan diterima daripada kamu, (kerana) sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang fasik".attaubah 53

Allah yang maha mengasihani dan sentiasa memberi petunjuk. Kami berserah diri kepadamu. Jangan biarkan kami mengurus kehidupan ini walau untuk sesaat. Benar!! Kita boleh merancang dan menetapkan hala tuju sebagai matlamat kehidupan namun jika urusan tidak diserahkan pada Allah s.w.t maka, hanya menjadi haru birulah hidup ini. Rindu al-quran saya. Dua kali hilang, kali ke3 berada di sekinchan. Bila mau sampai ke klang ni.. sunyi sudah. 1 bulan kehilangan mau gila sudah. Allahuakhbar!!

Ibrah daripada surah attaubah dalam hidup perlu dilampirkan. Agar helaian hari2 kehidupan menjadi tempat rujukan. Motivasi perjuangan ada disini dan bahkan menjadi penguat dikala lemah. Menjadi penawar dikala sakit. Carilah hatimu dalam al-quran..

5 Dis 2012

konvokesyen kehidupan



Bismillahirrahmanirrahim.

Jam 6.30 petang, cuaca pon amat mendung pada ketika itu "mendung diluar..mendung lagi di dalam". suasana dalam kereta cukup sepi..sekembali ziarah membuatkan onar dan berduri.. ikhlaskah saat menunaikan hasrat mereka untuk bertemu sesorang yang sangat dihormati. seusai sampai di halaman, hati berteriak "farabi..farabi.." kaki laju melangkah ke sana.. redup..sayup..sepi.. farabi tidak berpenghuni.. "wallahi..watallhi..wabillahi... ana tak redha setiap patah yang keluar dari susur galur darah daging beliau" ... bergema esakan dalam suasana yang tenang.. saat tiada insan memahami.. Allah memujuk dengan beristighfar.. berwuduk, dan solat pada awal waktu... dalam setiap lafaz yang tidak terhenti.. air mata setia menemani... konvokesyen kali ini... tidak mampu mengijazahkan kekuatan iman dan amal.. tidak mampu memberi penghormatan.. sebaliknya.. segunung penghinaan.. wallahi.. ana tak jejak rumah beliau lagi.. itulah yang dilafaz2... memenuhi ruang2.. jika kejahatan menjadi fitnah.. mungkin, tamparan itu membuatkan kita lebih menjadi baik.. namun jika kebaikan selama ini disalah erti... bagaimana ada tempat untuk diberi..

"syaitan sedang berteriak ketawa dengan kebencian yang ada dalam hatimu" .. marah bukan benci.. terhina.. tak redho dengan apa yang berlaku bukan bermakna memutuskan silaturrahim.. semoga Allah membuka pintu kebaikan dan juga kekuatan dalam erti maaf dan memberi maaf.. jiwa sudah beku..

Bas transnational menjadi pilihan pada jam 9.30 malam. melihat muka2 ketrengganuan mengukir rasa sedih.. rasa tidak bertuah dengan segenlintir darah manusia yang tidak menjaga hati orang lain.. pandai bercakap..mesra bersembang.. suka menyelak cerita orang..mengambil tahu apa saja.. tapi sayang.. mulut jika tidak dipandu dengan iman.. musnahlah... terlajak la perahu sekalipun..bermakna belum mampu mengubah  balik semua yang terjadi.. bas bergerak perlahan meninggalkan bandar pesisir air itu, sekali lagi.. Allah memberi air mata untuk menghilangkan rasa hati yang masih ada.. suasana sepi.. memejamkan mata.. agar esok masih ada untuk membuatkan diri bersemangat untuk berusaha.!! klang menanti penuh sinar...

***mendapat bunga dari teman, dapat anak patung kure2, katak, pen ikhlas daripada shbt2 tersayang.. moga Allah lindungi mereka.. ketahuilah.. doa rabithah mendekatkan diri kita selalu.. konvokesyen terakhir adalah dihadapan Allah.. bagaimana amalan kehidupan seharian ini.. semoga Allah ampuni dosa2ku.. Amin!! ibu..ayah.. redhalah anakmu ini dalam apa2 yang dilakukan..

