23 Okt 2010

manfaatkan hari sekurangnya untuk diri sendiri

Allahurabbi.. yang sentiasa memberi pada hambanya yang leka..mendekati hamba yang sepi..
Salam kepada mukmin dan seluruh alam. Alhamdulillah..kepenatan terasa masih. . penangan asgment yg dapat minit2 akhir u study week ni..cukup terbeban sebenarnya.namun itulah namanya MAHAsiswa..

Hari yang dimanfaatkan..

Bersama brother lim> “keajaiban alquran dan keindahan islam.. memang mantop sekali.pendakwah saudara baru..dan lama jugak kot..dah 15 tahun.. Malu la yg dari lahir beragama islam ni.. daurah safiyyah edisi dua > ahli panel dari student yg baru memeluk agama islam tahun lepas dan cara pemakaian dan amalan seharian lebih baik dari umat islam yg dari kecik belajar dan duk dalam lingkungan islam. Mengapa saya memilih islam > ust rasyidi.pendakwah bebas..saudara baru dari kuching Sarawak.. allahurabbii..rasa tertampar dimuka setiap bait2 ayatnya. Betapa umat islam amat lemah sebenarnya.bersama adik2 yang sekian lama tidak berjumpa. 2hari dilapangkan masa untuk mereka.moga2 ukhwah terbina.sis sayang kamu.. Bengkel kerjaya> seharian memanfaatkan skill ,resume,interview dan sebagainya..sanagt enjoy..tazkirah disurau habibah..ust roslan dan ust.mud.. kelas tajwid oleh ust.fakh.. tazkirah disurau saodah..ala2 ust akila..sanagt bagus adik tu..penuh ilmu..sis like . minggu korkurikulum..sebagai unit potokol,sangat cuba menjalankan amanah dan taklifan yang diberi. Menjaga kebajikan puan ibunda tercinta walaupon lari dari bidang tugas.hu2..sepagi yang cukup mnyeronokkan.. bersama kawan2 n syeikh yg sentiasa hepy..sis like , Tengahri tu pula ke medan tarbiah..melewati taman2 syurga.allahurabbi. rasa nak sujud syukur. Betapa kepanasan hari yang sanagt terik seolah ditenggelami dengan semangat jihad yg menbara. Apapon..bertuah yang amat diberi kefahaman dan jalan menuju redhaNYA. Akhirnya petang pulang ke rumah terchenta walaupon dah gtau xbalik..tapi anak masih demam.panas plok tu.. bila main2 ngan dia baru dia rasa sihat cket. Natijahnya, my brother xnak hantar ke kampus.. bola punyer pasal.. L sabau jelah.. tapi hikmahnya.. sis dapat ke “spa”. Betulkan urat2 saraf yg tersimpul2 ni..segar yang amat .. allah maha penyayang..sangat penyayang..
manfaatkan hari untuk dimanfaatkan pada orang lain..sekalipon tidak..pada diri sendiri..

18 Okt 2010

mereka lebih baik




pesanan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapakan dalam hatimu “Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucaplah ( dalam hatimu ):
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada ALLAH jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku peroleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini sedang bermaksiat kepada-NYA padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Aku tak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

begitulah manusia..perlu merendah diri bila berhadapan dengan sesiapon..ingatlah wahai diri ini yang sangat dhaif..doakan anak saya.. ~fudhail al fateh~ yang kurang sihat (lelah)..moga diberikan kesihatan.anak yang aktif ini sangat disayangi..namun ya ALLAH..janganlah kecintaan ini melebihi cinta kepadaMU dan agamaMU

10 Okt 2010

~Bangkitlah Mujahidah~


ALLAH S.W.T. ada berfirman,

“ Mungkin apa yang kamu tak suka tetapi perkara itu baik bagi kamu, mungkin juga apa yang kamu suka, tetapi perkara itu buruk untuk kamu, dan ALLAH itu tahu, dan kamu semua tidak tahu”

bismillahirrahmanirrahim..salam mujahadah wahai mujahid dan mujahidah sekalian..

realiti yang harus dilalui..

syukur pada ilahi..segala kurniaan masih diberi kepada insan yang lemah ini.cukup bertuah.. sebulan yang mendera mental dan fizikal. akhirnya terlerai sudah segala persoalan. bukannya tidak ada sahabat yang menasihati namun kenapa bagai daun keladi.keikhlasankah sebabnya? bila murabbi berbicara..tembus segala benteng dan saki baki yang merosak jiwa..sedikit tapi kesan yang berpanjangan insyaALLAH.."sudahlah berkabung..esok2..pakai baju warna ceria2..terang2 ckit..jangan nampak cam orang cerai mati.." ayat gurauan namun disebaliknya amanat yang perlu dilaksanakan..murabbi lebih kenal anak2 nya.. moga ALLAH Sentiasa permudahkan urusan ayahanda tersayang ini.. selama ini cuba mengelakkan diri..bisikan syaitan ini terlalu kuat..akhirnya bisa dilawan..alhamdulillah..terlerai segalanya..ada perancangan hebat menanti..isbir..

capailah..

"carilah syurga didunia..iaitu ketenangan hati..jika tidak pernah kamu memiliki..sukarnya juga kamu dapat syurga akhirat" Bahagia di dunia, tenang dan senang di dalamnya, kemudian bahagia pula di akhirat, bahagia kekal abadi di sana..

Rasulullah SAW:

“Ajaibnya orang beriman, sesungguhnya setiap urusannya untuk mereka adalah baik, sekiranya mereka diuji mereka bersabar, dan sekiranya mereka diberikan anugerah mereka bersyukur.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

9 Okt 2010

saat pengharapan~


Salam kerinduan kala pena menari kembali..

Ya nabi..salam,alaika..setulus kasih dan rindu pada pertemuan dengan ilahi..

Bulan yang cukup mentarbiah diri dengan separuh jiwa dipertaruhkan untuk mendamaikan segala kekusutan hati. Terbaca satu post di facebook ust zahazan suatu ketika “perempuan apabila kecewa akan mempengaruhi kerjayanya dengan perasaan. Manakala lelaki apabila kecewa akan memfokuskan kerjaya dan mengabaikan perasaan.” Benar dan sanagt benar. Rasa sudah seperti batu dan kayu. Terguris sekali lagi namun tidak berdarah..sanagt sukar sebenarnya.. Sudah sebulan lebih tidak menjenguk halaman rumah..hati rindu..tapi belum mampu untuk menghadirkan jasad disitu bila hati masih begini.

Manis jugak..

Mekar kembali pada kenangan lalu. Setibanya di kem la tansa.. memori lalu menjengah kembali. Bumi Pahang dijejak lagi. Mesyuarat untuk mnegadakan kem seterusnya dirangka. Walaupon agak penat namun inilah reality hidup sebenar. Merentasi tarbiah di ijtima seketika ketika beraya rumah sahabat. “sandarkan perjuangan pada tarbiah.bukan pada semangat”. Betapa ramainya pemuda2 asuhan kader2 islam berhimpun untuk menghayati erti perjuangan islam yang sebenar..sempat berada dalam taman syurga itu Cuma seketika..di unisza.. Selesai menghadiri satu talk bersama professor dari America.. walau 10% je faham apa yang nak disampaikan berkaitan dengan “Islamic department n orientalis “ cukup juga bermakna.. jamuan raya yang tidak habis2.. dirumah dr.norizan..meriahlah jugak dengan karenah2 kawan2 ni. Selepas tu dirumah Prof Dr.Ramlee.. sudah lama mengidam nasi dagang sesedap ni.

