21 Nov 2013

cinta "Kami"

BISMILLAH WAHAMDALAH...

lama rasa xupdate.. niat tu hari-hari, tapi tangan menidakkan berhati2.. berkerja dengan tiada kerja nak buat sangat meletihkan..huhuhu.. apakah yang tersirat. menuju hari2 memikul tanggungjawab membina ummah sangat membuatkan diri ini "lesu" kerana banyak program dalam "membangun ummah" tidak mampu hadir. owh.. kekadang, ini lah perlunya "teman" untuk ke mana-mana. kekadang kecewa bila "teman" tidak bersungguh dengan "semangat tarbiah sebagai jundi" bukan calang-calang manusia mampu menapak dalam haraki. disebalik tabir mungkin setiap insan lemah dan tewas dalam sesuatu yang sukar tetapi seharusnya, jasad berusaha menempatkan diri dalam majlis yang mampu menunduk jiwa. sayang masa yang ada dihabiskan dengan hanya "berehat" bila ada ruang.

Rindu zaman kampus : "kami tiada istilah rehat (tidur, tengok citer korea, baca novel, dengar lagu,lepak bilik member) oh..tak sempat nak melaghookan diri. kami berehat bila selesai berhalaqah. disitu kami "lepak" dengan menyelesaikan masalah ummah. bila letih, kami berehat disurau sambil menunggu qiamullai. bila lapar, kami berukhwah berjumpa mata bercerita soal itu ini di kafetaria dan bila study dan menyendiri, kami mendengar zikir, nasyid dan memuji kebesaran ilahi" Allahu.. rindunya "KAMI" itu

Rindu mempunyai seorang "teman" yang akan sentiasa memperingatkan "jangan lupa istiqamah dengan usrah" "jangan lupa pergi  muktamar untuk melihat perbinacangan ummah" " jangan lupa hadam buku qiadah jundiyyah" "jangan lupa bincangkan maza yakni supaya diri mampu berhujah dengan nafsu khususnya" dan lain2 peringatan yang digambarkan dan yang diidamkan. namun.... :) ada perkara kita harus menerima seadanya "teman" disisi.

:') berapa banyak Rindu nak diungkapkan diri sendiri pon tidak mampu.. bila melihat "kad ikatan" yang tersusun nama membuatkan helaan panjang.. hati mula berdolak dalih.. entahkan mampu atau tidak untuk "tanggungjawab" masa hadapan. biarlah masa dan  tuhan mengaturkan hidup ini.. 


11 Nov 2013

selamat ulang tahun

Bismillah wa hamdalah..

Subhanallah..Allahuakhbar! Semoga Allah Pelihara HambaNya dari segala FITNAH dan Kemaksiatan. berpagi-pagi menerima ucapan dari insan2 yang sangat menyayangi diri ini. Alhamdulillah. :) nak nangis wase

Semalam berlangsung program nisa' sini.. macam2 ragam. berlaku kesilapan kami yang asyik sembang ;( mujur sempat cover pentas. duk ajelah berdiri 3 jam sampai lenguh2 kaki..huhu.. jadi model dihadapan. bila selalu berprogram begini, rase ukhwah itu dekat..huhu








28 Okt 2013

kawal dirimu sayang



Bismillah wahamdalah..

Bila berlaku suatu yang tidak disangka.. luluh rasenya.. terngiang-ngiang. sukarnya melakukan sesuatu yang boleh memuaskan hati semua orang. bila dah jadi macam ni, seluruh jiwa sudah tidak mampu bertahan. Semoga ianya hilang dengan perlahan-lahan...

"mungkin amarah.. melegakan sang hati.. mungkin maaf boleh diulangi.. mungkin juga boleh dimaafi.. cuma suatu perkara bila berulang lagi.. kepercayaan itu tetap mati.. hati sukar diterima lagi"

kita ini manusia.. kelemahan kita.. mungkin kita xmampu nak atasi.. tapi bila kita fikirkan. xsemua orang boleh menerima ..harusla kita berusaha merubahnya.. lebih2 lagi insan dalam haraki. sepanjang bermuamalah dengan sahabat2 haraki.. tiada tengkingan..amarah.. yg ada emosi nada tinggi dan dengan rendah hati meminta maaf dengan semua orang. itu la sebatinya tarbiah dalam diri..

bila dalam amarah, kami diajar berdiam diri..telan nafsu dan apa yang memberontak kerana iman mengawal hati.. bukan nafsu meluru mengetepikan iman. "semoga Allah peliharanya.. sesungguhnya kecintaan saya padanya begitu besar.."

25 Okt 2013

HAMBA ILAHI


"Ujian yang datang..mungkin sudah lama engkau tidak betul-betul sujud pada tuhan"



Photo: " Inni Akhafullah "  :')
Mutiara Kata:

“Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.” (Imam Syafi ’i)


Nabi saw. bersabda, "Sesiapa mengucapkan Astaghfirullahal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa-dosanya, walaupun dia pernah lari dari medan peperangan". (HR Al Hakim) 



Bismillah wa hamdalah. lazimnya fitrah seorang hamba.. merasa pedih dengan aliran dosa yang sering tidak mampu terkawal. yang paling ditakuti, tahu berdosa tetapi masih melakukannya. ada perkara kita mampu bercakap dengan sewenangnya.. adakala apabila melaluinya.. benarlah iman senipis bawang, terlalu sukar dibenteng bila sendiri berdiri dengan akal tanpa wahyu memandu arah hidupmu.. gusar....

"inni.. akhafullah" .. berombak dan sesak nafas ingin menyeru kalam tuhan. sebaliknya jika disedari apalah yang sukar bila iman dan amal mewarisi segala jalan hidup ini. bahagia itu terletaknya disitu. bukan perlu dicari dan diminta. bila tahu dimana asasnya..pasti akan memiliki oleh yang MAHA PEMBERI. 

Bila disentuh dengan kasih sayangNYA.. Maha pengasih. betapa tenang sang hamba. betapa ia sudah mencukupi dari segala yang ada di dunia ini. bagaimana ingin merasa mencintai allah dan rasul terlebih dahulu sebelum membiarkan manusia memiliki secebis hati? rasailah degup nadi..degup jantung.. ketika sujud.. ketika dahi mencecah sejadah.. ada tak ketenangan mengalir.. ketika tasbih menghembus zikir.. menyantun selawat nabi dengan kecintaan terhadapnya.. ketahuilah...itulah halawatul iman....

inilah hamba.. hamba tuhan yang lemah.. hamba yang sering melakukan kesilapan dan hamba tuhan yang ingin kembali kepada tuhan.. jangan menghukum insan yang lemah rohaninya kerana bangkitnya suatu ketika, mampu berada dibarisan hadapan.. berdoalah kepada sang pengdosa dengan sebaik2 doa dan peringatan kerana ketika berdoalah.. disisi insan.. tiada apa yang bernilai melainkan rahmat dan berkah tuhan.. disisi insan itu.. tiada apa yang berbeza..

