"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar" (Baqarah:155)
Rasulullah bersabda Hadith Riwayat Tarmizi ” ada 4 perkara yang akan ditanya oleh Allah di Hari Akhirat ialah tentang Masa, Harta, Diri dan Usia”
Masa - Kemana kamu gunakan masa yang diberikan sepanjang kamu hidup ?
Harta - Kemana wang kamu belanjakan di dunia ini ?
Diri - Bagaimana kamu urus diri kamu sepanjang hidup ini ?
Usia – Apakah yang kamu lakukan semasa hidup didunia ?
TENKIU.SYUKRAN..kepada sahabat2 perjuangan..rakan2 kelas..atas usaha memperingati ku selalu..agar tidak terleka dengan usia yang makin dekat dengan jemputan ilahi..emm..malam tadi usaha u mensuprise saat 12mlm tak jadi..hihi..sory..akak ngantuk sangat.. kul10 tu pn dah layu betol mata..tenkiu atas usaha kome..maryam(tukang rebus air)..ain(beli kek)..diha(buat air sunquik)..lieya(kamerawati berjaya)..banyak dah kenangan manis bersama2 kome..sume tu xkan akak lupakan..sanggup bersusah2.dah la esok ade paper lagi..semoga kita mendapat kejayaan cemerlang..aminnnnn... buat sahabat2..xdan reply mesej..tertidor awal..jem hset timer msj2 kata hikmah..semoga terus memberi inzar kepad diri ini yang sering terleka...
mungkin ini post yang terakhir buat minggu ni..yekew?sama2 tunggu..huhu
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM MAHABBAH
3 haribulan ni dah start final exam dah..huh..minggu perkurungan buat sahabat2.dah start warning pon ader.takut ganggu masa study.ape2 pon..banyakkan minta pertolongan dengan ALLAH..6ti penuh la kat surau2 ..solat berjemaah xpun nak ikut..tapi bleh pulak turun study..bila ditanya..nak cari ketenangan..huh! abis tu sembahyang kat bilik tak tenang xpe plop..surau ni siap duk tidur dan buat rumah sendiri..bantal..meja..mujur tilam je xbleh buat turun..em.semua orang tahu kelebihan surau dan masjid tapi xmengamalkan jer...semoga kita menginsafi diri terutama sis..ikhlas kah niat kita pohon pada ALLAH ni.. ketika exam nie.. sis mohon maaf segala khilaf..rasa banyak dosa lagi nie..xlekat pon lagi ape nak dihafal..ade la sket kat bawah nie.. untuk persediaan exam kome..k.. siru..ala barakatillah..aminnn
SEMASA STUDY
• Kalau lecturer ada bagi soalan spot, baca yang itu sahaja. Jangan nak hafal juga tajuk yang tiada dalam list, dibimbangi lupa semua. • Banyakkan mengulang-ulang, sampai rasa puas sangat-sangat. ulang2 bijak. Mengulang kerana mencari jawapan untuk selesaikan soalan, berteka-teki dengan kawan-kawan dan sebagainya. Ulang2 dengan baca berulang kali, tanpa jawab soalan, akan menyebabkan otak bosan dan ‘menipu’ sebab rasa macam dah betul2 ingat. Soalan akan merangsang otak untuk cuba recall dan lebih bersungguh untuk pasak maklumat tu betul2 dalam otak. • Fokuskan dan jawab betul-betul semua soalan tahun2 lepas. Teknik ni dah diapplykan oleh beberapa org kawan, Alhamdulillah berkesan). • Susun point2 untuk mudahkan hafalan, kreatifkan diri untuk tukar ¬key word kepada sebuah cerita yang lucu dll, gambar yang pelik dll, dan macam-macam lagi. • Kalau mengantuk dan letih, rehatkan otak. Jangan tidur, dikhuatiri masa banyak habis dengan tidur. Cuba alihkan fokus otak dengan baca berita, dengar kuliah yang kelakar2, tengok cerita pendek yang kelakar2, artikel yang menarik, cerpen yang best2, borak2 dan apa2 sahaja selama beberapa minit. Kalau lepas tu, still gak mengantuk, tidur je lah(setkan alarm clock). • Cari