22 Nov 2012

wakaf diri.. dimana nilainya?

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah. diberi masih.. nikmat Iman dan Islam. Sampai di negeri terengganu jam 5 pagi tadi.. terus menyinggahi bumi kusza.. melepaskan rindu di farobi.. Allahu.. rasa jiwa terikat disitu.. setibanya imam melaungkan azan.. segerombolan adik2 tiba untuk menjadi makmum.. Allah.. bahagianya melihat adik2 semester 1 ni istiqamah.. "akk... bukan ke dah abis belajor? lepas akk n kawan2 abis.. dah xde imam nk solat sini..." sayu kedengaran disubuh hari, bermulanya bacaan mathurat.. Allahu.. kilat dan petir.. laju sungguh pak imam pagi ni.. kurang sihat agaknya beliau,,ternganga makmum nak ikut. jam 11 ke interview j-qof.. huhu.. itulah.. jika bukan rezeki.. begitulah.. failed!!!  tenkiu so much.. pada tok guru malam tadi.. layan kerenah  xabis.. jiwaku bukan pendidik... sekian!!!

wakaf diri demi islam

subhanallah. hebat insan ini.. baru sebentar tadi add beliau.. penuh rendah diri.. beliau mengharapkan doa moga dipermudah.. rakan2 yang ingin membantu dipersilakan..  mahu pergi ke palestin??? pergi myb tak kembali. itu yang seharusnya ditanamkan. bukan sekadar ingin bersuka2 melihat keadaan disana.. agak2 kalo pergi mcm ne? hutang yayasan.. hutang ptptpu lagi.. Allah.. JOM KITA NIAT DAN TAJDID niat. Allah bagi sesuatu berlandaskan apa yang diniatkan... "tiada yang kami miliki melaikanMU ya Allah!!!!"

Jiwa kosong~~~ jom cari usrah.. cari program.. cari tarbiah.. moga2.. Allah mematikan kita dalam langkah memperjuangkan agamaNYA. Allah maha besar... cemburu generasi kusza.. -_-' . bersama nisa' kota raja. Alhamdulillah. ada sedikit pengisian.. ruhiyyah... jika jiwa tidak disirami.. hati pasti akan layu.. makin jauh dengan dengan Allah. berhati2lah. Nilai kita mewakafkan diri dimana..subhanallah.. sangat rindu insan2 seperjuangan ini.

DOA untuk PALESTIN DAN SYRIA

serendah2 kemampuan, berdoa, memboikot, dan menyebarkan maklumat2 kebenaran. ada masih yang kurang "ceredik" . masih mempersoalkan,, "apa bukti mcd sumbang kepada yahudi?" "buat apa kecoh2 nk boikot..masa ni baru nk bertindak..tengok akhlak diri la beb" . 
Apapon mereka katakan.. ucaplah "lillahitaala" hanya DIA yang layak menilai hambaNYA. Ustaz zaharudin ada menyatakan.. janganlah kita membenci israel kerana itu adalah nama nabi ishak...tetapi bencilah zionis dan yahudi.. kerana merekalah punca kerosakan di bumi.. laknat yahudi.. nilailah dimana ikhlasnye wakaf diri kita demi Islam.

Puasa hari Asyura pada 23&24 november bersamaan 9&10 muharram.

Ayuhlah teman... cari kekuatan... Daku juga lemah dan selemah2 insan dihadapan Allah s.w.t.Jom nilai diri..
"Puasa Hari 'Asyura' menghapuskan dosa setahun yang lalu." -Riwayat Muslim
 سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

10 Nov 2012

Senarai Perawat Perubatan Islam

SALAM, ALAIK...

Melalui pengalaman sendiri, saya menyakini mereka-mereka ini dalam Rawatan Perubatan Islam.

