6 Ogo 2011

Apabila Mukmin/Mukminah Jatuh Cinta..

kredit for my brother.. Ahmad Sofwat Osman..

salam sentapan iman..




Cinta..fitrah insan..sangat indah..amat asyik..Allahu Rabbi..

Namun, disebalik sebuah kisah cinta itu, terselit secalar kegelisahan dan kebimbangan di hati seorang mukmin. Tatkala hati suci itu diketuk oleh cinta seorang yang tidak halal buat dirinya, pasti hatinya penuh rasa getar dan takut.

Pelik bukan? Mana mungkin seseorang itu apabila jatuh cinta, hatinya penuh dengar onar-onar kedukaan dan kesedihan. Sepatutnya senyuman yang paling manis terukir dibibir dan kegembiraan melakar indah pada wajahnya.Sudah pasti hati ini ingin memberikan sepenuh kasih dan sayang kepada dirinya. Ingin sekali merinduinya sentiasa, ingin sekali bersua muka dengannya, lantaran mabuk terkena panahan jarum-jarum cinta. Nikmat bukan apabila terkena haruman cinta?

Mukmin itu cintanya bulat kepada Allah, Seseorang apabila sudah tenggelam ke dalam lautan cinta Allah, pasti dirinya keluh kesah apabila hatinya dicuri oleh seorang hamba yang tidak halal baginya. Mana mungkin hatinya bisa tenang dan tenteram apabila diganggu oleh embun-embun rindu kepada si dia. Mana mungkin Mukmin itu masih mampu tersenyum saat cintanya kepada Allah disirami dengan racun dan duri cinta yang tidak halal untuknya.

Tiada senyuman bahagia terukir dibibirnya, tiada rona-rona malu melakar diwajahnya, tiada ketenanganpada raut wajahnya, Yang ada hanyalah ketakutan yang teramat sangat apabila cintanya kepada Allah mula diracuni, Yang ada adalah malam-malam yang penuh dengan airmata penyesalan. Cintanya tidak lagi sesuci embun pagi apabila rindu mula mendiami dan berlegar-legar di dalam hatinya , perlahan-lahan rindu itu menghakis kesucian cinta Ilahi yang gagah terbina dulu.

Bukan!! Bukan cinta dan rindu itu yang dinantikan, bukan harapan untuk sentiasa ada dihatinya, Tiada kata-kata rayuan yang dipinta, Yang ada adalah kesakitan yang amat dalam, keperitan yang amat tajam, Kesedihan yang amat terperi seakan-akan menikam-nikam.

Alangkah kasihan mukmin itu, Ketenangan yang dimiliki dulu dirampas, kebahagiaan dulu dihakis-hakis lebur bagaikan debu. Maka bersabar lah duhai Mukmin, mintalah Allah untuk membersihkan hatimu dari kepalsuan cinta yang tidak halal untukmu. Teruskanlah untuk mematikan rasa itu dengan menanam sedalam-dalamnya cinta kepada Allah.

Usahlah dikau bersedih jika kau kehiangan dirinya kerana menuju ketaqwaan kepada Allah, pasti pengorbanan yang dikau lakukan berbuah hasil.Pasti Allah mejanjikan untuk dirimu seorang insan yang juga bertaqwa untuk menjadi peneman hidupmu kelak, dan sudah pasti insan itu adalah yang terbaik untuk dirimu.Dan pasti si dia akan menyanyangi dirimu kerana Allah,merinduimu dengan penuh rasa kasih kepada Allah.Maka saat itu lah kamu betemu dengan kebahagian yang halal untukmu.Yakinlah pilihan Allah itu sentiasa menunggu dirimu.Pasti menunggu dengan penuh rasa sabar untuk menanti saat dua hati mula bersatu.Biarlah Allah yang tahu betapa dia terlalu menyanyangi dirimu dan biarlah Allah menjadi saksi dan perantaraan buat kamu dan dia.

“ Ketahuilah, walau jutaan tangan yang datang menghalang kamu dan dia untuk bersatu, akan tetapi jika Allah telah takdirkan si dia untuk kamu, pasti Allah akan satukan kamu walaupun pahit dan payah. Dan ketahuilah jua, walau berjuta tangan yang datang untuk satukan kamu dan dia, akan tetapi jika Allah takdirkan dia bukan untuk kamu, pasti kamu tidak akan bersatu, maka dengan itu perbanyakkan berdoa agar Allah memilih dia untuk kamu, dan apabila Allah sudah memilih dia untuk kamu, maka bersyukurlah dan terimalah dengan hati yang penuh dengan keikhlasan dan keredhaan, kerana dia adalah pilihan dari Allah..Terima kasih Allah ”

moga inzar ini menyentap hati untuk kembali kepada takdir..Allahurabbi..

2 Ogo 2011

sentapan hati cerpengg


blog saya sudah tidak selamat lagi..hehe.. ada peminat yang ramai memerhati.. ada "cun" la ckit kiranya disini..dalam keresahan hati..saya masih bleh post kisah jiwang kat bawah nih.. baca..baca..jangan tak baca n then jangan komen ..ape2 pon jangan komen..simpan dalam hati..minta maaf ngan saya masa raya 6ti..oke..

"mohon doa..ketiga-tiga anak saya yang sedang dirawat dihospital..berat ujianMU tuhan"T_T
*******************************************************************************
"bila pasrah..segalanya berbalas"

