30 Dis 2010

Takkan Lupa Pada LaTansa




Assalamualaikum W.B.T






Alhamdulillah. Syukur Kehadrat Ilahi. Diberi Masih Nikmat Iman Dan Islam. Masih Belum Bertenaga Ingin Bercerita Kisah2 Manis Dan Masin Sepanjang Sebulan Perjalanan Tarbiah Ini. Tibanya Dibumi Terengganu Pada Kul8.35 Malam Di Mbkt Dengan Deraian Hujan Setelah Bertolak Dari Kuantan Pada Jam 4 Petang. Sebelum Tu Dari Kul10 Pagi Pusing2 Sekitar Jerantut Bersama Urusetia Yang Sentiasa Membantu Dari Belakang Sepanjang Program, Abang Faiz. Kesibukan Kerjanya Tidak Menjadi Satu Halangan Untuk Meraikan Kami. Syukran!!! Tiba Dirumah Hampir 10.30 Malam Disambut Anak2 Tercinta. Riuh Rumah Setelah Sekian Lama Tidak Melihat Diri Ini. Ternyata Fateh Pon Demikian. Tersenyum Riang. Bekalan2 Untuk Merosakkan Gigi Telah Ku Belikan Semuanya Dari Adiberadik Coklat. Alhamdulillah.Ibu Tercinta Sihat. Pagi Esoknya, Ibu Mengajak Seawall Jam9 Pagi Ke Sekolah U Menemaninya Daftarkan Adik.Keterpaksaan Menjadi Rela Dan Sempat Lagi Membawa Notebook Kesayanganku Ini. Sepanjg Disekolah Asyik O9 Je Dan Berjumpa Sahabat Karib Yang Telah Berkhawin Dan Mempunyai Seorg Anak. Sentiasa Bermasalah Dalam Rumahtangga,Camputangan Keluarga. Dah Hampir 6 Tahun Pon Bernikahnyer. Moga Dia Tabah. Hari Ni Searian Bersama Anak2. Semua Meninggalkanku Sendirian Untuk Menjaganya. Betapa Mitahlinya Diri Ini, 3 Daripada 7 Demam.Huhu. Ape Punyer Mak Sedare Nih.. Tak Terjaga.. Kesimpulannya Bab Kawen Sila Tolak Tepi Dulu :D


Kisah Di La Tansa



Disambut Ketibaan Kami Ditemerloh Pada Jam 10 Malam Dengan 4 Biji Kereta. Terharu Betul Semua Urusetia Turun Padang. Sanggup Dating Semata2 U Menyambut Kami. Kat Mane Lagi Nak Jumpa Ukhwah Sebegini. Terlalu Meraikan. Riangnya Tergambar Diwajah Abang Ed,A.Atif,A.Yo,Zaki, A.Faiz Melihat Kehadiran Kami(Mayb..Hehe). Bermulalah Episod Kehidupan Dengan Meeting Dan Pertukaran Pengarah Yang Agak Kalut.. Ust Ahmad Dasuki Turut Menyertai Meeting Dan Banyak Member Nasihat.N Pada 13 Hb Bermulalah Kem Pertama Yang Diberi Nama “Kem Intelektual Sufi” Sis Selaku Setiausaha Keseluruhan Pogram Perlu Memastikan Peralatan Mencukupi Dan Berjalan Lancer Dengan Segala Kelengkapan Yang Diperlukan. Peserta Lelaki 34 Org Dan Pmpuan 17 Orang. Kem U Pelajar Tahfiz Ini Sangat Membutuhkan Semangat Yang Tinggi. Dikalangan Mereka Ada Yang Berbelas Juzuk Dah. Kerdilnya Diri Ini Sebagai Fasi L , Apapon Adik2 Ini Banyak Mendidik Kami Sebagai Fasi. Pada 18 Dis Tamatlah Satu Kem Dan Pada Petang Kem Tersebut Juga Sampai Pula Anak2 Yatim Almunirah Seramai 26 Orang. Terdapat Sedikit Krisis Namun Dapat Diselesaikan Dengan Baik. Perjalanan Pogram Yg Dihandle Oleh Abang Y0 Banyak Membentuk Pengalaman Hidup Yg Memerlukan Usaha. Sampai Ade Group Yang Menangis2 Sebab Xdapat Habiskan Check Point. Setelah Itu Berakhirlah Pogram Pada 22 Hb. Dan Pada Petang Tu Jugak Abang Yo N Fasi2 Min Lain Pulang Ke Kg. Meninggalkan Kami Mujahidah2 Untuk Melksanakan Kem Srikandi Pada 24 Hb-26 Hb. Pada Kem Ini, Bersikap Tegas Terhadap Insan2 Istimewa Dari Baitul Islah. Pusat Pemulihan Jiwa. Teruja Sebenarnya Bersama Mereka. Ujian Yang Sangat Hebat Dan Tidak Mampu Untuk Kami Tempuhi. Allah Itu Maha Adil Dan Bijaksana. Sepanjang Bersama Mereka, Ada Ketika Fasi Asyik Menangis , Sedih Dan Empati Yang Cukup Tinggi, Moga2 Mereka Tabah Mengharungi Hidup Untuk Akan Datang.


Muhasabah Hamba

slot Yang Tidak Mampu Untuk Sis Lupakan. Kem Sebelum Ni, Dihandle Oleh Adeq Sis Yang Hebat. Deq Soff Yang Mane Bait2 Ayatnya Sanagt Menusuk Kalbu. Kini.. Untuk Kem Srikandi Dalam Keadaan Mamai,Baru Bangun Tidurr Kerana Sis Sanagt Mengantuk Pada Malam Tu. Terus Ke Dewan. Video2 Berkaitan Dipasanag Dan Kesannya Baru 30%. Automatic Sis Memegang Microfon.. Rase Beku Dan Sejuk Kaki Untuk Memberi Inzar Pada Malam Yang Sangat Hening. Alhamdulillah, Allah Yang Memberi Segala Kemudahan. Setiap Bait Ayat Adalah Daripada Allah. Misi Berjaya Lah Pada Malam Tu. Mane Taknyer Dengan Sis Dan Fasi2 Lain Semua Mennagis. Dan Yang Cukup Syahdu Setelah Muhasabah Masing2 Terus Solat Sunat Taubat. Kat Mane Lagi Nak Dapat Kem Sebegini. Moga Allah Memelihara Hamba2nya


Marwa Hasanah




Nama Glamour Yang Digunakan Sepanjang Kem. Menjadi Satu Bahan Gurauan,Ketegasan Dan Sebagainya. Ade Yang Memangginya Kak Senah Dan Kak Ida.. Macam2 Ragam. Namun Itulah Kemanisan Yang Berbayar Dengan Kerenah Mereka. Nama Ni Cukup Dikenali Semasa Kem Srikandi Myb Terpaksa Bertukar Menjadi Disiplin Setiap Masa. Kalaulah Boleh Hanya Ingin Mesra2 Tetapi Dah Diamanahkan Namun Penerimaan Mereka Sgt Baik Walau Tegas Mcmne Pon Sebab Ibu Dan Ayah Iaitu Pemgiring Mereka Lagi Tegas Sebenarnya.


Asap Ukhwah

Slot Memasak Dikendalikan Waktu Kem Tahfiz Dan Kem Srikandi. Dua Kem Namun Cara Yang Sama. Usaha Mereka Untuk Dapat Sesuap Makanan. Kem Tahfiz Adik Muslimin Sgt Creative Dan Tidak Terjangkaulah Oleh Fikiran Kami Cara Mereka Buat. Cuma Kem Srikandi Hanya Memerlukan Masa 2 Jam Berbanding Kem Tahfiz Yang Yang Memakan Masa Sepagi. Muslimat Power!!Hehe. Betapa Creative Nye Adik2 Ini Wlaupon Mereka Sebenarnya Kakak Dari Kami. Hasil Dari Masak Mereka Terciptalah Pelbagai Jenis Makanan Yang Ok La Untuk Dimakan. Sangat Seronok Mereka Dapat Melakukan Xtvt Sebegini.


Sungai Yang Takkan Dilupakan.


“Ade Tak Mandi Sungai ?” Itulah Ayat Pertama Yang Ditanya Oleh Pesrta Bila Datang Kem. Pelbagai Xtvt Yang Menarik Turun Sungai Qiamullai Dan Zikir Pada Subuh Hari. Sampaikan Ade Fasi Yg Hampir Lemas. Pagi2 Air Sgt Laju. Sukaneka Turut Dilaksankan. Iallah, Tidak Ada Sesiapa Yang Melupai Sungai Tu. Semuanya Terpahat Manis.