"doakan saya.." :) 

24 Okt 2013

ucaplah yang baik-baik

Bismillah wa hamdalah..

"Bergaul dengan insan hebat insya Allah pasti kita juga akan menjadi hebat. Carilah teman yang mampu menjadi kita insan hebat. Bukan hebat di mata manusia, tapi hebat disisi Allah, hebat di sisi Nabi kita, hebat di sisi orang tua kita. Semoga kita diberi lorongan untuk mencarinya."

"Amat malang sekali apabila kita bangkit dr tidur, kita mula menggerakkn akal menulis sesuatu yang boleh menimbulkan prasangka buruk pada seseorang. Kita membentuk pemikiran negatif pada umum untuk membenci seseorang. Kita marah org lain melebel-lebel, namun dlm masa yg sama kita juga suka melebel-lebel orang. Sayang, kelebihan yang Allah berikan pada kita untuk menulis digunakan pada jalan yang salah. "


Hari yg baik ini marilah kita beristighfar pada sang pemilik nyawa (ALLAH) agar diampunkan dosa2 kita. Jgn menambah dosa jika kita kurang beramal. 

sesungguhnya.. saya amat mengkagumi dan menghormatinya...
Setiap insan ada kelemahannya.. disebalik itu juga merupakan kekuatan utama yang ada padanya..semoga Allah menutupi segala keaiban dan fitrah yang menjadi fitnah..

18 Okt 2013

cerita si pengdosa



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah  dengan izinNYa masih bernafas.. masih berpagi-pagi dengan berzikir dengan kebesaran dan keagunganNYA. Nikmat Allah yang mana lagi kamu dustakan..
Hari jumuuah barokah.. perbanyakkan selawat dan amalan2 sunnah yang lain.. semoga alkahfi juga menaungi kita kelak.. antara hari yang mustajab doanya juga.. jangan jemu berdoa mohon dipermudahkan.
Alhamdulillah wa syukrulillah.. yang dinanti dan yang diharapkan akhirnya terlerai dan dipersetujui.. 3 bulan lagi mengharungi dengan penuh sabar walaupun masih lemah dan xmampu nak bertahan terhadap beberapa perkara.. “pasangan kamu adalah cermin diri kamu” tekanan level gunung everest pon ada jika kita menjadi antara punca insan lain ke lembah dosa dan noda. Banyakkan istighfar dan mohonlah keampunan kepada Allah.. pesan ustzh fatimah syrha “bersabar sekejap dengan yang haram, nikmat yang halal lagi luas”  insaf!!! 

“nadia dulu teruk lagi sakit dari kamu..  ust pon xmampu nak berubatkan dia”

“betul ke ust..sy tengok dia sihat je”

“yelah..sakit ni bukan bleh tengok.. skrang ni dah ok cket lah.. tp sakit lagi tu”
Lucu pula dengar perbualan ust ahmad dengan warden lelaki. Selama 7 bulan bekerja bersama dengannya, memang xnampak la dari segi fizikal sakit. Warden ni bercerita semasa singgah di tempat kerja lama.. senyum sendiri dibuatnya.

Bila kita rasa kita sudah sakit yang teruk2.. derita yang sudah tiada penghujung.. ketahuilah.. ramai lagi yang lebih derita.. yang lebih sengsara.. dalaman dan luaran.. ramai lagi. Jadi jangan cepat mengeluh dengan apa yang menimpa kamu. Sememangnya allah menimpa sesuatu yg selaras dengan kemampuan hambaNYA.

“Bila Kita tidak pernah merasa derita.. kita takkan hargai saat bahagia, bila kita sentiasa dalam nikmat yang sihat.. kita takkan faham sengsara orang yang sedang sakit” jadi, jangan bersedih jika orang lain tidak mempedulikan kita..tidak mengambil berat pada kita.. tidak berusaha ubatkan kita.. sekalipun tidak berusaha apa-apa pon untuk kita. Jangan bersedih walau hati terasa.. serahkan hatimu pada rabb.. tuhan yang maha mengasihani dan dekat. Manusia ada.. tetapi dia tak mampu membuatkan kita redha.(saya pon sedang merajuk ..)

“semakin kita seronok dengan dosa.. semakin hilang kebahagiaan disana”  sebagai pengdosa.. kita mampu merasa dan menikmati indahnya hidup bersyariat.. kita pasti merasa sesuatu yang aneh dalam diri apabila rasa keinsafan itu hadir. Untunglah orang2 yang berdosa dan berusaha untuk memohon keampunan. Jangan dilihat manusia itu sebagai malaikat, WAJIB sempurna.. sedangkan manusia ini selemah2 insan disisi tuhanNYA.. yang sentiasa mencari jalan memperbaiki amal dan menambah iman. Jangan menilai insan ketika diri kita sedang tnggi keimanannya.. jangan menghukum insan lain saat kita berada di saff hadapan perjuangan sedangkan kita tidak tahu dalaman dan betapa bersungguhnya seseorang itu berusaha kembali kepada tuhanNYA.

Jika diizin Allah terhadap insan yang lemah ini. Akan dibina bait muslim/ bait haraki bersama insan yang sangat hebat dimata ini pada awal tahun hadapan dan sangat bersyukur dengan anugerah “syurga dunia” yang Allah kurnia. Berdoalah teman. Kita ini ummat yang lalai.. berdoa tetapi tidak yakin dengan doa.. sedangkan Allah sedang mengatur urusan hidup kita dengan doa-doa yang dipohon. Mustajab dan taa’jubnya doa ini, sy sendiri berdoa meminta itu dan ini sedangkan sehina2 saya disisi Allah dan selemah2 saya disisi insan sebagai pengdosa Allah makbulkan apatah lagi kalian yang hebat dalam perjuangan dan hebat dalam amalan. Kekadang saya sendiri malu dengan tuhan kerana banyak nikmat dikurnia tetpi dosa dan noda tidak berkurang. Allah itu maha penyayang dan pengampun. Usah bercerita aib kita pada dunia sedangkan Allah tutup sebaik2nya. Jadi kembalilah pada tuhan.
 
Biiznilah.. mohon doa kesihatan saya agar dapat berkhidmat untuk agama ALLAH.. Bagi yang belum join usrah..berusahalah untuk cari. Kini, bukan lagi zaman abrahah yang mana bantuan allah datang saat umatnya memohon. Sekarang ni zaman perjuangan yang berlandaskan memohon kekuatan daripada Allah.. jangan biarkan jiwa kosong dari pengisian. Cari… jangan menunggu orang mencari kita.. perjuangan islam dan harakah islam ini tetap ke hadapan meninggalkan kita.. takkan sesekali jatuh bila kita meninggalkan perjuangan.. wallahu.alam..

10 Sep 2013

disebaliknya..