Berdiri dalam kegelapan malam. Hujan masih lebat diluar sana. Jam menunjukkan 4.00 pagi. Takbir diangkat. Solat sunat taubat mengiringi tahajud pada malam tersebut. Hannan Khairunnisa, sangat sederhana orangnya. Seperti remaja lainnya. Hidup penuh warna warni. Kisah cinta,kisah universiti dan akhirnya bagaimana tergolongnya sebahagian keluarga dakwah.
“ ya ALLAH..kuatkanlah hambaMU ini.aku lemah ya ALLAH..” esakan makin laju. Roommate sudah lama pulang.minggu study week dimanfaat sepenuhnya di kampus. Sebulan lagi akan berakhirlah pengajiannya. Dalam sujudnya masih mengadu sepenuh pengharapan atas segala yang berlaku. Dia bersyukur ALLAH memberi kebaikan yang terlalu banyak untuk dirinya. Terasa tidak layak dengan segala pemberian tuhan kepadanya. Terimbau kisah melakar cinta dakwah dalam hidupnya…..
“abah..umi kat kelas ni..abah doakan umi ye” Hannan mencari semangat. Zaman kampus terlalu indah baginya. Beberapa saat kemudian. Sampai mesej dari kekasih hatinya. Anas Malik
“ya..umi jaga diri baik2..abah rindu umi “ berbunga-bunga hati Hannan menatap mesej tersebut. Perkenalan bermula melalui sepupu Anas yang sama kuliah dengan Hannan iaitu Mahirah. Usia Hannan berada dalam tahap remaja bahagia. 19 tahun mungkin terlalu muda tetapi inilah bahagia yang dicari. Usia Anas pula sudah menjangkau 25 tahun. Cukup sempurna pada pandangan Hannan. Sambil menanti pensyarah masuk. Rancak Hannan bermesej kebahagiaan.
“wekks..nak muntah aku..koya betul la mu ni..baru couple, dah ber abah umi.. adeii.. rasa nak tercabut usus aku ni” tetiba Mahirah menyapa.kasar! mungkin terlalu meluat terlihat mesej tersebut.terus mengambil tempat disebelah Hannan. Bangga juga usahanya menjadi. Bosan dengan permintaan abang sepupunya yang terlihat gambar Hannan dilaptopnya.
“eleyh..ko jeles la tu.. ko pon ape kurangnya.. papa ..mama.. lagi nak rasa gugur hempedu ni dengar.” Mereka ketawa bersama. Saat yang cukup bahagia.
Mesej diterima lagi. Sangkanya dari Anas, tetapi meleset.. terus senyumannya mati.
“salam,ukhti..maaf akak mengganggu. Petang ni akak nak jumpa adik.bleh? dah 3 minggu rasanya akak tak jumpa adik.rindu rasanya. Sahabat-sahabat lain pun rindu kat Hannan.”
“eh..kenape muke ko ni..lembu pon tak lalu nak makan rumput..kambing pun nak muntah tengok ko? Anas ceraikan ko ke? “ Mahirah cuba mencuit hati. Namun Hannan terus diam..tersenyum tawar. Kedatangan pensyarah menyelamatkan keadaan. Hannan hilang fokus. Ingatannya kembali pada sebuah pertemuan bersama kak Sayyidah. Pertama kali dalam sejarah hidupnya. Kaki dijejak disurau kampus. Selama setahun belajar disini. Tahun kedua ni baru berjinak-jinak. Ini pun kerana cuba berlagak matang. Bersama Anas, hidupnya terlalu bahagia. Perkhawinan turut dijanjikan Anas pada semester keempat. Tambahan pula Hannan mengambil jurusan pengajian islam. Lebih-lebih lagi banyak nasihat daripada Ustaz dan Ustazah menasihati mereka berkait dengan soal couple. Haram!!haram!!haram!! tersentuh juga hati kecilnya. Dari situ timbul sedikit keinginan untuk turun berjemaah disurau. Nak jadi isteri mithali..nak bimbing Anas. Kekadang, Hannan sering berjumpa dengan Anas paling kurang 2 bulan sekali. Jarak yang jauh mengumpulkan rindu memenuhi ruang hati. Kekadang terbabas juga.. sentuh-sentuh ringan.. bila Hannan cuba mengelak..
“kan umi milik abah juga nanti..” sangat romantis.. namun termampu Hannan jaga. Berusaha dia mengelak.
“ Assalamualaikum.. adik duk blok mana? “ seusai solat.. setelah bersalaman dengan jemaah sebelah.seorang kakak menyapanya. Setelah bertaaruf ringkas. Sejuk hatinya melihat keramahan dan kejernihan kakak tersebut. Kak Sayyidah. Tahun akhir sudah. Rancak juga dia bertanya tentang kehidupan Hannan. Selesa dengan keadaan tersebut. Hannan bertukar no.telefon. sejak dari itu. Banyak mesej kata-kata nasihat menyapa ruang hidup Hannan. Kasih terhadap Anas masih utuh, biarpun dirinya menjadi lebih baik. Setiap minggu, kak Sayyidah akan mengajak buat perbincangan isu-isu semasa bersama teman-teman yang berjemaah disurau selepas solat magrib sebagai pengisian jika tiada tazkirah daripada penceramah. Alangkah indahnya hidup dirasakan bersama golongan soleh solehah.
“ wah..kau jadi malaikat sekarang ye han..” pernah Mahirah menyindir apabila dia menolak ajakan Mahirah untuk ke kedai pada waktu magrib. Hubungan mereka sedikit renggang. Bukan niat,tetapi Hannan ingin menjadi seorang yang baik.
“abah..dah nak masuk sem empat ni..abah kata nak kawin masa ni.” Perbualan telefon yang menjadi kebiasaan setiap hujung minggu.kekadang Hannan yang banyak menelefon.desakannya kerna nasihat-nasihat dari penceramah yang tazkirah kat surau. “ baik kawin la dari duk maksiat.kawin ni mudah je..buat jela jamuan cekodok ngan air tea..tak pon tumpang kat majlis-majlis ceramah besar-besaran kat surau tu” ketawa satu surau.gelagat penceramah amat menyenangkan. “dosa ni jangan dibuat remeh.hitamnya hati sebab masalah- masalah hati ni la. Bermesej.berdating.bersayang abang.pa..ma..abah..umi..kalah aku yang dah kawin ni. “ disambut gelak hadirin jemaah.”Sebab tu doa kita tak makbul..Allah tu jauh dari hati kita “ terusik jiwa Hannan
sabarlah umi..abah pun tengah kerja ni..kumpul duit.sayang..kita jumpa bulan depan..abah rindu kat umi..” hati Hannan jadi tawar. Kebetulan kak Sayyidah mengajak menyertai kem kepimpinan sekolah sebagai fasilitator.
“umi ada kerja lah..tak bleyh nak jumpa”
“umi macam nak mengelak ngan abah je..dah sebulan lebih kita tak jumpa..ke umi dah jumpa pengganti yang lebih baik dari abah? “ bertalu pertanyaan. Hannan kecewa dengan sikap Anas yang meragui kesetiaannya. Telefon dimatikan.. no. Kak Sayyidah di dail