Adik2 Murai

Kem Anak Yatim Almunirah. Kali Kedua Kami Handle Dan Mereka Pon Sudah Mengenali Kami. Peserta Termuda 9 Taun. Comel2. Mcm Sis Ade Sorang. Sejibik La Kalu Mase Kecik.Hehe. Kerenah Mereka Sgt Sukar Dilayan. Banyak Mulut Dan Akhirnya Sis Memanggil Mereka Murai. Sepnajang Kem Tersebut. Memang Mereka Tensen Tapi Akhirnya Murai2 Ini Lah Yang Akan Mereka Rindui. :D

Orang Asli Pon Pelik!!


Kembara Sufi.. Perjalanan Memakan Masa 12 Jam. Bermula Jam 4 Pagi Hingga 4 Petang. 3 Kali Plop Tu Bagi Fasi Mat Sebab Ketiga2 Pogram Semua Melalui Trek Yang Sama. Allah Saje Yang Tahu. Abang Atiff Gtau “Orang Asli Pon Geleng Kepala Lihat Kita Sebb Dorang Pon Xpernah Lagi Jalan Sampai 2,3 Kali Mcm Kita. Perjalanan Yg Sgt Jauh” .. Memang Betul2 Gila. Huhu.. Akhirnya Kaki Ini Dapatla Sedikit Upah. Melecur Terpijak Batu Untuk Kem Yg Ke3. Sanagt Bersemangat Conduct Perjalanan. Sampaikan Kami Ingatlah Jalan Nak Ke Tempat Perhentian Kembara Ni.Muslimat Memang Power. Dalam Perjalanan Tu Kami Akan Melalui Perkampungan Orang Asli Kaum Negrito Dari Suku Kaum Temiar. “Ailow Kabar” Sis Ajar U Kem Srikandi . Bahasa Ibunda.Hi3. Bersemanagt Mereka Hafal. Tapi Sis Warning La Jangan Say Hay Pada Orang Asli. Hanya Sis Je Yang Bleh. Kui2. Sesi Memasak Menggunakan Ten Dan Buluh Di Conduct Oleh Abang Komander(Abg Ed) Bila Tiba Disungai U Istirehat. Betapa Semanagt Ust Ahmad Dasuki Dan Ayah Tangkap Ikan Sampai Habis Satu Sungai Dapat. Memang Xpercaya. Sangat Menyeronokkan.


Malam Kesenian Islam Dan Bbq

Acara Wajib Setiap Kem. Persembahan Yang Sanagat Menarik Dari Adik2. Kelakar Pon Ade. Siap Kami Buat Rakaman Dan Tak Abis2 Gelak Bila Ulang Kembali. Sesi Kejar Mengejar Abang Ed N Hakim. Huhu. So Sweet.. Moga Kalian Sentiasa Menjadi Insan Bermanfaat


Setulus Hati

Untuk Semua Fasi2 Samada Min N Mat Yang Sis Tolong Carikan Amanah Dari Ust Mad. Ampun Dan Maaf Segala Kekurangan. Berada Hampir 3minggu Banyak Membentuk Emosi Dan Kematangan .tentatif perjalanan yang agak celaru awalnya.


Adik Wan Yang Awal2 Dah Sakit. Semangant Ubi Kayu Adik Khairi.Hehe..Seynuman Mesra Adik Madi Yang Baru Dikenali.. Kennagan Terperanjat Bersama Khairi Pasti Takkan Dilupakan..Hehe..”Cepat Jalan..Slow2 Cakap..Kekgi Kak Nad Dengor” Ade Je Sokmo Ayat Dia Bila Kembara Bersama. Semnagt Kental Deq Awat Tuan Solahuddin Dan Kuat Tul Makannya J Dan Sufi Wa Tawadduk Syeikh Mahmud Yang Asalnya Kami Lihat Janggal Untuk Bersama Adik2 Dan Akhirnya Berjaya Menyesuaikan Diri..Katanya Seperti Berada Diluar Negara. Apappon Terbaik La Kamu Walaupon Perkara Tak Boleh Kami Lupa Korang Suka Qada Tido.. 2 Orang Tido Sepagi Dan 2 Orang Lagi Tido Spetang. Aci Ke Gini? J Apepon Kenangan Manis Bersama Kamu

Buat Sahabiahku. Cik Norm Yg Sangt Memhami Dan Sering Member Smenagt Dan Teguran Bernas. Buat Syira Yg Di Uji Dengan Adiknya Dan Terpaksa Balik Awal Dari Kem. Moga Tetap Kuat Semngt. Kenganan Kembara Dan Makan Talam Sampai Merajuk2 Pasti Takkan Korang Lupa. Sobar Yang Tak Leh Lepas Dengan Fakrullahnyer.. Hu2..Betul2 Bakal Ibu Mitahli.. Telatah Dengan Danial Yg Pasti Kami Rindui. Dan Fasi2 Baru Sampai.. Ain,Bi,Huda.. Kalian Dah Bagi Yg Terbaik. Terimakasih. :D


Kepada Urustia

Abang Ed :Yang Telah Banyak Bersusah Payah Sebelum Kem Lagi Untuk Memudahkan Perjalanan Kami. Walaupon Apda Awalnya Demam Teruk Dan Ada Penyakit Lain Lagi Tapi Semnagat Kuatnya Banyak Member Inspirasi Kepada Kami. Ilmu2 Hutan Turut Dibekal Kepada Kami. Tenkiu..

Abang Yo : Pengarah Dan Cikgu Kaunselor Yang Sangat Sporting. Nak Belajar Berlapang Dada. Inilah Orangnya. Walaupon Maslah Demi Maslah Namun Hadapi Hari Dnegan Ceria. Banyak Modul2 Kami Dapat Dari Abang Yo..

Abang Atif N Kak Ema : Orang Kuat Kem. Yang Selalu Menceriakan Keadaan. Tidak Pernah La Tertekan Walau Penat Mane Pon. Kak Ema Yang Menjadi Icon Kami. Walaupon Sibuk Dengan Anak2 Masih Kecil Selaku Tukang Masak Lagi ..Fakrullah 4 Bulan Demam Teruk Masa Kat Kem. Ainun Xterjaga.. Tapi Sangat Cekallah. Kami Xmampu Sperti Mereka Yang Sanagt Kuat Bekerja Dan Mengorbankan Segalanya Demi Kem Ni. Telatah Abang Atiff Yang Sentiasa Gelak Ketawa Dan Menyelesaikan Masalah Dengan Tenang, Cukup Membuktikan Wibawa Pemimpin Kepada Kem Ini. Tahniah Abang Atif N Kak Ema.

Zaki Yang Sentiasa Memberi Sumbangan Walau Dah Bekeluarga.Sebaya Dengan Sis Ni. Rezeki Dia Dulu.Hehe.Takpe2..Sabar.. Abang Faiz. Yg Banyak Bagi Support Pada Sis. Tok Penghulu Kampong Ni Dan Suk. Membantu Menyiapkn Surat Dan Sebagainya. Cari Penceramah Dan Lain2 Yg Berkaitan.Sanggup Wakaf Keta U Fasi N Kem.Dan Menghantar Kami Sampai Ke Kuantan Kebetulan Ada Urusan Kerja Moga Allah Merahmatimu Selalu. Ust Fuad Yg Nampak Juga Muka Pada Akhir Pogram. Dah La Tak Nak Antor Kami Balik. Tapi Takpelah..Hehe.. Banyak Membantu Dalam Menyiapkan Kem.

ust Ahmad Dasuki Yang Memberi Kepercayaan Kepada Kami, Moga Allah Membalas Dengan Syurga Setiap Perkara Yang Ust Telah Berikan Kepada Kami. Siap Ade Blazer Lagi U Kem Kali Ni..Memang Kemas Boh..Hehe.. Syukran Kathir Ust. Banyak Ilmu Masa Kembara Bersama Ust..


