BISMILLAH WAHAMDALAH..
SUBHANALLAH.. SYUKUR..
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan rasa ringan maupun berat.." (At-Taubah : 41)
Diberi kesempatan untuk menghadiri golongan "pembangun ummah" banyak "tarbiah secara langsung " kami dapat..huhu.. secondday lewat datang sebb bertugas tengahri, mencari2 parking. akhirnya masuk ke tempat khusus untuk perwakilan. bertanya kepada unit amal "xde kekosongan ke pakcik sekitar sini?" jawab pakcik tu "masuk terus belok kiri untuk naik atas..jauh sebatu pon xpe..niat kita ikhlas datang nak berjuang kan!" puk!puk! sebutir atas palo. hehe,.. dengan senyum kami pon mendarat ke sana. xde la jauh sangat. huehue. Alhamdulillah
Alkisahnya jumaat petang tu ada usrah di rumah kak ina. selepas tu, kami mengambil keputusan drastik lepas maghrib untuk pergi membuat rawatan resdung di kampung sungai kandis area bukit naga tu. namanya "wak hasan" .. sampai dirumahnya..rupanya anaknya yang buat.."u.adli" .. hensem. single dan muda lagi..hehe..seganlah kami bertiga yang single mungle datang ni. rupanya ayahnya sudah arwah. dan anaknya inilah yang diperturunkan ilmu.. sepanjang rawatan berlangsung...sejam kot keluar air mata.. bukan menangis..huhu.. selesai rawatan, demam terus sekejap..suara pon berubah. dapat senarai pantang larang makanan..huhu..kuruih la ambo.. 3minggu kena pantang dan dah 3hari kot xmakan daging..hari tu pon mujur ade ikan gelama. yang pasti bila tengok ayam..dah loya..xlalu..huhu... Alhamdulillah..ringan muka..dan kaedah rawatannya sangat superb.. ANDA MEMPUNYAI MASALAH RESDUNG?? Boleh cuba RAWATAN SECARA TRADISIONAL DI AREA KLANG/SHAH ALAM ni.. INSYAALLAH!
Hari sabtu bermulanya tugas sebagai "nisa'" untuk membantu tugasan indoorgame. Alhamdulillah, sambutan hangat..Suasana subhanallah..terik mentari..sekejap je muka jadi cam udang..huhu.. satgi nak walimah camne..hehe..apapon..xpelah..nak infaq diri dalam jemaah islam ni banyak kena korban. saya dalam kategori mewarna.. tetiba zaujah tuan guru nik abdul aziz singgah sekejap kat pentas untuk melihat aksi anak2 sementara nak ke lapangan terbang kul11pagi. kami xperasan pon tok guru ada dalam van putih betul2 depan pentas kami.huhu..minta Datin untuk menyampaikan hadiah dan saya mengiringinya. Sebelum tu saya berbasa basi dan sembang serba sedikit dengan datin, mau je minta datin menyampaikan kepada tuan guru supaya mendoakan saya dan psangan untuk akan datang tetapi kelu pulop dan rasa macam xsesuai..huhu. selesai pembahagian hadiah, saya menyusun meja dan xperasan datin nak pergi tetapi bila saya pandang belakang saya lihat datin mencari mata saya dan ingin memberitahu mereka nk pergi.sempat menyalami.huhu
Selepas kategori mewarna selesai, kids got talent plop berlangsung.. bagus betul bakat adik2 ni. dan harun salim bachik antara juri dan sorang lagi saya xberapa kenai.. ade seorang adik ni masuk kategori bercerita, tajuknya "pkok kelapa adam" .. yang ada kat pentas pasti takkan lupakan adik ni..hehe.. siap menangis menceritakan betapa adam sayang pokok kelapa.. im sure.. salah satu dia menangis sebab kami gelakkan dia secara berjemaah..huhu.. adik ni memang lawak.. "pokok kelapa sayang adam" pon ada dalam cerita dia.. haha.. buku mane la adik ni baca. ada plop persembahan pembukaan oleh adik yang xmasuk bertanding tetapi isi masa dengan persembahan suka2. adik ni umur 7 tahun, lelaki.. berqasidah solatun. memang superb..semua org rakam beliau..kecil comel..keseluruhan qasidah tu dia hapai.. memang terer la. Alkisahnya, masa pendaftaran tu dia xnak masuk bila dah tutup beria2 plop nak masuk siap merajuk ngan mak dia. mak dia plop merayu2 pada saya..huhu..tu yg bagi jugak buat persembahan pembukaan. huhu. macam2 kenangan manis. Alhamdulillah. sempat bertemu sahabat2 tercinta dan juga bakal2 yang ada.
Begitulah definisi pengalaman dimedan perjuangan. kecil aje peranannya tetapi jangan pula kita buat sambil lewa. setiap orang ada peranan masing2. bekerjalah untuk islam. selayaknya yang merasa kalah ialah orang yang tidak membantu untuk membuat amal2 islami. semoga saya, anda dan kita semua istiqamah fisabilillah.