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. masih diberi nikmat berjalan bekerja dan melakukan Ibadah seharian setelah hampir 4hari sehingga ke hari ni..derita keracunan makanan.. oh no.. 4kali sudah.. mcm adik beradik pulaks penyakit ni...cuma kali ni beserta kembarnya..demam.. kalo check suhu boleh merekah mende alah tu.. banyak dosa ni.. Alhamdulillah.. Allah bagi peluang mengingatkan.. hati kena selalu bersih.. jiwa kena kuat dengan agama.. alquran jangan lupa baca.. qiam jangan tinggal.. semua Allah beri untuk kita DEKAT denganNYA selalu..

semalam my mother call.. kul6.45.. tetiba lapang dan tenang jiwa dirasakan. ada seorang teman yang dicintai merajuk..marah la cket.. mungkin dengan sikap hamba yang agak request something everytime.. huhu. dia sabar je.. oleh kerana suara ibu menyemai benih2 ketenangan..Alhamdulillah..sahabat hamba tu sudah reda dan memaafkan hamba.. beliau pon sangat bersabar dan cool orangnya.. semoga Allah pelihara beliau :')

semenjak dua menjak ni saya memerhati mak penyer koleksi goodies beg/doorgif pengantin untuk tetamu.. kekadang.. tengok kat almari rumah mcm muzium plop.. gelas kecik..cawan kecik..sudu kecik, pinggan kecik,..pasu kecik..semua kecik2.. kalo ade orang kenit.. bahagia hidup beliau.. boleh guna.. kekadang pula tengok bawak balik pensel sebatang diikat riben.. oh no.. kreatif?ekslusif?bajet?adat? or apakah sebenar tujuan diberikan mende alah ni.. hmmm.... :) kekadang nampak macam hiasan..boleh la..cantik bangat.. cuma ada la kemusykilan..namun segalanya bergantung kepada bajet..keikhlasan.. jangan sampai hati jadi xtenang..mengungkit atau membanding2..yang xsyok..pinjam duit sana sini untuk nampak grand.. xmo..xmo..xmo.. kalo orang yang "berada" boleh bajet just bunga telor n lolipop.. ade juga yang bagi air mineral cup n apollo je.. semua terpulang pada pemikiran tuan/puan. bersederhanalah.. railah tetamu dengan makanan majlis yang pasti bersih..sedap..cukup dan mengenyangkan.. dulu ingat mysister nikah.. lauk tengah gelegak dalam kawah dikautnyer.. memang keras lah..pah2 tetamu buang gitu je.. PEMBAZIRAN..

dalam pada itu.. saya menerima kunjungan tetamu untuk menempah dewan bagi acara majlis kenduri kawin..aqiqah..konvensyen.. bila mereka isi borang kebanyakan untuk acara majlis kawin lah.. tengok majlis.. bulan 3.. bulan 5 2013.. fuyyoo..semua dah clear bab2 majlis n persiapan.. hmm.. bila lihat order untuk bunga telor n doorgift.. majoriti pon dah close order sampai tengah tahun depan pon ada.. hoho.. memang begitu ek persiapan sekarang ni? sangat pantas.. semoga selamat la pada kengkawan hamba yang majoriti akan melaksanakan pernikahan pada bulan 11 dan 12 ni.. semoga diberkati..

sebentar tadi penerima kunjungan muslimat pas sini.. rupanya dia pon sudah lama tidak dapat mesej mengadakan usrah dan pogram2 tarbiah,, ingatkan ai je terlepas pandang.. kena kuat semangat lah.. usaha berganda lagi kena cri.. orang yang berada dalam zon selesa (ada kawan..ada trnaspot..ada usrah mingguan, jadi ajk pogram) xkan merasa bagaimana kita rasa.. semua senang nak bercakap.. nanti mereka rasa sendiri baru tahu.. apapon.. semua ujian bertempat dan tepat pada hambaNYA.. chaiyok2.. buah hati saya berpesan.. jaga KEBERKATAN...

**iklan.. jom menderma..


5 Sep 2013

long time..




Assalamualaikum....

long time no see!! lama pulaks saya tidak menyentuh keyboard untuk menaip panjang-panjang sezaman dengan kelelahan tesis.. ai see.. teringat pulak tesis kita yang tak disubmit pada jabatan meskipun dapat A.. hoho.. setahun sudah berlalu. bila mendapat beghita kengkawan ramai yg sambung master.. rase sentap juga. tuntut ilmu suatu kewajiban.. mane bisa hidup ini terhenti setakat dengar kuliah kelas sahaja. oleh kerana masa depan yang dirancang banyak matlamatnya.. kenalah rase mengalah dan bersedia hadapi. 4 bulan saja lagi... debor kot ;)

rindu akhyar...

hampir dua minggu sudah bertukar tempat kije lagi.. bila jauh rasa tenang..tapi sunyi.. bila dekat rasa pening2 lalat tapi bahagia.. oh my family.. begitulah manusia.. bila kurang bersyukurnya dengan apa yang ada.. saya di klang.. kembali ke almunirah.. walaupon akal ni penat nk melaksanakan kerja2 yang agak berat tetapi sewajarnya lah untuk dapatkan apa yang terbaik dalam hidup ini..

semalam yang gering..

tetiba demam kura2.. semacam sahaja. tangki air penuh.. asyik banjir je hati ni.. pantang silap..merembes keluar.. mujur kecintaan saya itu sangat lah bersabar orangnya. ambik mc separuh hari.. balik rehat. semua staff pon tengok macam mayat hidup pon ade.. oh no.. hilang seri.. huhu.. dalam pada itu, satu kes samun terjadi pada seorang bekas anak yatim disini.. di acu pistol beb.. kat perut.. trauma xbercakap budak tu dengan sesape.. kejadiannya berlaku di kat KL sentre.. dia naik ktm klang ke sana.. gerun betul.. bila ada yang suh saya jalan sorang2 pergi sana sini.. nak bagi senduk ke satu kali.. xsayangkah beliau pada ai.. :P

alkisahnye 2hari lepas..saya kena hadiri taklimat bersama yb dr.halimah kat dewan annex suk. asalnyer.. dapat mesej untuk "prosedur kertas kerja dan taklimat pendidikan" .. jadi saya pon bersiap sedialah.. ai orang terengganu.. bukan selangor.. jadi sekalian ummat yang ada dalam dewan tersebut.. saya tidak dapat kenalpasti..siapakah mereka. namun begitu.. saya memesrakan diri untuk duk dibarisan hadapan sekali... bila dengar ucapan aluan pengerusi majlis "selamat datang diucapkan kepada semua yb2.. wakil2 dun dan penyelaras..bla..bla.." oh no.. saya terkedu.. sekeliling saya ni rupanya YB2 ... dan yang paling saya mampu tersengih je.. saya minta org sebelah ambikkan pic saya.. huhu.. xpastilah dia yb ke atau tidak.. matilah ai..

berlangsungnya kejadian openhouse dengan jayanya.. saya tabarruj cket pada hari tersebut. oh! no.. huhu.. budak2 ni panggil ai babydoll.. xbergerak la jawabnye.. pah2 kena jaga aiskrim pulak tu.. maunyer jadi model aiskerim sekejap.. okey.. layan.. layan.. dulu suasananya... ^^,

ini kumpulan qasidah an nadwah. terbaikkk


 
 yang comel2 ni..kumpulan nasyid almunirah. dikir best. 1 hari je buat latihan..salute!!!