“akak..Hannan sedih sangat..akak..nasihatkan Hannan” tangisan Hannan mula kedengaran. Setelah mendengar cerita Hannan. Sayyidah membuka minda Hannan.
“ Hannan..wanita yang baik..untuk lelaki yang baik. Jodoh adalah rahsia Allah..kita tak tahu, pasangan kita agung2kan..adakah jodoh kita sebenarnya. Lelaki yang baik. Dia akan jaga kehormatan kita. Setelah bernikah. Barulah kita jadi milik dia sepenuhnya.” Pelbagai lagi nasihat yang diberikan. Hannan lega. Dia mendapat kekuatan. Azamnya esok nak putuskan hubungan dengan Anas.
“umi..baiklah..iAllah..abah akan hantar pinangan..nanti abah minta mak abah telefon mak umi ye” menangis Hannan.. mesej yang dibacanya setelah solat subuh. Hatinya riang. Nasihat Sayyidah sudah hilang. Inilah yang dinanti..mungkin terlalu muda. Namun dia sudah bersedia. Daripada buat banyak maksiat.fikirnya.. Cuma yang jadi masalahnya. Ibu Hannan tidak membenarkannya lagi kerna terlalu muda,belajar belum tamat lagi.baru zaman diploma ni. kegelisahan menyapa. Namun Anas sedia untuk bersemuka dengan keluarga.Mahirah turut gembira apabila dikhabarkan..
“hampir histeria aku..tak sangka la ko..bila la papa aku tu plak nak ajak aku ni” rungut Mahirah. Mereka ketawa. Sepanjang minggu tersebut. Mesej dari Sayyidah sudah di abaikan. Surau pon jarang disinggahi. Bersama Mahirah cukup Hannan merasai bahagia miliknya. Persiapan barang, kononnya untuk hantaran sudah disenaraikan. Duit PTPTN yang diperolehi memang sengaja disimpan untuk barang-barang tersebut.
“wei..ko termenung ape nih..salin la nota kat depan tu..” Hannan tersentak. Tersenyum dengan gelagat Mahirah. Pensyarah meneruskan pengajiannya. Hannan cukup bahagia saat ini. Mesej Sayyidah dilupakan.
“Hannan..saya tak sangka,keluarga awak memalukan keluarga saya. Saya minta cara baik. Tapi ibu awak memalukan saya.” Hannan kaku membaca mesej tersebut. Terus ditelefon Anas. Namun tidak dijawab. Setelah itu panggilan daripada ibunya. Perlahan-lahan Hannan menekan butang accept “Hannan..kenapa ni.tak bincang dengan ibu dulu..Hannan muda lagi..lagipun keluarga kita bukan orang senang. Lagipon ibu dah bagitahu kat mak Anas tunggu Hannan abis belajar dulu.. bukan lama pun.setahun je lagi kan” Hannan menahan tangis. Sekadar mendengar nasihat ibunya. Berkali-kali ditelefon Anas.. Tak diangkat.
“ibu saya minta kita putuskan. Ibu malu sebab kuarga awak buat begitu “ mesej terakhir daripada Anas. Tangisan demi tangisan. Pelajarannya terganggu. 2 hari tidak datang kelas. Kedatangan Sayyidah menziarahinya membuatnya malu dengan sendiri. Mungkin Mahirah ada menceritakan keadaannya. Hannan salahkan ibunya atas apa yang berlaku.
“dik..sabar..ibu mengandungkan kita..membesarkan kita selama 19 tahun tetapi tergamak kita salahkan ibu kerana lelaki yang kenal hanya selama setahun. InsyaAllah..ada hikmahnya dik “ kata2 Sayyidah menusuk hatinya. Seminggu berlalu. Semangat Hannan kian pulih. Aktiviti bersama Sayyidah diteruskan. Hidupnya terasa bahagia.sangat bahagia dengan biah solehah. Sedikit sebanyak, mindanya terbuka dengan apa yang berlaku. Rasa menyesal kerana terlibat dengan cinta. Hubungan dengan ibu lebih akrab.
Program kem motivasi bersama Sayyidah berlangsung. Setelah taklimat program, Hannan memegang unit kebajikan. Berkerjasama dengan seorang lelaki dari kampus juga yang jarang dilihat.
“ukhti.. boleh bagi first aid.ada peserta sakit kaki” kedatangan Fudhail mencelah perbualan Hannan dengan beberapa peserta. Lelaki tersebut memandang ke sebelah.langsung tidak melihat Hannan.
“eh..cakap dengan saya ke ni?” Hannan menyapa dan mencari anak mata lelaki tersebut.
“ye ukhti..boleh bagi first aid? “ sekali lagi diulang.ayat tegas. Hannan terus memberikannya. Pelik. Menyampah pun ade. Kenapa semacam je mamak ni..bisik Hannan dalam hati. Ini pertama kali dia bekerja dengan lelaki sebegini..bukan lelaki yang biasa dia bekerja dalam persatuan.. Dan lebih disenangi dalam perbualan bersama Sayyidah dan sahabat-sahabatnya ialah muslimin dan muslimat. Tetiba Hannan malu sendiri. Dia merasa segan. Solehnya muslimin tu.. detik hatinya nakal.
Kuliah maghrib biasanya disampaikan oleh penceramah daripada luar yang dijemput khas. Oleh kerana ada masalah teknikal.kereta penceramah tersebut pancit dalam perjalanan. Diganti oleh urusetia. Mata Hannan terpaku apabila Fudhail mengambil tempat dihadapan. Selama 2 hari program berlangsung tidak pernah melihat muslimin tersebut berbicara dengan muslimat lain kecuali dengannya itu, pun atas urusan kerja.
“Apa khabar adik-adik? Sihat? “ seraya Fudhail melemparkan senyuman kepada peserta dari sekolah menengah tersebut. Yang bakal menjadi pengawas sekolah.
“hesyemnye abang ni..ya Allah.. muka macam Ashyraf Muslim..” bisik peserta perempuan. Tersenyum Hannan melihat keletah peserta yang berbisik sesama sendiri. Hannan turut membenarkan dalam hati. Sepanjang kuliah maghrib. Sangat menghiburkan. Senyuman yang tidak lekang. Gaya penyampaian yang mantop. “ensem..banyak ilmu..bagus..” hati Hannan berbisik.. Astagfirullah. Cepat-cepat beristigfar.
“salam.ukhti. ana nak minta laporan. Berapa orang peserta yang sakit? wslm“ setelah berakhirnya pogram ni. Mesej daripada Fudhail mengetarkan jiwanya.
2 sakit kaki, 3 orang demam.. 4 sakit perut sebab cirit birit “Hannan akui..mencabar betul memegang unit ni. Setiap masa berlari dengan first aid. Sampaikan pengarah program akhi Fairuz memanggilnya “kak first aid”. Sepanjang program semua peserta memanggilnya kak first aid. Asalnya marah juga, lama-lama seronok, merapatkan hubungan sesama fasilitator dan peserta.
kak first aid.. ana minta maaf ye sepanjang program,jika ada kekurangan. Yang lebih tu milik Allah. WAllahualam.” Tergamam Hannan membaca mesej tersebut. Pandai jugak ye bergurau. Ingatkan hati batu.
