19 Feb 2010

gangguan makhluk halus dan sebagainya????baca nie..


salam alaik..sekadar perkongsian ilmu..sapa2 ade simptom2 tertentu berkaitan dengan makhluk halus dan sama waktu dengannya..anda pk la ye..percaya atau tidak..oleh kerana sis sudah 4tahun di arena halus nie..sis bagilah sesuatu yang cukup berharga.. ust ahmad dasuki mohd rani.. ust yang pernah berubat sis masa di la tansa tahun lepas..disini sis lampirkan laman web beliau..silalah..moga2 dapat membantu u semua.. dan saudara saudari dappat membantu rumah anak yatim almunirah..semoga bermanfaat.. http://www.pendindingdiri.com

pesanan

ustaz

Assalamua'laikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Selamat Datang ke laman web PendindingDiri.com.

Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat lagi kita menikmati Nikmat Iman dan Islam. Disamping itu, kita juga dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala dengan Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup dan Sunnah Nabi sebagai sumber inspirasi didalam menempuhi ranjau hidup kita di dunia ini.

Firman Allah :

ayat2

" Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa."

Saudara sekalian, sebenarnya kita kini hidup di dalam dunia Islam yang ter’fitnah’, Sehinggakan terlalu sukar untuk menilai diantara hakikat kebenaran Islam dan sebaliknya. Mencari agama seumpama sedang mencari sebutir permata di tengah panahan kilauan kaca-kaca yang tajam. Hakikat ini mula saya sedari ketika saya mula mengadu kepada seorang guru sewaktu saya menuntut di University Al-Azhar, bagaimana umat Islam di negara saya (Malaysia) lebih meyakini bomoh dan unsur khurafat berbanding Al Quran dan hadis Rasulullah, maka guru saya menjawab “sebenarnya kita berada di Akhir Zaman” . Jawapan yang tepat dan padat.!!

Benarlah apa yang di sebut oleh kekasih kita Rasulullah s.a.w akhir zaman nanti Al-Quran hanyalah sebagai perhiasan dan tidak lagi menjadi amalan dan ikutan. Walhal Allah ada menyebut didalam kalamNya :

ayat1

" Dan Kami turunkan dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."

Saya mula menyusun ayat-ayat Al-Rogyah Al-Syare'yah ini setelah melihat betapa perlunya bagi setiap individu, keluarga, masyarakat malahan negara menjadikan pertahanan di dalam diri dengan untaian-untaian Al-Quran. Alangkah indahnya, sekiranya di bibir-bibir setiap ummat Muhammad ini membaca dan menghafaz ayat-ayat yang di baca oleh guru saya ini agar setiap nafas dan denyut nadi kita di jalari dengan ayat-ayat Al-Quran ini agar ia menjadi kekuatan bagi setiap di kalangan kita.

Saya melihat dengan mata dan kepala saya sendiri betapa hebatnya Ayat-ayat Al-Quran ini menjadi kehancuran kepada kebathilan pada setiap mentera-mentera serapah ilmu sihir dan gangguan yang tak berkesudahan dari musuh kita Syaitan. Saudara-saudara juga akan melihatnya setelah mana ayat-ayat ini di kumandang dan dihafal serta diamal di dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah. Lihatlah nanti!!

Saya mengharapkan bahagian ilmu yang terdapat ini perlu di dedahkan kepada setiap dikalangan kita supaya dijauhkan dari syirik. Ilmu ini tidak menjadi milik peribadi bahkan ia merupakan secalit ilmu yang Allah kurniakan kepada manusia yang beriman denganNya. Milikilah ia dan beramallah, mudah-mudahan kita diganjar dengan sebaik-baik pembalasan di Akhirat nanti. InsyaAllah.

Akhukum Fillah,

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. (Penasihat PendindingDiri.com

18 Feb 2010

my FAMILY day..

aufa sentiasa berada dalam golongan"budak aktiff"penat nak kejar dia time nak balik..

mak ..kaklong ..my bro..fattah

inilah sanak saudaraku..hu2..

untuk pengetahuan yang berkenaan..inilah firstime kami pi holiday sama2..best ada..xbest pon ader..yela..ayah takde kan..apapon..muqaddimah la..sis nak pi umah kakak dah..ader ke patut..dia tinggal anak2 kat umah..huh!tak buleh jadik tolll...jom berangkat pulang..

16 Feb 2010

MeNiTi KeNaNgAn TeRiNdAh @_@

salam alaik..ni yang kat bawah ni..adalah bodyguard kami@langsung sebagai jurukamera.. ^_^..

taman yang best..apalagi..jom..

cuaca agak2 je sejuk..


di atas istana..yekew?entah..

kena tabik dipintu masuk..padahal..masuk ikut tempat parking...

ni sesampai jew...terus..

kat contoh umah jepun..gaya ala2?..alah dah besekan..

15 Feb 2010

<<:::::TiTiaN pErJaLaNaN::::>>

CUTI MIDSEM TELAH BERMULA..huh! satu keluhan berat dilepaskan..mane tidak diri ini capet..baru pulang dari satu kem fasilitator..pah2 pula berehlah dengan keluarga tercinta..seterusnya sekarang ni berada di kampus untuk meneruskan pengajian yang tidak berkuliah..saje lepak dikampus..sementara rumahku yang hampir sebulan tidak dijenguk..ku simpan rindu dihati..
kem fasilitator..sebagai fasi yang diharapkan dapat membentuk remaja2 masa kini..ana yang dhaif lagi faqir cuba melaksanakan tugas dengan sebaiknya..betullah pepatah melayu.. melentur buluh biar dari rebungnya..kalu tak diasuh dari kecik..bila dah remaja nie..susah dah nak bentuk..jiwa ingin kebebasan..hidup tiaaada tujuan..dalam kem nie..cuba membentuk remaja berjiwa muslim..aisy..susah sangat,..apapon..hanya ALLAH yang mampu untuk mempersatukan hati2 org yang beriman..ana selalu sebutkan..dalam surah al anfal ayat 63.. kami dah wat yang terbaik walau tido banyak gak..hu2..
lepas sampai mpkt semalam jam 4.30 petg..ana pon menunggu my sis datang ambik dimasjid putih..huh!penatnaek bas 2jam je..pagi tadi seawal jam8pagi..bertolak ke sekayu..jam 9.30 sampai,ana terus terjun sungai..pah2 tiba la tentera2 berkereta..hu2..geng2 anak2 sedara ku seramai 8orang terjun sama..sejuk sangat air pagi tu...dingin n nyaman sekali..sampaikan budak2 nie biru..muzammil la yang paling ketara..macam parkinson..hak2..aufa mampu bertahan walaupon macam abg dier jugak..terubat rindu dapat jumpa mak..hu2..lam kul3 dah bertolak balik.....sampai kampus kul 4.30..penaat sangat..hidup ni umpama titi..kan?kena berani melangkah dan teruskan perjalanan walau kadang2 ader tersangkut dengan benda2 sekeliling..hari ini rasa gundah gelisah kembali....ya ALLAH..hanya ENGKAU menjadi saksi..