atau buat nota yang mudah dihafal untuk diri.Ramai orang fikir buat nota buang masa, tetapi nota yang mudah dihafal, ditengok berulang kali(semasa makan, sambil jalan dll) akan lebih menjimatkan masa sebab mudah diingat dan di recall semasa exam. • Baca dengan hati,dengan sepenuh minat., bukan dengan otak semata-mata. Wujudkan persoalan dalam diri dan eager untuk cari jawapan. • Banyakkan menghafal dalam bentuk gambar. SEMASA JAWAB EXAM • Jawab dengan tenang. Kalau tak tahu jawapan,cuba senyum dan pandang muka kawan-kawan. Selesaikan soalan yang lain, dan kembali semula ke soalan tadi apabila selesai jawab soalan yang kita dapat jawab. Banyakkan selawat dan pandang muka kawan-kawan. Cuba tersenyum (mungkin kelakar tengok muka kawan2 yang bermacam2 mimik muka) ^_^ • Gariskan key word yang penting-penting yang diyakini betul. • Jangan tinggalkan jawapan kosong. Hentamlah walau macam mana pun. Ada kawan saya yang cerita, dia tulis je apa yang dia tahu, kadang2 point tu bukan ikut kehendak soalan pun. Yang penting, TERISI DAN PANJANG. Psikologinya, kalau dr malas nak baca, dia tengok jawapan dah panjang, dia bagi je la markah (buat macam ni, bila dah habis jawab semua soalan yang kita tahu jawapan dan sudah puas recall). • Kalau soalan yang kita memang dah tau jawapan dengan tepat, jangan bazirkan masa tulis. Jawablah ikut kehendak soalan. Teknik di atas tu, untuk soalan yang kita tak tau jawapan dengan tepat. • Kalau pengawas peperiksaan tak ambil kertas soalan objektif, dan ada kertas soalan subjektif, mungkin ada jawapan untuk soalan subjektif dalam soalan atau pilihan jawapan dalam kertas objektif. Cuba manfaatkan.
Diharapkan kita semua menjaga hubungan denganNya, kerana Dialah penentu kecemerlangan sebenar. Usaha hanya wasilah. Dia Yang Menentukan. Ibadah sunat dan wajib yang dijaga akan membantu menguatkan kita untuk study lebih fokus dan berkesan. Ibadah seperti stesen minyak yang mengisi minyak untuk kereta yang HAMPIR kehabisan minyak. Jika kereta itu meneruskan juga perjalanannya, kerana takut lambat sampai ke destinasi, pasti kereta itu akan mati di tengah jalan dan tidak akan sampai ke destinasi buat selama-lamanya. Begitulah ibadah, charge battery kita untuk terus semangat study secara konsisten dan efisyen.u/p: teknik di atas berdasarkan pengalaman, terpulang kepada sahabat2 nak manfaatkan atau pun tidak.= dicopy http://upimansurah.blogspot.com/
cukup terharu kala gelora hati belum reda..tika sepi berbaki dijiwa.. hadirnya sahabat2 seperjuanganku dalam memberi semangat untuk meneruskan hidup ini.. takziah buat sahabat@kakak ku.. kak bad kerana sebentar tadi..ayahnya telah kembali ke rahmatullah.. begitu tabah dirinya tatkala sedang bergurau senda bersama kami,terima panggilan telefon dan masih mampu tersenyum mengkhabarkan berita sedih ni..ya ALLAH kalaulah kami mungkin dah terjelopok @ pengsan.. semoga ALLAH bagi kekuatan..
pada saat ini..sis teruja untuk ungkapkan ucapan terima kasih buat seseorang yang amat penting dalam hidup ini..sis begitu beruntung dikurniakan sahabat dan merangkap seorang kakak dalam hidup sis..perkenalan yang begitu indah untuk diungkit kembali..untuk dikenang dan diceritakan..syukur sangat punya sahabat sepertinya.. tika resah dia turut gelisah..tika berduka dia turut terasa..tika menangis dia bersama berkongsi..tika sis jatuh,dia yang bangunkan..
