15 Apr 2010

kita teruskan saja perjalanan ni..

salam sayang buat rasulullah..kekasih yang ku cintai..buat sahabat2 dimedan dakwah..yg tidak jemu melangkah dan menyebarkan dakwah islam..alhamdulillah.. sedikit perkongsian ilmu dari alfaqirah..yg sememangnya dhaif dan hina disisiNYA. mengharapkan rahmat dan keredhoaannya serta moga2 dapat rasa dicintai olehNYA. Satu kisah yg ana nak kongsi..

Segelas Air Di Medan Perang

Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.

Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.

Abu Jahim bercerita.
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.

Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.

Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.

sedangkan apayg terjadi pada masa kini?masih wujudkah individu seperti sahabat2 nabi.. dalam perjuangan islam seharusnya kepentingan ukhwah dititip beratkan dan adanya..kemantapan ini tidak akan berlakunya rasa ketidakpuasan hati dan pertikaian taat setia@wala.. kalaulah faham sabda nabi saw..
“Dengar dan taat adalah menjadi wajib kepada setiap muslim dalam perkara yang ia suka atau tidak, selagi ia tidak disuruh dengan kemaksiatan, jika disuruh ke arah kemaksiatan maka tidak perlu lagi dengar dan taat” (H.R. Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang “Dengar dan taat adalah menjadi wajib kepada setiap muslim dalam perkara yang ia suka atau tidak, selagi ia tidak disuruh dengan kemaksiatan, jika disuruh ke arah kemaksiatan maka tidak perlu lagi dengar dan taat” (H.R. Bukhari dan Muslim)mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku, sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah. Sesiapa yang taat kepada ketuanya sesungguhnya dia telah mentaatiku, dan sesiapa yang derhaka kepada ketuanya, sesungguhnya dia telah mendurhakaiku” (H.R. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah)

Wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup ini merupakan suatu tuntutan utama walaupun ia mempunyai permasalahan-permasalahan yang tertentu. Permasalahan ini menjadi bahan pentarbiyyahan jika sekiranya pendokong Islam itu benar-benar yakin kepada Allah. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang menolong agamaNya. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memperkukuhkan kedudukanmu” (Muhammad : 7)

bukan disini tempat untuk pertikaian..kerna bermula disini harumnya debu2 islam..fikirkan kembali matlamat dan atas tujuan apa kamu berjalan pada jalan ini disini.. mungkin jiwa2 nan suci..namun pemimpin yg berbakti yang berwibawa..jiwanya sufi lagi haraki..itulah pemimpin sejati.. buanglah rasa kita mampu buat pembaharuan..kita nak kuasai banyak bidang..kita nak buat semua kerja2 islam,tidak dinafikan itulah tujuan asasnya.namun ikut kemampuan yg ada.sedangkan syura adalah terbaik dalam islam..pentarbiahan itu yg menentukan adakah dia seorg pejuang.. xbleh ditegur..xbawa bincang akan satu masalah..itu bukan orang yang ditarbiah.. hiduplah kerna iman dan islam..bukan kerna keagungan..cepat menilai sesuatu akan cepatlah mempertikai sesuatu..buat sahabat2ku..biarlah mereka terus berbicara..terus mencari makna disebalik kata..kita teruskan saja perjalanan ini..kerna kita dari akar yg sama..

5 Apr 2010

keutamaan hati..nilailah diri

bismillahirrahmanirrahim..

sememangnya dilahir untuk melengkap kekurangan.memberi pada yang meminta.memenuhi pada yang mempelawa dan mejadikan diri sebagai sandaran pada yang memerlukan. berbicara keutamaan hati menggambarkan bahawa-SIS NA. “Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

dalam hadis lain pula "Cobaan akan dibentangkan kepada manusia laksana tikar, satu demi satu. Ketika hati dipengaruhinya, satu titik hitam tercatatlah dalam hati. Ketika hati mengingkarinya, satu titik putih tercatatlah dalam hati sehingga hati menjadi satu dari dua jenis: yg putih seperti batu putih yg lulus dari cobaan, atau yg gelap hitam karena tidak mengenal ma'ruf (kebaikan) atau mengingkari kemungkaran." (HR Muslim) .

satu hadis yang menerangkan fitnah terbesar pada masa kini ialah " seorang laki2 yang pada paginya dia beriman dan pada petangnya dia kafir" inilah yang ditakuti. ana menerangkan hadis ni dengan contoh yang mana apabila dia solat pada waktu subuh dia mengakui "sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku hanyalah kerana allah" namun pada petangnya dia merasakan hukum hakam dan syariat yang diturunkan menjadi penghalangnya dalam kehidupan. contoh paling dekat mahasiswa kampus sendiri. apabila ditegur tak bleh berdua2an di tempat terang@gelap. apabila dia melafazkan "susahlah agama ni.itu xbuleh..ini xbuleh" kafir dia waktu itu dan apabila dia solat ,jadinya beriman kembali. inilah fitnah yang semamngnya susah nak keluar dan lari. sekejap beriman sekejap kufur. seharusnya berhati2 dalam stiap ungkapan dan kawalan emosi cukup penting.