21 Jul 2013

ibrah dari a'mal

Bismillah..alhamdulillah..

"kak na eh, kita teringin nak pakai tudung labuh macam kakna..menutup aurat.. tapi.. kita malu gop..xdok geng ekpon.. kekgi orang duk sindir2 kita..macam ustazah.. doh gane eh kakna.. kita nak berubah jugop" luah seorang anak yatim.. beliau sangat ganas dan lebih kepada perwatakan lelaki sebenarnya.. terkedu juga bila dia meluahkan perkra sebegini. sangka kami, myb dia nak pakai otai2 dan simple. begitulah manusia.. jangan kita mencari dan berkawan dengan orang yang baik2 saja.. seingat saya dikampus.. teman2 saya semua solehah dan bertudung labuh.. kebanyakan sahabat dan rakan bukan pengajian islam sekalipun pasti bertudung labuh..

"kak..ramai kawan kak.. gi mane2 pon ade je hok tegur..pah2 pakai plop tudung labuh belake" tegur rakan sekelas yang berpewatakan biasa-biasa saja. sekadar tersenyum.. :) saya bersyukur dianugerah ramai sahabat2 yang baik2 dan solehah.. bukan nak berkawan dengan golongan sebegini saja tetapi dianugerahkan. 

peristiwa saodah..

ada sebuah surau dikampus namanya surau saodah.. bermula disini, gerak kerja memakmurkan surau bermula. disini juga ramai hati-hati bertaut cintakan Allah.. masyaAllah.. indahnya..sehinggakan ada seorang adik..menjadikan sebagai trademark dalam aktivti hariannya "kak..demi saodah" .. nak buat apa2.. mesti ada ayat "demi saodah".. disurau ini.. kami bertungkus lumus mengadakan aktivti.. tazkirah.qiam.iftar.diskusi kitab dan sebagainya..alhamdulillah..makmur... sehinggakan wajar dipuji kerana menjadi ikutan surau2 lain.  peristiwa yang saya ingin bawakan adalah mengenai 2 orang adik diploma kos pengurusan.. pakai seluar track..tshirt..tudung bawal kecik.. tapi.. istiqamahnya dengan surau saodah.. masyaAllah.. malu kami ni.. yang paling salute..adalah istiqamah pada waktu subuh.. setiap masa ada je adik berdua ni.. dan automatik saya melantik beliau berdua menjadi ajk surau.. setahun berlalu.. selepas masing2 dapat asrama baru.. semua terpisah ke surau2 lain.. salah seorang daripada adik ni telah berubah 100 peratus... alhamdulillah.. dah memakai tudung besar baju kurung.. yang paling salute lagi.. dalam kelas dia..hanya dia seorang je yang bertudung labuh.. kawannya yang sorang lagi still berpakaian macam biasa.. dia sering mesej shbt2 surau.. minta doakan istiqamahnya.. begitulah dakwah dan hidayah.. kita hanya berusaha menjadi contoh teladan.. sedangkan Allah memelihara hatinya.. 

Ramadhan yang indah

alhamdulillah.. dikurniakan teman yang baik.. cuma garang je sokmo. moga kelebihannya boleh menampung kekurangan diri ini dan manakala segala kelemahan dijadikan penawar untuk berusaha menjadi lebih baik.. "ngade teh"  :) .. Ramai nyer sahabat2 berwalimah selepas raya.. cemburu menyusun jadual..hee.. full pulak tu.. moga ada kesempatan menghadiri semua jemputan.

raya ke2 : u.muiz akad nikah.
raya ke3 : ustzh hasrazini dan ust amar (ubm)
                ustzh hamidah n ust syed amni (ubm)
raya ke4   walimah dirumah zaujah us.muiz (ubm)
                 ustzh aini khadijah dan us amir (ubm)
                 zahidah dan riduan (clasmate)
                 zakiah dan pasngan (clasmate)
raya ke 5 ustzh ummu dan ust firdaus (ubm)

barakallahulakuma wajam'u bainakuma filkhair.. semoga semua selamat dan dipermudahkan urusan.. mabruk alaikum.. 

14 Jul 2013

BULAN SABAR...

ASSALAMUALAIKUM... :)

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
'Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.' (Sahih Bukhari)

ALHAMDULILLAH.. 5 ramadhan today.. masih diberi nikmat dan rahmat. meskipun ura2 kedemanan sudah menyapa.. suhu meninggi.. oh.. pertama kali dalam 4 bulan ni.. saya kejutkan budak2 bangun sahur dengan hentam locker.. bertegas dan no mood yang baik2 sebenarnya.. kenapakah ini berlaku.. sedangkan di bulan romadhon pulaks.. astaghfirullah.. emosi xstabil mane sari dua ni.. suhu badan pon sejuk..panas..sejuk..panas.. tambahan pulop.. ade kejadian xdijangka semalam.. bila berdebor pelik tu.. memaang akan "jeng" sekejap.. Allahu.. orang tu memang nak kena cubit,.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.'
(Riwayat Al Baihaqi)

malam tadi hujan kilat2 lagi..blackout separuh jalan.. off semua wayer2..jaga keselamatan diri..hihi. Allahu.. nikmat Allah yang mana kamu dustakan.. rahmat Allah tu meluas.. doa orang yang berpuasa ni makbul..setiap masa..kena sentiasa berdoalah.. moga diberi kemudahan.. setiap apa yang kita hajatkan.. Allah akan bagi..bukan pada saat kita mahu..tetapi ketika mana keperluan kita dalam tak sedar.
anehnya..saya bukan orang yang mudah nak tidur.. satu perkara yang menarik perhatian terhadap 2 rakan saya yang sanngat2 mudah nak tidur.. just letakkan kepala atas bantal..xsampai 2,3 minit pon pasti terlelap... subhanallah.. nikmat sunggguh.. setelah saya melihat akhlak dan rutin hariannya...wajarlah.. mereka ni dikalangan orang yang sangat suka memudahkan orang lain..langsung tidak ambil hati dan tidak memikir masalah2 yang ada.. jenis hepy good lucky.. :)

akhir2 ni..saya pon cuba muhasabah kembali.. memang atas masalah kesihatan yang ada.. namun rohani kita perlu diselidik.. alhamdulillah.. boleh tidur dengan aman..dan bila tidur..saya jarang bermimpi.. gelap!! :)

Status Hadis Ramadhan : Keampunan, Rahmat & Bebas Neraka (kemaskini) sila lihat sini.. :) ust zaharuddin



8 Jul 2013

nur ramadhan

bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. sudah mendekat dengan ramadhan.. perkongsian hadis diakhir syaaban bg yang masih ada berpuasa sesaje atau sunat..

لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ
“Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa.” [HR. Muslim no. 1082].

Ramai diantara kita yang mengejar..berkejar-kejaran untuk khatam dibulan ramadhan.. maka, bertungkus lumus..sepanjang masa menghabiskan surah2 serta juzuk2.. walhal..disepanjang bulan syaaban ini.. sudah boleh warming up beberapa juzuk sebagai satu jalan istiqamah terhadap amalan.. tidak la nanti habis ramadhan, kita pon stop buat amalan disepanjang ramadhan...begitu juga perihal qiammullai.. sudah boleh berjinak-jinak melaksanakan 3,4 kali seminggu.. jika tika ramadhan nanti baru nak mula.. payah la..kan :)

JOM doa yang terbaik dalam kehidupan ini.. meskipun orang menilai kita dengan sikap negatif yang ada.. jangan lemah.. jangan sedih :) .. bila hati betul2 niat nak buat perubahan, akan ditunjukkan segala kebaikan yang ada pada seorang hamba tersebut. maka, hidup biar ada azam untuk berada dalam kebaikan..

1 Jul 2013

tajdid niat untuk berkat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

"Diwajibkan ke atas kamu berperang dengan hawa nafsu" ....(teringat cerita.. jalan pulang)

Bila kita tidur dengan dosa dan kemaksiatan..bukannya maksiat fizikal,, bahkan maksiat hati sekalipun mampu memberatkan jasad untuk bangun mengadap tuhan.. Allahu. terpukul sungguh 2hari ni dengan apa yang terjadi.. sukar...sukar..sukar.. nak bermujahadah...

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222).


Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

Kalo nak berhijrah.. dan mulakan episod baru..saat kita ucapkan..saat tu lah bermulanya pembaharuan tersebut.. bukannya "esok nk start.." "minggu depan xnak dah buat" ..semua ni plan to failed.. hoho.. iallah.. mudah-mudahan.. tajdid niat untuk kebaikan mendapat rahmat dan keampuanan.. kami mahu KEBERKATAN untuk hidup yang panjang nanti :) .. sabar tu manis.. jadi jangan tawarkannya dengan dosa.

Jadi..jadi.. please fokus our ibadah.. ramadhan coming soon...semoga dapat mengumpulkan kekuatan disini.. biiznillah..jadilah hamba yang sentiasa muhasabah.. mungkin dia sentiasa berdosa..sekurangnya dia tahu dia berdosa dan memohon keampunan.. jangan jadi hamba yang tahu berdosa dan meneruskan dosa.. nauzubillah..

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang banyak beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya daripada setiap kesusahan jalan penyelasaian, daripada setiap kesempitan jalan keluar dan akan diberikan rezeki dengan cara yang tidak diketahui.

jom sentiasa beristighfar.. semoga Allah redho...

**semalam pi tempah baju untuk buat jubah..dengan orang paling terer sekali menjahit..hebat dak?hebbak.. tau x sape..tau x? hee.. mestilah cikgu yang mengajar jahit..hehe..sungguh betui cikgu tu nak membantu ai.. terharu pon ada.. dalam kesibukannya membuat urusan.. sanggup memdesignkan dengan penuh halusss..
terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan ai untuk kehidupan masa hadapan yang penuh barokah.. allahummaamin.. terlalu ramai yang "sayang" ..allahu.. berkatilah mereka .. yang sering membuatkan diri ini terlalu bahagia mempunyai sahabat2 yang berukhwah keranaMU.. 

29 Jun 2013

sis ALCATEL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


Sedang menonton piala FA.. ganas ngat main bola..hoho.. "gocoh" ke gane.. tv1 ada tilawah.. tv9 ada cerita.. macam2 ada.. atas iman untuk memilih yang mana.. menonton bola eratkan ukhwah..hehe.. bergema sorakan didewan makan oleh anak2 darul akhyar dan bergema juga didewan almunirah sane.. sebarkan berita sentiasa..di sana pon ada orang tu serius sungguh.. "no kacau2 "..


Alhamdulillah.. sebenarnya ramai insan yang sayangkan kita dalam kita tak sedar..huhu.. semalam.. dr.norizan..Bonda unisza mesej "nadia..awak kat mane.. saya ada beli cenderahti untuk awak dari istanbul" ..huhu.. sangat touching..dr ada perbentangan kertas kerja di istanbul.. ingat jugak beliau pada hamba yang hina tadi..

cerita alcatel.. handset yang berharga rm50 setelah menggunakan rebat..hihi.. adik2 darul akhyar memanggil ai dengan panggilan glamour.. sis alcatel.. sudah tenggelam sis alfateh.. ape da.. bermula disini lah.. habis semua digeledah..bermula dari whassap..wechat..kakaotalk,,habis semua dah ngader2 untuk mencuba.. sehinggalah maghrib tadi..saya menerima add daripada seorang pensyarah "puan hafiah" dalam wechat..huhu.. dari mana beliau dapat no.saya? bonda kesayangan saya yang seringkali "ingat" akan saya sorang ni.. "nadia..awak sihat ker?" "puan...mcm ne dapat no.saya?" "anak2 saya lah buat ni" 
huhu.. macam2 pulak yang allah kurnia..kita tak perasan..alhamdulillah.. 

ini adalah alsyiput.. hee.. farwizah assyifa namanya.. usia 1 tahun.. akhir2 ni begitu bermanja dengan cheya.. kikiki..masa duk dalam keta.. dia ngade2 senyum2..cuit2.. masa tengah drive..tetiba dia nak duk kat seat drive..mujur tak terbabas.. biasanya takot..almaklum lah.. menjadi singa jadian dirumah.. marwan..huda dan hadi sudah mengenal siapa cheya sebenarnya..hoho..sebut je.. "cheya...tengok ni..hadi ni.." menikus serta merta..tahu lah dia siapa yang akan mai.. jadi anak soleh ye.. manja la puas2..nanti nakgi jauh..hehe

alhamdulillah..teruskan tingkat amal ibadah.. mungkin yang sedang kita miliki bukan milik kita sebenarnya..namun kita mampu dan boleh memohon berharap dengan penuh "khauf" dengan wasilah2 yang telah dikurnia melalui doa2 mustajab.. perihal perkara yang membawa kepada kemudahan.. yakinlah dengan janji Allah.. teruskan sujud dan solat serta sabar.. mantainkan qiamullai.. ada secebis khusyuk dan tawadduk disitu.. penuhi subuh dengan zikrullah.. jangan lupa kayakan diri dan rezeki dengan dhuha dan alwaqiah.. serta helaian alquran untuk mengubat hati.. countdown ramadhan ni.. jom kita usaha menjadi soleh..musleh.. muhsin dan mukmin.. biiznillah,.. jom jadi baik :)

sesekali percaya pada naluri

bismillahirrahmanirrahim..