Adakala pahit tu..

Sahabat fasi satu kem la tansa.. “mohd syafiq abdul manaf” yang agak kritikal..walhal baru je telefon dia dengan sihat sejahtera..esoknya terus koma dan dimasukkan icu.. sekarang ni Alhamdulillah..beransur pulih. Ketidaksempatan bertemu maher zain.. L , ketidak khabaran oleh ahli keluarga ada jiran telah meninggal dunia..sebelah rumah lak tu.. kul8 malam tadi baru balik dari johor menemani sorg sahabat yang kematian ayahnya malam semalam..perjalanan yang agak jauh. Moga tabah menghadapinya. “Adik mad” .. ketidaksempatan juga hadir majlis bestday anak tersayang “alfateh”.. apapon cheya doakan menjadi anak yang soleh.. teringat juga mesej di fb oleh kak chik “mu xdop rumah?” mesej dari kak long pula “bila nak balik..bil streamix tu sape nak bayarkan?ayah xmo bayar” ugutan demi ugutan berunsur secebis harapan suh balik..emm.. kerinduan hati pada teman baikku yang sekian lamanya tidak bertemu.. “faizul azuan” . 7 tahun lamanya..”xbersedia lagi nak jumpa” katanya..em..macam la ada pe2..kewangan juga agak tenat akhir2 ni.. teringat juga kata2 ayah bila kerap kali balik umah sem lepas.. “balik pulop..kempes mula doh beg duit ni” .. J ..

Rajuk hati

Ust kazim menjadi pilihan tatkala mendengar ceramah..unsur humor dalam kuliahnya sanagt menggelikan hati ini. Pernah juga terdengar.. sikap yang suka merajuk ni. Tanda lemahnya iman. Emm.. iman masih lemah rupanya.. begitu bersikap pemaaf yang sebenar2nya.. bukan pemaaf dibibir “ saya dah maafkan dia..namun jauh disudut hati..sy xrela..” ni juga sangat lemahnya iman. Terlalu merindui mak..walaupon kekadang leterannya cukup menghanguskan hati ini.. J .. tetapi sayangnya jugak lebih utuh.. entahlah.. kepada siapa sebenarnya rajuk ini..susahnya nak cari punca.. walhal suara mungkin tidak sengaja berkasar.. mungkin juga mesej n call ini yang mengganggu..apapon kembali kepada pemilik hari yang sebenar2.. ada pihak ingin berusaha..namun bila hati2 membeku..untuk apa sebuah pengharapan.. ya rabbi.. lindungilah hati ini.. husnuzhon dnegan murabbi..sememangnya mereka insan yang tidak pernah mengzahirkan.. namun sayangkan tidak boleh dipertikaikan..dalam diam mereka menyelesaikan.. moga tabah selalu..

“open ur eyes..maher zain..- untuk maherah”

1 Okt 2010

*muhasabah seorang hamba*

jadikan aku hamba yang bertakwa ya allah..

salam mujahadah ~~sehening suasana dingin dan damai dipagi penghulu segala hari~~
merentasi dunia laman sosial..akhirnya jumpa satu artikel yang sama ingin dibicarakan pada pagi ini..kredit to akh~msrizal.blogspot.com

wahai umat nabi muhammad..hamba ALLAH yang diberi taklifan. bangkitlah atas satu semangat. dunia ini tidak lain hanyalah debu. ditiup berterbangan.disimpan akan karam lah manusia.sedarlah akan hakikat ciptaan.sama-sama muhasabah sepanjang semalam yang panjang untuk dileraikan..

Meniti hari esok yang mendatang.

Malang sungguh sifatnya insan. Mudah sahaja dia melupakan diri yang sebenar. Malah, sudah diberi waktu selama 24 jam, tiada masa walau sedetik pun mungkin untuk mengenali diri sendiri. Lupa tentang dosa dan noda yang meniti bibirnya sehari-hari. Lupa tentang berapa ramai mereka yang disakiti hati. Lupa tentang, amal yang tidak padan dengan umur yang diberi. Lupa dan keliru dengan apa yang patut dilakukannya sekarang dan akan datang.

Diri yang lelah dengan mabuk arus dunia terus melupakan apa yang sudah dicoret dengan jalan-jalan indah bertuhan. Jalan-jalan inilah yang diikuti bersama mereka yag di sebut di dalam penhujung surah Al-Fatihah. Iaitu orang-orang yang mereka ini Allah Taala telah beri nikmat. Nikmat itu bukanlah sesuatu yang kita sangka berupa kesenangan dan kemewahan dunia. Tetapi itulah nikmat berbuat ketaatan. Ya, ketaatan itulah sebenarnya kemulian dan kenikmatan yang Allah Taala beri. Bukan selain daripada apa yang kita fikirkan. Tetapi jika Allah Taala mahu menghinakan seseorang manusia itu, maka seseorang itu akan berbuat kemaksiatan.

Inilah yang dirakam di dalam sebuah hadis Qudsi, dimana Allah Taala berfirman;

"Sesungguhnya Aku tidak memuliakan manusia dengan banyaknya harta dunia dan Aku tidak menghina orang yang aku hinakan itu dengan sedikit hartanya. Tetapi Aku memuliakan seseorang dengan ketaatan dia pada-Ku. Dan Aku hinakan seseorang itu dengan dia berbuat maksiat kepada-Ku." sumber Tafsir al-munir.

Sukar mungkin untuk menterjemah apa yang dinamakan hasil di dalam beribadah. Fikir-fikir jika banyak beribadah malah dengan kekerapan bersolat dhuha, ianya mampu membuatkan diri lebih kaya. Bagaimana pula jika bersolat dhuha tetapi semakin miskin pula?

Semuanya tidak dapat dijawab dengan logik jika dipandang dari kaca mata material. Kerana iman itu adalah sesuatu yang tersemat di qalbu, terungkap di bibir dan terzahir melalui perbuatan. Jika Allah Taala menakdirkan kesukaran, maka iman akan menjawab itulah suatu nikmat bagi menguji kekuatan. Bahkan dengan jika berjaya lepas dari ujian ini, diri akan semakin kuat dan iman akan makin mapan.


Berhiburlah sementara usia masih muda

Sementara usia masih muda, berhiburlah. Kelak jika tua menjengah tiada larat lagi untuk berhibur. Sementara usia masih muda, bergembiralah. Nanti ketika tua, semakin banyak beban di pundak untuk dibela.

Tetapi jangan salah anggap apa yang saya katakan berhibur di sini. Berhibur dalam definasi iman. Berhibur untuk mencari kerehatan fikiran. Seperti mana terhiburnya Nabi SAW dengan solat, lalu menggesa Bilal untuk melaungkan azan dan iqamat.

""Ya Bilal! Akim as-salah wa arihna biha-Wahai Bilal, rehatkanlah kami dengan solat!"

Pengertian sebegini sukar dimengerti bagi sesiapa yang tidak cuba memahami. Solat itu tidak berat, tetapi amat ringan. Malah ianya seolah-olah gandar yang meringakan beban. Buang segala keraguan dan cangkuk-cangkuk yang menghalang untuk keringanan ini direalisasikan. Biarpun ianya berupa kawan karib, ajak mereka. Jika tidak mahu tangkis sebelum kita tertarik sama.

Jangan menangkis untuk terus bergembira tanpa ada sedikit pun rasa bersalah di dalam jiwa. Kerana sia-sialah manusia yang panjang umur tetapi buruk amalannya.