Dalam persahabatan ini..sis selalu andaikan..andai sahabat ini jauh dan
tanpa dia disisi sis..bagaimana sis mengharungi mehnah dan segala ujian ini..betul..ALLAH sebaik tempat bergantung..itu sudah pasti..namun ALLAH kurniakan sahabat untuk kekuatan disepanjang jalan ini..sis takut memikirkan..perpisahan yang bakal bertamu..
dedikasi ini buat sis shahirah(khususnya) n ayu serta sahabat pendampingku..
"aku beruntung dikurniakan sahabat sepertimu..andai aku salah..ubahlah..andai aku terpesong..palingkanlah..andai aku berundur..pimpinlah ke hadapan..andai aku terjatuh..hulurkan tangan..andai pernah aku mengguriskan hati..maafilah..andai aku sedang menyakitkan hati..maafilah..andai akan datang aku akan terus begitu..maafilah..aku betul2 lemah tanpa persahabatan ini"-sis nadya to sis yusro
salam,alaik..pagi2 lagi dah termimpi2 nak post kembara perjalanan semalam..aku dahjatuh cinta..cinta pada suasana biah solehah mukminah ..cinta pada kesejukan ilmu ukhrawi yang mampu membuat diri ini kembali merenung taklifan hidup di bumi ilahi..namun tetapan ilahi disini untuk melalui jalan penuh liku dan duri menguji menyakinkan ucapan syahadah yang dilafazkan..membuktikan keimanan yang diperkatakan..ketaqwaan yang menguatkan kehambaan..
semalam sis n kelas yg ambik subject ulama dan komuniti membuat lawatan ke pondok lubuk tapah..pada awalnya sis membayangkan masih bersifat tradisional namun dah moden..cuma kaedah pembelajaran masih sama..selaku student yang nak aplikasikan kaedah kerja2 lapangan dalam nak buat sesuatu kajian..ikutilah temubual yang dilakukan sehinggakan sis dah jatuh cinta
sis:berapa ramai ahli pondok? lelaki ramai, perempuan dalam 50 orang..umur paling muda 11 tahun..paling tua..70 tahun dipanggil "mok".golongan ini bukannya dibuang kuarga or tak kawin@andartu ke..tapi sebab anak2 duk jauh..suami dah xde..baik duk berguru kat pondok..
kebanyakan dari negeri mane n knp nak masuk pondok?
yang paling dekat..daerahnya lah..kelantan sendiri..yang paling jauh,kemboja,thailand and sabah. majoroti kelantan lah..sebab nak belajar pondok..ada yang mak ayah htr,ade yang keputusan stpm kurang baik..ade yang memang minat belajar pondok..jaminan akhirat walaupun xde pengiktirafan bersijil.
ada tak kawin sama2 pelajar@guru..?
ade..sebelum puasa hari tu ade..ustaz ngan anak murid.dua2 orang thailand.. saam2 student pon ade..yang suami hantar isteri belajar pondok pon ade sebab katanya isi masa dengan ilmu dari duk saje..huhu..yeker..lupalah fakta..
ade x masalah couple@kes2 berat?
couple tu ..ade je..sebab penggunaan handset dibenarkan.itu yang sesetengah kurang boleh dikawal..masalah2 lain?xder kot sebab ahli sikit..boleh selesaikan sendiri..cuma pada tahun 2000 pernah terjadi kes kebakaran di asrama perempuan yg pada masa tu asrama kayu lagi..itu je lah trajedi..
aktiviti yang selalu dijalankn?
solat berjemaah adalh wajib.ada jugak riadah.malam muhasabah diri..tak banyak aktiviti yang ada..
inilah sedikit sebayak..banyak lagi soklan namun penat dah nak taip ni..layan gambaq la pulak ye
Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.
Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.
Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.
Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.
Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.
Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.
IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.
Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.
Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.
Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.
Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.
Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :
“ Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.”
Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.
Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.
Saya juga ada menulis tentang hukum memakai niqab pada keluaran yang lalu. Sila lihat :
Perbahasan Niqab dan Hukum Pemakaiannya
Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.