" la tansa ni abadan wazakkirni fid dua' "

11 Dis 2010

La Tansa Ni Abadan..


salam selaut kasih buat rabbi dan nabi junjungan muhammad yang dicintai..

kitab turath

alhamdulillah..selesai mengikuti kelas kitab turath yang membincangkan perihal solat melalui kitab "muniyatul musolli" . meskipon sedikit kecewa slot yang terakhir tidak dapat menyertai kerna kalah dengan duniawi. Astagfirullah. majlis ilmu yang jarang2 ditemui di waqi kampus disini. betapa masih banyak lagi kekurangan dalam aplikasi solat dan perihal air dan wuduk. Allahurabbi, betapa halusnya kaedah dan setiap yang dipelajari dalam mazhab syafie. tidak menyusahkan ummat islam namun menyempurnakan sesuatu kesempurnaan. petang semalam pi area bandar bantu sahabat yang sakit untuk berubat. moga sedikit mendatangkan manfaat. syukran pada tok guru dan romatenye sanggup bersusah payah walaupon banyak kerja perlu dilakukan lagi. buat romatenya. do the best. moga sekalipon bukan kemenangan menjadi keinginan tetapi teruskan belajar dari pengalaman. orang hebat ni. Iallah.

la tansa ni abadan..

kem La Tansa sudah sampai waktunya, petang ni akan ke mbkt dengan sayunyer berjalan kaki.huk3. xde orang nak antor. alangkah rasa sedih dan susah hati diriku ini. namun anggaplah jihad walaupon susah namun sebagai mahar ke syurga. Iallah. modul2 untuk kem masih belum sempurna, kul4 petang akn bertolak dari mbkt-temerloh. bersama sahabat2 yang menjadi kekuatan pada ku ini. kami bersama2 iallah mengharungi mehnah.

cik norm : jangan men2..datang awal.. dah ler jauh tu. dari kelate nak mai ganu
deq syira : haa..tengok jam betul2, kan saloh lagi..tinggal bas lagi. mujuq tiket ade ngan orang len.hehe
ukhti sobar : bersabarlah dengan mehnah yang bakal kamu tempuhi. k. moga2 ada hikmah :D

urusetia semua dah berkumpul, abang yo pon dah memanggil untuk setup modul. abang ed n a.atif dah standby untuk ambik dengan kuda2 serta abang faiz yang sudah sedia berkhidmat dalam kesibukannya. doakan kami selamat sampai.

14-18 : kem intelektual sufi > untuk pelajar tahfiz
20-24 : muslim smart camp > untuk anak2 yatim
26-30: kem kebangkitan serikandi(KERIS) > untuk remaja perempuan yg bermasalah sosial

doakan perjalanan ini dipermudahkan.

mak n ayah. doakan anak mu ini walau xsempat duk rumah.rasanya sehari je sempat balik dalam sebulan ni. moga2 semua ni untuk jaminan mak ayah. kepada anak2 cheya,

azizah@kakak 10 tahun, dah terer berfesbuk. jangan laghoo2.. study molek2.
yani 8 tahun: dah2 ler malas nak solat n buat keje, belajar pon kurang,
muzammil 6tahun: asyik game je keje dia. dah terer dah men game kat hanset n laptop.
aufa 5 tahun : tahun depan nak masuk PASTI dah, jangan manja2 lagi ye.
aiman 6 thun n citi fatimah 4 tahun : duk ngan nenek, jangan nakal2. jadi budak baik.
yazid 2 tahun : jadi anak yang soleh...
fudhail alfateh 1 thun : cheya sayang kamu. sempat sehari je bersama2. moga2 menjadi anak soleh.jangan menyusahkan ummi yer.huhu.. nak dapat baby kembar kan.

Tahniah buat acik. n buat along. tahniah jugak,entahkan betul atau tidak dia pregnant. harap2 bertambahla zuriat pok wei n mak limah. kadang..dah penat jaga anak orang jadi xmau pulak anak sendiri..huhu.. lurve my family.. (^_^)V

4 Dis 2010

berhijrah sekalipun sukar


Allahurabbi..pemilik hati..yg memberi hati dan menjaga hati..
salam dan selawat pada rabbi. sedang menunggu kedatangan my bro..(^_^)V

hampir sudah semua umat islam muzakarah..diskusi..maal hijrah.lagu pon dah semakin rancak menati ketibaan satu muharram.hijrah..berubah ke arah kebaikan.semestinya.meminjam kata2 syeikh hadi"berhijrah sekalipon sukar" memang sukar syeikh.. seronok dengan nikmat dunia ni.. ada sahabat memesan satu hadis "ingatlah ALLAH diwaktu lapang..ALLAH akan ingat kamu diwaktu susah" sangat benar. namun hambanya yang tidak tahu bersyukur,nikmat yang ada disia2kan. tahu sesuatu tetapi buat2 tidak tahu. moga sebagai umat islam. islah diri, hiasi peribadi dengan akhlak terpuji. perbaiki azam lepas yang tidak terlaksana dan mulakan azam yang baru untuk perubahan yang jitu..muslim mukmin yang muttaqin iallah. takbir!!!

pesan buat diri sis terutama :

hiduplah sebagaimana yang diingini,buatlah apa sahaja yang dikehendaki namun biarlah lebih baik dari semalam. sebagai hamba,sebagai manusia biasa jadilah hamba yang tahu bersyukur pada kurniaanNYa. teganya kaki ini ingin melarikan diri ke suatu tempat. namun doa rabithah itu yang mengikat. hakikat perjuangan> pada orang mampu faham erti perjuangan. moga medan tarbiah mampu "tazkiyatusnafs" "uzlah nafsiah" . mendidik diri dalam mendidik orang lain sangat bermakna. apa yang kita kata pasti kita akan buat. moga2 ALLAH melindungi hambanya ini yang selalu lemah dan lesu bila hadirnya "sesuatu" .

Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'

(Ali ‘Imran:103)


salam maal hijrah~

2 Dis 2010

"kenapa tak rogol saya"

salam,alaik..perkongsian buat para muslimah pembangun ummah.

Hilmi Halim

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


> buat para muslimah sekalian..jgn takut nak pi blok depan..nak kuar malam sorang 2kalu menuntut perihal amal islami..yakin..yakin Allah melindungi kita. tingkatkan amal.tingkatkan mujahadah..muraqabah..hidup untuk islam :D (^_^)V

29 Nov 2010

terima kasih puan


salam sebersih fikrah didada..

moga2 kalam dari hati mampu dihayati..

dalam kul11 bersiap ke dewan exam, terasa debaran.biasanya tak la sebegini.erm.. semua yang masuk ke dewan exam disambut oleh puan dan menyallaminya sebagai ambil berkat dan semanagat. tiba giliran diri ini..setelah bersalam terus puan mencium pipi ini. tergaman dan terharu. sebak terasa. sis sorang je diperlakukan sebegitu. malam tadi telefon puan untuk bertanya khabar pada tujuan utama dan tujuan lainnya untuk bertanya tentang kekeliruan soklan yang masuk exam dan sis menjadi orang pertama yang tahu puan mendapat cucu sulung.sangat bahagia puan ketika itu. puan berjanji untuk memberi sedikit hint u exam namun sampai ke pagi tidak ada..tetapi kami tak la mengharap sebab kawan2 semua ade dah bagi soalan spot. pagi itu puan menyatakan kemaafan sebab masalah tertentu. sis cukup kagum sikap perihatin puan. satu lagi puan kata berhutang dengan sis satu msj. hurmm..dah lama sis tu..puan masih ingat dia xsempat balas. allah.. cukup sis kagum dengan pensyarah yang merangkap kaunselor..hormat dan ambilberat.moga allah merahmati puan.terima kasih puan
alhamdulilllah.banyak nikmat yg telah allah kurniakan. pertama kali dalam exam tadi. blur saru soalan walhall semua telah dihadam sebaiknya. puas dah baca selawat,alfatihah ayat5. fafahamna.. tidak kunjung tiba juga jawapan 4 markah tu..akhirnya terpaksa bertanya kepada puan.. memang dijangka puan akan membantu.itu yang menyebabkan seusaha mungkin tidak bertanya. terima kasih puan.

banyak yang sis belajar dari puan. sekeliling tidak sempurna untuk dijadikan teladan tapi puan mampu membentuk satu teladan dengan keadaan sekeliing..huhu..faham ke tidak entah ayat nih. :) apapon terima kasih puan.

beliau adalah puan hafiah binti yusof
pensyarah unisza..ibu kepada kami..

22 Nov 2010

namanya sebuah kehidupan...


salam buat rasul junjungan..

Alluakhbar3x.. rasa lega yang amat.seolah2 dah abis exam rasanya. inilah penangan analisis data penyelidikan. kembali melihat2 sedikit sebanyak nota etnografi .Terlalu lambat pula masa berlalu. sedikit rasa terttekan dengan ujian yang tidak seberapa ini. lemah sangat sebagai manusia biasa yang mempunyai rasa hati dan perasaan.

ada yang terasa..