*memetik kata2 sahabat2 yang bersemangat juang "bekerja didunia..berehat disyurga"

28 Sep 2010

~Dengan namaMU ya ALLAH~

SALAM MUHAJADAH..SEBERSIH FIKRAH..SETULUS JIWA MENGGAMIT HATI MENERUSKAN SAKI BAKI MAKNA SEBUAH KEHIDUPAN

PERJALANAN YANG MASIH PANJANG JIKA USIA DIRASAKAN TIDAK BEERTI DALAM MELAYARI SEBUAH KEHIDUPAN. .selawat dan salam buat rasul junjungan. moga diri dalam syafaat dan menfaat sentiasa. berkongsi tazkirah disurau saodah oleh penceramah yang merupakan pensyarah dibumi beriman ini. rindu saodah T_T ..

bercerita tentang kemaafan dalam kehidupan seseorang. sukarlah..dan sangat sukar untuk memaafkan seseorang sebenar2nya. memanglah, kita dibibir mampu mengucapkan "saya dah maafkan dia" namun jauh disudut hati belum mampu sebenarnya. hati n lidah selalu sukar bersepakat dalam mengzahirkan sesuatu dan menggambarkan keikhlasan. "sedangkan nabi ampunkan ummat" penuh idea ust menjelaskan kepada hadirin. ayat2 ini selalu kita dengar..betullah. kita bukan nabi..manusia biasa. yang banyak buat salah dan silap. tahap kelembutan hati dan kemaafan seeorang juga berbeza-beza. namun, ingatlah.. kita berhutang dengan manusia wajid dibayar sesama manusia..jika berhutang dengan allah..hanya kita dengan allah. bila melibatkan manusia ni. susah dalam kehidupan kita. contohnya mengumpat :) , tambah ust lagi. bila sebut mengumpat, terus orang perempuan yang dikatakan serasi dengannya.terbayang wanita terus..walhal lelaki juga sama. namun ayat je diubah suai " kami sedang membincang masalah ummat" sungguh berkesan gaya penyampaian ust yang bersahaja. amat rugi bagi siapa yang sekadar menghabiskan waktu magrib dengan fesbuk,asgment,basuh baju,pi cafe.. dunia kita kejar sedang akhirat ingin mendekati..kita yang menjauhi..alangkah rugi manusia..

lagu baru yang berjaya menawan hati ini..titisan air mata mampu mengalir bila mendengar..seolah2 kita sedang berbicara dengan allah. ya allah.. lindungi sahabat2ku.. adik2 ku.. umar n farhan. moga mereka tidak diuji diluar kemampuannya.. sama2 hayati~

padamu ku bersujud

ku menatap dalam kelam..tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah..esok ataukah nanti
ampuni semua salahku..lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta..kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya..hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah..yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu..dalam sunyi aku bersujud


26 Sep 2010

~sepenuh jiwa~

salam sayang u rabbi..sepenuh kasih u nabi..setulus hati untuk murabbi.. dari jauh rindu untuk ibu dan ayahku..


Bersua akhirnya bersama sahabat2 tercinta..rasanya sudah agak tenat jiwa menyimpan, ingin ditahan dari diperhati dan dirasai.. namun itulah persahabatan..mereka lebih tahu tentang diri ini.. pelbagai kalimat keramat kedengaran menasihati diri ini agar terus tabah dan istiqamah meniti ujian-ujian kehidupan.. inzar dan tanbih menusuk hati dan memenuhi kekosongan dan segala tekanan.. deraian air mata membicarakan segala..lafaz xmungkin menyata apa yang tersimpan.. mereka terlalu faham dengan diri ini.. ya allah..mereka sahabat2ku..kawan ketika gembira..teman segala kesusahan..kepercayaan pada semua asbab..mereka penguat semangat..tatkala rebah..mereka bangunkan.. setelah iftar dan mendengar tazkirah bersama2.. disurau farabi.. ust syafie. memulakan kalam.. betul2 terkena pada diri masing2.. memaafkan..dan meredai bukti tahap keimanan seseorang.. pelbagai input diperolehi dari tazkirah yang hanya sejam..disentuh juga keutamaan puasa qada dan melazimkan amalan sunat.. hidup dalam husnul khatimah.. pelbagai nasihat.. yang paling terkesan.. sebagai daie,sebagai ahli surau,hatta sebagai model yang mengaku bawa islam.. peribadi dan akhlak yang baik harus ditunjukkan..lebih2 lagi berada di asrAma.. semua orang akan perhati.. tingkah laku..akhlak dan sebagainya.. "perlu berbeza dari orang lain" ini lah yang sering ditekannya.. moga sinar baru hari ini..memberi harapan pada hari esok. agar redha allah sentiasa bersama hambanya yang sabar..

*amalkan surah al insyirah..surah alkauthar..zikir hauqola..istigfar
*
setiap masa..agar hati tenteram..yg penting..YAKIN.. Allah sentiasa bersama