(bila sedih..mood hapedet blog unlimited)

Alhamdulillah.. bersyukur dengan segala limpah kurnia nikmat dan rahmat Allah s.w.t.
berlaku macam-macam todays..

**malam tadi.. ada perhimpunan dengan student asrama..hampir jam 11.30 malam, dek kerana mata tidak mampu dibuka..minta dengan boss naik awal.. tanpa disangka.. tokki staff yang sangat akrab dengan ai meninggal sejurus selepas ai naik bilik. xde orang memaklumkan pon.. malam tu isyak belum lagi solat.. tidur2 ayam.. banyak kali dikejutkan dengan perasaaan.. kul2.. kul3.. kul4.. dan solat ingat pada pukul5 pagi.. xbagus2!! namun jiwa seakan ditekan dan ditarik2,, rupanya ada orang meninggal.. yang terdekat dengan kita pula tu.. lebih kul10 pagi baru tau..sedih ngat.. alfatehah..

**" jika allah menghalang kebahagiaan.. ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun" allah.. allah.. allah.. hati mula rasa tak selesa.. macam yakin je akan berlaku sesuatu..allahu..memang terjadi betui.. apa yang berlaku hari ni menjadi pembuka kekeliruan dalam kehidupan.. moga dengan doa ramai yang mengharap berlangsungnya sebuah janji..mampu memberi yang terbaik. Allah kan ada untuk kita menyatakan harapan.. jadi jangan bersedih.. Allah uji untuk beri rahmatnya yang luas.. :) :) smile..smile

**hari ni starting life sebagai driver dari batu rakit--->sg.ikan--->tok jembal--->seberang takir---> gong badak--->batu6--> sg.ikan---> batu rakit.. membesar dengan sihat didalam kereta.. owh.. kerretta(ayat marwan) alhamdulillah.. kereta my father sudah habis dilunaskan..akhirnya.. pinjaman tanpa syarat telah dibuat demi memastikan my father tidak perlu susahkan dirinya lagi..


**ada jenis manusia..gemar menceritakan kegembiraannya ..kehiduapnnya..dari zaman single..berkhawin dan beranak pinak... beberapa ketika.. saya sendiri terpukul dengan cerita hidup saya.. mungkin kegembiraan kita tidak mampu mengukir senyuman orang yang mendengar/melihat/membaca.. jadi berhati-hatilah dalam berkongsi.. hidup ini untuk bersederhana.. jangan menyamakan diri sendiri dengan orang lain "eh..saya boleh je lalui.." "takkan tu pon xboleh nak hadapi" .. kan tuhan dah kata.. setiap ujian tu mengikut kemampuan.. mungkin kita boleh sabar dengan perkara besar dan sahabat2 kita sebaliknya.. dan mungkin kita belum tentu mampu hadapi dengan perkara yang kecil sedangkan orang lain anggap biasa-biasa saja,..begitulah maha rahman dan maha rahim nye Allah.. 

**jom muhasabah diri selalu. jangan letakkan harapan pada manusia.. tetapi hargailah kepercayaan orang kepada kita.. pak ustaz yang baik tu sering mengingatkan "yakin dengan pilihan Allah" hidup pasti berkat.
insya Allah :)

18 Jun 2013

tik..tok...

bismillahirrahmanirrahim...

allahu.. berat rasa hati nak menamatkan episod "sendiri" ini, bukan semudah yang dikata,. Kadang bila dimuhasabah..bila direnung2 dek akal.. allahu,, perasaan hilang.. berlawan dan bertinju dengan en.syaiton ni untuk menetapkan hati. 2 malam yang lena.. bermimpikan yang tidak sepatutnya.. kata ustaz.. syaitan akan menyelubungi kebaikan dengan kelemahan dan sebaliknya..

hari ni saya menunaikan ibadah sunat untuk kekuatan jiwa.. merintih menghadap ilahi.. agar benar perjalanan hidup ini berlandaskan syariat.. agar jiwa kuat.. berapa kali dah hampir failed nak berbuka..kui2.. allahu.. payahnya nak mujahadah..



sukarnya nak menetapkan sesuatu yang belum pasti.. demikianlah allah rencana yang terbaik untuk hamba.. kata ustaz "sabar tu akan bawa kemanisan" :) mende yang baik akan hadir pada waktu yang cepat.

dah start kena beramal surah toha.. agar dilembutkan hati bonda2 sedunia untuk insan2 yang lemah ini.. Allah suka hambaNYA yang berusaha untuk menjaga kebaikan dalam kehidupannya.. "dia" insan yang sangat baik. moga Allah beri peluang pada yang mengejar kebaikan dunia untuk bekalan akhirat.. AMIN

11 Jun 2013

walimah sweet 17

assalamualaikum..

hurm..testing..testing suara.. Alhamdulillah.. nikmat kesihatan dikembalikan.. baru-baru ini telah berlangsung satu walimah sanak saudara.. adik sepupu yang duk betui2 belakang umah ai.. maka, ada sket2 tanggungjawab untuk membantu..kecik lagi beliau.. nak ambik spm tahun ni.. dan juga umur pengantin lelaki pula 19 tahun.. persediaan?? hanya tuhan yang tahu akan kehidupan seterusnya.. rahmat Allah ada pada yang yakin dengan janjiNYA.. """mane ustaz yang baik..dia baca x ni :P :)"""

berbicara soal cinta... saya begitu mengagumi setiap bait dan nasihat oleh syeikh rohimuddin. MasyaAllah..tabarakallah.. begitu meusuk kalbu hati ini. pesanan yang sering membuatkan kita terkesima membacanya.. antaranya "Jika seseorang itu mencintai kekasihnya, maka si dia harus mencintai apa yang dicintai oleh kekasihnya itu.” 

tambah lagi kalam Syeikh Rohimuddin. 

dari blog akhi ariff : Bila ada seorang lelaki yang mengatakan dia sanggup untuk tunggu seorang wanita yg dicintainya selama mana pun, maka sebenarnya lelaki itu adalah berdusta.. SYAITAN katanya..

jangan terima mana-mana lelaki kecuali yang datang melamar untuk dijadikan isteri.. 

kemudiannya, syeikh ada mengatakan, jodoh itu kuasa Allah, bila mana Allah mengizinkan, maka akan terjadilah ia.. jadi tak perlu risau akan jodoh yang sememangnya telah ditetapkan oleh Allah..



sedikit gambar2 suwitt la kot :) ..
 nak katanya budak2 lagi.. bila tok kadi gtau walinya yakni ayah beliau.."6ti, bila ayah tanya.. ayah nikahkan syafika dengan sekian2.. syafika jawab.. saya terima dan saya redha.." pah2 budak dengan xdak perasaan ikut jer.. macam dialog tv.. huhu.. kalo aii.. nangis sudah... sedih kot.. nak lepas dari tanggungan ayah.. huhu





bersama mak ayah beliau

eh..sesat pulaks beliau nie.. hehe..
p/s : hati mula risau jika cinta terhadap makhluk melebihi yang ESA.. fitrah yang gusar menjadi fitnah.. moga dipermudakan yang halal.. amin ya Rabb..