1) DARUL SYIFA TERENGGANU
Ust Ahmad : 0199454742

Pusat Rawatan
Darussyifa' Kuala Terengganu

Lot 126, Kg Dusun,
Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu

*Boleh membuat rawatan "pagar rumah" , jemputan ke rumah, datang ke rumah beliau yang ada di gong badak ataupun datang ke pusat darul syifa sendiri.. Yakin dengan kaedah rawatan "lembut" menggunakan ayat al-quran. Iallah.

2) kak ton @zaiton.0148239815
juga bawah darul syifa' terengganu, cuma kelebihannya adalah kaedah urutan. sakit tu adalah. tapi sedikit je. iallah pasti ringan-ringan tubuh menghadapinya. bagi wanita khususnya yang sakit2 badan dan lenguh2 selalu tu..elok la ditempah. rawatan resdung dan sauna@mandi wap juga disediakan. perlu buat temujanji terlebih dahulu. beliau sibuk :)

3) Ust Hasyim 0199571935
Pengamal rawatan persendirian. yang hadapi masalah saka ataupun tak dapat detect masalah yang dialami. iallah, ust ni dapat membantu.Rumah beliau ada wakaf tembese, gong badak terengganu. perlu buat temujanji terlebih dahulu.

4)Dr. Abdullah Abbas. 0146062366
PERUBATAN ISLAM RABBANI.
kaedah agak berlainan. tidak hanya tertentu pada satu tempat. ditekan semua tempat dan akhirnya "mende" tu akan keluar melalui jari2.. kita dapat merasa kebas. terdapat pusat rawatan yang dibuat di surau an-nur. seberang takir kuala terengganu.  setiap hari sabtu, rawatan diberikan kepada orang ramai. boleh telefon ataupun terus datang. saya merasakan kaedah ini sanagt sesuai untuk yg sakit kepala yg amat. iallah.

5) Ust Ahmad dasuki Abdul Rani.0133213775
Pusat Rawatan Islam Darul Thibbun Nabawi. 

saya ada menggunakannya dan juga kapsul alkali mudah alih. ada rasa kelainan dan juga sedikit perubahan. boleh menggunakannya sentiasa. semasa berubat dengan ust ahmad dasuki, beliau menggunakan lada hitam dan ditekan pada jari kaki, jika rasa sakit..adalah "sesuatu" dalam badan kita @ diluar badan.

6) Ust Ariffin 0199642386
Dungun, Terengganu.
Allahurabbi.. sangat hebat anugerah yang Allah kurnia kepada beliau. setelah kali ketiga berubat dengan beliau, Alhamdulillah.. rasa ringan dan beban semua tidak terasa. untuk kali pertama, ada beberapa senarai barang diperlukan. semua tu ada di pasar payang terengganu. memang sukar untuk hubungi beliau.jika dapat buat temujanji tu sanagt bertuah. :)


semoga bermanfaat untuk semua... :)

9 Nov 2012

Separa Jiwa

salam, alaik..

S.E.N.Y.U.M ^_________________________________^

ALHAMDULILLAH...tidak mudah senyum dalam kegusaran hati.begitulah insan.
Benar.. manusia suka meminta-minta.. bahkan kekadang memaksa tuhannya memenuhi permintaan melalui "nazar" "janji" "balasan" .. sedar atau tidak.. hilang keikhlasan.. apa yang dibuat bukan kerana ALLAH tetapi kerana apa yang dingininya. Allahu.. begitulah insan..terutama diri ini sendiri..  bagaimana tuhan, sebolehnya berharap hanya padaMU akan segala urusan dunia ini...


Maha suci Allah memberikan peluang dengan harapan supaya dapat dimansuhkan ptptn. moga doa orang2 yg soleh dan dekat denganNYA mampu mengubah takdir yang ada.. 

sweet life @ al-munirah.

sesiapa yang menjejakinye pasti sukar ingin merenggangkan tali.. bos yang baik..staff yang caring..my hpusemate yang sangat prihatin. Allahu..bagaimana harus keputusannya..  jiwa si ibu yang ingin mendekat.. jiwa persaudaraan yang ingin dibantui,.. sekian lama keinginan diri dipenuhi. suatu masa perlu jua mengorbankan sesuatu yang harus menjadi milik. siapa sangka dan duga atas usaha yang selaras dengn medan tarbiah. dalaman yang sakit juga memerlukan ubatnya. lemahnya Hamba...keputusan antara sini dan sana diperlukan.. tanggungjawab ke atas ahli keluarga...