Entahlah,puas difikirkan dimana silapnya.sebelum ni hubungan okey je selalu berhubung berkaitan kerja yang telah diamanahkan. akhir2 ini genap hampir 3minggu,mesej tak terbalas,telefon xdiangkat. apa sebenarnya agak2 yang berlaku?risau juga bila kesilapan yang dibuat tidak diketahui atau tak disedari. puas sudah muhasabah dan risik-risik kembali namun buntu. tika ini,padaMU ya Rabbi,andai berlaku suatu fitnah,sis berlindung hanya dengan namaMU yang maha pengasih lagi maha menyayang. sungguh,tidak diketahui akan asbabnya.

penat akan hilang..kebaikan akan kekal..

mendapat taklifan lagi dari pengarah2 program la Tansa. kem untuk anak2 miskin pahang dihazafkan dan diganti dengan kem pemurnian akhlak. untuk remaja belasan tahun yang rosak akhlaknya. agak mencabar tugasan kali ni. dalam musim exam ni,harap2nya mampu membuat sebaik mungkin. hanya memerlukan fasi muslimat.min xnak..huhu. suka sangat tok guru. tapi harusnya dia ada.mungkin kekuatan bagi kami yang lemah dalam bidang ini. moga2 tok guru sentiasa terbuka untuk membantu sahabat2nya.amin. kertas kerja baru kena buat.modul harus dicari. mohon2la pada sesiapa yang ada modul.harap2 kongsilah ye. dalam fikiran ini hanya seorang insan dapat membantu "puan hafiah" huhu.. lurve u puan..tunggu kedatangan saya..

seperti malaikat.

musim zuhud dan tawadduk kembali lagi. waktu2 exam ni lah betapa ramainya mahasiswa sangat meletakkan pergantungan dengan Allah s.w.t. isyak tadi disaodah hampir 3 soff. mcm terawikh. penuh dan bercahaya surau-surau dikampus ini. dihabibah tidak berkecuali. cuma masalah elektriknya memcabar cket keimanan.tidak kurang juga muka2 yang xpernah jejak surau pon buat surau sebagai tempat study rasmi. pernah ust syafie ,pensyarah disini menegur beberapa pelajar yang tak pernah ust lihat disurau tetapi asyik sekali study pada waktu petang tersebut. ditanya pada pelajar tebabit, kenapa study surau? jawabnya untuk cari ketengan. terus tornado dan bahan kimia paling berbahaya ust sembuq. "oo..bab solat kalu sembahyang kat bilik dan xtenang xpe pulak" begitulah ragam2. ramai juga persis malaikat. jalan tunduk je.jaga pandaNgan mata. kalu kat libry tu. duduk statik je. xpandang dah kiri kanan. tak kurang juga menerima mesej dari sahabat rakan dan taulan. kalah mesej hari raya. "memohon maaf jika ada khilaf.bitaufiq wannajah" dan banyak lagi lah. ibaratnya,xmungkinlah ada yang nak buat jahat. sebolehnya.hoohooo..sis pon lebih kurang je.. :D

PERISTIWA SUBUH
huhu..semanagtlah bangun study kul5 nak turun surau untuk berjemaah subuh n study kat surau skali. sebab bilik berhantu ataupon tuannya hantu.xbleh nampak katil.bantal. rasa tenaga terus hilang. penyakit yang sangat berbahaya. Alkisahnya disurau. sedang asyik mendengar azan n masuk ke dalam surau yang tabirnya dicuri oleh mak lampir..hua2.. mane xgeramnya.tiba2 tabir hilang.tensen tol nak beramal ibadat.ada je halangan. dengan tiada tabir tersebut nampaklah imam n makmumnya.. hanya sis dan iman serta 6 bersama cicak(ust azhar idrus punya ayt). huishhh..xboleh jadi ni. xkan berdua kowt. gelabah juga imam tersebut lepas azan hanya melihat kami berdua. dalam agak2 ragu nak keluar dari surau tetiba blackout. alamak.,,,,.!!!!! bleh tangkap khalwat ni..gelap.berdua dalam surau..terus mencari pintu keluar dan berdiri diluar surau dengan nada tersekat2. huh!sangat bahaya. imam tersebut juga keluar ke hadapan.sampailah ada 2orang makmun perempuan datang,barulah kami masuk balik.abis segala tingkap sis buka.ganjarannya dapatlah sebakul nyamuk.ho2.

nyawa dihujung tanduk

2hari ini masa asyik berpinar2 melihat angka ,spss,nvivo..dan pelbagai data lain dalam analisis. alhamdulillah soalan agak senang dan nak jawab agak payah. hurm. nak kata puas hati tak la sangat.cuma lega cket. terasa ringan kepala ni. mendapat pula berita terplih dengan kem anjuran hepa. tension sungguh.. macam ne nak balik dari pahang ke sini. dah la sesi petama tu. ada2 je hepa ni. rasa nak bom jugak.

pautan longgar..

hum..akhir2 ini banyak yang dah berubah..perihal JG. hurm.. kebelakangan ini, asyik mengulang ceramah ust tuan ibarahim tuan man, bertajuk hakikat perjuangan. menitis air mata bila mengimbas kembali perjalanan perjuangan yang tak seberapa ini. masalah peribadi melenyapkan segala. adakah ini tapisan dari allah dalam lingkungan ansorullah. bak kata ust tuan, ujian yang allah timpa pelbagai untuk hambanya yang berjuang dijalannya,adalah sebagai tapisan dalam perjuangan ini. terkontang kanting tanpa sebarang skop. diikutkan rasa hati..matilah.. makin lama bertapak disini..makin berlumpur.. pautan makin rapuh. ramai yang berjalan mara ke hadapan meninggalkan yang seakan tergelincir. nampak lurus dan teguh berdiri. tetapi teguhnya sudah goyah dan makin mara ke tebing.. allahurabbi.. jangan diuji dengan perkara yang tak tertanggung hambaMu ini lalui. katanya murabbi yg sanagat dikagumi ini. WALA' adalah terima sebarang keputusan dalam keadaan kita tak suka. cukup payah.payah cukup2. kalu suka xperlu la wala'. setiap perkara ada hikmah.mungkin kerehatan ini sebagai muhasabah hambanya dalam merenung kembali setiap amal yg telah dilakukan . adakah debu bertebangan?emm.payahnya tuan puan..namun itulah asas dalam ummah.

seadanya..

susah juga ye bila banyak berdiam diri.kena fitnah sana sini. masih berdiam.langsung tidak buka pekung didada. adakah diam bermaksud salah?lemah? rasanya itu lebih baik dari bercakap sana sini dan menambah2 dosa yang allah nak bagi pahala. sakit juga bila berlaku sesuatu peristiwa berkait dengan kehidupan,akibatnya segalanya telah berubah 100%. hilang sudah samada ats dasar ukhwah..perjuangan..semua tak bermakna. bimbang juga sebenarnya jika dinilai oleh orang lain. sekarang ni banyak sanagat berlalu fenomena menilai insan " orang tak berapa suka ke dia.." "dia tak kuat lagi tu.." "saya tak berkenan sangat ngan perangai dia" .. hurm..pandnagan manusia ni sangat berbisa.. terasa insaf pula.hu2..selama ni pernah juga asyik memberi komen je tentang orang lain. dah berazam dah tak nak dah cara hal rumahtangga jiran blog n kelas. tegur bila kemaksiatan berlaku. hal2 remeh..biarkanlah.. xsemua perkara baik orang suka.. mengharapkan keadaan akan seadanya akan kembali normal. terlalu merindui ketenangan dan semangat kebahgiaan. warnai kehidupan orang lain dengan hadirnya kita.. alangkah!!! jika dia tahu kita dah selesai perkara yang lepas. erm..namun itula manusia.susahnya nak dibawa berbincang.jarang fikir perasan orang lain.. the END.

STUDY..STUDY...STUDY..FOKUS2... hset xbw. sis ada kat libry..hokey..pandai2 la cari..huk2..

16 Nov 2010

~salam pengorbanan~


Libry unisza 3.00 pm

Salam aid adha..

Semangat pengorbanan diletakkan sebagai wadah menyambut hari raya yang begitu besar maknanya bagi umat islam. Namun dianggap sebagai biasa2 bagi yang tidak menghayati ertinya.sejarahnya.

Mungkin situasi kampus sekarang ni..musim jiwa tertekan. Tidur bangun dengan buku sahaja.kalu bleh makan mandi pon nak bawa buku. Senang citer,ust kata “rebus aje buku tu n minum” setle. Hurmm. Berada di libry yang membuatkan pekerja2 libry sudah jemu menatap muka ni yang asyik ke sana ke mari.xduk diam. Cari buku,pegi lab. Dari kul9pagi sampai jam5.30 petang selama seminggu. Ermm.begitu la normalnya seorang student. Semalam yang sangat bahagia,pertama kali dalam seminggu ni berjaya meneliti satu persatu subjek yg bakal memenggal kepala ni dalam exam..

