10 Mac 2011

Dukacita Boleh Menghapuskan Dosa.


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


setelah melalui minggu2 yang agak memeritkan.terkadang..airmata mengalir bukan mengeluh kesakitan cuma luahan rasa terhadap tekanan..tepaksa melalui segalanya sendiri.. allaurabbi..beratnya ujianMU ini..

semalam keracunan makanan..sebelum tu ketidaksedaran berlaku dalam imbangan khayalan dunia..gara2 fitnah jin dan syaitan. sekarang tengah cuba rawatan cd ruqyah dan kapsul alkali alruqyah. moga berkesan..sakit terasa,,namun bertahan untuk akan datang.

bila hati kita bersedia untuk menerima tarbiah dan bersedia untuk menerima perubahan dan merasai diri ini bersalah maka akan lahir perasaan dukacita dan menyesal kerana keegoannya selama ini menyebabkan kehidupan makin celaru maka dukacita seperti ini akan mengapuskan dosa-dosanya yang lalu.

Rasulullah S.A.W. bersabda “Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya” (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)

rasa ingin menangis tanpa henti bila bertemu hadis diatas.. betapa diri ini jauh dari memohon taubat atas dosa dan noda..lantas.. maha penyayang ALLAH.. memberi dukacita ini untuk menghapus dosa..

Jikalau seorang hamba melakukan amalan kebaikan, ia akan menghapuskan dosa-dosa kecilnya. Tetapi jika dosanya telah terlalu banyak dan dia tidak melakukan sesuatu untuk menghapuskan dosanya, maka Allah akan menimpakan sesuatu yang mendukacitakan atau merungsingkannya untuk menghapus dosanya.

Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan dukacita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Mana-mana muslim yang sakit atau terkena sesuatu musibah digugurkan dosa seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh. (Riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud)

Firman Allah S.W.T. dalam hadis qudsi maksudnya : “Bila Aku (Allah) mengenakan satu musibah ke atas hamba-Ku samada ke atas badannya, hartanya, anaknya dan disambut dengan baik, Aku malu hendak tegakkan timbangan amalannya” (Hadis Riwayat Muslim)

orang yang sakit lama dan diterimanya dengan reda, maka diampun dosanya kecuali dosa dengan manusia. Segala musibah ada pampasannya kerana ia datang dari Allah (takdir). Ada pampasan sehingga habis segala dosa. Walaupun, orang yang kena musibah itu hamba Allah, Allah berhak melakukan apa sahaja ke atas hamba-Nya, namun Allah malu hendak menimbang amalan hamba-Nya yang sabar dengan musibah-Nya di hari kiamat.Musibah itu menyedarkan manusia tentang kesalahanya supaya dia insaf dan sedar akan kesalahannya.