"Jiwaku menasihatiku dan saudaraku. Jangan jadi hamba kepada Dunia. Jangan jadi hamba kepada Harta. Jangan jadi hamba kepada Nafsu. Jangan jadi hamba kepada Syaitan. Jadilah hamba Allah yang sebenar – benarnya."

1 Nov 2012

Taman Tarbiyyah Di Terengganu



ALANGKAH BERUNTUNGNYE DUDUK DI TERENGGANU :) 

**ramai betul orang luar terengganu bekerja diterengganu.. katanya "sayang terengganu" tenang dan mudah. sampaikan orang terengganu pulak kena kuar terengganu. aci ke kalo gitu..huhu.. bawalah "islam" kemana2 pon.. amin ya RABB..

4 Okt 2012

DRIFT DAKWAH

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan inayahnya.. masih bisa menggerakkan jari jemari.. bila disebut jari jemari teringat lagu sahaja aku mencintaiMU.. DUA'

"SETIAP HELA NAFAS,
 SETIAP GERAK TANGAN, 
SETIAP DEGUP JANTUNG, 
SETIAP DERAP KAKI..
XKAN PERNA BERMAKNA..
TANPA CINTAMU..
 kui2..automatif bergerak semua yang disebutkan..terhenti kerja seketika.. cantik lagu ni.. ahamdulillah..

hari ni, hari ketiga belajar kereta, maksudnya sudah 6 jam telah dilalui. hari pertama, dah la lewat kuar rumah, siap yg call tu dah marah2.. muka dah pucat apatah lagi mendengar pelbagai cerita tentang "cikgu memandu" ni.. apapon..firstday..alhamdulillah..macam sesi  motivasi je.. hari kedua dan ketiga dah kena bawa pegi dan balik sendiri keta..fuh!!!! sikit demi sedikit. fobia dapat diatasi..

PERJALANAN DAKWAH.....

1)KONSERT AMAL UNTUK WARGA ANAK YATIM BERSAMA UNIC DAN IWAN.


ANTARA salah satunya program yang ada... dan LAGI.. Medan tarbiah dan jihad..

2) WACANA ILMI BERSAMA UST NIK ABDUH DAN UST RIDUAN M.NOR.

sedang menunggu untuk disiapkan.. diskusi tetangga pada 20 hb oktober 2012 dan juga 7/11/2012 bersama ust senyum@personaliti tv9.. ust syed kadir al-joufri..

kena drift dakwah di jalan yang benar..laju xpe..tapi dalam had laju yang ditetapkan..jangan brek mengejut.. kerana rintangan kiri dan kanan, depan dan belakang..KAWAL stereng..guna gear yang sepatutnya..semoga matlamat dakwah ini sampai~~

Ya RABB.. RAHMATILAH USAHA KAMI

19 Sep 2012

HABIS raya sudah


Salam sejahtera ke atas kamu... Alhamdulillah..

Mood menghapdate sedang berkobaran. sesambil menunggu baju2 sebelah pejabat diangkut setelat sesi pertama setle. Alhamdulillah.!!Kali ini bior gegambar ceritain peristiwa-peristiwa yang dijalani sepanjang kerjaya yang ditakdirkan.