16 Sep 2010

~~~Situ Sini Hari Raye~~~



my heart..fudhail al fateh

salam raye situ sini..sana sinung.. :)

Em.memang raya sakan.. jadual yg padat..macam kuliah pon ader.. RAYA PERTAMA..dah la bangun lewat,xsempat salam ngn mak ayah..pah2 malas pi raye..duk rumah jew..alhamduliillah..kedatangan shbt pada malamnya..itu pon kalut mraikan..tq 4 farhan n ilham..syukran kathir.. RAYA KEDUA..kenduri tahlil arwah sepupu di umah tok.seharian duk sane..borink ngat..hu2.

bersama kak chik..deq nuha ..makRAYA KE3-SHBT SMAS N SETIU...my driver.. bie..my bestfrenz..jalan2 ngan dier..org dah ada kete kang..jadi mangsa la skit sebanyak... pi ijtima aidilfitri bersama tok guru presiden..banyak info dan input dapat.alhamdulillah.. pah2 pi setiu..jalan2 umah kengkawan sekolah agama setiu..em..pah2 singgah umah shbt baikku shema..yg sudah berumahtangga..dua org anak..soklan biasa dituju “mu bile lagi ya..takkan xdop calon lagi” soklan yg dah lali..heee..seterusnya.. kul8 malam pi maahad tahfiz wal tarbiah(mtt) u jamuan raye bersama alumni n cikgu cikgi.. kul 10 malam baru balik umah..

RAYA KE4.. JALAN2 NGAN GENG KUSZA.. CIK BASYIR.. :) my driver..plan agak tergendala..jalan jem teruk.. kul4 baru leh gerak ke umah yg nak dituju..thanks to encik ehsan..sudi bersabar melayani kerenah kakak nya..he2..moga setiapnya bernilai ibadah.. :) pi umah ust hamdan..ex mudir mtt.. agak lama tidak bersua..kebetulan anaknya encik ulwan sahabat baik..buleh la pi jalan2..siap ada ugutan mee kari dia..hu2.. seterusnya umah shbt dunia akhirat....:) puan ayu amalina..kebetulan pada hari tersebut adalah bestday dia..sanah helwah ukhti.. n last..pi umah cik basyirah sambil menunggu kedatangan driver laen merangkap my sis.. tumpang tido umahnya kat bukit payong.

RAYA KE5.. ~~TIME TO UKHWAH WITH KENGKAWAN MTT~`.. shbtku..bie lagi jadi driver..bersama teman2 seramai 4 orang nazifah,azzah.naza.. ke rumah yg bertuah yg pertama..kawan2 dari sekolah rendah lagi.. darul taqwa.. sampai duk tingkatan 3 di mtt..pah2 semua tukar sekolah.. setahun sekali je berjumpa..iaitu.. suriani(hidangan:mee goreng)..seterusnya umah ust hasbullah(mee goreng) dan singgah di masjid unisza u solat zohor..seterusnya pegi umah adik seukhwah..kebetulan jalan sehala.. encik awat..sedih pulop tengok dier.hehe..sabaq noh.. dan destinasi diteruskan.. umah cikgu kesayangan semua.. cikgu loh@abdullah(mee goreng juge).. hu2..memang dah pening tahap cipan..asyik mee goreng je ni.. dan cikgu terakhir cikgu wan sabariah.... mulanya nampak bihun goreng..nak koma dah rasa..pah2 nampak ada bihun sup..alhamdulillah..lega sangat.. dan sekarang.. jam sudah 5 petang.. terus pi area manir..rumah sahabt baikku.. fitri nadia.. yg sudah mendirikan rumahtangga..dan dikurniakan seorang anak..dasyat jugak kena smash..hehe..'mu nak calon x?"..itu aje soklannye..pertanyaaannya..sabor ajelah..seterusnya pi umah farhanah..yg sedang menuntut di uitm dungun.. account taun akhir.. sembg2 bese2 je.. ramai dekpon umah ye.. pah2 pi umah sakinah..dah abis uitm shah alam..namun masalah keluarga menghimpit..terpaksa keje kat kg.. anak sulong.. tetiba dia menangis bila sampai kat umah dia..beban dia berat tu..tertahan agaknya..harap2 dia banyak bersabar..dan umah terakhir area ni..solehah..ank bongsu dan hanya sorg perempuan dlm kuarga dlm ramai adi beradik..abg2 dia yg buat kue raya..hu2..bagus ape..kan.. seterusnya pi solat magrib kat masjid pulau ketam..dan last umah pegi.. umah syarifah..anak tokei kat bandar..umah sebelah permai inn..sudah mendirikan rumah tangga,..ank sorang.... kecoh satu rumah..bila kami sampai..siap bagi tips..nak cari calon..susah tol..:) dia yg buka kedai bunga n hiasan pengantin siap bagi herge spesel u kami..kul9 lebih pi hantaq azah kat umah dier di bukit payong..uih..jauh..cam nak balik kL..tgu gop sekejap kat umah azah..bcoz transfer gambar..dialah setiusaha pogram hari ni..he2..SAMPAI JE UMAH dier..mak dier ty.bukan ke dah kawen?macam dah kawen makcik tengok..adeiii..seketul kena atas kepala..patut jatuh saham.hehe.. sekeras mungkin daku menafikn..hu2..tengok ni makcik..cincin xdak pon kat tangan.. n last hantaq naza n nazifah kat umah dier..kerana jam sudah kul11 malam,,terpaksa bermalam dirumah bie.. lam kul12 on9 fb.. ada chat bertalu2.. “wei..mu xingat nok balik rumah..xkabo ke mok gi jalan..ank dara jenis mende..sampai sakit2 mok” kak long tetiba..hu2..takkan acik xgtau mak..saje la tu jeles kerana daku mendapat kebebasan..hu2..

RAYA KE6.. kenduri kawen ~terer x?tempat pelamin yang i buat..hu2

~ pagi2 bie hantaq balik umah..ku xlupa..hari ni kenduri kawen sepupu..sambut menantu..berdebor gak..ingt mak marah..hehe..masuk je umah terus bertembung ngan mak.. okey je..saje je dorg tu jelez.. siap2 cket..terus pi nolong..pelamin xbuat..bilik pengatin xhias..kalut benor..jam kul9.. pangantin sampai kul11..memang power la.. sis yg buat tempat duk pelamin tu..bettol bagi kepercayaan..bagus2..pah2 tukar baju serba hitamn jadilah pelayan ke hormat..sambut n cara bahagian hidangan..dari pagi sampai petang..memang adikberadikku membalas dendam..semua pakat pi rehat..takpelah..hu2..ikhlas2..sampailah tetamu yg xdisangka..hset xjumpa cari dah..xtau plop nk mai.. adik beradik seukhwah.. deq awat n ulwan n the gangs.. singgah makan kenduri..alang2 nakpi jalan2 umah member katanya.. dan petang..hujan rahmat..lebat gop..kami pon rest la..xlarat dah..

Sekarang menunggu sahabat baikku..mohd faizul azuan..yg akan tiba pagi esok..setelah xdapat bercuti sms raye..7 tahun lamanya tidak berjumpa..moga kali ini ada peluang u berjumpa dengannya..harap2nya

Disebalik Apa Yg Berlaku..Sebenarnya...~!!!~

em.. ni betul2 raya sakan..sampai xbalik rumah..memang mak sakit..tapi sakit yg biasa di alami..salah makan la tu..tapi okey dah.. emm.. kesot hati sebenarnya..hehe..bawa diri sampai xnak balik umah.. bulan ramadhan berlaku satu peristiwa yg banyak mennggugat semanagt..tapi tenang je hadapi..dah ketentuan allah..setiapnya sudah tersurat.. namun sejak berakhir ramadhan..jiwa jadi kacau..asyik menyalahkan apa yg berlaku..syaitan pon dah mula melancarkan seraangan..ditambah ada shbt sakit..terus rasa jiwa xtenteram..hidup pon xmenentu.. itu yg raya pertama dan kedua.. langsung xde mood beraye..terlalu rindukan suasana ramdhan.. ditambah pula..kak long yg mengetahui kejadian tersebut..beritahu plop ke mak.. apa lagi.. umpama mesin gun la nasihat diberi..tapi jiwa xbleyh terima masa tu..hati menangis bukan maen..kuar je dari rumah..mata xmampu menampung kesedihan..mengalirlah saki baki kepedihan..ya allah..baru saat itu terasa betapa beratnya ujian ini.. bukanlah sesuatu yg diharapkan dan dijangka berlaku..namun “berat lagi bahu yg menanggung” xsalahkan sesiapa pon..salahkan diri sendiri..sememangnya tidak layak untuk disisi orang yg hebat.. seringkali tersedar bila ungkapan ini “yg baik u yg baik” apalah yg ada pada diri..bila difikirkan..wajarlah berlaku demikian. Patut banyak muhasabah diri sebelum ingin kecewa.. allahurabbi.. sis merasai ya allah betapa diri ini disayangi..pesan shbt “ujian hebat u org hebat” “ujian luar biasa u daie yg bukan biasa2” moga itulah semangat yg diberi..kecewa memang kecewa..tapi allah merancang sesuatu utkmu sis..isbir..isbir..isbir..isbir...isbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..