eh..xde slm wslm kali ni akhi? J ..ana pon minta maaf sama” langsung tak dibalasnya mesej. Gelihati Hannan dibuatnya. Hatinya sedikit terusik.bahagia.
Akhi Fudhail ni glamour dikalangan muslimat dengan gelaran ust salam wassalam..” pernah ditanya pada Sayyidah.tergelak kecil Hannan dibuatnya. Kenapa panggilan tersebut sangat glamour. Setiap kali Fudhail ni mesej dengan mana-mana muslimat. Cepat je dia dia wslm. Soalan tak dan nak jawab lagi..” Hannan akui. Sepanjang mesej semasa program. Sakit jiwa juga dia dibuatnya. “salam.nak first aid.wslm” “salam. Sape nakpi hospital.wslm” “slm.ubat mane dah habis.?wslm Selesai program yang sangat mendidik jiwa. Hannan berubah menjadi ke arah lebih baik. Kenangan silam dilupakan.
Semester lima menyapa. Permulaan kuliah memberi semangat baru. Semester ni memerlukan kekuatan menyiapkan tesis bagi syarat mendapatkan diploma. Fikiran Hannan terganggu. Akhir-akhir ini, kerap kali bertembung dengan Fudhail. Dugaan apa ni ya ALLAH. Tidak pula Fudhail memandang atau terpandangnya. Hanya dia aje yang sering terpandang. Berbunga-bunga juga hatinya.
Fudhail sekelas dengan Sayyidah. Pernah juga dirisik-risiknya tentang Fudhail. Ternyata, Sayyidah agak mengetahui latar belakang keluarga Fudhail. Anak bongsu dari keluarga yang besar. 11 orang adik beradik. “ kenapa Hannan? Ade sesuatu nak kongsi dengan akak? “ Hannan menggeleng kepala, dia terlalu segan. Dia tak berani nak sampaikan hajat pada Sayyidah. Sayyidah tidak memaksa.
*********
Sayyidah menghela nafas. Cincin ditangannya ditatap. Ikatan pertunangan setelah berakhir semester lima, kini semester akhir banyak menyesakkan hidupnya. Lamaran Fudhail bin iyard kepadanya seawal semester tiga melalui seorang Ustaz yang merupakan pensyarah yang sangat disenangi pelajar. Ustaz Hasan.
“Enti..keluarga enti macamna? Bersedia ke kalu ada yang melamar anaknya ..sekadar mengikat. Lepas habis belajar..insyaAllah. disegerakan walimahnya.” Ustaz Hasan menanya. Merah padam muka Sayyidah. Setelah sebulan lamanya jawapan diberikan setelah keluarganya turut merestui dengan syarat keluarga si lelaki berjumpa dan bertaaruf dengan keluarganya dahulu. Tanpa mengetahui siapa yang melamarnya. Yakin dengan aturan Ustaz dan pilihan dari ALLAH.
Ustaz hasan tersenyum mendengarkan jawapan. Sayyidah pelajar yang baik. Dan dia sangat sukacita apabila Fudhail meminta pertolongannya untuk melamar. Fudhail pon pelajar yang sangat bagus.
“ sekejap lagi. Tuan badan akan datang..bertaaruf la nanti ye..ustaz dah maklumkan.”
“Apa?,,apa ustaz?” tergagap-gagap Hannan tak sempat Ustaz Hasan meneruskan bicara. Bunyi ketukan pintu.
“salam ustaz.boleh ana masuk?” terpaku Fudhail merah mukanya. Sangkanya ustaz memanggilnya keseorangan. Masing-masing terdiam. Setelah lama, Ustaz Hasan memberi sedikit peringatan dan mereka berjanji untuk menjaga ikhtilat dan tidak berhubung kecuali menerusi keluarga. Seminggu selepas tu Fudhail menghantar rombongan merisik. Hanya mereka berdua serta Ustaz Hasan yang tahu hubungan ini.
Solat dhuha tika ini meredhakan perasaan Sayyidah. Perasaannya serba salah. Dia tahu, Hannan sangat meminati Fudhail. Lihat dari kem hari lagi. Semua sudah jelas. Perlukah dia buat pengorbanan ini. Perlahan-lahan mesej ditaipnya..
salam. Ana mengambil ukhwah sebagai kekuatan hidup ana selepas Allah,rasul dan keluarga. Seorang sahabat ana yang baru bersama kita dalam medan dakwah,cukup lemah untuk melalui segala masalah perihal hati. Ana mohon ust pertimbangkan.. mungkin ust dapat meyelamatkannya. Bukankah sebaik2 lelaki berbuat baik kepada wanita nama Fudhail iyard dicari..dan dihantar.. itulah kali pertama dia mesej Fudhail. Hatinya tetiba pedih. Mata mengalir air mata.
iAllah,ana pertimbangkan.wslm terus Sayyidah sujud. Basah baju solatnya. Samada dia menyesal dengan melepaskan kurniaan lelaki yang baik. Terlalu soleh .teringat kata kawan- kawan kelasnya.”malaikat lalu” apabila Fudhail melalui kawasan mereka dengan menundukkan pandangannya. sangat respect pada Fudhail atau bahagia kerna mampu memberi kepada Hannan dan pengorbanan ini sebagai tanda ukhwah. Hatinya terus mengadu pada ALLAH.
*****
Mata Fudhail terbuka..mimpinya begitu tersirat “ dia menghulurkan Alquran kepada dua wanita Dan seorang telah menyambutnya dan seorang lagi sekadar melihat sambil tersenyum. Bercahaya. .dia mengenali kedua-dua wanita tersebut. Fudhail istighfar beberapa kali. Selesai berwuduk. Solat sunat taubat. Solat hajat dan terakhir. Istikharah dilakukan. Teringat pesan ibunya, “istikharah bukan nak pilih jodoh n waktu tertentu je..tetapi hari-hari sebab setiap keputusan dalam hidup adalah penting” . Fudhail zikir munajat.. teringat dia akan munajat Ibnu Atoilah.
Tuhanku.. Alangkah Besar.. Lunakmu Terhadap Diriku..
Padahal Sangat Dunguku.. Dan Alangkah Besarnya Rahmatmu..
Pada Diriku.. Disamping Sangat Buruk Perbuatanku.
Tuhanku.. Alangkah Dekatmu Daripadaku.. Dan Alangkah Jauhku Daripadamu.
Tuhanku... Inilah Kehinaan Nyata.. Di Hadapanmu.. Dan Inilah Keadaanku..
Tidak Tersembunyi Daripadamu. Daripadamu Aku Mohon.. Supaya Dapat Sampai Kepadamu..
Dan Dengan Engkau.. Aku Mencari Hidayat.. Dengan Nur Cahayamu Untuk Sampai Kepadamu..
Dan Tegakkanlah Aku Dalam Kesungguhan.. Pengabdianku Di Hadapanmu..
Lantas dia menangis.. kerdilnya dirasakan. Sedikit kecewa sebenarnya mendapat mesej dari muslimah yang pernah hadir membawa senaskah Alquran untuknya dalam mimpinya suatu ketika. Yakin dengan pilihan tersebut. Lantas berjumpa dengan Ustaz Hasan. Tambahan menyakinkan taksir dari Ustaz Hasan. Itu adalah pilihan dari ALLAH. Kini muslimat tersebut membuat permintaan. Wajarkah sebegini berlaku. Teringat pertemuan bersama akhi Fairuz selepas solat isyak semalam.