7 Jun 2013

jadilah hamba yang bersyukur


Assalamualaikum...  :)

Rasa lunak je suara memberi salam. walhal musim kedemaman berlaku dikhatulistiwa ini. :) ngade la sangat ayat ni. Alhamdulillah.. syukur.. syukur.. syukur.. segala aturan Allah sedang berjalan dengan sempurna. Masing-masing sedang mengalami masalah suara.. boleh ganti ella dan ramli sarip.. :) . sedangkan kita tahu maha baiknya Allah memberi sakit ini adalah untuk mengingatkan hambaNYA, ada "dosa" yang ingin dihapuskan.. subhanallah.. maha baiknya Allah.

Beberapa hari ini saya terfikir akan masalah diri.. sebulan sudah tidak datang uzur..akhirnya bila sudah semam2 begini, baru datang haid. lalu saya meneroka permasalahan ini di page fb dr.hamid dan juga blog Dr. Hamid arshad untuk merungkai permasalahan. sudah 3 bulan berturut2.. setiap kali datang haid mesti saya demam. perihal sakit begini adalah sebagai perkongsian untuk yang lain supaya berikhtiar menjaga diri. Alhamdulillah.. kehidupan saya normal berbanding kawan2 yang kadang2 3kali setahun je datang haid.. dahsyat2.. sayangilah diri anda ye..

Hari ni sehingga esok.. kerja saya shif.. 24 hours :) becoz ganti shiff semalam. semoga kuat dengan demam2 yang masih berbaki. berdoalah di hari jumaat ini.. semoga barokahNYA sentiasa memayungi kita. hurm... rasa nak makan sup je sokmo ;( .. xjamah pon makanan kenduri tadi. xselera kot.. hari ni walimah adik sepupu yang berusia 17 tahun..gigirl tuh :) jodoh sam[pai awal.. dari malam tadi bertungkus lumut dan lumat menyiapkan baki2 kerja. Iallah, mudah-mudahan berpanjangan jodohnya..

p/s: dalam kesibukan walimah ini, ramai pulaks yang memfokuskan perihal saya :) kenapakah.. semoga yang baik2 disyukuri.. yang mane tidak diterima hati anggap sebagai ujian diri.. fi amanillah.. Allah maha baik :)

4 Jun 2013

take note!


Hati... masalah yang sukar diselesaikan. mujahadah yang mantop barulah bisa menundukkan segalanya. terasa ingin beruzlah dan menyepi seketika.. bukan lari dari masalah.. tetapi pergi mencari pintu kedamaian. Hijrah itu kan jalan -jalan kebaikan. IALLAH menuju ke penang minggu hadapan.

Pada hari ini saya tidak bekerja.. tetapi saya tetap mengada2 untuk mengisi kekosongan masa. Allahu.. kebelakangan ini saya cukup terkesima ditegur secara langsung oleh yang maha esa. membuak-buak perasaan bercampur aduk dengan pelbagai lagi perkara yang berlaku..


Sikap "mungkir janji" masih belum dapat diterima. seseorang telah berjanji dengan saya pada suatu hari. hampir tiba disaat pertemuan, beliau cuma memberi alasan yang mungkin dari pihaknya tidak dapat dihindari. hati mula sebu.. menyirap darah memenuhi wajah namun air juga yang keluar.. mata yang tiris ;) .. entah! saya merasakan kenapa saya boleh menangis untuk seseorang yang tiada apa-apa pada ketika itu. saya mula bermuhasabah dan memohon petunjuk tuhan. subhanallah!! lantas Allah memberi ilham suatu perumpamaan. saya terkedu melalui detik itu.. sedarlah saya bahawa, "saya terlalu mengharapkan kesempurnaan" dalam kehidupan ini.. Allahu Allah.. terdiam sepanjang malam memikirkan apa yang berlaku pada hari tersebut!

Setiap hari saya memerhati dan memahami gelagat dan juga cara hidup manusia. kekadang kita sendiri gusar memikirkan bahawa apa yang berlaku dibelakang kita. jika kita sentiasa mengambil sikap manusia sebagai petunjuk kehidupan nescaya lemahlah diri dan jiwa andai kita tidak sekuat yang dimaksudkan. begitulah yang dianjurkan oleh agama supaya meletakkan syariat dan pandangan tuhan dalam amal seharian. pandangan manusia pon perlu supaya diri kita ada "cermin" yang menunjukkan baik buruk seharian. Ambillah teguran dan nasihat mahupun cercaan orang terhadap diri kita. berjiwa besar?? sukar bukan. kata ustaz azhar idrus "kalo nak cari redho manusia, kita akan tua dalam pencarian kita" 

Rasa sedang bermuhasabah pulaks.. iye! hidup ini perlu bermuhasabah selalu. mohon sangatlah pada ilahi.. agar jalan yang dipilih ini adalah yang terbaik pada pandanganNYA. meskipun jiwa kosong.. meskipun hati senyap tidak terasa.. namun panggilan dan jawapan istikharahnya juga yang menetapkan janji. semoga pengakhiran kehidupan ini adalah redha Allah dan untuk akhirat semata-mata.. biiznillah.. 




1 Jun 2013

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim..
Hasbunallah wani'mal wakil..  :)

Hari yang panjang dilalui sepanjang tempoh percutian ini. Sungguh!! bila kita menghitung kebaikan, menghitung amalan yang baik. panjangnya masa dilalui, jika buat perkara2 laghoo2.. tengok tv, movie dan game.. sekejap je masa. Sayangnya Allah pada hambaNYA, Alhamdulillah.