ana nak membawa satu kisah realiti seorang hamba ALLAH yang cuba mencari jalan pulang dan ingin kembali pada ilahi. lelaki ini dikurniakan kebijaksanaan berkata2 dan kepandaian dalam berhujjah. ilmu yang ada padanya terlalu banyak. benarlah pesan rasulullah..apabila hendak berkawan perlunya memilih kawan yang baik. mungkin kerna pengaruh kawan.tidak ada kekuatan baginya dalam meneruskan sifat mahmudah yang ada padanya.kisah terjadinya bermula dengan berdua2an..jalan kesana ke mari. makan kat luar. naik kereta sekali. seolah suami dan isteri yang beza cuma tiada ikatan. pernah suatu ketika dia mengatakan ingin berubah dan memerlukan bimbingan. setakat peringatan dan ilmu yang ada, segala inzar cuba disampaikan.akhirnya berubah juga.jarang sangat dah kelakuan kurang sopannya kelihatan. Adakala musim cutinya dihabiskan untuk bertafakkur dipondok.mencari dirinya yang sebenar. namun manusia ni senantiasa dikuasai ego dan dkawal oleh nafsu..xsampai beberapa ketika dia mengulang lagi perbuatan dulu. dengan kuasa ALLAH, berbagai kejahatan yang dia buat ALLAH tunjuk satu persatu. dia tak perasan apa yang dia buat langsung rasa tak bersalah. sampaikan semua yang mengenalinya dikalangan para du,at ni hilang keprcayaan untuk bersamanya lagi. seandainya HATI itu sememangnya ingin diserahkan pada ALLAH sebetulnya, ana pasti diakan senantiasa istiqamah dalam taubatnya. ini terjadi kerana dia berubah kerna manusia. dan kerna manusia juga dia jadi begitu.

inilah yang ana nak bincangkan. keutamaan hati sememangnya untuk ilahi. cintailah Dia, akan ada org yang ditakdirkan bersama kita untuk mencintaiNYA. taubat yang dilakukan hendaklah bersunguh2. ana kadangakala cukup terkilan kerna dah lama "menjaga" dia walaupon kadangkala di anggap serong. apa la yang ada pada manusia. sedangkan hidayah itu dari ALLAH. Sememangnya penting husnu zhon..kemungkinan ibadat dia lebih baik pada orang lain. dosa dan pahala adalah urusan ALLAH dan sememangnya ana kembali kepada ALLAH untuk urusan itu. yang semamngnya dipentingkan sepatutnya hanyalah pandnagan ALLAH. nmun dalam uslub dakwah.metodologi dakwah perlunya menjaga thiqah dihadapan manusia kerna manusia adalah pemimpin dan khalihah dibumi. mana mungkin boleh mempamerkan kejahatan seperti syaitan atau berkelakuan seperti binatang. jagalah hati..pesan ini khusus untuk diri ana sendiri. melihat keadaan manusia pada masa kini cukup tawar hati nak mengharungi kehidupan. namun tuntutan syahadah ini sentiasa mengingatkan tempat berehat hanya setelah tercapai kemengangan ISLAM di bumi ini. pernah jua ingin "berehat" seketika namun pesan murabbi ana. "kalu kita nak berehat kena tunggu tok guru dulu berehat..barulah kita berehat selepas tu"cukup ringkas ayat namun tertusuk ke hati.sakitnya merembeskan air mata. payahnya perjuangan ini..namun ALLAH telah menjanjikan pelbagai kemewahan di akhirat 6ti..yakinlah wahai pejuang islam.

minggu lepas ada seorang sahabat membicarakan satu buku. ana menamakan sesi "bedah buku"
.tajuk buku tersebut "KINI BUKAN LAGI ZAMAN ABRAHAH" cukup terkesan dan amat sesuai untuk ikhwah sekalian dalam meneliti balik tahap keyakinan pada janji ALLAH dan usaha yang dibuat dalam memartabatkan islam. duhai sahabat2 dijalan ALLAH.. SENTIASALAH MEMBERI PEERINGATAN KEPADAKU.. kekadang lemahnya tidak terlihat kerna kuatnya ukhwah..namun pernah "rebah" ..bila kaki mula melangkah ini..diharap semakin kuat dan tidak berpatah balik lagi.. AMINNN.

"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar".(Umar bin Khattab) .




19 Mac 2010

PaRLiMeN MaLaYSia

2o tahun lagi..diorg ni jd yb..

BERSAMA YB KHAIRI JAMALUDDIN-KJ

NILAH..PENDUDUK BUMI SUBJEK DASAR DAN PERANCANGAN SOSIAL



salam,alaik..seketika terasa..perlukah melawan segala persoalan yang ada..terasa pula seolah2 mempersoalkan takdir diri ini...
bismillahirrahmanirrahim..

cerita semalamm jugak..blog ni tempat untuk berkongsikan? jadinya..perlunya cerita samada menarik atau tidak terpulang pada pembaca..sis taip je..ikut hati..ikut iman..

kul 10 malam gerak dari kampus pi KL..lawatan rasmi ke parlimen..punyerlah sejuk malam tu..xtau nak dudk guane..kejap agkat kaki..kejap ke kiri..kejap ke kanan..dah la..nasib badan,,setakat nie pi mane2 pon..kalu naik bus memang xbleh tido..terpaksa menjelajah mata nie ke luar tingkap..tengok pemandnagan..suasana riuh rendah..sebelom naik bus lagi..start begambaq sudah..hu2..separuh kamera tu dah penuh dah..ni lah penyakit kami..ngeh2..