Akhi..enta tau kan.hidayah tu daripada Allah. Bukan sebab Ustazah Sayyidah.. bukan sebab enta.. kalau enta kawin sekalipon dengan muslimat tersebut..belum tentu syeikh.. “Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56 ana rasa mungkin Ukhti Sayyidah keliru antara kesian dan dakwah.rujuklah yang lebih ariff.” Sahabatnya itu terlalu memahami gelodak jiwa. Selepas berjumpa dengan Ustaz Hasan. Meminta pendapat dan jiwanya berasa tenang. Mungkin inilah yang perlu dilakukan.

******

Hannan solat hajat n istikharah setiap malam. Gusarnya hati memikirkan,petunjuk yang diminta masih tidak dapat. Teringat kata-kata seorang Ustazah” jangan ingat hati kita bersih sangat bila nak istikharah..nak dapat tengok calonnya” kata-kata Ustazah disambut gelak tawa kawan sekelasnya apabila seorang kawan kelasnya faqehuddin meminta cara-cara nak kenal jodoh kita dalam istikharah. Hatinya mengeluh. Ditatap Al-quran dan surah Al -baqarah. Airmatanya mengalir. “yang kamu suka tidak semestinya baik untuk kamu” . dia terlalu memaksa ALLAH memberi apa yang dia mahu. Setiap kali doa “rabbana hablana..” kat akhirnya pasti akan menyebut. Kurniakanlah ya Allah.. Fudhail bin iyard sebagai pembimbingku..
Kak Sayyidah dikunjungi. Agak lama tidak bersua. diceritakan segala keluh resahnya.. yang membuatkan hati Hannan cukup hormati seniurnya itu. Tidak pernah sekalipun mengelak atau tiada masa untuk bersua dengannya.
insyaAllah dik..doa banyak2..Allah akan makbulkan. Jodoh kan rahsia ALLAH.. kita harus mengharap dengan penuh keikhlasan.” Hannan tersenyum.
Eh..cincin ni jarang nampak pakai..ha..akak dah ada yang punya ye..” usik Hannan. Teringat dia kata-kata seorang kakak masa kem hari tu. Yang pakai cincin tu semua dah berpunya.
ish..hati ini milik Allah” Sayyidah menyembunyikan gelora hatinya. Tersenyum
akak ni nak berahsia lagi ye dengan saya” cuba lagi untuk mengorek rahsia. Rancak juga mereka berbual perihal jodoh. Saat itu Hannan tidak menyebut langsung nama Fudhail. Merasakan jodoh terlalu tersirat untuk dibicarakan.
akak. Jujur saya katakan, asalnya saya minat kat akhi Fudhail tetapi selepas berbicara dengan akak. Saya dah kuburkan semua tu. Saya nak kejar cinta ALLAH dan Rasul. “ kata-kata Hannan menyebabkan Sayyidah mengalir air mata. Cuba mengukir senyuman.
akak hadiahkan buku ni ..moga Hannan sentiasa dalam lindungan ALLAH” Hannan melihat “pemilik cintaku setelah Allah dan rasul..fatimah syarha” macam menarik. Masih berbalut sempurna“syukran kak”.
Sayyidah terus menunaikan solat hajat dua rakaat setelah pemergiaan Hannan. Hatinya gelisah, mengharapkan hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu. Dua minggu lepas, Ustaz Hasan memanggilnya. Banyak nasihat telah diberikan, ada sama waktu tersebut, Fudhail.dia tidak mampu berkata-kata. Baginya keputusannya tetap memilih Sayyidah. Akhirnya cadangan Ustaz supaya segerakan walimah. Keluarga pon sudah bersetuju. Sudah tahun akhir dan tidak ada masalah. Sayyidah terdiam. Perasaannya masih bercampu baur
*****
Sampai dibilik, berbunyi mesej berpanjangan. Hannan terlupa untuk membawa telefon ketika menziarahi bilik Sayyidah. “eh..banyaknya call..12” matanya terpaku pada nombor yang masih menjadi memori .
“umi..abah rindu umi.. abah minta maaf”
“umi..kita kawin mi..”
Umi..abah rela..abah sanggup lakukan apa saja” ..hampir 15 mesej rayuan. Hati Hannan menjadi tawar. Meluat pon ada.. “abah..umi..” eiii.. geli.
Buku yang Sayyidah bagi dibuka.tidak sabar. Sekeping kad jatuh dari celahan..buku tersebut..
“Jemputan Walimah.. Sayyidah Khalisah Bin Khalish dengan Pasangannya Khairul Fudhail Bin Iyard..pada..ha..minggu depan?” terduduk Hannan menatapi kad jemputan itu. Terimbau kata2nya sebentar tadi“
Akak. Jujur saya katakan, asalnya saya minat kat akhi Fudhail tetapi selepas berbicara dengan akak. Saya dah kuburkan semua tu. Saya nak kejar cinta ALLAH dan rasul.” Benarkah apa yang diucapkan. Kenapa hatinya sebak. Terasa tertipu segala kebaikan Sayyidah. Segala berkait dengan Fudhail diceritakan. Buku pemberian Sayyidah dilemparkan ke dinding. Hilang kawalannya.. tangisan menjadi-jadi..
Deringan telefon memanggil ..tertera nama “Anas..” telefon diangkat..agak lama berbual dengan Anas. Dalam esakannya. Tidak pula diceritakan apa yang berlaku..mendengar suara Anas menjadikannya lebih sesak nafas.rayuan Anas kedengaran.mungkin pada pandangan Anas, Hannan menangis sebabnya. Mata Hannan terpaku pada buku tersebut. “pemilik cintaku setelah Allah dan rasul” perlahan-lahan buku yang hampir terkoyak itu dibelek. Serta merta tangannya meletakkan dan men”off” kan telefon.
****
“Aku terima nikahnya Sayyidah Khalisah binti Khalish..dengan mas kawin 4o ringgit tunai” hanya sekali lafaz. Selamat diijab kabulkan. Sayyidah menangis kerana Hannan tidak hadir puas dia menunggu. Semenjak daripada pemberian buku tersebut beserta kad walimah, Hannan sudah tidak menghubunginya. Kawan-kawan kelasnya juga terkejut, Macam mana duduk satu kelas tetapi langsung tak boleh nak duga.masing-masing masih mengusik mereka berdua
“mesti Sayyidah berkenaan dengan salam wasalam ko..betul tak?” berderai gelak tawa Fudhail dikenakan kawan-kawannya yang nakal
“Lis..tengok siapa yang hadir..” bisik Fudhail sewaktu selesai jamuan makan. Hannan datang dengan senyuman. Terus Sayyidah menerpa.
“maaf akak.kereta rosak. Sesat jalan pula tu..Dah telefon, tapi akk tak angkat.lupa pula tengah akad nikah tadi.maaf la ganggu” Terang Hannan. Sayyidah terlalu gembira dengan anugerah tersebut. Dipeluknya Hannan erat.
“akak minta maaf..”
“la..kenapa akak minta maaf..tak buat salah pun.. Ustaz.salam wasaalam, Tahniah Ustaz.. malu ana..zaman nakal.nakal..” Hannan cuba berseloroh.ketawa mereka menceriakan keadaan. Hannan bersyukur.
Kedengaran suara azan menandakan waktu subuh. Hannan beristigfar. Lama dia termenung.. tahun akhir bakal menjelma. Setelah final exam ni tamatlah sudah pengajiannya. Kisah di universiti ni cukup membuatkannya tersenyum. Tangisan dibiarkan mengalir, Nikmat Iman dan Islam yang dirasainya cukup bertuah.mampu dimiliki hingga kini. Buku Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul ditatap lagi. Inilah yang menyedarkannya. Setelah Anas masih lagi menelefon dan bermesej dengannya.
“ salam,awak..saya telah dimiliki..carilah ALLAH dan rasul dalam setiap langkahmu” hanya ini yang dibalas setiap kali Anas masih belum jemu memujuknya. Akhirnya sudah tiada lagi nama Anas Malik dalam diari hidupnya,.
Di surau kampus yang dikenali surau muqarrabin dituruni. Setelah tamatnya Sayyidah belajar. Kegiatan dakwah diteruskan oleh Hannan. Ramai adik-adik yang hampir tercicir dari landasan syariat mampu diletakkan seiring berjuang dengannya, diletakkan Allah dan Rasul dalam setiap cara hidupnya.. Alhamdulillah.Hannan mengucap syukur. . diri ini sudah dimiliki..untuk ALLAH DAN RASUL
*******************
Hannan tergesa-gesa ke bilik Ustaz Hasan selaku musyrif ataupun penyelia tesisnya. Kepelikan terasa apabila jadual perjumpaan penyelia sudah pon berlalu semalam. Belum pun sempat pintu besar ruang pejabat dibuka, akhi Fairuz membuka pintu, senyuman terukir sedikit lantas berlalu pergi. Rasa debaran dihati Hannan melihat akhi Fairuz yang tidak menegurnya seperti selalu seperti di kem lepas. walaupun sudah tamat belajar dan bekerja di pejabat agama negeri, rajin juga datang melawat Ustaz ye..bisik hati Hannan .Tiba dibilik Ustaz Hasan.. Hannan segera mengetuk pintu.
“masuk Hannan” sambil tersenyum melihat kekalutan Hannan. “ada apa ni Ustaz, tesis saya kan dalam proses..”belum sempat dihabiskan ayat.. “kalu iyepun kamu ni, duduklah dulu..” tersenyum Hannan..”iyelah..maaf Ustaz” Hannan membetulkan kedudukannya..Ustaz Hassan memulakan bicara
“Ustaz nak Tanya sesuatu yang peribadi, harap kamu jawab dengan jujur ye” berhati-hati kata-kata dituturkan.Hannan mula gelisah.mata ditunduk melihat meja.sepi seketika..
“Ustaz ni suka sangat kalau anak-anak didik ustaz, hidup bersyariat..baitul muslim dapat ditegakkan. Ustaz nak menyampaikan pesan seorang pahlawan yang ingin menjadikan kamu sebagai srikandinya” tergelak sedikit Hannan dengan ayat yang dituturkan Ustaz. “ adooii..sapelah nak kat saya ni Ustaz..Ustaz pon,janganlah main-main dengan saya” tersengih Ustaz hasan. Kadangkala dia juga tak percaya akan perubahan yang berlaku pada Hannan. Setakat dia mengajar, Hannan paling susah nak dididik namun didepannya sekarang seolah-olah “khairunnisa” sebetul-betulnya. Memang betullah aturan Allah memberinya sebaik-baik lelaki yang pernah dia bertemu. Tawadduk, menjaga adab,akhlak dan ikhtilat. Siapa lagi kalau bukan Fairuz Husaini Abdullah.
“kamu ni pun..Ustaz ni pernah mainkan kamu ke?” “haa..pernah la..hari tu Ustaz kata nak bagi saya anak tok guru pondok biar saya jadi manusia sikit..” gelak panjang Ustaz husaini, dia sendiri sudah lupa ayat-ayat power bila mengajar dalam kelas. Setelah keadaan kembali tenang..
“macam nilah , ada lamaran dari Fairuz husaini Abdullah untuk memperisterikan kamu..” terpana dan terasa pening dan pandangan Hannan terus gelap…Ustaz Hassan terkejut lantas pensyarah perempuan yang ada berdekatan dipanggil.
*****************
“BarakAllahulakuma wajam,u bainakuma filkhair” doa Ustaz hasan setelah bersalaman dengan Fairuz. Hannan menahan malu disebelah. Kejadian dua bulan lepas takkan dilupakan. Terkejut punya pasal dengan lamaran akhi Fairuz sampai pengsan. Manalah disangka orang sehebat itu melamarnya.
“Hannan..Hannan..” sisa gelak masih berbaki dibibir Ustaz hasan. “dah la tu Ustaz, malu saya” ketawa disambung pula oleh suaminya lantas pukulan lembut dibahu diberikan. “itula..kalu saya bagi anak tok guru pondok,rasanya koma kamu seminggu” akhirnya ketawa juga Ustaz hasan. Inilah kejadian pertama yang pernah berlaku dengannya selama dia menolong pelajar melamar seseorang.
“Assalamualaikum..rancak Ustaz ketawa” Fudhail menyapa. Disisinya Sayyidah turut terseyum. Dicapai tangan Hannan untuk disalami. “eh..ahlan sahabat” pelukan Fairuz erat disisi Fudhail. Ustaz Hasan terseyum.”cerita seorang hamba Allah..” “iye? Kongsilah Ustaz, ada ibrah untuk kami ambil nanti” bersungguh Fudhail ingin tahu..”tak adalah Fudhail..Ustaz bahagia je lihat kamu semua ni sudah dipertemukan jodoh yang baik” Hannan tersenyum. Dia berbual dengan Sayyidah didalam meninggalkan kaum adam diruang tamu.
“Alhamdulillah..Allah Maha Adil” Sayyidah menuturkan dengan penuh kesyukuran. Hannan menjadi sebak lantas menangis dibahu temannya itu. Sayyidah tahu apa yang bergolak dihati Hannan. “Alhamdulillah..Allah Maha Agung kak” itu yang diluahkan Hannan.. semua merasa bahagia andai segalanya pasrah dan berusaha dalam kehidupannya. wassalam

30 Jul 2011

memunggah rasa

SALAM cetusan RASA...