**********
Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...
Mohd Nazrul Abd Nasir, Rumah Kedah Hayyu 10, Keherah Mesir
malam tadi satu konvoi beramai2 ke umah lect..puan faridah..kat losong..perjalanan agak2 jauh..agak2 sesat..tapi sempat je sampai dan makan2 tanpa rasa bersalah pon..candid2 gambar..pemenang pakaian tebaik pon ade..hup..macam3 ragam ler dak2 sains sosial ni..ape2 pon ..abadikan kenangan xseberapa indah ni..kat dalam blog ni.
salam,alaik..pagi yang indah ini..diserikan dengan kalimah ilahi..zikir pengubat hati..semoga dapat ketenangan sepanjang hari..disini tertarik dengan permasalahan ummat yang disekeliling sis yang selalu ada fitnah dan khabar2 angin..mungkin kerna ego terlampau..kurang faham agama..kesian sangat kat mereka2 ni..jadi sis trangkan kat bawah..camne nak berlapang dada.."orang yang mengenal alQURAN itu sabar"
Salah satu sifat utama penebar kedamaian dan ikatan persaudaraan adalah lapang dada. Orang yang berlapang dada adalah orang yang pandai memahami berbagai keadaan dan sikap orang lain, baik yang menyenangkan maupun yang menjengkelkan. Ia tidak membalas kejahatan dan kezhaliman dengan kejahatan dan kezhaliman yang sejenis, juga tidak iri dan dengki kepada orang lain. Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda,
“Seorang mukmin itu tidak punya siasat untuk kejahatan dan selalu (berakhlak) mulia, sedang orang yang fajir (tukang maksiat) adalah orang yang bersiasat untuk kejahatan dan buruk akhlaknya.” (HR. HR. Tirmidzi, Al-Albani berkata “hasan”)
Karena itu Nabi Shalallaahu alaihi wasalam mengajarkan agar kita berdo’a dengan: “Dan lucutilah kedengkian dalam hati- ku.” (HR. Abu Daud, Al-Albani berkata ’shahih’)
Termasuk bumbu pergaulan dan persaudaraan adalah berbaik sangka kepada sesama teman, yaitu selalu berfikir positif dan memaknai setiap sikap dan ucapan orang lain dengan persepsi dan gambaran yang baik, tidak ditafsirkan negatif. Nabi Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, ,,, “Jauhilah oleh kalian berburuk sangka, karena buruk sangka adalah pembicaraan yang paling dusta” (HR.Bukhari dan Muslim). Yang dimaksud dengan berburuk sangka di sini adalah dugaan yang tanpa dasar.
"Akhi*, dulu ana* merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah* makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah* pula yang aneh dan pelik!"
Begitu keluh kesah seorang mad'u* kepada murabbi*nya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.
"Lalu apa yang ingin anta* lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.
"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti*; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." Ikhwah itu berkata.
Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.
"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.
Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.
"Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.
"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"
Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya. "Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"
Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.
"Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?" Tanya sang murabbi lagi.
Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.
"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah*. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."
Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.
"Akhi,ini adalah kumpulan manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."
"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."
"Futur*, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.
"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."
Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.
"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"
Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.
"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.
"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."
Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama sahabat yang tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.
Duhai sahabat2 yang ku rindui.. Sedarlah dan bangunlah dari lenamu yang panjang, Ingatlah bahawa di pundak kitalah tertanggungnya tugas dakwah yang mulia ini, Lihatlah di sana manusia berlumba-lumba mengejar dunia, Namun ayuhlah kita mulakan langkah ini dengan penuh keyakinan bahawa kita telah dipilih oleh Allah untuk dimuliakan disisiNya sekiranya kita sanggup menahan pahit perjuangan dan tetap teguh berada di atas jalanNya dalam mencari redhaNya.
Di dalam buku Permata kehidupan: Jalan menuju syurga , karangan Ustaz Kasmuri Selamat , yang mengumpulkan kata-kata hikmat dan nasihat daripada Saidina Ali karamallahu wajjah , terkandung : Mahukah kamu aku beritahu tentang orang yang paling mengerti agama di antara orang-orang yang mengerti agama?