Ni subjek analisis data penyelidikan.first sekali yang akan exam

Sangat menekan jiwa..tetapi kira2 ni la yang mampu “syok sendiri” ngan subject.. cara nak menganalisis data samada dalam bentuk kualitatif(Nvivo) atau kuantitatif(spss). Hipotesis juga turut menghantui.kui2. namun punyalah bangga juga becoz subjek ni ada yang student phD and master baru belajar. Kiranya kami belajar sama ngan dia la ni..huk3. tiket awal la ni nak buat tesis akhir sem 6ti. Tempat praktikal sudah diintai2.. jabatan penerangan?yayasan islam terengganu?maidam? wisma? Hurm.. cukup kritis nak buat pilihan. Takut xsesuai dengan jiwa ini. Nak praktikal 3 bulan ni.huhu.

Petang kan kul 5.30.. rempit 3 motor ke kampung paling special kat terengganu.. kampung sungai ikan yang mana sejarahnya ialah banyaknya ikan bila musim tengkujuh(percayalah walau agak ragu2). Sanagt banyak sampai tak terjual. Ikan haruan,keli, tapah,dan sama waktu dengannya. Ingat lagi ikan tabah sebesar manusia agak2nyer la ayah dapat.penuh ruangan rumah orang mai nak beli. Kepala la org duk berebut.katanya manis. Huhu. Eh..mengarut ape ni..bab ikan plop. Emm. Malam ni iallah..bakar satey..rai adik2 kampus yang xbalik. Ajak dorang beraye.moga2 segalanya bernilai ibadah. Pesan muarbbi. Sahabat yang baik,waktu bahagia akan terhenti bila melihat ada sahabat yang kesedihan. Mana mampu kita nak bersama keluarga bila ada sahabat yang sendiri mengharungi hari yang agak syahdu. Takbir bakal berkumandang. Tengoklah esok betapa meriahnya kami. Yang duk rumah tu..sila lah jelez.. yang duk kampus. Ermm.penat ajak..xmau jugak..takpelah bersama kawan dia. Ok belake..pon bullleh(ayt a.atif)

Ok.lah..rasanya xmasuk dah tu nak study.Cuma xbest la kalu yang duk terengganu kelantan xbalik umah. Study2 jugak..tapi xkanlah esok pon nak study sampai xingat hari kebesaran islam. Masing2 ade pegangan masing2..harap2 kalian pon bergumbira bersama teman2.kepada yang sedang bekerja.selamat bekerja. Kepada “chef” yang sedang berada dirumah.jangan pura2 sakit la..aku pon xlarat gop ni..

Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri

Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari tersebut. Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :

"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak.

"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."

Salam aidiladha buat semua yang tidak mengenali diri ini..anda semua shbt saya.

Yang mengenali : madrasah darul taqwa..ex..tahun berape pon..anda semua termasuk

Maahad tahfiz wal tarbiah (mtt) : semua jugak termasuk cikgu cikgi.ust ustazah

Sek.men agama setiu : kenagan laghoo dositu dan semua yang mengenali lah

Kolej ugama sulta zainal abidin : semua warga diploma alquran dan as sunnah

Universiti sultan zainal abidin : kepada semua sains sosial . seluruh warganya..

Spesel.. buat my sis n my bro.. balik2 la cepat sket.. semua pakat nak balik pagi sok.. L

Sahabat2 ukhwah lillah..murabbi yang dihormati…

14 Nov 2010

~bingkisan untuk Rabbi`

Salam meniti sebuah perjalanan.

Kala zikir berkumandang,hati mula tunduk kepada pencipta.bergetar seluruh jiwa raga. Masih bersyukur tatkala hati ini masih hidup atas nikmat iman dan islam. Malam yang sangat sepi,meninggalkan seorang hamba yang sesat dalam pencarian diri sendiri. Jangan tinggalkan insan itu ya Allah. Dia cukup lemah untuk mengharungi seorang diri. Mata membeku biarpon sakit menahan resah didalam hati.sukarnya mengalir setitis air mata untuk yang maha esa. Memandang ke hadapan merasakan terlalu jauh perjalanan ini,gusar,hampa dan terkilan sepanjang laluannya. Melihat ke kiri terasa hangat dengan tamparan dosa dan noda. Sedar atau tidak ia telah pon berlaku. Memerhati ke kanan merasakan secebis kudrat mempertahankan sebuah amal. Berpaling ke belakang meresahkan jiwa. Meninggalkan waktu yang sangat sukar digapai kembali.

Tika ini masih kaku berdiri. Masih tidak melangkah.ingin berhijrah sekalipon sukar. Bukannya terlalu bodoh diri ini menilai makna sebuah kehidupan. Bicara mana sempurna pada kalam yang berlainan maksudnya. Bila diuji akan hadirnya sebuah pengharapan. Yakinlah bahawa segala milik tuhan. Sekalipon diambil,sekalipon terjatuh, jika benar itu milikmu.pasti menjadi hak. Bersyukur sangat sukar dari bersabar. Mungkin kata-kata bias mengucap sabar. Tapi hatilah yang remuk menderita. Namun untuk bersyukur dalam bahagia dan senang.sangatlah sukar. Sedarlah tika diuji, pencipta MAKIN menhampiri hambaNYA. Mendengar luahan rasa kecewa, jeritan hampa, esakan sengsara, bisikan dari hati terus kepada rabbi. Masih ingin mengingkari hakikat sebuah kehidupan?

Sis : sekalipon dalam kegelapan, jangan menangis! masih akan ada mentari bila tiba waktunya. Masih ada bulan bisa memberi cahaya. Lihatlah alam. Fikirlah hikmah yang belum tersingkap. Mood : resah melihat amal. Gelisah dalam ibadah. ALLAH engkau dekatlah.. :(

* masih blurr menghafal n meneliti tajuk2 exam. baca dah berkali2.kenapa ni sis..


11 Nov 2010

~setulus ingatan~

Allahurabbi.Pemilik Hati Ini.

aLHAMDULILLAH.sEGALANYA kEMBALI sEPERTI bIASA wALAUPON pADA dASARNYA tIDAK bEGITU. cUKUPLAH wALAU sEKALI dIBERI nIKMAT uNTUK mERASAI mANISNYA sEBUAH kEPAHITAN. "sELAMAT hARI lAHIR sIS " sYUKRAN pADA yANG mENGUCAPKAN. tENKIU jUGA pADA fACEBOOK.tANPANYA mANALAH mEREKA iNGAT.kAN? tERISTIMEWA pESANAN mY lEADER, hURM.. mOGA aLLAH mEMBERKATINYA sELALU. rASANYA kHILAF diri ini yANG bERLAKU sUKAR uNTUK tERLEPAS wALAU sUDAH bERLALU. bERGADUH2 uKHWAH dENGAN tOK gURU. kERAS pULA dIA kALI nI.tAKPE2. wAIT n sEE.

Syukran Pada Adik2 N Sahabat2 Memperingatkan Diri Ini Dengan Inzar. Mizz Che Mah..Hu2..

pUAN hAFIAH. mY lURVELY lECTURER kAUNSELING. sEMALAM bESTDAYNYA. hARI iNI bARU tAU kESAKITAN yANG dIALAMI. sIS pON dAPAT mERASAI jUGA sAKIT dAN jAHATNYA sYAITAN bILA mENGUASAI. mOGA aLLAH mEMPERMUDAH uRUSAN pUAN. kAMI mENDOAKAN pUAN. \(^,^)/

mY bROTHER fARHAN. hURM.. mOGA sENTIASA tABAH.sIS tAU hANG cEKAL. nAMPAK mACAM bIASA jE. kEHILANGAN bARANG yANG pALING dISAYANGI sEMALAM.mEMBUATKANNYA nAMPAK sEDIKIT kECEWA. tAKPE aKHI, iALLAH. aLLAH nAK gANTI yANG lEBIH bAIK. tENKIU mEMINJAMKAN mP3 iNI. aPALAH nASIB hARI iNI. rASA mACAM tERBAKAR jE tELINGA nI.hURM.bETUL. tETIBA bERDARAH.mELECUR. mAYB pANAS sANGAT n lAMA sANGAT dENGAR mP3. fARHAN iKHLAS jE kAN?hUHU. nAK bUAT mACAMNE. tIME sTUDY kENA aDA mUSIC. kALU bAWA lAPTOP sEOLAH bAWA bENCANA aLAM. xJADI pUNYER nAK sTUDY. iALLAH.lEPAS nI bERHATI2.tAPI mEMANG sAKIT.hUK2.bERDESING tELINGA nI.