kul12 malam berhenti makan2 kat are paka kot..sebelom maasuk pahang..bila lalu kawasan tu..rindu plop jalan2 naak pi ke kuaantan,jerantut.. kul5 pagi..sampai la kat genting sempah?hu2 xingat lah..tapi tempat perhentian lah.mandi.solat.makan pagi dan sebagainya..disini terjadi pergaduhan ala2 kids..hu2..ada ke sorg adeq nie..mintak tukaq blazer xmau..patutnya dier lelaki kena la jaga kakak2 nie..memg la blazer pompuan tu nampak slim ckit dari duk tgk kami pakai comel cket dari barut nangka,..keras hati betollah..last2..sis la jugak cuba berlapang dada bg sahaabt tu pakai yg sis punyer..kan xbleh masuk dewan..tapi sis plop jadi mangsa..hu2

kul9 pagi kami dah tercegat depan parlimen..xtvt biasa..gambaq2 lagi..pah2 ader taklimat cket n then kami diberi keistimewaan untuk masuk awal jam10..lihat bgmana persidangan parlimen bermula..xcited sanagt nie..nak tengok wakil2 rakyat nie..cuba teka..sapa yang sis nampak dulu? pastinya.. ust nasruddin mat isa..n dibelakangnya.. ust salahuddin ayub.. lagi2? yb zailah n nampak kat belakg sane tempat tetamu dudk anaknya.. ummu syuhada..baru je bertemu baru2 nie..jodoh lagi la tu.hu2..jumpa lagi.. pah2 izzah anwar.dr lo'lo'. khairi jamaluddin, n bleh kata semualah..lepas baca doa..dewan mengalu2kan kedatangan kami..sebut lagi dari UDM..HU2..Masa tu semua yb2 duk tepuk meja..bangga na..persidangan bermula.. isu pertama pasal bloggers..perlukah ambil tindakan.. isu kedua.. isu usahawan francais dikalangan anak muda melayu.. isu ketiga.. hiv n peranan kerajaan.. seterusnya isu umur pengundi diturunkan dari umur 21 kepada 19.. dan banyak lagi..xingat plop.. ada sorg yb setentang ngan tempat dudk kami..sis pon angguk la kepala tanda hormat..macam kenai jer..pah2 sampai lah satu surat layang..ngeh2..yb tersebut ajak minum pagi..hu2.. sis baca nama yb tersebut..rase nak tersedak jer..rupanya YB KUALA NERUS..hu2 yb tempat sis rupanya..kul11 pagi kami kuar pi dewan makan..fuh!memang kami dilayan betol2 la..pah2 pi ambik makanan n makan lagi..bising jugak member2 yang laen..kalu tau..xmakan pagi tadi kat perhentian..dah la mahal..peniaga plop was2 betol kami nak makan.. yb pesan..jap lagi dewan lagi hangat.. pkr lawan dengan calon yg kuar pkr dan jadi calon bebas.. sis pon xsabar2 lagi..masa masuk tu dah hanagt..biisng sanagt..dengan tepukan..sorakan..bantahan..n macam2 lagi.. abih perkataan la keluar.. lupa dah nama pkr tu..indian la..masa tu izzah ade lagi..pah2 dia terus kuaq la..yang mententeramkan keadaan adalah yb dari titiwangsa n yb muslimat sorg lagi..lupa gak nama..itu pon kena hentam oleh yb2 kerajaan..fuh! memang hanagt sanagt dewan..cukup teruja la.. itulah sis kata.. 10 tahun lagi..saya nak jadi ahli parlimen terengganu..hu2..

jam 12.30 kami terpaksa kuar..ramai lagi yg mau tengok..pah2 ade arah tujuan..banyak la canggah2..pah solat kat masjid negara..kami pi la SOGO..xtau nak beli ape..bosanya..last2 kami naik tangga bergerak tu semata2 ..sampai tingkat lapan.tengok suasana kejap..pah2 turun ngan lift..hak2..senget tol.. pah2 kuar jalan2 sekitar..last2 ade plop kawan..deq mar terjelopok..hampir nak pengsan..panas sangat cuaca msa tu..last2 minum kat depan sogo tu..punyer la mahal..setengah jam duk pk nak minum ape2..last2.. yg paling murah tau ape? "secret mineral water..rm2..hu2..ape punyer la... pah2 sis htr mar balik nek bas..baek kami relaks2 jew..tu yg best..pah2 ader sembg ngan mat2 teruna nie isu2 hangat..last..bertolak pulang jam7 n jam 10 berhenti mkn kat phg..nasi aym york..pah2 cuba utk lena..n berjaya..sampai kampus jam3.30 pg..kunci bilik lupe bwak n singgah bilik cik nom..jadiklah..

17 Mac 2010

CeriTa SemaLam

Assalamualaikum..malam ni akan bertolak ke KL untuk subject dasar perancangan sosial, melihat macamne parlimen bersidang esok..semalam jugak..ada sorang sahabat minta "ubat" dari sis kerna hati dia "sakit" sedangkan sis pon masih dalam rawatan..namun oleh kerna dia adalah SAHABAT sis..bagilah jugak apa yg termampu..sape lah sis nak bagi inzar..sekurgnya membantu..tapi itulah manusia..kita bagi ubat dia buang kalu rase dah ok cket.. ada kalanya dia salahkan kita bila ubat tu tak menjadi..beri kesan buruk pada diri dia..em..entah la manusia nie..

