Bismillah Wal Hamdulillah
3.30 am . 4.4.2021
Terus Tak jadi lelap Kan mata, bila sikecik Ni tetiba meraung (mimpi apa la).. dah peluk tepuk tidur balik, mata cerah tetiba. Buka shopee sempat grab item sale 4.4😁. Semua barang anak. Takdak barang mak bapaknya.
Tetiba rajin scroll kisah 10 tahun lepas, teruk sangat penulisan dan ejaan🤣. Macam bukan tengah belajar Kat uni. Main redah je apa yang terbuku.
Itulah..bila hilang punca.. bila tiada sesiapa yang memberi bahu.. yang meminjamkan telinga untuk mendengar apa yang terkumpul dihati sehingga sesak jiwa, hanya jemari yang bisa meringankan beban dan menenangkan segala.
Apapon, Kita menulis kekadang Rasa baik untuk hati rupanya tidak enak dipandangan mata manusia. Ada perkara perlu diluah disejadah. Tidak perlu bermadah madah dengan Pena kerana tak semua memahami apa yang sebenarnya terjadi. Kena ingat, Hanya tuhan yang bisa memujuk dengan kalamNya.
Luahan.
Bila sedih..bila Rasa kehilangan, setiap manusia hanya ingin seseorang disisi. Mendengar, memberi perhatian, mencukupkan apa yang lompang, mengisi apa yang kosong. Tidak perlu ucapan nasihat, kata2 azimat. Cukup berdiri ketika jatuh.. cukup menyandar ketika rebah.
Allah uji Kita sendirian kerana Dialah Paling dekat dan Dia tidak pernah jauh. Cuma manusia yang ingin orang menjauh untuk mendekat sehingga lupa yang sentiasa dekat Tak pernah jauh.
#Allah....