bANYAK bETUL bARANG hILANG. "sANAH hELWAH uKHTI. mOGA bAHAGIA mILIKMU" bICARA mY bROTHER uMAR aL fATEH. aGAK lAMA tIDAK lAGHOO2 uKHWAH bERSAMANYA. tERSENTAP jUGA mENERIMA kATA2 iNI. sELAMA mERASAI sEBUAH kEHIDUPAN. uNGKAPAN bAHAGIA aGAK jANGGAL. aMIN.. mOGA dOA iTU mENGIRINGI pERJALANAN hIDUP iNI. nI sORANG lAGI. hANDSET pULA hILANG. mUJURNYA oRANGNYA sOLEH. tIDAK pERLU mERISAUKAN kEHILANGAN tERSEBUT. bUKAN aDE sESUATU yANG bERSUNGGUH uNTUK dICARI. iALLAH aKH. aLLAH gANTI bALIK. \(^,^)/

aKHI aZAM. jUGA yANG pALING lAMA mENGENALI. kEHILANGAN jUGA mOTOR pADA hARI sEMUA oRANG kEHILANGAN.hURM.. mUJUQNYA sETELAH sOLAT hAJAT pADA mALAM tU,eSOKNYA dAH dAPAT bALIK mOTOR. dOA sAHABAT2 bERKAT.iALLAH.sIAP bUAT lAPORAN pOLIS. pERNAH sUATU mASA uNTUK kE sUATU tEMPAT. dOMPETNYA kENA cURI. bANYAK bETUL mEHNAH bAGI yANG mENDOKONG aGAMA. nAMUN aPALAH sANGATKAN. hARTA dIDUNIA.sEMUA mAMPU bERKORBAN. \(^,^)/

mY sELF? rASANYA sUDAH dIKATAKAN sEMALAM. aDA jE yANG dUKA.pAGI2 dAH bERSIAP nAKPI lIBRY.cUACA oK.rASA bAHAGIA sEOLAH2 dAUN2.aNGIN sEPOI rETI bAHASA,aWAN,lANGIT,dEBU mENGUCAPKAN sALAM kELAHIRAN.hUHU. bAB pERASAN "pAH cEROH" . mY bRO aHMAD. sTILL mUKE tAKDE pERASAAN tAPI oKLAH sEKURANG2NYA AdA jUgA tY nAK hADIAH aPA? uMAH?kETA?tIKET pI hAJI? hURM. mOGA aLLAH sAHAJA yANG mAMPU mENJAGANYA. pETANG yANG dAMAI. aWAN bERARAK bEGITU sEMPURNA. cUACA pON sANGAT oK. lAMA mENITI kHAYALAN

tERINGATLAH sESEORANG yANG sANGAT dIRINDUI. 7 tAHUN xBERSUA. aPA kHABAR iMAN sAHABATKU iNI. PaH2 dIA tELEFON bERTANYA kHABAR n wISH 4 mY bESTDAY. sELALUNYA sETIAP tAHUN dIALAH yANG rAJIN pOS kAD bESTDAY.cAL n bUATLAH aPAPON pERMINTAAN pASTI sEDAYA uPAYA tUNAIKAN. mESKIPON "bIRU" pEKAT fIKRAHNYA. hIDUPNYA jUGA tIDAK aDA iSLAMIC lIFE. nAMUN hANYA aLLAH sAJE yANG mAMPU mENGETAHUI iSI hATI hAMBANYA. mY bESTFRENZ. fAIZUL aZUAN. mOGA aLLAH mEMBERI pETUNJUK kEPADAMU sELALU. jAGA dIRI. jAGA iMAN. kITA sTILL sIBLING. wALAU lANGIT dAN bUMI.aHAKS! \(^,^)/

rASA mACAM aDA tINGGAL sOMETHING. tHATS rIGHT.kUNCI bILIK. pUNYA lAH tENSION hIDUP nI. tERPAKSA tENGAH2 mAGERIB pANJAT bALKONI bELAKANG sELANG 4 bILIK. tINGKAT tIGA. mUJUQNYA nYAWA nI pANJANG.kETAQ lUTUT. aKHIRNYA, pENATNYA tERASA. lEPAS sOLAT. iNI jUGA yANG dICARI. tEMPAT mELUAH sEGALA rASA. "sEKADAR mENGUKIR rASA hATI dISINI"

* yANG kITA sAYANG.. lUPAKAH pADA dIRI iNI?.hURMM..rASA kOSONG jE bILA xDAPAT wISH dARI sESEORANG nI..xPELAH. mUNGKIN dIA mENDOAKAN kITA dALAM dIAM. hUSNUZHON~~~ \(^,^)/ setulus ingatan dari sis untuk kamu semua. lurve lillahitaala :)

6 Nov 2010

kenapa saya xsuka "ustazah"

diari kini..

salam..memang cukup bersabar dengan karenah adik2ku ini.. "ustazah" em..takpe2.. ade asbabnya bila hati ini cukup panas nak mendengar perkataan tersebut.. sementelah menjadi guru sandaran disekolah lama.. diri ini dikenali sebagai teacher na.. paling kurang cikgu na.. fobia rasanya dengan "ustazah" .. bukan buleh dibuat main2 panggilan tu..isbir..isbir..

kebelakangan ini ..."salam rindu" dari bekas anak2 didikku mendatangi.. kurang asam..kurang adab..kurang didik..kurang semua la..sakit hati pon ade.. rasanya xde la sis ni senget sanagt waktu mengajar..ok je..cool je.. caring..sharing is caring..is loving..haha..siap jadi cikgu kelas mithali walau xpernah dapat anugerah u kelas tu..2 bulan je pon..tapi bleyh kenal la sorang2 perangai.. al kisahnya..ade la sorg pelajar ni..memang terkenallah kenakalannya..masa sis mengajar pon.. teruk benor perangainya.. bak kata cikgu cikgi.. kalu xnakal..xnormallah budak2 ni..huhu.. cuba akal ni menerima sebaik mungkin..last sekali mengajar..ade la bagi cenderahati sikit sorang.siap no.fon..kot2 la nak tepon ucap mekasih..ucap rindu ka..hoho..hampeh..xdak sorang pon..bukan mengharap (ade la ckit..ingatkan cikgu glamer dah)

sampailah minggu lepas..mesej rindu dari pelajar nakal tersebut.. "ustazah chat?ustazah ingat x saya" tengkorak betul budak ni..macam la sis simpan semua no. maalas nak layan lame2. " eh..cikgu xsave no.. ni namensape..kelas mane?" "saya ni i*****n .. ustazah bleyh bagi barang dop?" sis mula rasa sesenget yang mungkin. dah cop nakal..memang nakal betul.. rasa lah nak call.. kot2 tengah tensen study..yela..tengah exam kan.. budak2 kesianlah kategori ni.. hampeh.. jatuh kredit bersen2(kena berkira)..xangkat.. last2.. "ustazah..mesej je..saya nak ustazah je" memang kurang garam budak ni.." k.ustazah nak kuar..wslm" ni je mampu ku elak.. last2.. bertalu2 mesej.. calling2.. langsung sis xpedulikan.. sampailah satu mesej "ustazah..last dah saya mesej..tolong balas" sis pon dah jenis baik hati (terjemahan dari nama..betul la..) balas la sepatah "apa?" " saya nak gtau ustazah..ustazah jangan marah..janji?".. lantas "ye? " " comey dop ****** ustazah?" kalaulah muka budak tu cam bantal ni..nak je hantuk2 kepala kat dinding.. sabar2.. " kamu ni kenapa kurang hajar sanagt..ni suami ustazah.." saje mereke2 ayat.. "eleyh..nak elak la tu..betul dop comey ustazah?" memang kurang asam gelugur budak ni.. terus ku calling sesape dapat bantu "salam..tolong menyamar jadi suami akak segera..amik no ni.." terus je si hero tu menelefon..huh! rasa aman jap dunia.. last2..banyak dia mesej hero tu.. "abang..saya minta maaf..saya xkan kacau isteri abang lagi" ..huhu.. akhirnya.. setle

esoknye..bunyi handset tetiba..berirama..no fon rumah..sape pulop ni "salam ustazah.." suare yang agak2 garau.."ye..sape ni" fobia mula menjelma.."ustazah.. ni ar****,anak murid ustazah.." ooo.. kali ni rasa ok la..sebab suare dah bleyh cam..muke pon bleyh bayang.. "ye..ade ape.. rindu cikgu ye..belajar macam ne?ok " betapa ramahnya sis cuba menjadi insan kamil..haha.. " ok je..ustazah..to4 kan kat saye " zuuuuuppp!!!.. tetiba mood senyum mati.."ok" sepatah je jawab..pah2 terus diletakkan handpon.. dia ingat aku ni tokey to4 ke.. myb jodoh aku kot ngan tokey to4..haha..cuba coolkan hati.. last2..lupekan ajelah.. selepas bebrapa minit..jam..hari.. masih bertalu2 panggilan tersebut.. aduish..aku sudah pobia..huhu..