10 Sep 2010

*pesan ayah&makna aidilfitri*


kedengaran alunan zikir..selawat..tahmid.. memuji kebesaran ilahi..tanda hari kemenangan..

sebagai insan yg ingin bermanfaat pada orang lain..pesan ayah..

*bagi yg terbaik pada orang lain..meraikan orang selalu..permudahkan urusannya.. gembirakan hatinya..

sikap2 ini nyata..sis cuba amalkan..cuma kekadang orang melihat "over" bila terlalu cakna tidak bertempat.. sis belajar dari ayah..xperlu lihat apa org kata akan apa yg kita buat.. just buat.. baru je balik dari melawat sahabat kampus yg tidak berkesempatan merayakan aidilfitri dikampung halaman..ayah minta ajak semua datang rumah.. tapi bak kata adik ulwan "shy2 cat" pula mereka..memang la segan..datang uamh orang..takut esok menangis..susah pulakkan.. :)
tapi kami cukup berbesar hati jika dapat meraikan mereka..bila mereka tetap xmau..sis pon pergi ngan brother untuk hantaq spesel punyer makanan.. "lemang..tapei..kueh raya..dokong..ketupat" emm..moga2 mereka dapat merasakan susasana raya n terubat sikit rindu kat kampung..harap2 esok mereka sudilah singgah diteratak ini..

salam aidilfitri buat semua > cikgu PASTI, pelajar n ustaz ustazah darul taqwa.. ex maahad tahfiz wal tarbiah (mtt) 99-04.. semua warga sekolah menengah agama setiu..03-04, terkini.. sezaman diploma al quran dan as sunnah dan seijazah sekarang.. sains sosial antropologi dan dakwah.. sahabat2 tersayang.. chenom,sobar,ude,fizah,nisa,acik,asmat,deqna,syira,arin,Tema,k.hayah,fau,k.syiroh n sahabat2 lain yg xtersebut..ketahuilah sis menyayangi kamu semua.. kepada adeq2 pembakar semanagt.. umar n farhan.. kamu adalah terbaik pejuang pernah akk jumpa..istiqamah akh..kuat semangat ye.. dan lain2 ikhwan2 yg sangat sis hormati.. ilham..farid..rafie..burhan..huzaifah..fairuz..dan lain2 yg tak tersebut.. salam satu perjuangan..moga kita dalam barakahnya..

allahurabbi..ketenagan sebulan ini diragut lagi..terlepasnya musuh2 yg dilaknat ini..terus mengganggu.. allah..allah..allah.. kuatkan semangat..jangan mudah mengalah..allah amat menyayangi hambaNYa Yg SABAR..

maafkan segala khilaf sis yg tak terduga..xtersengaja..insan biasa yg buat salah~sis nadya~

*jemput beraya dirumah : 166-b kg sg.ikan, 21060 kuala trg.. sila ty posmen ye jika sesat..hehe..

begitu bermakna..ramadhan kali ini..juga hari kemenagan ini..syukran ya rabbb..


Selamat menyambut hari raya Eidilfitri. Hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa Ramadhan.

Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah taala mengurniakan hadiah besar. Sembahyang lima waktu dikurniakan Hari Jumaat, Puasa Ramadhan dikurniakan Hari Raya Eidilfitri. Ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban.

Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi org-org bertakwa kepada Allah SWT.

Adalah menjadi hikmah yang besar Allah swt memilih bulan Ramadhan berlakunya peristiwa al-Quran diturunkan dan peristiwa peperangan Badar, peristiwa pembukaan Mekah. Diikuti dengan bulan Syawal peristiwa Ahzab.

Menunjukkan bahawa kemuncak takwa yang ditarbiahkan melalui puasa ramadhan orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quranul karim satu-satunya petunjuk yang benar, yang Esa daripada Allah SWT.

Setelah Allah swt menyatakan tujuan ibadat puasa itu supaya kamu bertakwa kepada Allah SWT. Allah SWT juga menegaskan kitab ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Hanya orang-orang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quranul karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Selamat Menyambut Eidul Fitri.

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang
Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)

8 Sep 2010

~~hakikat kebahagiaan..allahurabbi..~~


salam lebaran n terakhir ramadhan

tetiba sis dapat satu msj.."awk nk share sesuatu ngan saya?"..satu lagi mesej dihantar.. " saya harap awak okey..banyakkan bersabar..kalu awak nak cerita apa2 masalah..saya sedia mendengar..;D " banyak kali ditatap mesej tu..em kawan susah dan senang.. dengan berbelah bahagi..sis menceritakan apa yang berlaku..walhal ketika itu hati begitu tenang kerna hanya mengadu pad aallah.. sebenar2 tempat pengaduan..setelah abis cerita.. agak lama..sampai satu mesej sampai.. " ok.awak sabar ye" terkedu juga.. itu aje yg dibalasnya.. hebatnya rupanya bila allah tempat pergantungan.. kita selalu mencari manusia untuk menyelesaikan masalah kita namun kita lupa..ALLAH taala ada disisi untuk mendengar dan memberi seribu ketenangan..alhamdulillah.. sis belajar dari peristiwa tadi.. ad hikmahnya bila manusia mempunyai pelbagai sifat dan ragam..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”



agak damai juga hari ini..walau hujan rintik2 berterusan..kemas rumah sepanjang hari ni.. malam ni dah nak buat tapai.. ayah pon dah standby buluh untuk lemamng pagi sok..agak penat juga nih.. nyiur berpuluh2 tgu u dimesin.. adikku dah berpura2 sakit..kakak2 pula masih dirumah masing2..ada yg tgu perabot baru sampai la..ade yg anak2 masih ada kelas mengaji.. abg2ku pula sibuk dengan kerja masing2.. em..nampaknya xde calon yg paling bertuah melainkan sis untuk dinobatkan juara buat kerja.. takpe2..hu2.. (sambil layan lagu..rest for my life-maher zain) tolong my mother.. kalu xde irama(leteran mak) best je wat keje ngan mak..biasalh..penat doh mak wat keje..kurg rajin anak2 dia ni..he2..

pokai bonar tahun ni..xde baju raya..kena sponsor kueh raye pulop..abis kat rm200 maren gi beli "kue tunjk" ..sponsor kasut untuk anak2..ai..anak ramai ni susah gak..diri sendiri xterbeli..takpolah..gumbira bukan sebab harta benda tetapi kemeriahan berkumpul sekeluarga walaupon tiap2 minggu dah bekumpul"borink gak kadang2" hu2.. bermaafan.. n xdapat duit raye... macam la dah kerje :D

malam terakhir terawikh..ya rabbi..cepatnya masa berlalu.. banyak sangat kenangan pada ramadhan kali ini.. yang pahit pon terasa manisnya..alhamdulillah..tak pernah lagi rasa kecewa bertukar menjadi cerita yg sangat bermakna.. allah maha penyayang..maha mengasihani..maha pengampun dan maha memberi dan menegtahui apa yg terbaik untuk hambanNya