Meniti fasa sebuah kehidupan alam baru.. hee.. debor2.. insan yang baik itu seringkali tenang dan sentiasa mempermudahkan. moga2.. perjalanan hidup akan datang seiring dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Alhamdulillah :)

tengahri tadi bawa kembar dan marwan bersama mak sedare kesayangan mereka bertiga pergi icT .. kat mengabang telipot. asalnye nakgi seberang takir.. pulaks hujan.. lepak aje yepi kedai adik beradik tu. layanan failed!! memang patut xde orang nak makan situ.. "ambik sendiri kak!" "layan diri lah" "pilih sendiri" itu je ayatnye...pulaks..antara pekerja pn tengah bergaduh.. memang xde nurr la kedai ni.,hurmm,,,,namun dapat bawa 3 sikecil ni pon dah bersyukor dengan kerenah pelbagai ni. Alhamdulillah :)

malam ni perlawanan bla sepak antara jtd dan pahan namun saya memilih ketenangan..hihi.. baik dengar qasidah secara live dari habib di shah alam.. maulid mega. Alhamdulillah :)

hari selasa hari tu saya pergi mengurut dengan makteh d,syifa.. hilang sekejap..pah2 jadi semula sakit2 tu.. pah2 malam tu saya minta tolong mak saudara yang merupakan bidan moden ni mengurut.. sampai jam 11.30 malam.. masih tidak dapat tidur dengan lena.. hari rabu bergerak ke setiu.. saya drive,,,, hoho.. tekang!! mengurut pulaks dengan mak sedare yang maha perkasa ni.. habis lebam dan kalo orang tengok. jadi kes dera munasabah.. hilang sekejap sakit2 ni.. tetapi muncul semula.. kul5 petang tu saya gerak ke tok jembal untuk bekam.. 8 cup.. ambik yang sunnah.. tengok adik buat macam xsakit.. tapi kenapa kita buat sakit..hhuhuhu,,pah2 barulah tuan tanah habaq mai "adik ada gangguan kan? sakit cket lah" hampir sejam jugak menahan sakit.. Allahu!!!! lepas tu.. angin taufan keluar xhenti2.. kepala still berdenyut2.. habis rawatan kul8.. pah2 kul 9 i ambik adik2 asrama sebb ada program esok.. kul10.30 kuar makan. kul12 malam baru dapat lelapkan mata.. tanpa lena.. masih sama keadaannya.. esoknyer setelah abis program di batu buruk.. malam tersebut.. mak pulaks jadi tukan urut sambilan.. nikmat tidur masih ditarik..  :) apapon.. Alhamdulillah.. siangnye segar dan bersemangat untuk aktivti harian.. Alhamdulillah.

lawatan kl-selangor alhamdulillah. berjalan dengan lancar dan semuanya atas barokah dan inayahNYA. Alhamdulillah.. kongsi gambor jelah deh :)









21 Mei 2013

kak.. senyum r cket..


Bismillah.. Allahuahad.. 3 malam berlalu tanpa rasa lena yang panjang.. perihal  makhluk halus yang sentiasa mengganggu. Mereka tidak puashati dengan apakah tidak pasti. penghuni setiap malam..selalu ada yang pengsan.. kekadang diri pon tidak mampu untuk menyentuh. automatik akan tersalur dengan cepatnya. Allahu! ubatnya adalah ayatul ruqyah!!chaiyok2.. kalo jumpa ust mad kan.. kena "dera" pulaks. xterbangun besok kalo pigi berubat

SYUKUR.. kerana masih diberi nikmat dalam banyak2 nikmat yang ada. mungkin yang kita rasa, orang lain xdapat rasa. mungkin yang kita tidak dapat rasa orang pun berlari2 cuba mendapatkannya. Subhanallah!


"ujian menimpa..menekan dijiwa..mehnahmu itu penghapus dukaku..mengganti hukuman di akhirat"

:'( bila mengingat kembali zaman2 terdahulu yang penuh jahiliyyah.. Allahu..bagaimana mampu bersihkan diri. begitu termampu sebagai hamba hanya boleh bersedekah.. supaya mampu membayar dosa-dosa kecil yang ada.. kekadang mohon doa anak2 yatim supaya diri ini istiqamah dengan apa yang ada sekarang ni.

kepala masih berdenyut2.. tahap gunung kinabalu sudah.. melihat anak2 yang kesibukan nak menggunakan komputer..cari ubat lah dan pelbagai lagi.. sorang dah kena baling kotak tisu.. yang nak masuk opis pon sudah pandai menerima hakikat bahawa sesungguhnya.."KAKNA SEDANG BADMOOD" sudah takut-takut sudah nak menegur.. tu tandanya hormat ke atau tanda menyampah?huhu.. tengah pikir lagi!!
"kak na.. senyum r cket.."
"sayang.. sombong deh..malas rr care ke kak"
"oh my darling i love you.."
"kak.. makan dop agi?adik ipor xmakan lagi ni"

gelagat harian yang sering membuat senyuman tanpa henti. kekadang manusia yang lemah ini juga sukar mengawal hati dan tidak mampu menundukkan amarah..maafkan akak dik :'( .. 

************************************
cerita semalam :) 

ketika mau pulang ke sungai ikan.. saya menunggu bus di hentian batu6. ada driver bus transnasional yang sedang tegang mukanya menunggu penumpang yang tidak kunjung tiba. bas tersadai ditepi jalan. driver tu muda lagi la kirenye..
"jauh x gong badak dengan batu 6?" tanya beliau..
"dekat tu xjugak.. tapi xjauhlah" jawab saya
"tu la manusia. kata nak sampai doh..tapi xsampai2 lagi " bebel driver tu..
"sabor la pkcik..semua orang ada masalah.. dia bukan sengaja tu" pakcik tu terdiam..\
"doh..saya bulih naik dop?mcm xdop orang je.." 
"eh mane boleh.. bas tiket kang ni..nak balik kota baru ker?"
"owwoh..kire teh ngan kita" nada berpura2 mengajuk.. xlama kemudian sampailah penumpang yang ditunggu2. sebelum melangkah ke tempat driver.. tetiba driver tu memanggil
"mai la nak naik gak.."
"hah!! yeke.. yeay.. ni baru betul prihatin" maka berlari2 mak la saya menuju ke arah bus. siap ambik seat sebelah driver.. banyak yang diborak panjang.. dalam banyak2 story.. mau jugak driver tu.. bercerita bab kawin.. alamak.. larikkkkkkk... xde isu lain ke en,driver..

"umur bape doh?" tanya beliau..galoks matanya..
"muda agi..baru nak masuk 25"
"tua doh tu.. molek nikoh la cepat.. ada orang xlagi?" kegatelan terserlah
"ada doh.. kite tunang doh.. dok kan nak kabo belake ke orang.."
"doh ustaz orang maner?"
"ha?ust?eh..tahu mane tunang kiter ust? ke kenal kiter?haha"
"tengok gaya mu pon tau doh tunang mu ustaz"
"kita bukan ustazah pok eh.. kita kije kuli2 gitu je"
"dok soh simpan lame2 la mek.. nikoh la derah..xrugi eh.."
"haha.. baip2.. saya ikut perintah en.driver.. doalah deh.. moga ustaz saya tu cepat kaya kumpul duit nak nikoh..doa drebar makbul sebb dia jalan jauh..haha"
" gini la kije drebar.. letih"
"keje mane2 pon xdop hok dok letih.. berhenti tepi sejid sungai ikan tu neh..rumah kita situ.."
sekian!! macam ne abang drebar ni boleh kasyaf..haha...

cerita penuh "haha" tapi hati "huhu" .. begitulah insan.. bercerita tanpa jiwa.. esok moga ada senyuman

"kak na.. senyum r cket.." :")