Iaitu orang yang tidak membuat orang lain putus asa terhadap rahmat Allah. Orang yang tidak membiarkan orang lain berada di dalam kemaksiatan. Orang yang membuat setiap orang merasa gelisah terhadap bencana yang akan diberikan Allah.
HAKIKAT JALAN DAKWAH
Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga yang harum Tetapi merupakan jalan yang panjang Kerana sesungguhnya antara hak dengan yang batil ada pertentangan yang nyata Ia memerlukan kesabaran Dan ketekunan untuk memikul beban yang berat Ia memerlukan kemurahan hati Pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera Tanpa putus asa dan putus harapan Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerus Dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNya Mungkin anda tidak akan dapat melihat natijahnya Serta buahnya di dalam hidup anda Sesungguhnya kita hanya disuruh beramal dan berusaha Dan tidak disuruh melihat hasil dan buahnya Kita juga tidaklah sepatutnya bersikap melampau dan cuai Kerana bebanan kita banyak Sementara itu pula dakwah memerlukan Para pendukung yang mempunyai cita-cita yang tinggi Kemahuan yang kuat, keazaman yang tegas, tangkas dan unggul Kekuatan yang pertama Ialah kekuatan aqidah dan keteguhan iman Diiringi pula dengan kekuatan tangan dan senjata Itupun kalau sudah tidak memiliki jalan dan pilihan yang lain. Asy-Syahid Hassan Al Banna (Jalan Dakwah)
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.” (Faathir: 29)
bukan mudah bila mengharungi arena ini sendiri..26 hb lepas..adeq2 seperjuanganku.. zahani,aiman,muzani,ulwan,kamal,madiah,hasmidar,eina.. pergi ke mesir..peluang yang masih diberi oleh Allah untuk mereka menimba ilmu dibumi barakah anbiya..sungguh beruntungnya adeq2ku ini..saat terakhir ingin berlepas masih mengirim msj..cukup terharu..rasa amat kehilangan..banyak kenangan indah dalam melaksanakan amal2 islami..cukup bertuah mereka..sekarang ni dah pon menjejakkan kaki disana..semoga mereka ini bakal lahir sebagai ulama yang profesional..sedangkan aku masih disini..menghitung kenangan2 yang dingin..teringat saat2 ingin ke mesir..segala persiapan dah buat..lepas abih diploma..duk sibuk ngan aisyah urus semua..pasal borang..passport,cabutan..terjemahan..gambaq 3o keping.sis siap sedia gambar 3o keping..semuanya dah setle.. tunggu tiket je..sehebat mana perancangan manusia yang hina ini..hebat lagi aturan Allah..sis masih dibumi bertuah ini..meneruskan pengajian disini..meyampaikan pesanan baginda junjungan untuk terus menjunjung syahadah ini.. syukur alhamdulillah..ada hikmah disebalik semua ni..bnarlah kata aisyah..nak seribu daya..dia xdapat pi mesir..namun Allah balas kesungguhannya..sekarang ni..belajar kat jordan..semoga dapat mengaut seluas ilmu..
akhir kalam..aku bukanlah seorang sempurna dalam melaksanakan amal2 islami..aku berterusan mengubah dengan mengharapkan diriku serta orang 2 yang sentiasa bersamaku dapat hidayah dan taufiq ..hidupku hanya pada jalan ini..semoga Allah menghadiahi cinta dalam perjuangan yang mampu membawa kearah kegemilangan ummat..aku sekadar seorang daie yang melalui jalan ini.."sis_nadya
salam mahabbah..salam aidilfitri n salam ukhwah fillah..