dakwah yg lebih besar perlu diberi perhatian..ayuh..bangkit semanagt..takbirr

~~husnuzhon dengan ALLAH ^_^ ~~

5 Sep 2010

sandaran hati..pada keimanan..la tahzan

bismillahirahmanirrahim..
Dalam Hadis Qudsi dinyatakan bahwa yg mula pertama ditulis ALLAH dalam Loah Mafhuz ialah:
"Dengan Nama ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Sesungguhnya org yg tunduk dan patuh berserah diri kepada QadaKu,Redha dengan hukumKu, dan bersabar atas ujian dan cobaanKu,Nescaya Aku bangkitkan dirinya pada hari Qiamat kelak bersama2 dengan orang2 yg mempunyai mertabat siddiqin."
(HQR Dailami yg bersumberkan dari Ibnu Abbas R.A.)

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat
kelak.

bismillah
sememangnya sebelum nak keredhaan Allah semestinya kita kena meredhai segala ketentuan yang Allah berikan kepada kita.Sesuatu yang susah ingin diterima kerana kita manusia biasa.Bersabarlah dalam dugaannya sesungguhnya setiap dugaan itu ada

~Semoga aku tidak lagi menangis di atas segalanya yang bukan milikku~
jangan ditangisi apa yang bukan menjadi milik kita....

kadang kala apa yang kita suka atau gemar bukan terbaik untuk kita

dan apa yang kita tidak sukai mungkin terbaik untuk kita...

mungkin tangisan hanya reda panda pandangan mata kasar manusia tetapi secara dalaman hati kita tidak mampu melupakan sesuatu...

bagaimanapun

kembalilah kepada ALLAH kerana DIA yang lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kita....
meskipon hati masih begini...

lets zikrullah

alhamdulillah..


banyak nikmat yg allah beri..
dapat laptop mini.. wireless n streamix..
em..moga disebaliknya ada yg terbaik..



search2 internet tadi..youtube.. subhanallah.. indahnya zikir dan mengingati allah.. bersama ust syazly..memnag menusuk kalbu..yg nak 1000 rasa dekat dengan pencipta..cubalah dengarkan zikir ini..


1 Sep 2010

~moga disebaliknya..ada nilai ibadah~

SALAM Lailatul Qadr..

ketika kita betul2 berharap ada insan memberi tatkala memerlukan sepatah semanagt..tapi dingin menguasai suasana..mungkin diri mereka banyak masalah sendiri..penat nak memikirkan masalah orang lain..jiwa sendiri akan sengsara..hati menderita tanpa sebab..itulah hebatnya penangan jika kita bergantung pada orang untuk meluahkan rasa..kadangkala..berat untuk memilih menjadi kaunselor..24 jam perlu wakaf diri..moga ada nilai ibadah disebaliknya.. dididik agar memberi tanpa mengharap balasan..biarlah mereka dengan sikap mereka..tidak cakna masalah walau sekecil mane pon.. tapi insan yg bergelar perdakwah..merupakan kaunselor secara tidak langsung..sentiasa dinilai bicara..perbuatan..menjadi ikutan dan sikap sebagai teladan..kita meluahkan masalah kita pada ALLAH.. iallah..setiap maslah yg diluahkan pada kita akan diberi petunjuk oleh allah untuk selesaikannya.. ~wakaf diri u islam~ ini maksud yg sebenar..didiklah diri agar sentiasa memberi..biarpon tidak dihargai.. pernahkan..selalu kita meraikan orang..selalu mengambil berat tentang orang lain..tapi diri kita tidak dapat apa yg kita buat.. percayalah wahai insan2 bertuah.. allah lebih menghargai usaha kita dari hasil yg kita lakukan.. la tahzan..manusia..memang lemah..byk kekurangan.kita pon sama dengannya sebenarnya..jangan mudah melatah dengan dunia..ia hanya dunia..

Ya Rabb..
hambaMU ini lemah..dalam arus mehnah..
bukan mudah..tika hati goyah..
jiwa kian parah..goresan kian berdarah..

padaMU ya Ilahi..
hati ini ingin mencintai..
setiap masa merindui..
sepanjang jalan ini
ingin semampu mungkin memberi..
milikMU lah hati ini..

ya Rabbul izzati
andai hati ini pernah sepi..
berilah inzar mengubat hati..
jika jiwa ini sentiasa dilukai..
anugerahkanlah sufi untuk merawati..
mehnah ini ya rabbi..
sungguh tak terdaya u menghadapi..

30 Ogo 2010

~berilah peluang ya Allah walau sekali~


YA ALLAH..JIKA INI KETENTUANMU..SIS PASRAH..

SALAM UKHWAH WA MARHABAH..
29/08
ALHAMDULILLAH.. seusai iftar jamaie dan majlis khatam alquran.. yang dihadiri lebih 50 orang..moga nusroh allah sentiasa bersama.. tepat kul12 tengahhari tadi..driver sudah hantaq pulang ke rumah.. ditemani driver "mitahli" em..susah nak jumpa orang cenggini.. ponteng kelas entografi.. nak buat macm ne..darurat.. fiqh aulawiyat sudah letak didepan ni.. sampai rumah.. mak gtau air xde..mesin rosak..huh!sabaq ajelah.. kerja2 chef Na pon bermula..tanpa dibantu sesape pon..dah memang jadi tabiat..xsuke org nolong.. bermula daripada sayur2ran..beralih kepada udang n ayam.. dari kul 2..hingga 4..baru siap..sebelum tu ade buat puding buah..main campak je bahan2..jadi!..cukup rasa lah tadi..sonok sangat.. kul5.30 siap semua buat tom yam campur... ayam masak merah..puding buah..cayalah sis..hu2.. akibat daripada itu..tanganku ini melecur..pisau tumpul sangat myb...

kul6.45 sampai surau saodah..tengah zikir munajat..sayu nyer..tazzkirah dah terlepas.. kedatangan ust attarahim.. fellow disini memeriahkan suasana..sedikit amanat diberikan sehiingga lewat berbuka..heee.. apapon..bersemanagt tengok adik2 makan.. tambah pula ada sos bilis..kegemaran ramai.. apa tu sos bilis? mudah citer..budu la..hu2.. peserta tadarrus dapat telekung solat satu.. best sanagt adik2 kolej kediaman..:P .. apapon..masing2 xde niat ..tadarus sebb benda..iallah..tadarus kerna allah.. sudah khatam la tadi.. surau habibah.. dan jiran kami.. surau toriq pon buat jugak sekali..kalu dapat gabung..pasti lagi meriah..

moga jiwa2 cintakan rumah2 allah ini terus istiqamah.. bukan senang nak buat kerja yg tidak berbayar..malah kita yg keluarkan duit untuk buat sesuatu..namun ada ssatu kemanisan terselit disebalik keperitan itu..isbir!isbir! esok test..agment..tapi penat sanagat...

30/8

kurang bersemangat hari ini..apa yg ditunngu xjadi..tapi xla kecewa sangat..sebab dah biasa dikecewakan..huhu.. moga sabar ini bernilai ibadah..iftar disurau saodah..alhamdulillah..lecturer pon ade belanja..dr.zan.. moga dirahmati.. pemergian romate ku..sanagt2 kekosongan dirasa.. lemah semanagt nak meneruskan saki baki kuliah yg separuhnya sudah pulang ke rumah.. dalam kelas tadi pon tidak tenteram mereka.. my bro..ahmad.. still cam dulu..apa yg dicari tiada kesudahan..myb mencari diri yang hilang..moga sentiasa beringat akan kesilapan yg telah,sedang@ akan dilakukan..allah maha penyayang..just yakin je..bro..