syukur walhamdulillah.. semalam tekad jugak nak balik jenguk bonda..masih kurang chat.. rupanya fateh pun demam..susah hati bila anak kecil menangis..yelah..kalu yg dewasa ni demam sampai tergolek2 xdapat tidor..yang kecik nie apatah lagi..tentera2 ku yang lain..azizah,aiyani, muzammil n aufa pun turut serta di umah tokki nya..malam tadi kul9.30 mlm my bro htr guna myvi.. suke sangat dier..dier pon demam jugak..habis sanak saudra demam.. setibanya dikampus dapat pula panggilan dari sahabatku yg romate nya iaitu ukhti maisarah sakit belakang..perlu ke hospital..hajatnya nak htr ngan myvi tp aufa ade skali malam tadi..terus cal pak din,van kecemasan.. dengan takkdan pakai pakaian lengkap, sis temankan jugak..naik ambulans..hu2 bngga na..duk depan ngan pakcik..ngeh2. sampai hospital jam10.30..terus masuk wad..kami menunggu la malam tadi..kebetulan ukhti hayah masih dalm wad tingkat 4 pi la tengok n sembang2..adeq hjr pon ade skali jg k.hayah..terubat juga rindu..dah lama tak bersua..lam kul 11.30 sis pon turun balik kat wad kecemasan tu..sahabat sis tersengguk2 tunggu..lapaq pon ader..bercampuq2..
last2 kami pi jalan kuar kat depan cari seven eleven..bleh la alas perut skit.. lepas tu sis terus tunggu ukhti yng sakit tadi..punya lamalah kami duk ulang alik sekitar tu..org ramai yg ade agknya dah menyampah tengok kami lalu lalang.. last2 sis ty kaunter..kat mane ukhti yg sakit skrg brd, kata pakcik kaunter tu kat bilik 8.kami cari tak jumpa. last2 sis ty pak guard.."bilik 8 kat ner pok?" tau apa pakguard tu jawab.. "sapa yang mati,ada waris mati ka?" punyer la tergelak besaq kat citu sampai terduduk2..alahai pakcik..kalu tak tau..gtau jelah "pakcik tak tau"..ingat kami ty bilik mayat ka.hu22..kami terus kan penungguan sampai jam2.00 pagi.akhirnya muncullah ukhi yg agak2 chat dah n kami call pakcik van n sampailah kul 3pagi kat kampus..penat tapi sonok la..bantu sahabat2..lelah tak terasa..kita ambik berat kat sahabat..6ti sahabat pon sama buat kat kita..kan2

kat bawah nie nasyid pilihan sis..moga kalian bersemangat..teruskan usaha dakwah

Gelombang Keadilan
Album : Munsyid : Shoutul Haroqah

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

14 Mac 2010

:: nilai cintaMU ::


assalamualaikum..

syukur wal hamdulillah..PENAT.. itulah ungkapan yang mampu diluahkan saat ini..dari pagi duk bertapa kat libry.. terpaksa cover 3hari..sekembalinya dari kem motivasi..sis bertekad untuk terus pulang ke rumah semalam.. nak menjenguk ibu yang disayangi.. rupanya ibu sakit.. demam panas.. kerap kalinya ibu sakit..ya ALLAH, aku belum sedia untuk kehilangan insan yang aku sayangi ini..pagi tadi ayah hantar kampus n sempat lagi belanja makan..aku amat merindui insan2 ini ya ALLAH..nak saje tadi pulang semula ke rumah..temani mak.. tadi dah call adeq dia kata ayah dah bawa mak pi klinik.. sis akui, pelajaran akhir2 terganggu..cukup buat untuk ambik keputusan untuk stop study buat sementara.. namun apadaya.. ada matlamat yang lebih penting..SESUNGGUHNYA perjuangan itu akan di uji..sungguh sis tengah di uji dengan limpahan kasih sayang yang mengkaburkan pandangan.
Allah SWT telah berfirman yg artinya “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya.” “Tidaklah kamu dibebani melainkan dgn kewajiban kamu sendiri.” “Hai orang-orang yg beriman selamatkanlah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka.”

sekarang nie..curi masa untk siapkan asgment..rupa2nya ada yang tak siap lagi..rasanya dah setlekan sebelom pi kem. allah nak uji lah tu.. sepanjang kem tersebut, memang tak pernah rasa penat ataupon "malas" . sentiasa xtive n hyper xtiv lagi..apatah lagi ditaklifkan sebagai ketua fasi untuk menganggotai 280 peserta. bukan 28 orang.. alhamdulillah..sis laksanakan sebaik yang mungkin..teringat kecergasan abg balang..deq syafiq n laen2.. cuaca pula hujan sepanjang pogram. mahasuci ALLAH..banyak bagi nikmat. walaupon ada beberapa slot tergendala tapi dapat cover dengan xtiviti laen.. segala ilmu yang sis dapat di kem la tansa.. sis bagi semua kat kem tu..hu2.. nampak cam tak kena plop bila ajar yang bukan2..takpelah..remaja bukan senang nak bentuk. moga sis ambik pengajaran terhadap semua apa yang berlaku..

tanggungjawab yang lebih besar menanti..sentiasa menunggu masa ini supaya tidak dsia2kan dengan perkara tak berfaedah.. kekadang sunyi menguasai diri..tapi adakala perlu yakin.. kerja banyak menanti.. tolong agama ALLAH..bukan perkara bleh sambil lewa.. sis pernah hampir "futur" kerna nikmat perhubungan yang diberikan oleh ALLAH, namun disalahgunakan.. gembira dikelilingi gelaktawa..namun hati kusam dan tercemar.. alhamdulillah, walaupon sering diuji dengan pelbagai rintanga..sis tetap dengan langkah walaupon goyah.. sekali lagi sis bukanlah seorang yang sempurna untuk memberi..namun datangnya bukan waktu yang sesuai..ada yang lebih baik dari diri ini..harusnya mencari yang lebih itu.. hidup sis untuk mencintai ALLAH dan rasul..jika ada yang mencintaiNYA bersamaku..itulah yang ku harapkan.. banyak sangat pengalaman bersama manusia..makin hari makin tawaq untuk senyum ketawa,berbual kosong yang tak bermakna,melakukan xtiviti membuang masa..namun diharapkan didalamnya hati tersenyum..jiwa gembira dengan nikmat yang tak pernah putus dianugerahkan..teruskan istiqamah wahai diri..nilai cinta ALLAH dihati..amin