oppss..sebelum raye pon ade dah student.."ustazah ingat x saye? kelas ni s*****?" " ye..cikgu tau..tapi cikgu xingat hok mane se " masekan aku bleyh ingat student kat seratus orang.. ade plop dia paksa2 aku ingat..macm la dier budok cemerlang.. namanya aku ingat.. senaraihitamkan.. kelas ni kelas tercorot..ade patut..dorang dapat markah 0.. xdak la orang yang paling benci matematik melainkan kelas ni..huh!..

kebetulan..sis ramai adik2 junior yang rapat.. panggil "akk,kakak,,sis" ni normal lah..siap panggilan dijelesi sesetengah pihak.. merapatkan ukhwah.. ke gane..haha..last2.. bila mereka start berpanggilan dengan nada yang syadid,, "maaf ustazah..ana sibuk tadi" huh! demam ke ape ni..baru pagi tadi ber kakak.. tawar hati jadinya aku dengan budak2 ni.. syadid yang xbleyh diterima akal.. asbabnya.. satu perkara.. nak citer ke tidak.. emm... banyak sanagt fitnah terhadap diri ini..kenapa sis fobia dengan "ustazah".. pernah adik junior menyatakan rasa "love".. ade yang ajak kawin.. huhu.. i tak suke.. bila hubungan xmesra bertukar rasa.. bila syadid ni lagi la.. i tak suke.. huhu.. sebab tu bila makin ramai adik2..makin rase dekat hubungan persaudaraan.. sis still say.. bro.. deq..adik.. harap maaf la pada yang berkenaan.. sis xbleyh terima.."ustazah" terutama.. bawah umur ni 20 ke bawah ni.. gerun..gerun..masalah2 macam ni.. baik kita berkakak adik.. rasa selamat..

apa yang nak pk..pk la..sebab kepala masing2 kan.. sis ade kepala sendiri..ini la yang sis pikir..huish..sanagt fobia..yang hampir2 sebaya..dimaafkan. sebab ??...ade la sebabnya.. u adik2 ni..bukan xthiqoh..thiqoh sanagt.. dan thiqah bukan pada panggilan..tetapi pada penghormatan..thinking..thingking...masing2 ade tahap pobia masing.. hormatilah rasa pobia orang..huhu..

ustazah bagi pada yang betul2 berkenaan..dalam gerak kerja ok..memang wajib..namun itulah.. banyak perkara berlaku..banyak sangat..xsemua diari hidup senang nak tulis..xsemua.. :(

baru je nak buka buku..last2 gatai plop tangan dengan blog ni..hurmmmm.. xbleyh nak fokus.. doakan lah kesejahteraan sis..kepada yang kenal..wajib la doa.. yg xkenal.. nak pahala sunat..doa2lah..xmakruh..iallah..

ni jadual exam..takowttttt..

penganalisisan data penyelidikan 21-11
etnografi pribumi di malaysia 23-11
orientalisme dan islam 25-11
agama dan masyarakat 27-11
kemahiran kaunseling 29 -11
dakwah.teori dan aplikasi 1-12
rakan kaunselor ***setle

doakan..(nada yang serius ni..)

ALLAH..Engkau dekat

bismillahissamiil,alimi minassyaitanirrajim..

allah..allah..maha besar..maha mengasihani..maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. sabarkanlah hati ini ya rabb..meskipon payah untuk melawan.

bermain bola tampar bersama sahabat.meskipon tangan ini sedang membengkak..tetapi melihat wajah2 mereka.kesakitan seolah hilang sebentar.setelah lama istirehat dalam menjalani kewajipan hambaNYA. bersiap2 menuruni langkah dengan laju.. surau saodah..saat yang sangat dirindui.. kedengaran suara imam muda saodah yang sentiasa istiqamah..terasa sangat segar. bersemangat dalam mencari sesuatu menuju rabb..

seusai solat magrib berjemaah..mata mula gelisah..hati mula tidak keruan..tazkirah magrib mula kedengaran.allah.allah.allah.beri hambaMU peluang untuk mendapat inzar dirumahMU. namun begitu lemahnya seorang hamba. langkah terpaksa diatur.. sakitnya ya ALLAH ujianMU ini. tangga dinaiki selaju mungkin..rebahan dalam tangisan..saat ini hanya ingin mengadu padaMU ya ALLAH..

mata ini dibuka perlahan2..allah..payahnya untuk berdiri..berat segalanya.. jam 12.30 pagi.. tertidur dalam nikmat kesakitan. terima kasih ya ALLAH.. solat isya' belum ditunaikan. dalam kesayuan pagi ini ya ALLAH.. berilah peluang hanya sekali.. untuk kekuatan diri ini.sementara tangan ini masih terkial2 menaip pengaduan pada ALLAH.. kerna hati cukup bercelaru.. kuatnya ya ALLAH.. gangguan syaitan ini..merindui kehadiran syeikh.. ALLAH..engkau tahu dimana kelemahan hambaMU ini..berilah sedikit kekuatan menghadapi mehnah ini.. "sakit disebabkan syaitan..jangan terlalu dibangga2kan..makin kuat pula datangnya" pesan seorang ust.

"Adakalanya kesusahan dan musibah yang menimpa dirimu itu menandakan kerinduan Allah untuk berhubung mesra denganmu"

ibu : demam..moga allah merahmati mak sentiasa
fateh : anak kecil ini pon demam.lelah. dalam dakapan dia terlena..
sis : demam dah pulih walau bukan sepenuhnya


2 Nov 2010

disini semangat tercipta


salam,alaik..disini bermulanya segalanya.diri ini mengenal erti sebuah perjuangan. andainya ada pewaris. inilah yang akan dibangga2kan..allahuakhbar

Kita sering tercari-cari siapakah dalam kalangan manusia pada hari ini yang wajar dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah, salah seorang daripada insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2010 ini genaplah enam tahun asy-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isyak, beliau dengan hati penuh harap berkata, "Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu ya Allah. Inilah puncak harapanku...”

Tidak berapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helikopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh asy-Syahid. “Ia adalah kematian sama ada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah sama ada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..”

Bukti bahawa asy-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar daripada senyuman yang menguntum di bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah asy-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasul-Nya,

“Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

Pendirian Asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri asy-Syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah, "Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia."

Sebagaimana juga asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah berasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin sekular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apa pun. Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.

1 Nov 2010

Berbahagialah Keyakinan Pada Janji2 ALLAH


Bidadari Syurga

Dalam suatu kisah yang dipaparkan Al Yafi’i dari Syeikh Abdul Wahid bin Zahid, dikatakan: Suatu hari ketika kami sedang bersiap-siap hendak berangkat perang, aku meminta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat. Salah seorang lelaki tampil sambil membaca ayat Surah At Taubah ayat 111, yang artinya sebagai berikut :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka"


Selesai ayat itu dibaca, seorang anak muda yang berusia 15 tahun atau lebih bangkit dari tempat duduknya. Ia mendapat harta warisan cukup besar dari ayahnya yang telah meninggal. Ia berkata:"Wahai Abdul Wahid, benarkah Allah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan sorga untuk mereka?" "Ya, benar, anak muda" kata Abdul Wahid. Anak muda itu melanjutkan:"Kalau begitu saksikanlah, bahwa diriku dan hartaku mulai sekarang aku jual dengan sorga."


Anak muda itu kemudian mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi perjuangan. Hanya kuda dan pedangnya saja yang tidak. Sampai tiba waktu pemberangkatan pasukan, ternyata pemuda itu datang lebih awal. Dialah orang yang pertama kali kulihat. Dalam perjalanan ke medan perang pemuda itu kuperhatikan siang berpuasa dan malamnya dia bangun untuk beribadah. Dia rajin mengurus unta-unta dan kuda tunggangan pasukan serta sering menjaga kami bila sedang tidur.