Gambar diatas tidak dapat dibetulkan bukan kerana tuannya senget tetapi keadaan menyengetkan :). di perhimpunan oren wanita sejahtera. kompleks sukan seksyen 7. bertemu pimpinan dan pastinya mendengar apakah manifesto yang ditawarkan. lama benar tidak mengikuti program2 sebegini. kelam di klang dengan program tarbiah..uiiihh..angin tarbiah trg sedang menyapa.. sabar... waktu akan bertemu.
Hari jumaat. 27 syawal. taman mulia sebelah almunirah mengadakan jamuan terbuka taman. Alhamdulillah semua warga taman hadir.meriah sesungguh.. dengan tema "satu rumah,satu juadah". gambar diatas adalah sesi bersalaman sebelum makan.. erat ukhwah sekejap..hee.. tetapi masih xdapat nak pastikan, siapa jiran sebelah menyebelah. masing2 bidang kedoktoran.. kita balik, mereka pergi..payah bersua..
Inilah my house.. ^^, no.17 tuh.,. dengan kereta menawa tertawan dihadapan. Rumah mesra rakyat jelata. isi rumah xcerita lagi apa yang menarik.hee.. alhamdulillah.. hepy menghepykan diri duduk disini. semoga ianya berterusan.
Dimajlis jamuan raya almunirah sebelum ke perkampungan orang asli. tugas biasa yang diamanahkan mencari video2 raya untuk dipaparkan. Tugas audio dan teknikal
Menu yang tak dapat dipisahkan. kekambing.. bersama makcik cun sebelah tu :).. baik hati lagi penuh kesopanan dan ketatasusilaan..
Bersama program motivasi ust zaid hamzah.. daripada fitrah perkasa. mantop ceramah beliau.. mujuq xmeleleh..pesan cikgu pengetua "len kali nak jemput, jangan serik datang noh" .. mention jelah..jauh sesangat kampung ini..hii
Berpetang-petang di Teluk intan. sawah padi dah bertukar sawah lalang..hee.. apapon..maha suci allah atas sekalian alam. 
Ini sudah jadi menara terbalik..hee,,saya mencari kecondolannye..xjumpa juga.. ramai juga yang bergambar gambir disini.. 
 KLIa..Xdapat nek felait.. tgk pon jadilah kan.. mentang2 sebelum ni xpernah jejak..ada peluang, redah je ke klia.. dari kuala selangor...ribut petir semua ada.. dahsyaaat..
selamat tinggal semua,, itulah yang cuba diucapkan.. tetapi "kesengetan" diterima. dibelakang2 tersebut, warga2 ke qatar n jordan.. selamay mengembaralah sekalian ummat. 

13 Sep 2012

Memahami Sebuah Kehidupan

Bismillah walhamdulillah..

Subhanallah.. nikmat Allah yang mana lagi harus didustakan. kehidupan yang sebegini baik dikurniakan oleh sang pencipta yang penuh cinta dan sayang kepada hamba-hambaNYA. Lama tidak menyapa "lukisan hati " disini. bersawang agaknya. penghujung syawal ini, masih hangatnya raya sana sini. di terengganu sudah tutup pintu untuk meraikan perkara sebegini namun syukur alhamdulillah. Rezeki lebih setiap insan diberikan kepada orang lain untuk berkongsi disamping erat silaturrahim. 

Tahun ini, semua rumah staff telah kunjungi.. bos, bigboss.. kak2 pejabat dan even rasmi walimah staff. meriah raya tahun ni. berada di klang rasa sudah ada kehidupan sendiri. Langsung tidak terjangkau dan terfikir untuk meneruskan perjalanan hidup disini namun begitulah aturan Allah. Sepanjang disini, telah menjalani satu temuduga bersama sebuah syarikat travel umrah dan haji :) .. itulah sebenar impian selama ini yang hanya didiamkan. moga ada rezeki dan pengalaman yang boleh diambil. masa muda2 dulu, ketika hantar orang len pi haji, selalu niat dalam hati "suatu hari 6ti, nak hantar mak,ayah kesana pulak" ..  Setiap keputusan hidup yang diambil, ramai orang berpesan "fikirlah untuk diri sendiri". adakah kita berada didunia bersendiri selepas membuat sesuatu keputusan? silap tu wahai teman2.. fikirlah orang-orang sekeliling. kekadang kita ada hasrat dan impian serta pilihan sendiri namun perlukah dan bahagia ke diri kita mengecapi semua yang diingini sedangkan ramai yang terluka dan terasa hati!!