11 Mac 2010

::sYamMaiL MuHamMaD::



ALhamdulillah..baru lepas jawab test.. assalamualaikum..

sebentar tadi ana dan teman pi DABS untuk mendengar syarahan kitab keperibadian nabi muhammad rasul junjungan kita ni.. oleh al fadhil ust tarmizi taha.. memang best dan menarik..walaupon ada test jam 12.. tapi seawal jap 9 pagi dah pi..malam tadi pon tak study..hu2.. alhamdulillah..boleh la jugak jawab..berkat dengar diskusi ilmu tadi.. moga2 bertambah kecintaan kepada rasul dan allah.. cukup memberi rasa cinta dengan kupasan yang begitu menarik..lantaran da juga student mengajukan pelbagai soalan menambah lagi ilmu yang baru.. yang paling terhibur sekali dengan tayangan video animasi yang dibuat oleh kajian di negara arab.. bentuk dan gambaran rumah rasulullah, masjid dan rumah isteri2 baginda.. penuh tawadduk..zuhud dan qanaah..tak terasa 3 jam berlalu penuh bermakna.. diskusi sebeginilah harusnya di utamakan kerana mahasiswa terutama pengajian islam.. belajar tapi tak faham apa yang dipelajarinya.. kalau lah beramal dengan ilmunya.. pastinya tidak berlaku maksiat,tutup aurat dengan sempurna serta mengikutui segala sunnah rasulullah dan syariat yang telah ALLAH jelaskan. semestinya harmonilah kampus nie dengan biah soleh dan solehah..itulah harapan bagi yang memperjuangkan agama ALLAH..semoga kita semua diberi kekuatan.
emm..sempat lagi ana kat libry..posting kap..hu2.. petang ni akan bertolak se satu destinasi untuk menjadi fasilitator untuk kem motivasi bagi satu konsultan.. moga2 hati ini ikhlas dengan pemergian untuk mendidik anak2 bangsa..kadangkala betullah rasa tak mampu..tak layak.. tapi pesan seorang sahabat ana " perbaikilah diri dan perbaiki orang laen" insyaallah.. doakan ana wahai sahabat2ku.. amin..

9 Mac 2010

Ramai Kawan tapi Tak Bersahabat

kiutnya..kalau ader nie..
suker sangat fateh ni ngan nenek dier
insyaALLAH..bakal jundullah..

salam,alaik..lama sis beruzlah..hu2..alhamdulillah..semangat makin meningkat walau masih ada saki baki perkara yang tidak dapat dielakkan..untuk kawan dan sahabatku.. RABIATUL ADAWIYAH(BIE) MOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI..HEPY BESTDAY. pertamanya syukur ke hadrat allah s.w.t.. perjalanan xtvt tarbiyah semakin panjang..kadangkala penat..lelah..sampai tersungkur kadang2.. namun hanya ALLAH yang tahu..hanya ALLAH yang seringkali mendengar rintihan.. kawan ramai..tapi tak bersahabat.. apa yang dimaksudkan oleh sis?? .. ramai yang fikir..
"buat apa cara masalah orang..kita pon banyak masalah"
"kenape la xpandai nak handle masalah sendiri..emosi sangat.."
"kenapa muram..diam je dier tu..tengok kita tak mau..cakap apatah lagi"tanya sorang kawan.. jawab kawan len " biaq la dier..bodoh ngat duk layan masalah..macam dier sorang ader masalah..orang len pon banyak lagi mende nak pk..nak cara kat dier sorang..xde keje laen ka kita"
inilah kebiasaan yang kita dengar kan.. sepanjang sis belajar psikologi..banyak mende jelas dan terjawab..sikap ramai manusia sekadar berkawan dan tidak bersahabat banyak menyebabkan tekanan perasaan oleh individu yang terasa dipandang serong.. kalaulah seseorang itu bernama SAHABAT pastinya dier akan pikir positif..berhusnu zhon..cuba nak mendalami kawan yang bermasalah..
"kenapa ngan kawan kita tu..ader masalah besaq tu..sapa nak pi slowtalk?aku ke kome?"
"petang ni kita ajak dier joging la..aku tengok muke dier tensen je..ada masalah kowt.."
"kita ni patut bersyukur..ALLAH tak uji kita dengan masalah macam kawan kita hadapi tu..sapa nak dapat pahala?jom kita pi sembang..kot2 ade ape2 dier nak share..tak tanya..tak tau"
kan ke sedap dengor biah yang sentiasa ingin merapatkan ukhwah..sentiasa ingin berkongsi dengan apa masalah kawan..ini barulah sahabat..apa yang susah sangat kita nak rasa rendah diri dengan kawan2 kita.. sis pon baru dapat menyelesaikan masalah yang selama ni membelenggu diri..rupa2nya..sis tidak dapat nak memaafkan beberapa orang yang pernah buat fitnah..yang pernah bercakap perkara tak elok..astagfirullah..sis terlupa..rupanya ALLAH nak bagi pahala.. dalam konsep "MAAF" sesape yang memulakan persengketaan selepas 3hari dier tak minta maaf..dier berdosa.. tapi kalau orang yang difitnah atau bukan dier yang memulakan persengketaan itu bersikap pemaaf..darjatnya tinggi..kadangkala ego..perasaan benci menguasai diri..sis akui..nak tengok nmuka pon menyampah..tapi jauh dari sudut hati..dah ampun.. ni pon setelah dengar ceramah UST KAZIM ELYAS.. syukron ust.. best sangat ceramah ust.. disini sis letak cket.. adab3 kita bersahabat.. ambik ikhtibar..amalkan andai kita benar2 seorang yang berukhwah kerana ALLAH..kita juge pembawa agama ALLAH..
seorang sahabat sis bercerita semalam.. kisah rasulullah bersama seorang sahabatnya..sis lupe nama..yang mana.. baginda mengambil 2 batang siwak u bersugi..s atu yang bengkok dan satu yang lurus..jadinya baginda memberi kepada sahabatnya yang lurus dan menggunakan yang bengkok.. betapa rasulullah menggunakan psikologi dalam bersahabat dengan mendahulukan sahabat2nya..dan sahabat sis semalam menyatakan adab2 bersahabat yang dibacanya dari sebuah buku sementara kami beriftar bersama2..sedikit makanan rohani diberinya..inilah yang dinamakan nseorang sahabat..peringatkan ke arah kebaikan