bahasa minda melayu..subjek yang agak ilang mood mulanya..besela..bab 2 bahasa n sastera ni bukan minat sangat..tapi lama kelamaan jadi lebih2..kata org cam jatuh cinta jew..yela..kita tengok betapa semangat usman awang masa 100,000 mansuhkan b.inggeris dlm mate n sains.. jadi sis pon terpanggil jugak untuk pertahankan bahasa melayu..kecewa juga adee sesetengah kawang2.. rasa terer la..dpt speaking n post dlm blog pun bi jugak..kata lecturer sis..xde sikap kesantunan dalam berbahasa..buat cara melayu la..hari tu dah belajar bab pantun,keindahan bahasa,kehalusan bahasa dan etika dan moral..best la pulak..bahasa selanga pun ade juge..marilah kita berbangga dapat berbahasa melayu.."bahasa menunjukkan bangsa" ...
diari aidilfitri sis.. last ramadhan..maknanya sehari sebelom raye la..pagi2 kena bangun dah..ayah dah siap potg buluh n masukkan daun lemang..mak dah siap rendam beras..mesin nyior..anak2 dier jer yg baru bangun..hehe..bertuah2..sementara menunggu masa untuk siapkan lemang ni..sis pun buka la ruangan kueh raye..hentam sajalah kueh ape..campur2 bahan jadi kueh sampan,campur2 lagi..jadi semperit..anak sedara yang terlebih rajin ni nak menolong..dialah yang letak hiasan..lepas masak je satu kueh tu..terus puji..cheya wat kueh best.bila sis rase..keras n kurg manis lap tu.padahal dia nak cakap yang dia yang tolong..pandai tol la anak2 cheya ni...malam tadi adik yg bljr kat uitm(kulinari)chef la ni.dia dah wat almond..pah sis wat tadi..dia lak nak sambung wat sarang semut..dlm kul 12 tghri..sambung kisah lemang balik..dah siap2 masuk santan n pulut dlm lemang..terus dibawa ke tempat membakarnya..ni keje orang lelaki la plop.. semalam mak dah bungkus tapai..jadi ini hari duk kemas2 jew..nak patah juga pinnggan ni..sehari suntuk..pah berbuka..ayah wat meeting kuarga julung2 kalinya..kumpul kul8 mlm kat ruang tamu..ayah bagi tazkirah..sedarlah ni,anak2 dier jadi mereng belake,,ade yg tak sembahyang..ade perangai cam naga..cam3 lagi la..pah2 dah ditetapkan..setiap jumaat mlm sabtu..ade meeting kuarga..kena balik sokmo la kat umah..kul 11mlm sis iron plop semua baju..masa ni nk jagi singa gak..semua ahli kuarga yang seramai 11 org ni..terpaksa la ikhlaskan niat..pah2 tidur la.... dipagi hari raya yg kurg meriah ni..yela..angah balik kg halaman isteri dia kat jawa tengah..hilang dah satu kuarga..achik plop balik beraya umah suami dia kat batu rakit jew..tapi xmeriah la..mujur ade anak2 kaklong jew..baru la..ok sket n bising2 sket..tinggallah anak2 bujang ni..huhu..pi beraye umah sedara mara..pah2 petg lam kul3 gi umah tok blah mak kat batu rakit..semua kumpul sini..tapi sis mengantuk sangat2..terus cari bilik tok n tidur..bangun2 dah kul6..bertuah tol anak dara ni..haha..terus makan kueh raye n air kelapa muda..siap ada isi,best..pah2 gi berya umah mak mertua chik..lam 7.30 baru balik, umah..beraye sakan.. raye ke2..pagi2 dah siap2 kemas umah..hari ni nak pi setiu..unah mak sedara belah ayah plop..maren belah mak..sakit jiwa duk tggu adik bongsu..kat sejam..kul10.30 pg baru leh bertolak..sampai2 je terus kami serbu makan..haha..saje kosongkan perut tadi..makan habis kueh raye yg ade..pah zohor baru balik..pah2 berpecah lah..sis n kaklong n adik uitm gi jalan2 lagi..umah kawan2 long..pah2 umah kawan2 adik n last umah kawan sis..kul 5 ptg baru balik umah..pah2 adikberadik mak plop nak datang umah..kena la masak2 