Setiap orang ada masalah dan mereka yang faham permasalahan dialami tidak menjadi orang yang bermasalah. tentunya hidup ini tidak lari dari ujian. sesuatu yang sangat sukar untuk diperbetul keadaan apabila tiada jalan keluar untuk menyelesaikan sesuatu masalah. "membuat pendedahan akan melukakan banyak hati2 insan..mendiamkan diri akan bertambah-tambah kerosakan yang sedia ada" ... suasana yang tegang sekian lama kini sedia pulih bimbang akan terpecah pada keadaan yang sukar diperbaiki. "biarlah baloh besor pon.." sejauhmana kita mampu bertahan dengan darah daging sendiri.. si tua yang sering dirisaukan.. si muda yang sering menyakitkan. perkara biasa tetapi yang mengalaminya terasa bisanya!!

Sesiapa sahaja yang bertuhankan Allah yang esa.. mohon doakan saya supaya diberi rezeki dan kemudahan untuk dermasiswa yayasan tunku abdulrahman untuk dihapuskan ptptn.. sekian lama berusaha dengan ujian sakit bertimpa-timpa untuk berusaha.. moga2 Allah memberi rahmat dengan membantu perjuangan agamaNYA. Daripada keputusan exam.. 2.80-3.20-3.33-3.45-3.68-3.78-3.83-3.74.. Jika bukan rahmat dan pertolongan Allah ke atas hamba2NYA..mana mungkin kecemerlangan dapat ditempuhi. Hidup ini berkat jika hidup untuk orang lain, jika kita merasakan kehidupan ini hanya sebagai pengantara untuk meraih cintaNYA. Minggu lepas balik terengganu untuk uruskan borang, bila tiba untuk pulang. ayah n my twin hantar ke muka pintu..sob..sob.. jiwaku rapuh.. tidak pernah kejadian ini berlaku..

Aku adalah pemerhati tetap segala kejadian alam. melihat ragam manusia..memerhati tingkahlaku masyarakat. menghayati norma-norma dan nilai hidup serta perkongsian yang sedia ada. Kehidupan orang lain sering mendewasakan kita. Perihal terindah.. kita pasti takkan lakukan apa yang dilihat mencemarkan keharmonian hidup.. belajarlah memahami diri sendiri.. sekalipun tidak dapat menyelesaikan masalah diri dan memberi kekuatan pada diri mungkin kita dapat atasi kelemahan yang tersembunyi...

***kepada insan **** *** ********* .. Benar.!!.manusia setia..manusia jika berkehendakkan sesuatu pasti akan menunggu.. 8 tahun.. bukan jangka masa yang pendek dan cukup membuktikan kesetiaan. Namun, apabila kita dapat..tidak semestinya seindah masa yang diidamkan.. zaman dulu telah berlalu dan masa sekarang bukan untuk mengulang.. terimalah kehidupan yang telah ditakdirkan. walaupun sudah bertunang bukan jaminan kepada sebuah pernikahan namun,, tetaplah dengan apa yang ada supaya tidak menyesal dengan penemuan yang belum pasti...harap diredha dengan ketetapan...maafi segala yang pernah terjadi... SEKIAN..
**kita ada terlanjur kata..bicara tak semudah dilafaz..namun hanya diri sendiri perlu sedar..islahkan diri**

9 Ogo 2012

Tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta


TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya."Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Sumber: # Mastika

22 Jul 2012

AHLAN YA RAMADHAN

Salam,alaik...

Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. macam ucapan yb je ^^
Alhamdulillah. sebulan sudah menjalani hidup di daerah klang. yang sunyi dari garisan duka tetapi ada lubuk yang perlu dikambus. namun lari kemana-mana pon jika takdir membawa suatu kejadian, pasti akan terus laluinya. hidup ini mudah jika menerima segala aturanNYA. hari pertama dan kedua ramadhan, sepi skit bersama hosumate cik basyir yang bakal menjadi "hak" orang tidak lama lagi. Bersama sahabat2 perjuangan dan sefikrah adalah harta paling mahal yang sukar dilepaskan. berdiskusi soal keutamaan antara ukhwah dengan perjuangan, manakan mampu bergerak kerja berseorangan tanpa sokongan, meskipun bukan keutaman tetapi ia adalah satu keperluan. sangat perlu!! :)

Masih belum merasai kehangatan ramadhan, myb sepi skit suasana sekitar ini, jadi bermula dengan diri kitalah untuk chehcklist ramadhan kita adakah semporna.. sangat merindui anak saya.. :( ..telefon rumah tidak terangkat sokmo.. gi mane lah warga sungai ikang nih..
HUDA DAN HADI.. 6ti cheya balik mesti xkenal pulak ni.. cepat betui hilang ingatannya.    ramadhan ni iallah., moga Allah permudahkan rezeki dari segala penjuru. semoga segala amal ibadah diterima tuhan. PERMULAAN RAMADHAN yang baik iallah pertengahan dan akhirnya juga akan baik.. kejarlah kesempurnaan ibadah dari ganjarannya..

‎"Allah akan hancurkan hati org yg Dia sayang berkali-kali sehingga hambaNya itu tiada harapan lagi untuk dunia ini. Yang ada hanya harapan utk Dia sahaja. Jadi, bagi yang mencari cinta Allah bersedialah untuk menerima hakikat ini."- Abd Qadir Aljilani. *zikir..subhanallah..walhamdulillah..allahuakbar. lailahaillah. ^^


Ke mana pon kita berada.. "betulkan niat" kesungguhan melakukan sesuatu bukan kerana sunnah perjuangan bahkan kerana lamaran hempusan dingin yang sering menipu keikhlasan diri. barangkali kita bersemangat nak kemana-mana kerana manusia bukan kerana Allah. Jangan sampai perkara yang mengikat kita menenggelamkan kita dalam kabus kebenaran...Amal islami bukan sekadar berkejar kejar, bermandi peluh sekalipun sekadar stress mencari idea untuk membina ummah itu barangkali disisi Allah besar pahalanya.. JOM MENCARI ASBAB YANG BOLEH BERGERAK KERJA ISLAM.^^ .. KESUNGGUHAN SESEORANG AKAN DIBERI KEMUDAHAN OLEH ALLAH.. SERAH URUSAN KITA PADA ALLAH.. ^^,

30 Mei 2012

harapan dan doa


TAKZIAH BUAT SAUDARA2 DI SYRIA.. KEJAM..DAN SANGAT WAJAR DIFATWAKAN HUKUM BUNUH KE ATAS BASYAR..ALLAHURABBI..PADAMU KAMI SERAH SEGALANYA

DOA DAN HARAPAN

Alhamdulillah..syukur.. pertamanya2 esok last kelas..hee.. esemen ada 3 lagi xbuat2 lagi..lemah semangat n jantung lah..^^ moga ada usaha untuk siapkan esok..sunyi betoi duk bilik ni,sengsorang katakan cumanya DAMAI menerpa..lebih baik sendiri, ada waktu untuk ilahi dari berteman sehingga lupa pada yang sentiasa MEMBERI. Allah.. berulang lagi perkara yang xsepatutnya.. bila kita dalam keadaan terlalu sedih, sepatutnya xleh solat..tapi dalam sedu sedan juga solat dilakukan.. hari sedih sedunia..huhu.. malam ini pon kalah untuk sebuah senyuman.. dari duduk bersedu sedan, bangun keluar dari surau cuba berjalan, teresak2 pula sepanjang jalan..akhirnya bertafakkur di bilik sejenak.. habis sudah kering empangan..alhamdulillah..hati tenang.. ceramah best kat surau walau kitab tinggi bahasanya.. + makan2 plop..hilang semua sedih..huks,,, masih seperti anak2 kecil.. "menangis bila kita tak dapat apa yang orang lain dapat" ^^ malu kat Allah.