Mengucapkan salam

telah bersabda Rasulullah s.a.w:Hak muslim atas muslim yang lainnya ada enam. Para sahabat bertanya: “Apa sahaja, wahai Rasulullah?. Berkata Rasulullah s.a.w: “Ucapkan salam jika berjumpa denganya. Jika ia mengundang kamu, maka penuhilah undangannya. Jika dia meminta nasihat, maka berilah nasihat. Jika dia bersin dan memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah), maka ucapkanlah tasymit (Yarhamukumullah). Jika ia sakit, maka jenguklah dia. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya” (Muslim)


Memenuhi undangan

Rasulullah s.a.w bersabda:“Jika salah seorang daripada kamu diundang, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. Jika dia sedang berpuasa (sunnah), hendaklah ia mendoakan pihak pengundang. Jika dia tidak berpuasa, maka makanlah” (Muslim)


Menjenguk saudaranya ketika dia sakit

“Barangsiapa menjenguk orang sakit maka ia tetap berada di khurfatul jannah sampai dia kembali. Para sahabat bertanya: “Apa itu khurfatul jannah wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab: ‘Janaaha’ (kebun yang sedang berbuah di syurga)” (Muslim) jadinya untuk peringatan..sahabt kita..kak hayah dimasukkan ke hospital malam tadi..sama2 kita ziarah..tika ada waktu..


Mendoakan saudara seagama
sabda Rasulullah s.a.w:Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat: Dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan (Muslim)


Saling memberi hadiah sesama muslim

hadith Rasulullah s.a.w:“Saling memberi hadiahlah sesama kamu, maka kamu akan saling mencintai” (Bukhari)


Menutup aib saudaranya

Telah bersabda Rasulullah s.a.w:“Barangsiapa menutup keaiban saudaranya di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari Kiamat” (Bukhari dan Muslim)


Tidak memboikot saudaranya (tidak lebih tiga hari)

Rasulullah s.a.w dalam hadith berikut:“Tidak halal bagi seorang Muslim memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Jika keduanya berjumpa, maka yang satu berpaling dan yang lain juga berpaling. Yang paling baik di antara kedua mereka adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam” (Bukhari dan Muslim)

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). ( Az-Zukhruf,43:67)

Atas apakah persahabatan kita HARAPKAN?? Fikir-fikirkan..pesanan terakhir dari sis..walaupon dah banyak kita bercakap tentang adab bersahabat..manusia itu suke ambil mudah..dan last.. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.

19 Feb 2010

gangguan makhluk halus dan sebagainya????baca nie..


salam alaik..sekadar perkongsian ilmu..sapa2 ade simptom2 tertentu berkaitan dengan makhluk halus dan sama waktu dengannya..anda pk la ye..percaya atau tidak..oleh kerana sis sudah 4tahun di arena halus nie..sis bagilah sesuatu yang cukup berharga.. ust ahmad dasuki mohd rani.. ust yang pernah berubat sis masa di la tansa tahun lepas..disini sis lampirkan laman web beliau..silalah..moga2 dapat membantu u semua.. dan saudara saudari dappat membantu rumah anak yatim almunirah..semoga bermanfaat.. http://www.pendindingdiri.com

pesanan

ustaz

Assalamua'laikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Selamat Datang ke laman web PendindingDiri.com.

Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat lagi kita menikmati Nikmat Iman dan Islam. Disamping itu, kita juga dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala dengan Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup dan Sunnah Nabi sebagai sumber inspirasi didalam menempuhi ranjau hidup kita di dunia ini.

Firman Allah :

ayat2

" Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa."

Saudara sekalian, sebenarnya kita kini hidup di dalam dunia Islam yang ter’fitnah’, Sehinggakan terlalu sukar untuk menilai diantara hakikat kebenaran Islam dan sebaliknya. Mencari agama seumpama sedang mencari sebutir permata di tengah panahan kilauan kaca-kaca yang tajam. Hakikat ini mula saya sedari ketika saya mula mengadu kepada seorang guru sewaktu saya menuntut di University Al-Azhar, bagaimana umat Islam di negara saya (Malaysia) lebih meyakini bomoh dan unsur khurafat berbanding Al Quran dan hadis Rasulullah, maka guru saya menjawab “sebenarnya kita berada di Akhir Zaman” . Jawapan yang tepat dan padat.!!

Benarlah apa yang di sebut oleh kekasih kita Rasulullah s.a.w akhir zaman nanti Al-Quran hanyalah sebagai perhiasan dan tidak lagi menjadi amalan dan ikutan. Walhal Allah ada menyebut didalam kalamNya :

ayat1

" Dan Kami turunkan dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."