Dalam kesibukan menyiapkan laporan latihan industri yang menikam jiwa kerna tarikh yang perlu dihantar sudah pon menyapa.huhuhu..itu aje yang mampu disampaikan. tangan masih ligat membentang rasa mengukir sebuah cerita yang lahir segalanya dari jiwa. ketidaktenangan akhir2 ini menggugahrasa membendung segala ceria menawarkan segala yang ada.

lama tidak mengimbau kisah hidup anak seorang petani..lama tidak membiarkan airmata menerjah jiwa lantaran keperitan hidup.sawah padi..tempat bekerja sewaktu kecil. ayah seorang yang sangat kreatif..diusahakan tanah dengan segala tanaman.. jagung,tembikai,kacang tanah, limau,halia,lengkuas,kunyit dan lain2 yang sudah ku lupa..sikap ayah yang terlalu pemurah dan sentiasa memberi segala yang diusahakan menyebabkan rezeki tidak pernah putus..lantaran itu..nama ku diberi (nadya-pemurah)semoga aku menjadi sepertinya tidak berkira soal harta dan apa saja yang sementara. sawah padi ini menjadi teman seawal usia 11 tahun.. berpenatan kembali daripada sekolah.. aku ke sawah selepas asar untuk menjaga padi dari dimakan burung..pukat yang sinonim dengan sungai kini dibentangkan seolah pagar agar dapat merasa daging burunggoreng ataupun masak merah .duduklah disitu kadang2 ku merungut "asyikk aku aje kena jaga..padahal orang lain ramai lagi.." iyelah..disebalik hutan ada sekeping sawah..kadang jiwa ini sangat lembut..tak ingin ibu ke sana setelah berpenat urusan dirumah.maka, berpetanglah disana sentiasa. waktu menjerut padi paling susah..kena buat sendiri sebab kawasan yang kecil takkan nak panggil yang moden2..tak berbaloi..

bau wangian ini sentiasa dipalit. kekadang orang menutup hidung apabila lalunya lori membawa getah ini namun aku terbiasa..biasa dengan baunya. sejak kecil bermandikan tumpahan air getah. menongkah bukit menjinjing guni untuk membungkus getah. lelah..dan sememangnya tiada kudrat untuk menarik guni2 getah.beberapa kali pernah tersungkur kerana bukitnya bukan lapang..penuh kayu-kayu getah. nakal..memang nakal..sengaja kadang2 melambatkan isi karungan guni supaya adik beradik lain terus naik ke atas bukit mengutip getah disana.. tidak semudah sesetengah orang yang menggunakan kereta sorong dan jalannya mudah.. ini semuanya kena pikul dan tarik sendiri..lelah berbaloi..bila berguni2 getah dapat..kata orang suatu ketika,penoreh getah kaya..sebab harga melambung..namun tahukah berapa lama je harga tersebut kekal..kadang bila jatuh 70sen sekilo..sesuap nasi pon belum tentu dapat.. yang merasa pasti tahu apa yang berlaku

perkara yang paling getir..mengangkat kelapa sawit.. mengutip buah yang terlerai satu hal. sangat menyulitkan..kekadang malas hadir mencuit hari namun lelah ibu dan ayah masih mencengkam jiwa. siapa sangka.. segalanya berlalu pantas..lama sudah tidak menjengah kebun yang berbakti..getah yang berjasa..sawit yang menampung nafas lega.. segalanya berkubu dalam jiwa. bukan mudah merasa dengan semua kenangan.

bersama mereka yang bernasib baik sebenarnya iaitu anak-anak yatim..meskipun mereka dilihat satu daripada golongan yang sepatutnya dilindungi..namun, bersyukurlah mereka ternyata lebih bernasib baik sebenarnya. berada dipersatuan yang dilimpahi dengan nikmat semuanya.. dkelilingi insan yang hidup mewah..adik2 tahfiz membuatkan diri tertanya akan ke mana mereka salurkan nikmat itu jika bukan dengan melahirkan akhlak yang baik dan mukmin.

merasa tiada apa disisi lebih baik sebenarnya..apalah sangat yanga da pada dunia.. mungkin masa diploma..tiada yang lebih bodoh daripada terjebak dengan permasalahan remaja dan menggadaian pelajaran.. apa yang nak dibuktikan dengan kekurangan yang ada. pada waktu dan saat ini.. kegemilangan terus ku ingin kecapi..sungguh xsangka..peningkatan dalam pelajaran menyedarkanku..betapa segalanya harus atas usaha sendiri..ibu dan ayah sentiasa bersusahan demi anak2nya..bilakah akan terbalas segalanya.. sebab itu aku pantang orang yang mempersendakan orang lain..pantang mendengar fitnah dan cacian..pantang dalam bab akhlak..kerna semua itu aset dalam diri seseorang.

mungkin tiada siapa yang tahu..janji yang ditabur..renovate rumah tersebut..membuatkan hati ini xmampu sebenarnya memaafkannya..xkan maafkannya..meskipun lidah mampu menuturkannya..bukan mudah menerima segala yang diperlakukan.. sungguh ya ALLAH.. aku manusia biasa.yang pernah bersusah..dan yang pernah disusahkan..

merasa ketidaktenangan disaat dan tika ini..masih ingin memunggah rasa namun..tiada penyelesaian jua..pastinya..........balik terengganu.........itu yang terbaik..

29 Jul 2011

Ucapkanlah Jazakallahu Khairan

Salam,alaika Ya Rasulullah

Apakah yang seharusnya kita ucapkan bila mendapatkan kebaikan dari seorang muslim yang lain? Cukupkah ucapan terimakasih?

Oleh: Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah

Dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

من صنع إليه معروف فقال لفاعله: جزاك اللَّه خيراً، فقد أبلغ في الثناء

“Barangsiapa yang diberikan sesuatu kebaikan, maka hendaknya dia ucapkan ‘Jazakallahu khairan (semoga Allah membalas kebaikanmu)’ kepada orang yang memberi kebaikan. Sungguh hal yang demikan telah bersungguh-sungguh dalam berterimakasih.”

Takhrij Hadits:Hadits ini dikeluarkan oleh At Tirmidzi dalam Al Bir was Shilah (2035) dan Ath Thabrani dalam Ash Shaghir (148/2)

Syarah:

Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda,

“Barangsiapa yang diberikan sesuatu kebaikan, maka hendaknya dia ucapkan ‘Jazakallahu khairan (semoga Allah membalas kebaikanmu)’ kepada orang yang memberi kebaikan. Sungguh hal yang demikan telah bersungguh-sungguh dalam berterimakasih.”



Apabila seseorang memberikan sebuah kebaikan kepadamu dengan harta, bantuan, atau ilmu atau yang selain itu, maka Nabi shallallahu alaihi wasallam maka Rasulullah shallallahu alaihi wasallam memerintahkan untuk membalas kebaikan tersebut.



Beliau juga bersabda,

“Barangsiapa yang memberikan kebaikan kepadamu maka balaslah (kebaikan tersebut)”



Maka balasan ini sesuai dengan kondisinya. Ada orang yang balasan kebaikannya dengan engkau berikan sesuatu yang sama dengan apa yang dia berikan sebelumnya, atau bahkan lebih banyak. Ada pula yang orang yang balasannya engkau mendoakan kebaikan baginya, dan dia tidak ingin engkau balas dengan harta.