Sewaktu sampai di daerah Romawi dan kami sedang mengatur siasat pertempuran, tiba-tiba dia maju ke depan medan dan berteriak:"Hai, aku ingin segera bertemu dengan Ainul Mardhiyah . ." Kami menduga dia mulai ragu dan pikirannya kacau, kudekati dan kutanyakan siapakah Ainul Mardiyah itu. Ia menjawab: "Tadi sewaktu aku sedang kantuk, selintas aku bermimpi. Seseorang datang kepadaku seraya berkata: "Pergilah kepada Ainul Mardiyah." Ia juga mengajakku memasuki taman yang di bawahnya terdapat sungai dengan air yang jernih dan dipinggirnya nampak para bidadari duduk berhias dengan mengenakan perhiasan-perhiasan yang indah. Manakala melihat kedatanganku , mereka bergembira seraya berkata: "Inilah suami Ainul Mardhiyah . . . . ."

"Assalamu’alaikum" kataku bersalam kepada mereka. "Adakah di antara kalian yang bernama Ainul Mardhiyah?" Mereka menjawab salamku dan berkata: "Tidak, kami ini adalah pembantunya. Teruskanlah langkahmu" Beberapa kali aku sampai pada taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik, tapi jawaban mereka sama, mereka adalah pembantunya dan menyuruh aku meneruskan langkah.


Akhirnya aku sampai pada kemah yang terbuat dari mutiara berwarna putih. Di pintu kemah terdapat seorang bidadari yang sewaktu melihat kehadiranku dia nampak sangat gembira dan memanggil-manggil yang ada di dalam: "Hai Ainul Mardhiyah, ini suamimu datang . ..."


Ketika aku dipersilahkan masuk kulihat bidadari yang sangat cantik duduk di atas sofa emas yang ditaburi permata dan yaqut. Waktu aku mendekat dia berkata: "Bersabarlah, kamu belum diijinkan lebih dekat kepadaku, karena ruh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu." Anak muda melanjutkan kisah mimpinya: "Lalu aku terbangun, wahai Abdul Hamid. Aku tidak sabar lagi menanti terlalu lama".


Belum lagi percakapan kami selesai, tiba-tiba sekelompok pasukan musuh terdiri sembilan orang menyerbu kami. Pemuda itu segera bangkit dan melabrak mereka. Selesai pertempuran aku mencoba meneliti, kulihat anak muda itu penuh luka ditubuhnya dan berlumuran darah. Ia nampak tersenyum gembira, senyum penuh kebahagiaan, hingga ruhnya berpisah dari badannya untuk meninggalkan dunia. ( Irsyadul Ibad ).


DEMIKIANLAH Surah At Taubah ayat 111, yang artinya sebagai berikut :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka" ..perjuangan di medan yang rumit ini sanagt menuntut haqqul yaqin.. moga2 jiwa2 yang terpilih..yang menjadi pilihan..yang menjadi bayangan ..yang menjadi ikutan..yang menjadi pembimbing..yang menjadi penyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.. mengharapkan REDHA ALLAH semata2.. moga maryam,mastura,hannan,sayyidah, ilham,farid,farhan,umar alfateh..terus menjadi umar diantara dua umar yang menjadi kebanggaan ISLAM. sehebat kamu adanya keindahan dalam dakwah..

31 Okt 2010

Belajarlah Menulis diatas Pasir

Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?"

Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup angin."


Moral:

Dalam hidup ini sering timbul berbeza pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Belajarlah menulis di atas pasir

*Terima kasih bagi yang sering memahami..mengerti bahawa semua insan adalah biasa.. yang mejadi luar biasanya apabila bertemu denganmu yang bergelar sahabat.. yang sentiasa tidak sempurna tetapi bersamamu sangat menyempurnakan semuanya..

27 Okt 2010

Pilihan dalam Perjuangan

SALAM SEJELAS FIKRAH DIDADA..

Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud anda beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.

Apabila anda kekal di dalam acuan itu, anda adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, anda cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang – undangNya. Jika berlaku keengkaran, ia bererti kekufuran dan keluar dari agama.

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.

Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.

Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas.

Ia bererti anda bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan ugama Islam di dunia dan kehidupan ini. Itulah matlamat perutusan para anbiya’. Mereka membawa ugama dan memperjuangkannya demi mencapai taqarrub dan keridhanNya.

Islam di dunia ini mesti tegak berdiri ke atas seluruh agama dan ideologi yang lain. Justeru ia menuntut perjuangan dan para pejuangnya.

Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Ia menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan ia pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.

Menjadi seorang pejuang bermaksud bersedia patuh kepada peraturan sebagai seorang tentera. Ia menuntut disiplin pada tahap tertinggi. Bagaimana boleh dibayangkan sebuah kemenangan yang dibarisi para tentera yang mempunyai disiplin yang lemah?

Justeru anda tahu bahawa bukanlah senang untuk menegakkan Islam di dunia ini. Menegakkan Islam bererti menundukkan seluruh kekuatan kufur yang merajai dunia hari ini.

Ia menuntut pejuang Islam untuk menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh disiplin. Pastinya, ia bukan dekat jaraknya, pendek masanya dan mudah caranya.

saya ahli pas :

Pejuangnya dikaderkan seawalnya. Sebelum mencecah umur suku abad, ahli yang dilatih dan ditarbiyah sebenarnya sudah melalui dan menguasai disiplin seorang pejuang. Apabila dia muncul di medan, sayugianya dia tidak kekok untuk berkenalan dengan selok belok dan ranjau di perjalanan dakwah. Itulah sebaik – baik persediaan untuk anak – anak muda yang berjuang. -UST NIK ABDUH

23 Okt 2010

manfaatkan hari sekurangnya untuk diri sendiri

Allahurabbi.. yang sentiasa memberi pada hambanya yang leka..mendekati hamba yang sepi..
Salam kepada mukmin dan seluruh alam. Alhamdulillah..kepenatan terasa masih. . penangan asgment yg dapat minit2 akhir u study week ni..cukup terbeban sebenarnya.namun itulah namanya MAHAsiswa..

Hari yang dimanfaatkan..

Bersama brother lim> “keajaiban alquran dan keindahan islam.. memang mantop sekali.pendakwah saudara baru..dan lama jugak kot..dah 15 tahun.. Malu la yg dari lahir beragama islam ni.. daurah safiyyah edisi dua > ahli panel dari student yg baru memeluk agama islam tahun lepas dan cara pemakaian dan amalan seharian lebih baik dari umat islam yg dari kecik belajar dan duk dalam lingkungan islam. Mengapa saya memilih islam > ust rasyidi.pendakwah bebas..saudara baru dari kuching Sarawak.. allahurabbii..rasa tertampar dimuka setiap bait2 ayatnya. Betapa umat islam amat lemah sebenarnya.bersama adik2 yang sekian lama tidak berjumpa. 2hari dilapangkan masa untuk mereka.moga2 ukhwah terbina.sis sayang kamu.. Bengkel kerjaya> seharian memanfaatkan skill ,resume,interview dan sebagainya..sanagt enjoy..tazkirah disurau habibah..ust roslan dan ust.mud.. kelas tajwid oleh ust.fakh.. tazkirah disurau saodah..ala2 ust akila..sanagt bagus adik tu..penuh ilmu..sis like . minggu korkurikulum..sebagai unit potokol,sangat cuba menjalankan amanah dan taklifan yang diberi. Menjaga kebajikan puan ibunda tercinta walaupon lari dari bidang tugas.hu2..sepagi yang cukup mnyeronokkan.. bersama kawan2 n syeikh yg sentiasa hepy..sis like , Tengahri tu pula ke medan tarbiah..melewati taman2 syurga.allahurabbi. rasa nak sujud syukur. Betapa kepanasan hari yang sanagt terik seolah ditenggelami dengan semangat jihad yg menbara. Apapon..bertuah yang amat diberi kefahaman dan jalan menuju redhaNYA. Akhirnya petang pulang ke rumah terchenta walaupon dah gtau xbalik..tapi anak masih demam.panas plok tu.. bila main2 ngan dia baru dia rasa sihat cket. Natijahnya, my brother xnak hantar ke kampus.. bola punyer pasal.. L sabau jelah.. tapi hikmahnya.. sis dapat ke “spa”. Betulkan urat2 saraf yg tersimpul2 ni..segar yang amat .. allah maha penyayang..sangat penyayang..
manfaatkan hari untuk dimanfaatkan pada orang lain..sekalipon tidak..pada diri sendiri..