Saya mula menyusun ayat-ayat Al-Rogyah Al-Syare'yah ini setelah melihat betapa perlunya bagi setiap individu, keluarga, masyarakat malahan negara menjadikan pertahanan di dalam diri dengan untaian-untaian Al-Quran. Alangkah indahnya, sekiranya di bibir-bibir setiap ummat Muhammad ini membaca dan menghafaz ayat-ayat yang di baca oleh guru saya ini agar setiap nafas dan denyut nadi kita di jalari dengan ayat-ayat Al-Quran ini agar ia menjadi kekuatan bagi setiap di kalangan kita.

Saya melihat dengan mata dan kepala saya sendiri betapa hebatnya Ayat-ayat Al-Quran ini menjadi kehancuran kepada kebathilan pada setiap mentera-mentera serapah ilmu sihir dan gangguan yang tak berkesudahan dari musuh kita Syaitan. Saudara-saudara juga akan melihatnya setelah mana ayat-ayat ini di kumandang dan dihafal serta diamal di dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah. Lihatlah nanti!!

Saya mengharapkan bahagian ilmu yang terdapat ini perlu di dedahkan kepada setiap dikalangan kita supaya dijauhkan dari syirik. Ilmu ini tidak menjadi milik peribadi bahkan ia merupakan secalit ilmu yang Allah kurniakan kepada manusia yang beriman denganNya. Milikilah ia dan beramallah, mudah-mudahan kita diganjar dengan sebaik-baik pembalasan di Akhirat nanti. InsyaAllah.

Akhukum Fillah,

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. (Penasihat PendindingDiri.com

18 Feb 2010

my FAMILY day..

aufa sentiasa berada dalam golongan"budak aktiff"penat nak kejar dia time nak balik..

mak ..kaklong ..my bro..fattah

inilah sanak saudaraku..hu2..

untuk pengetahuan yang berkenaan..inilah firstime kami pi holiday sama2..best ada..xbest pon ader..yela..ayah takde kan..apapon..muqaddimah la..sis nak pi umah kakak dah..ader ke patut..dia tinggal anak2 kat umah..huh!tak buleh jadik tolll...jom berangkat pulang..

16 Feb 2010

MeNiTi KeNaNgAn TeRiNdAh @_@

salam alaik..ni yang kat bawah ni..adalah bodyguard kami@langsung sebagai jurukamera.. ^_^..

taman yang best..apalagi..jom..

cuaca agak2 je sejuk..


di atas istana..yekew?entah..

kena tabik dipintu masuk..padahal..masuk ikut tempat parking...

ni sesampai jew...terus..

kat contoh umah jepun..gaya ala2?..alah dah besekan..

15 Feb 2010

<<:::::TiTiaN pErJaLaNaN::::>>

CUTI MIDSEM TELAH BERMULA..huh! satu keluhan berat dilepaskan..mane tidak diri ini capet..baru pulang dari satu kem fasilitator..pah2 pula berehlah dengan keluarga tercinta..seterusnya sekarang ni berada di kampus untuk meneruskan pengajian yang tidak berkuliah..saje lepak dikampus..sementara rumahku yang hampir sebulan tidak dijenguk..ku simpan rindu dihati..
kem fasilitator..sebagai fasi yang diharapkan dapat membentuk remaja2 masa kini..ana yang dhaif lagi faqir cuba melaksanakan tugas dengan sebaiknya..betullah pepatah melayu.. melentur buluh biar dari rebungnya..kalu tak diasuh dari kecik..bila dah remaja nie..susah dah nak bentuk..jiwa ingin kebebasan..hidup tiaaada tujuan..dalam kem nie..cuba membentuk remaja berjiwa muslim..aisy..susah sangat,..apapon..hanya ALLAH yang mampu untuk mempersatukan hati2 org yang beriman..ana selalu sebutkan..dalam surah al anfal ayat 63.. kami dah wat yang terbaik walau tido banyak gak..hu2..
lepas sampai mpkt semalam jam 4.30 petg..ana pon menunggu my sis datang ambik dimasjid putih..huh!penatnaek bas 2jam je..pagi tadi seawal jam8pagi..bertolak ke sekayu..jam 9.30 sampai,ana terus terjun sungai..pah2 tiba la tentera2 berkereta..hu2..geng2 anak2 sedara ku seramai 8orang terjun sama..sejuk sangat air pagi tu...dingin n nyaman sekali..sampaikan budak2 nie biru..muzammil la yang paling ketara..macam parkinson..hak2..aufa mampu bertahan walaupon macam abg dier jugak..terubat rindu dapat jumpa mak..hu2..lam kul3 dah bertolak balik.....sampai kampus kul 4.30..penaat sangat..hidup ni umpama titi..kan?kena berani melangkah dan teruskan perjalanan walau kadang2 ader tersangkut dengan benda2 sekeliling..hari ini rasa gundah gelisah kembali....ya ALLAH..hanya ENGKAU menjadi saksi..

6 Feb 2010

PeNatNyer Nak HadaPi...