Orang yang sudah tua, memiliki banyak harta, dermawan, memiliki status sosial di masyarakat, jika dia menghadiahkan sesuatu kepadamu, lalu engkau balas memberi hadiah yang sama dengan hadiah pemberiannya, maka dia akan melihat ini sebagai sikap perendahan bagi dirinya.Akan tetapi bila terjadi yang seperti ini, berdoalah kepada Allah untuknya.

Apabila kalian tidak menemukan sesuatu yang pantas untuk membalas kebaikannya, maka doakan dia sampai kalian lihat kalian telah membalasnya. Dan dari doa ini adalah ucapan kalian,

جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا

 “Semoga Allah membalas kebaikanmu”

Jika dia memberikan sebuah kebaikan, manfaat kepadamu, maka ketika engkau ucapkan jazakallahu khairan engkau telah bersungguh-sungguh dalam memuji. Hal ini karena jika Allah membalas seseorang dengan kebaikan, itu merupakan kebahagiaan baginya di dunia dan akhirat.



(Diterjemahkan oleh Abu Umar Urwah untuk blog http://ulamasunnah.wordpress.com dari Syarah Riyadhus Shalihin karya Syaikh Ibnu Utsaimin halaman 1564-1565, terbitan Darus Salam Kairo).

PS:Apabila ucapan tersebut ditujukan kepada wanita, maka dhamir (kata gantinya) diubah menjadi:

جَزَاكِ اللَّهُ خَيْرًا

“Jazakillahu khairan”

Apabila ditujukan kepada sekumpulan orang, maka gantilah dengan:

جَزَاكُمُ اللَّهُ خَيْرًا

“Jazakumullahu khairan”

28 Jul 2011

selamanya takkan mungkin


assalamualaikum w.b.t

Entah apalagi nak diluahkan..entah apa lagi nak dicoretkan..teman kesayanganku ini, sangat setia bersamaku..menerima segala luahan hati tanpa sebarang kata. segalanya berlaku dengan begitu pantas..."sayang" ye..saya mengetahui erti sayang..saya merasai erti penyayang..namun bersikap penyayang kadangkala membuatkan termakan diri.. "rindu" ya..saya sentiasa rindu..pada insan-insan yang rindukan saya selalu...namun saya tak mampu merindu kerana disebalik rindu ada sendu.
Saya sangat cintakan segalanya yang membawa kebaikan pada diri saya. namun kecintaan ini menyebabkan hati tiada rasa..jiwa sering terluka..kebaikan ini yang sering menerjang segala kedamaian.. saya faham erti cinta dan kalian lebih mengerti istilah mencintai..dicintai..ungkapan asasnya adalah kebahagiaan namun segalanya begitu berbisa.

saya memberi segala yang diminta..saya menyerah seluruh kepunyaan yang ada agar terbukti setia itu pasti..saya menyerah segala janji agar semua perkara menjadi nyata.namun kepercayaan saya selalu digugat..kesetiaan saya semakin tercampak.. ke mana segalanya setiap kalam yang sering dituturkan..

saya tak suka orang marah-marah..saya xsuka orang mengangkat suara..saya sanagt pantang pada kelakuan tidak sopan..saya sanagt elergik pada orang yang tak berakhlak..kerana saya sentiasa dikelilingi sahabat yang sentiasa berlapang dada..saya sentiasa dikelilingi manusia yang menegur sebagai tanda sayang..saya dikelilingi insan yang sentiasa menghormati dan menganggap semua ada kelebihan dan kekurangan sendiri.. saya juga paling tak suka marah sebab saya bukan dididik sebegitu..

namun.. saya terima segala teguran yang diberikan..saya menerima segala kesalahan yang saya tidak sedar..saya muhasabah segala kekurangan yang ada..saya seringkali menilik kelemahan yang ada..saya juga tidak sedar..kelakuan manakah yang bercanggah..kelakuan manakah yang membuat orang terluka..

selamanya takkan mungkin merasa satu jalur kehidupan..gelombang dan simpang pasti bertamu..kukuhkan diri disitu dan berfikiran positif selalu..hidup sentiasa dibelenggu.. maka bebaslah dengan keimanan yang ada.. saya sukar mempercayai erti keikhlasan..erti persahabatan dan erti kasih sayang.. kerana pengalaman silam sering membuatkan diri ini terjurang dalam sesuatu hubungan.... serik sebenarnya.. maafkan diri ini teman..maafkan..

11 Jul 2011

punya nyawa sekali lagi...



Alhamdulillah.. syukur..hanya itu yang mampu diucapkan..seolah diberi nyawa kedua..allahurabbi..

“jangan panic..jangan panic..pegang baju keselamatan..kamu xkan tenggelam” jerit abang yang bawa bot..berlagak tenang mungkin..

“tolong makcik..tolong makcik” isteri pakcik zabidi pula terpisah daripada kumpulan kami..

“jangan pegang aku..mcmne aku nk gerak selamatkan makcik..” kak faizah pula bersuara dalam cuba melepaskan pautan-pautan yang memegangnya..

Huhuhu…itulah tragedi pahit yang membuatkan kami tsenyum. Terjatuh ditengah2 laut membuatkan segalanya berfikir dihujung minda.. kaki sis yang terlekat dibahu jaket kak faizah menyukarkan untuk berpaut pada jaket masing2.. yang pastinya.. kak ain musti sudah mengimbas majlis pertunangan lagi dua minggu..ibu sal musti terkenangkan suami dan anak2 yang sedang menanti dirumah..kak ngah kekalutan mencari ank sulungnya yang turut tercampak dari banana bot. kak Fatimah yang sudah hampir menangis dalam esakan tanpa linangan airmata..terkenangkan anaknya yang tunggal..masing2 bermain dibenak fikiran.. orang bujang macam sis,diha,kak faizah ni..mestilah satu jew..hehe “alamak…xkawen lagi..”.

Itulah situasi cemas kami staff yang naik banana boat sempena percutian di port Dickson atas tajaan penyumbang terbesar anak yatim.. DATO TAIB sekeluarga. Semua yang nek saiz xL kebanyakannya..boat penuh n salah abang boat tu jugak sebab xbagi taklimat sebelum dia bawa laju2.awal2 beria sangat2 semua orang nak naik banana boat tu..last2..semua kata inilah kali terakhir..huhu.. apatah lagi sis..setelah abang tu tarik semula kedalam boat..dalam perjalanan pulang..oleh kerana sis duduk kat belakang sekali..sekali boat tu rempuh ombak..erkkk.. sis terjatuh sekali lagi..tapi yang ni sempat berpaut pada pemegang..tu pon mujur sempat bertahan..huhu..serik maaa…. Nyesal pon ade..tapi Alhamdulillah..masih boleh menaip diruangan blog ni,,kikiki.. betul!..satu je yang tergambar dalam fikiran. “ya allah..xsempat lagi nak mohon taubat..” huhu..entah kenapa..sayu benor..sampaikan xmain sudah apa2 permainan selepas tu.. terus balik bilik tukar baju..sedangkan staff lain masih tergolek2 dalam air dan swimming pool..termenung panjang jugak..macam sudah sampai je waktunyer..huhu.. persediaan menghadapi alam abadi perlu.. andai kita tahu bila ajal.. mohon sangat ya Tuhan..berilah kesempatan.. itu jelah mau citernyer..selebihnya..layan gambar ye,,sepanjang percutian dua hari di n.9 dan Melaka.. Alhamdulillah..mungkin ini kenangan terakhir yang terindah bersama mereka..siapa tahu..kan..

7 Jul 2011

menguntum senyuman yang payah


salam keberkatan syaaban..

liku-liku sebuah senyuman yang payah..

menatap masa-masa yang berlalu, dalam warna yang pelbagai, ada suka dan duka. menerjah satu kehidupan yang lebih baik. satu panggilan dihampir malam makin merasa kelamnya bertanyakan khabar dan cerita lama.sukar sudah diungkap dengan rasa yang telah mati. Adikku ini cukup perihatin dengan setiap coretan yang mengukir segala pampanan hati. nadanya yang sukar dinilai.. sekadar mengetahui atau mengambiltahu..hakikatnya perkongsian diselitkan satu inzar u diri ini. "muhasabah balik kak..musti ade yang salah dan tuhan nak perbetulkan.." ya dik..banyak sgt kesilapan.muhasabah demi muhasabah sudah dihamparkan..akhirnya jawapan telah ditemukan..syukur ya ALLAH..