lap..pagi tadi sis dah wat agar2..xsedap pon habis la jugop..pah magrib..baru makan..n nak isyak baru balik..adoi..adoi..penat sangat2..kul9mlm gi kat sekolah lama lak ngan long kat tok jiring..MTT ade jamuan raye..yang hadir cuma geng2 sis la..jupe ngan cikgu2 lame2..suke sangat..ukhwah yg tak pernah pupus..geng nakal sis ade 4 org..zulaikha,shema,fitri n sis.. semua dah kawin..shema dulu n anak dia dah umur 3tahun..zu n fit3 ,masing2 kawin tahun lepas n dapat baby tahun ni..sis??????huhu ,aku sorg je..still membujang..zu jelah yg xdapat dtg..jalam jem..pah2 geng baik sis..dlm 3,4org je dtg..nisah,bie,su,k.yah.aini.ashrah.tp okey la..setahun sekali jumpa..balimlam kul11 mlm..penat giler3.. hari ke3 ni..ade umah terbuka kat cendering..jadi tukang2 hidang jelah..tolong kawan2..best jugak la..duk potong lemang sampai melecur tangan ni..luka2..mane taknyer..dlm 50 btg jugak..sis n khayah jew..dapt jupe kawan2 laen..seronok..ely.k.irah..masing2 dah besor panjang..kak sa kawin hari ni gak..xsempat pi la..tp gi hari ke5 kot..sambt menantu..pah2 kwn sekolah setiu fon nak dtg umah pah zohor..tapi..jalan jem..mane leh balik..lepas gi beraya kat tapu..terus berkejar balik..kul4 sampai umah..last2..dia tak jadi dtg..ujan katanya..senget tol rasenya..takpe2..ujian.. hari keempat..baru dpt relaks sket..mak n ayah pi kenduri kat kerteh..aman sket la umah..haha..tak bek tol.. namun..raye ni la kurg best sket..banyak plan xjadi..xpelah..ade hikmah tu..ape2 pon.. moga2 silap salah sesama manusia..harap diampun.. susah jugak..ramai yg syadid..xhtr pun msj raye..rase thiqah sangat la tu..bukan mengharap sangat..dah satu jalan..satu tujuan..satu matlamat..ape salahnyer kalu htr, 1sen je..xde nyer masalah2 hati..pk yg negatif sokmo..kita tak tahu..kot2 ade yg terasa hati ngan kita..manusia kan..bukan malaikat..sebut je ukhwah..tahap 13 la ni..same2 la muhasabah..
salam penghujung ramadhan..tangisan kepiluan kerana ini mungkin ramadhan terakhir..apatah lagi bersama kengkawan n sahabat tahun akhir.. buat diri sendiri..mungkin ada mungkin tidak..penghujungnya sukar untuk dilalui..baru semalam rasanya berbuka puasa pada hari pertama..xmuat surau plak malam terawikh tu..siap ada sembahyang kat luar..namun semalam..2saff jew..muslimin lak..imam n bilal..mungkin ramai yang balik tapi ramai lagi yang duk kemas2 barang..ramadan kian sepi..
apapun..coretan sebelum diri ini pulang juga ke rumah pada kul3 ni..merempit bersama minah rempit solehah..ada kew?hehe..apapun.. didalam libry yang menjadi saksi ni.. sis memohon bebanyak2 kemaafan.andai ada silap dan salah..terguris hati..terasa jiwa..terutama member kelas la..nak jadi baik bukan mudah..amarmakruf nahi mungkar lagi susah..mcm2 org duk kata kat kita..tapi inilah jalan dakwah..nak mengaku berjuamg menegakkan islam..inilah ujian yang harus ditempuhi.. perit,pahit..tapi manis jugak akhirnya.. buat sahabat sohabiah..masing2 kenal sis macamne..bekeng?serius?kurang mesra? tapi baek hati kan..kan?kan?hihi..akhir kalam.. salam aidil fitri...maaf zahir dan batin..
pada senior sis yg nak kawin raya ke3(kak sa) n ke6(kaka amiey) ni..kalu ada kesempatan insyaALLAH akan sampai gak ke walimah tu....tahniah. semoga bahagia hingga ke syurga..
"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka
Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu, Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"