test tadi..hurmmm..boleh la..cuti xmacam cuti.. sekarang 10 malam terakhir.. belum pon sampai 15 mint duk kat my hubby(habibah) dah terasa seksanya..betapa ujian dalam beribadat.. ya rabbi..sis pasrah dnegan segala kehendakmu.. namun.. berilah peluang kepada sis untuk 10 malam terakhir ini..penyucian jiwa perlu serius diutamakan..sis hanya insan biasa..sis mohon ya allah.. berilah nikmat kesihatan walaupon sekejap..ingin terasa manisnya melakukan..~sis mohon ya Allah~

27 Ogo 2010

~NEED 2 REST~


MOGA SENTIASA DIBERIKAN NIKMAT
KESIHATAN
..
IMAN DAN ISLAM..
DOA KALIAN DIPERLUKAN..

MOGA SEGALA YANG TERJADI SEBAGAI KAFARAH DOSA SILAM..

YA RABBI..SIS BERLINDUNG DARI KEJAHATAN JIN N MANUSIA..

26 Ogo 2010

*cheya~~kuarga##~~seDiH@*

ramadhan kareemm..bulan magfirah..

Lambaian sayu fateh meninggalkan perkarangan habibah..cheya rindu fateh..akhirnya terubat jua namun..mengakhiri detik bersama keluarga tercinta..iftar jamaie di SUTERA BEACH RESORT.. em..ok la suasana tempatnya..tapi berserabut sikit..achik datang kampus ambik..along n angah konvoi dari rumah angah.. yg paling best.. ayah and mak turut hadir..terkejut plop kami..ayah turun padang..hu2..alhamdulillah.. tadi duk sibuk nak bagi ayah apa u raya ni..sebbnya..ayah susah cket nak memakai pemberian..hu2..kali ni..daripada pengalaman lepas..kami belajaq noh..taun lepas bukak pose kat resort area batu rakit tuh..memang merugikan.. makan satu pinggan ja..bukan dapat makan abis semua yg diambil.. kali ni cukup dgn matlamat dan objective..ngeh2..achik siap spare bekas n plastik..hu2..strategi dijalankan.. dapat la jugak bawak balik sedikit makanan..penuh "hazar" ..huhu.. keletah ank2 sedara 8 orang ni..memeriahkan suasana.. cheya..nak aiskrim..nak abc..nak kueh..nak kek.. nak satay.. nak bubur jagung..nak bubur ubi.. nak air sejuk..tapi xnak ada ais.. nak yg ada ais..bukan yg sejuk ni(ada nk kena lempang ni..hu2..ckp berbelit2).cheya..nak kebab..mujuq lama xjumpa depa ni..layan ja lah kerenah..pastu..kami..cekau jak lah...ikan pari bakar.. kari ayam..daging masak lada hitam..ayam masak merah..mee udang..bihun goreng.. pendek kata..semua di cuba lah dalam resort tu..puas hati sangat..berbaloi la angah belanja kali ini..

dalam perjalanan tadi jugak..masa isi minyak..depan mata..ada xcident..motor n keta..terbalik terus atas jalan raya..mujuq xda keta or lori yg laju..asih..depan mata pulak tu..fobia toll..

saat solat magrib tadi..sis jadi imam..mak,achik,anak2 sedara jadi makmum..rasa satu perasaan halus..sepanjang hidup 23 tahun ni..xpernah lagi berjemaah dlm keluarga..asyik2 terus pi masjid..dah rumah tepi masjid.. semalam..adik kat uitm dungun..sakit.. kita yg duk jauh ni pon dapat saham sekali..tergolek gak mlm tadi..cal sorang adeq ni..yg pandai cket ilmu perubatan ni.. dia pon kata berat gak penyakit tu..dia pon kena skali..hari sabtu dah booking ust bob..pi umah dia..ti adik balik..bawa pi jumpa.. banyak betol ujian bulan ramadhan ni

KAK HAYAH..SEKALI LAGI DIMASUKKAN WAD ICU PETANG TADI..EMM..SEKARANG DUK KAT WAD.. YA ALLAH..BERATNYA UJIAN YG DIHADAPINYA..BERILAH KEKUATAN PADANYA..BUAT SAHABAT2..DOAKAN SHBT KITA SENTIASA..

HARI SABTU..28 HB..BERSAMAAN DENGAN 18 RAMADHAN..MAJLIS KHATAM QURAN DISURAU HABIBAH..SHBT2 BOLEH LA JOIN..MAKANAN DISEDIAKAN SECARA PERCUMA..SAMA2LAH MEMERIAHKAN..

TENTATIF: SOLAT ASAR BERJEMAAH..TADARUS..TAZKIRAH..IFTAR..SOLAT MAGRIB

24 Ogo 2010

~Secebis Dugaan Bulan Keberkatan~


salam ramadhan kareem..bulan keberkatan


“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin ia akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai”. (Hadith riwayat al-Tirmidzi, dihasankan oleh Sheikh al-Albani)

Alhamdulillah300x..syukur atas kurnia yang telah diberikan oleh ALLAH s.w.t dalam segenap nikmat yang telah dirasakan.. sebentar tadi..iftar jamaie disurau habibah..surau kesayangan..u semester ini..saodah tetap dihati..namun hidup untuk menyebarkan risalah islam kepada semua insan.. takziah diucapkan kepada sahabat tercinta..nurhayah razali..petang tadi dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas.. hati mana nak tenteram..baru 3hari lepas keluar hospital..setelah berbuka terus kami adakan solat hajat n bacaan yassin..seberapa ketika..mesej dari sahabat sampai "k.hayah selamat..dah keluar wad icu..bleh balik kampus..xkena tahan wad" ..syukur kehadrat Allah..jelas!nyata! janji allah dibulan keberkatan ini..akan dimakbulkan doa hamba2nya yang tulus dan ikhlas..

“Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” [Yusuf 12: 34]

berdiskusi bersama pensyarah tadi isu2 semasa di dunia hari ini.. rasa banyak sanagt kelemahan orang2 islam.. tazkirah sebelum iftar tadi oleh sahabat seperjuangan..menceritakan tentang peristiwa2 besar dibulan ramadhan..bulan kemenangan.. peristiwa badar..kemenagan toriq ibn ziyard..kemenangan tentera salahuddin.. dan banyak lagi peristiwa hebat dibulan ramadhan.. ya rabbi.. alangkah susahnya..mendidik diri ini..malam ke 13 sudah..namun rasa terlalu sedikit amalan yg istiqamah dilakukan.. kadangkala ujian kesakitan yg diberikan seolah hukuman.. moga2 kaffarah dosa..banyak malam ketinggalan terawikh.. qiamnya yg agak2 mamai.. subuh berjemaah sudah terbabas banyak kali..astagfirullah.... bila dirujuk pada ayahanda "ust bob-berhanuddin" kenapa sukar sangAt melalui ramadhan kali ini.. bukankah syaitan sudah dibelenggu?.. kenapa masih kuat gangguan dibulan ramadhan..? ust hanya tersenyum..hanya syaitan yg dibelenggu.. jin tidak..yang mengganggu manusia ini ialah jin yang tidak mahu beriman kepada allah s.w.t.. kesian benar ke sahabat2 lain..terus ada yg berjangkit dengan kehadiran diri ini..

hari rabu"25 hb" iftar jamaie..bersama family di sutera beach resort.. abang nak sponsor..kami no hal..free ja..sapa2 nak join..sila pegi sendiri :P ..semua hadirin keluarga datang.harap2 kali ini..ayah sudilah bersama kami..hu2..

asgment berlambak2 kena hantaq minggu ni..selesai tugasan terakhir tadi u sebelum raya ni.. "faktor yg mendorong kepada perkhahwinan pada usia muda" ..em..sapa2 yg rasa nak kawen awal..habaq kat ana.. ada jalan penyelesaian yg cukup mudah..yakin dengan rezeki Allah yg telah dicatatkan..betapa kayanya kurniaan Allah kepada pasangan yang nak mendirikan rumah2 Allah ini.. jangan malu..jangan segan..bagitau ja ana..he2..

hati kian terasing dengan warna2 kebahagian..bukan mudah rupanya membuat keputusan..hanya padaMU ya Rabbi.. nadya serahkan segala urusan..jauhkanlah sepertimana Kau pisahkan langit dan bumi..seperti jua syurga dan neraka..

"Ya Allah, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan,
Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di
dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu
rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.”

20 Ogo 2010

ALangkah Susah "Tarbiah"

