18 Okt 2013

cerita si pengdosa



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah  dengan izinNYa masih bernafas.. masih berpagi-pagi dengan berzikir dengan kebesaran dan keagunganNYA. Nikmat Allah yang mana lagi kamu dustakan..
Hari jumuuah barokah.. perbanyakkan selawat dan amalan2 sunnah yang lain.. semoga alkahfi juga menaungi kita kelak.. antara hari yang mustajab doanya juga.. jangan jemu berdoa mohon dipermudahkan.
Alhamdulillah wa syukrulillah.. yang dinanti dan yang diharapkan akhirnya terlerai dan dipersetujui.. 3 bulan lagi mengharungi dengan penuh sabar walaupun masih lemah dan xmampu nak bertahan terhadap beberapa perkara.. “pasangan kamu adalah cermin diri kamu” tekanan level gunung everest pon ada jika kita menjadi antara punca insan lain ke lembah dosa dan noda. Banyakkan istighfar dan mohonlah keampunan kepada Allah.. pesan ustzh fatimah syrha “bersabar sekejap dengan yang haram, nikmat yang halal lagi luas”  insaf!!! 

“nadia dulu teruk lagi sakit dari kamu..  ust pon xmampu nak berubatkan dia”

“betul ke ust..sy tengok dia sihat je”

“yelah..sakit ni bukan bleh tengok.. skrang ni dah ok cket lah.. tp sakit lagi tu”
Lucu pula dengar perbualan ust ahmad dengan warden lelaki. Selama 7 bulan bekerja bersama dengannya, memang xnampak la dari segi fizikal sakit. Warden ni bercerita semasa singgah di tempat kerja lama.. senyum sendiri dibuatnya.

Bila kita rasa kita sudah sakit yang teruk2.. derita yang sudah tiada penghujung.. ketahuilah.. ramai lagi yang lebih derita.. yang lebih sengsara.. dalaman dan luaran.. ramai lagi. Jadi jangan cepat mengeluh dengan apa yang menimpa kamu. Sememangnya allah menimpa sesuatu yg selaras dengan kemampuan hambaNYA.

“Bila Kita tidak pernah merasa derita.. kita takkan hargai saat bahagia, bila kita sentiasa dalam nikmat yang sihat.. kita takkan faham sengsara orang yang sedang sakit” jadi, jangan bersedih jika orang lain tidak mempedulikan kita..tidak mengambil berat pada kita.. tidak berusaha ubatkan kita.. sekalipun tidak berusaha apa-apa pon untuk kita. Jangan bersedih walau hati terasa.. serahkan hatimu pada rabb.. tuhan yang maha mengasihani dan dekat. Manusia ada.. tetapi dia tak mampu membuatkan kita redha.(saya pon sedang merajuk ..)

“semakin kita seronok dengan dosa.. semakin hilang kebahagiaan disana”  sebagai pengdosa.. kita mampu merasa dan menikmati indahnya hidup bersyariat.. kita pasti merasa sesuatu yang aneh dalam diri apabila rasa keinsafan itu hadir. Untunglah orang2 yang berdosa dan berusaha untuk memohon keampunan. Jangan dilihat manusia itu sebagai malaikat, WAJIB sempurna.. sedangkan manusia ini selemah2 insan disisi tuhanNYA.. yang sentiasa mencari jalan memperbaiki amal dan menambah iman. Jangan menilai insan ketika diri kita sedang tnggi keimanannya.. jangan menghukum insan lain saat kita berada di saff hadapan perjuangan sedangkan kita tidak tahu dalaman dan betapa bersungguhnya seseorang itu berusaha kembali kepada tuhanNYA.

Jika diizin Allah terhadap insan yang lemah ini. Akan dibina bait muslim/ bait haraki bersama insan yang sangat hebat dimata ini pada awal tahun hadapan dan sangat bersyukur dengan anugerah “syurga dunia” yang Allah kurnia. Berdoalah teman. Kita ini ummat yang lalai.. berdoa tetapi tidak yakin dengan doa.. sedangkan Allah sedang mengatur urusan hidup kita dengan doa-doa yang dipohon. Mustajab dan taa’jubnya doa ini, sy sendiri berdoa meminta itu dan ini sedangkan sehina2 saya disisi Allah dan selemah2 saya disisi insan sebagai pengdosa Allah makbulkan apatah lagi kalian yang hebat dalam perjuangan dan hebat dalam amalan. Kekadang saya sendiri malu dengan tuhan kerana banyak nikmat dikurnia tetpi dosa dan noda tidak berkurang. Allah itu maha penyayang dan pengampun. Usah bercerita aib kita pada dunia sedangkan Allah tutup sebaik2nya. Jadi kembalilah pada tuhan.
 
Biiznilah.. mohon doa kesihatan saya agar dapat berkhidmat untuk agama ALLAH.. Bagi yang belum join usrah..berusahalah untuk cari. Kini, bukan lagi zaman abrahah yang mana bantuan allah datang saat umatnya memohon. Sekarang ni zaman perjuangan yang berlandaskan memohon kekuatan daripada Allah.. jangan biarkan jiwa kosong dari pengisian. Cari… jangan menunggu orang mencari kita.. perjuangan islam dan harakah islam ini tetap ke hadapan meninggalkan kita.. takkan sesekali jatuh bila kita meninggalkan perjuangan.. wallahu.alam..

2 ulasan:

Ibnu Selanjuuri berkata...

Barakallahulakuma cik Nad.... ^_^

Ibnu Selanjuuri berkata...

tahniah kak... nanti walimah kte jangan lupa mai noh...