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya.
Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi: “… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.(genta rasa.com)

bersyukurlah wahai hati-hati yang inginkan ketenangan dan rasa kehambaan.

30 Jun 2011

kelam yang indah..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..segala puji dipanjatkan pada Allah atas segala nikmat iman dan islam. syukur...
nampaknya berpuasa disini lah.. Alhamdulillah..ditawarkan keje selepas praktikal..tuah dilimpah bersama anak2 yatim..jom..kita doa mudah jodoh pulak.. ekeke..

munirahcare...tempat keje yang baru n best.. ada bilik n meja sendiri..huhu..macam dah keje pulak. sedangkan awalnya ditawarkan untuk kerja tetap disana..oleh kerana masih belajar n perlu menghabiskan lagi satu tahun pengajian..bersabarlah duhai hati..rezeki jika milikmu,,pasti jua dapat merasainya..fokus dengan kerja yang masih ada..penat..memang penat namun melayani insan-insan yang dirahmati ALLAH..seketika..hilang lelahnya..

kerinduan menyapa..halaman rumah.bagaimana agaknya rumah yang dah siap diruntuhkan..sayunya hati,.,huhu..tenkiu ayah n mak.. seringkali lelah demi anak2nya.. iallah..berusaha untuk menjadi yg terbaik dalam setiap perkara..moga2 dapat membantu mak ayah suatu ketika.. "sapa2 yg ade datuk@ayah yg kaya..dah nazak ka..boleh la lamar saya" haha..senget betoi..anak sapa nih.. inilah yang selalu dibualkan..

iallah..hari2 mendatang akan dipenuhi dengan kebaikan. melayan kerenah isi borang tadi rasa dah nak terbalik.. terima kasih kepada seseorang..berkongsi rasa dan cerita..kisah lama dan kisah baru..jika bersatu menjadi penawar rindu..pahit jadi madu.. bila kita diam..org kata kita suka memendam perasaan..bila kita mengeluh orang kata kita bermasalah..bila kita luah..org kata kita suka memayahkan.. best jugak hidup ni..penuh dengan pemerhatian... inilah didikan ahli sosiologi..hehe..memahami tingkahlaku manusia..dalam semua perkara..

hepy bestday.. aufa khairunnisa.. anak sedara tercumil..moga bahagia selalu..cheya sekadar doakan.. buat abangnya mohd muzammil yg selalu kena buli kat sekolah..semalam menerima 10 jahitan di dahi.. kata cikgu langgar pokok..adakah logik jika difikirkan..xkanlah anak sedara aku ni nak langgar pokok dengan sengaja.. semalaman deman panas.. moga anak2 kecil kesayangan ku ini tabah.. fateh? ...cheya rindu sangat.........yazid..aiman..siti..kakak..yani.. hurm.. dunia ni ade warnanya walaupon suram... moga segalanya menjadi yang trindah... sabar sis...

21 Jun 2011

suara..dengarkanlah..

Merawat airmata

Selama 2 minggu bertahan dari segala mehnah dalaman. Musuh yang tidak dapat dilihat.siapa tahu betapa sakit menyedari rasa setelah terkena. Akhirnya, suatu mesej ditujukan kepada “abang kaunselor” yang sentiasa ada waktu untuk diri ini. Meskipon kian lama tidak bertemu..hanya dialah yang mampu memberi setiap nasihat sebagai seorang insan.

‎"Tertundanya pemberian setelah engkau mengulang-ulang permintaan, janganlah membuatmu berpatah harapan. Allah menjamin pengabulan do'a sesuai dengan apa yang Dia pilih buatmu, bukan menurut apa yg engkau pilih sendiri, dan pada saat yang Dia kehendaki,bukan pada waktu yg engkau ingin:Ibnu 'Athaillah As-Sakandar..Hebatnya kalam ulama’ ini..selalu menampar keresahan hati ini..sangat meminati ibn athaillah. Kekadang bila keresahan bertamu..kata2nya yang dicari. Tepat menuju ke hati. Kena dengan segala rasa dijiwa

cintaku disini..

Panggilan dari ibunda tercinta..2kali sudah. 10 minit dirasakan satu jam, mana mungkin ingin berbicara panjang sedangkan dengar suaranya sudah bisa menyekat nafas didada..apatah lagi berhadapan insan yang banyak menyelamatkan bahtera hidup ini yang hampir karam. Bagaimana ingin menjelaskan..ya rabb..bantulah hambaMU ini..

“assalamualaikum..kak, pinjam laptop” seraya memasuki ruang pejabat. Tersentak semua staff. Najib 1o tahun senyum meleret tanpa rasa bersalah. “ amboi..ko najib..pinjam laptop mcm nak pinjam pen sebatang..” sindir kak faiza..huhu.. “yela..kak nadya dah janji nak bagi tengok penunggu istana” “yela2..jangan bawa keluar..tengok kat sofa tu je” akhirnya aku pula yang fening..nak marah sayang..bak kata che wan.. benci tapi rindu.. 

“kak nadya..sedih je..kenapa” sapa adik2 muslimat..”xdelah..akk okey.tolong pi pejabat,minta ngan ummi rahida ..gtau akk nak panadol n air mineral.” Dalam langkah kemalasan..ada yang menurut perintah..huhu.. “ha..ambik rm10 ni..pi beli air ngan ummi.. ni untuk yang skolah rendah je tau..” “trima kasih akk.. dah lama akk tak belanja..hihi” “amboi..banyaklah korang..kira..kira..bape kali akk belanja dah?” “eh..akk,xbaik kira..xikhlas..” adooii..kena seketui..apapon..kedamaian ada disitu 

“sis alfateh.....” suara adik tahfiz memanggil2 setiap kali melintasi asrama mereka. Petang yang damai di medan johan setia ini dirosakkan oleh suara nakal mereka. Sebentar tadi singgah ke kedai.. “kak..belanja...” laung mereka.. “turunlah..” ceh! Buat2 baik ni.. sedang meneliti barang.. “kaaaak..saya ambil aiskrim ye.” Huh! Turun betoi budak ni..mujur dua orang..kalu 20 orang..mane mau campak beg duit..hu..hu..hu, apapon..sesekali.. merekalah yang selalu menyapa di fb..memberi sirna bahagia dari jauh..ahhh.. kadang2 perkara2 ni semua perlu simpan dalam hati..jangan luahkan. 6ti semua hilang dan sekadar bermimpi siang hari..

Rezeki dari langit

“nadya..datang kat kak ngah jap..” akauntan memanggil..biasanya panggilan suh translate ayat..adooi..sambil tersengih2.. “haa..sain ni..” “sain apa ni kak ngah?” sambil terpampan dan juga tak percaya” rezeki la..sain cepat..betul nama ni..eh budak ni..senyum lebar pulak..” “hehe..terima kasih kak ngah..kak faiza..muah2,,” kui2..xsangka betoi dapat elaun.. kan.. nyata janji allah. Jangan berharap terhadap sesuatu.. kalau bukan jodoh..bukanlah..aik??..apalak bak jodoh.. bab elaun praktikal la.. adoii.. koya sudah.. istigfar.. yang hilang pasti berganti..yang tumbuh mesti sebab tanam lagi..hehe..senget sudah...

Tajuk diatas..xmau sedih2 sudah..tapi hari2 mengadap insan-insan yang megembalikan segala kenangan bersamanya.. apapon..ujian..allah bagi sesuai.. so.. ibnu athoilah dah pesan banyak.. jadi..selalu ade pengharapan dan doa..moga2 sampai saat yang sesuai..allah bagi yang terbaik..
Mohon doa sahabat2.. =D 