salam,alaik

Allahurabbi..3x..

Indahnya tarbiyah dari Allah.
Yang jauh Allah dekatkan, yang lalai Allah ingatkan...Ketika aku memohon kekuatan,
Allah memberikan aku kesulitan sehingga aku kuat,..Ketika aku memohon kebijaksanaan,
Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan,..Ketika aku memohon kesejahteraan,
Allah memberikan aku akal untuk berfikir,..Ketika aku memohon keberanian,
Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi,..Ketika aku memerlukan cinta,
Allah memberikan aku orang bermasalah untuk aku tolong,
Ketika aku memohon bantuan,..Allah memberikan aku kesempatan,
Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,
Tapi aku menerima apa yang aku perlukan.


masalah hati... wahai abnaul pendokong agama islam.. alfaqirah bukanlah hambaNYA yg hebat..kerna tidak diuji sehebat antumna.. antumna amat hebat menerima tarbiah langsung daripada allah..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan amalanmu."

“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”(-Surah al-Baqarah ayat 286-)



18 Ogo 2010

hamba dhaif

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..dipanjatkan kesyukuran pada allah s.w.t..atas nikmat dan usia untuk melalui ramadhan..saki baki masa yg ada..ingin meluahkan seberapa perkara..ya rabbi..terlalu berat untuk menerima apa yg berlaku.. 10 ramadhan telah berlalu.. xkah kita merasa rugi dengan dosa2 yg kian diganda2kan.. benarlah kata ust zahazan.. ramadhan bukan bulan menambah pahala sahaja..tetapi dosa pon diganda2kan.. ya allah.. ruginya orang itu.. bukan mudah nak menaip.. mana tahu jika yg berbicara ini tidak sedar kesilapannya dalam berikhtilat.. namun moga allah memberi taufiq hidayah pada setiap hambanya yang mengaku junjung syahadah..~Sis Maher~


Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh.
Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan
menyeksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang KERUH dan kepada budi
yang rendah, dia akan membawa KEROSAKAN DAN KEHINAAN. Tetapi jika dia
hinggap kepada hati yang SUCI, dia akan mewariskan KEMULIAAN, KEIKHLASAN dan TAAT kepada PEMILIK HATI."

14 Ogo 2010

~segengam tabah dalam ibtila' ~


salam ramadhan kareem..

ibtila' ...

alhamdulillah..diberi taufiq dan hidayah dalam menjalani ibadah seharian.. moga2 shbt2..umat islam sekalian sentiasa istiqamah dalam ibadah dan amal islami...ku doakan juga kesihatan yang berpanjangan dan nikmat iman dan islam kepada sahabat tercinta.. kak nurhayah razali.. yg semakin hari semakin kritikal keadaannya..semalam bersama sahabat pergi ziarah ke hospital..selepas mendapat berita.. saluran punci kencing mengecut n xdapat buang air kecil dan telah dimasukkan tiub.. ya rabbi.. luruhnya hati ni bila menghadap muka sahabat yang diuji dengan begitu berat.. diiringi tangisan selepas meninggalkannya.. mungkin begitu sedih..dirinya xdibenarkan puasa lagi setakat ni..minta kalian doakan..

Alloh Subhannahu wa Ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya senantiasa ber-do’a. Firman Alloh Subhannahu wa Ta’ala, yang artinya: “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdo’alah kepadaKu, niscaya akan Kuper-kenankan.” (QS: Al-Mukmin: 60). “Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku .” (QS: Asy- Syu’ara: 80).

Nabi shallAllohu ‘alaihi wasallam biasanya meletakkan tangannya pada tubuh orang yang sakit seraya berdo’a, yang artinya: “Ya Alloh Tuhan segenap manusia, hilangkanlah sakit dan sembuhkan-lah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali dengan penyembuhanMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (Muttafaq ‘Alaih).

beberapa hari yang lepas juga..keluar ke bandar u membeli sedikit barang keperluan.. tetiba dalam pejalanan dikampung cina kat bandar..xcident berlaku..kami terlanggar van barang..terkejut..terkesima.. " hoi..xtengokka xlepas tu" satu jerkahan dari seorang pakcik.. muka driver dah pucat..ana sendiri..dah blurr.. kereta kami undo..n bila nak pusing kali kedua.. terlanggar sekali lagi.. :( .. "oi..pandai bawa keta ke tidak??" apek cina pula datang marah2..memang dah gelap satu dua..istigfar banyak2.. n bleh lalui.. terus kami "xpandang belakang dah" apa nak jadi..jadilah.. satu hal lagi nak bagitau tuan punya keta sewa.. kemek juga bahagian depan.. semalam setelah berbincang dengan pemilik keta yang begitu bagus dalam meraikan tetamu..siap ajak kami berbuka puasa sekali.. ya rabbi..betapa kelakuan mereka yg begitu menghormati kami walau buat salah.. dalam pebincangan yg akhirnya membawa kata putus..kami bayar sekadarnya la..dari sepatutnya beratus gak.. subahanallah.. dulu xcident motor..langgar anak orang.. sekarang kereta pula..mujur cket.. macamne nak ambil lesen balik ni.. lesen L motor dah burn 2bulan lepas..memang dah xbleh bawak..asyik teringatkan xcident motor.. ya allah.. bagi kekuatan u hambaMU ini..

kesabaran teruji lag..dengan karenah kedai potostat..lain yg diminta..lain yg dibuatnya..pah2 tulisan xterang..banyak rosak.. harga yg sepatutnya rm2.50 jadi 3.70.. sape tak senget kalu camni..dahla potosotat banyak.. memang pahala u part sabar sebulan habis pada hari tu je.. mujur la sahabat yg uruskan.. kalu ana pi tu..maunya kecoh satu tok jembal..astagfirullah.. bulan yg betul2 menguji sikap sabar..

beberapa teguran untuk adik2 yg tersayang..moga2 insan yg dhaif ini sentiasa muhasabah diri..xterniat u menegur silap sesiapa..cuma kadangkala tanggungjwb u mengelak dari fitnah yg mungkin xsedar akan mudaratnya. maafilah segala silap dan salah "sis" ..bukan mudah menjaga lidah..bukn mudah menepis nista.. hanya pada allah "sis" serah segala urusan.. asif jiddan2..

Wahai Allah jauhkanlah dari kami kegundahan dan kesedihan, kami berlindung kepadaMu dari gundah dan sedih, kami berlindung kepadaMu daripada sifat takut dan sifat kikir , kami berlindung kepadaMu daripada himpitan hutang dan segala penindasan, kami berlindung kepadaMu dari segala musibah. Wahai Yang Maha menyingkap musibah menjadi rahmah , wahai Yang Maha menggantikan kesulitan dengan kemudahan , wahai yang maha menerbitkan matahari dari kegelapan malam, terbitkan rahmat dan pengampunan pada hari-hari kami dan tiada pernah terbenam sampai kami berjumpa denganMu di hari perjumpaan, wahai yang maha memanggil setiap hambaNya menuju kedekatan dan ridhaNya .

Rabbi Rabbi..pastikan siang dan malam kami dilewati dalam keluhuran, perbaiki keadaan kami yang masih dalam kehinaan angkat menuju keluhuran , yang dalam keluhuran tambahkan dalam keluhurannya. Ya Rahman Ya Rahim kumpulkan kami dalam cahaya keluhuran dunia dan akhirah, muliakan kami dengan kemuliaan ;