SALAM.ALAIK..

mau ke tidak..sis nak meluah rase jugak..3hari menghadapi seksa di felda mengkawang..hu2..ape2 yang berlaku sis harap ni ujian yang akan menguatkan iman..baru kira2 minggu lepas demam seketika..n hanya batuk yang teruk..namun..semenjak hari khamis..hidung mula menunjuk rase2 tak selesa..hari tu pula kena bertolak ke hulu kuala berang untuk program anak angkat..terus takde mood nak sembang dengan sape2..sampai kat program..tengah2 panas lop dengar ceramah.. kul7 baru sampai umah mak angkat..hu2..memang xde mood la nak sembang..mak angkat pulop..terlalu baik..asal nak baring mai tengok..hu2..maleh anak dara..pah2 kul8.00 plop bersiap pi forum perdana hal ehwal islam..dengan suasana sejuk..memang sah n soheh..deman,batuk dan selesema..cukup syarat2 yg ditentukan oleh pejabat kesihatan..he2..malam tu balik kul12 mlm..terus tidoq..bangun2 kul6..pagi tu sepanjang hari duk baring jer..takpi pon bersukan@gotong royong..hajatnyer nak balik kampus la..dari duk nyusah kuarga angkat..bek balik buat asgment..kan?kan?pah2 trun la 8 pegawai mai jumpa..hu2..gerun tol..big boss mai tengok sis..dia xbagi balik..sis pon minta pi klinik..malam tu pi hospital..lam kul12 gak balik..sampai umah terus terkeluar semua yang makan dari petang semalam..rase kosong 100%. semalam xbleh tido..panas.gering..berpeluh2..dasyat toll.. pagi ni..sis pon xpi jugak untuk program motivasi pelajar..kul2 pi majlis penutup..punyer la lama..tunggu dato mB kita mai..pah2 kul5 terus naek bus udm n balik kampus..sampai jam 7.45 malam..sampai2 kampus..terus solat n bersiap untuk pi surau farabi..ade tahlil n jamuan cket..penat2 pon..kalu org jemput kena raikan..ni adat kita bersaudara..kan?...lembik toll dah kaki ni nak melangkah..mujuq la adeq ana kita htr nek motor..terus balik solat isyak n nak rest..last2..nak pejam pon xbleyh..tadi minum air ust..dah okey la cket..batuk pon takdak..selesema pon hilang..demam pon kurang..ape tanda nie???.. ni pon buat2 rajin duk taip u post blog..bukan ape..sambil dengar ust kazim ceramah..tu yang tak mengantuk..best sangat.. penuh uslub dan beradab..pakat2 la dengaor yer.. tenkiu pada mak angkat yang bagi banyak gift..sorry la kat member2 yang maane bertembung tak tegur..penat sangat rase..jadinya.. satu ulasan sepanjang perjalanan program..hati ni tak tenteram..serba tak kena..tak selesa.. laen dengan SDS yang dilakukan bersama sahabat2 sefikrah..walaupon cuba berlapang dada..susah gak.. betullah firman allah..dalam surah al-anfal ayat 63... sama2 kita renungkan...itu jelah..nak tido xbleh.. jom dengar ust kazim lagi...

30 Jan 2010

tika ini..menangislah wahai diri..

salam,alaik..sekarang nie berada di surau saodah..ada bacaan yasin dan tahlil untuk arwah2 yg baru meninggal dunia tadi..diri ini merasakan ada beban yang amat berat tak terlepas..saat sujud..airmata mula mengalir tanpa henti..tahulah..hati ini tidak tenteram..jauh dari ilahi.. sedaya upaya mengembalikan saat indah tika rasa dekat dengan ilahi..namun masih begini.. saat yasin mula dialunkan..tersentap jiwa..saat ini pula zikir dialunkan..ya allah..inilah yang dicari selama ini..kenapa sukar untuk berterusan...tika ini..menangislah wahai hati...

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.


Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.-ust pahrol-

tika ini menangislah wahai hati...


29 Jan 2010

Bila Hati Ingin Meluahkan...



salam,alaik dan selamat malam..
ALHAMDULILLAH.. syukur ke hadrat ilahi diberi nikmat kesihatan yang tidak terhingga dalam menjalani hari2 untuk ibadah..mana tak nyer.. seminggu lepas..mengalami batuk yang dari segi logiknyer kurang buleh diterima...pagi-petang okey jer..pah2 bila menjelma magrib hingga subuh..batuk berterusan..mujuqla waktu kuliah kebanyakannya kul11pagi.. bleh la qada tido kul7-10 pagi..ni la waktu tidoq sis..hu22.. merana.. nakpi klinik sokmo kelas abis kul4..xdan..last2 kebetulan teman aini pi jupe ust bob untuk adeq dia..sis pon minta ustaz buat air sekali untuk sis..balik tu..terus sis minum.. dengan kuasa ALLAH s.w.t alhamdulillah..terus hilang batuk..dan nikmat tidoq tu kembali..hu2..katanya ust bob "lama dan 'dia' xmenyapa enti " em..tau la kenapa n sebab ape yang berlaku.. malam tadi tidoq ngan ain clasmate n ex roomate..dia pon sakit2 itu jugak..kami berdua memang xbleh duk sekali..merana...dia tidoq elok jer..sis plop yang tak bleh tidoq langsung sampai subuh..xpernah2 lagi macam nie..jadiknya..penawarnya adalah ALQURAN..MATHURAT..kena banyak beramal..
baru2 nie..sis dapat kaunselor baru..a.yo(jgn mare)..best..sampai sekarang hidup tenteram sket. bleh dah berfikir secara matang n buat keputusan rasional.. ni la untung berkongsi masalah dengan orang..tak sia2 belajar teori sosiologi.. dalam bab nie.. sis guna teori Rasional Choice..HE2. betol ke tidak nie..entah ler..tadi balik umah jap..semua adik beradik dah kumpul sekali..makin montel n kiut fateh..ramai peminat tol..bila la lage kami nak buat dinner satu family..patutnya malam nie, ada liqa ngan ayah..xdan la..setiap hari jumaat malam sabtu ayah akan bagi tazkirah kat umah..sebelom pi masjid..moga2 usaha ayah nie..melahirkan anak2 yang baguih dan juruh, soleh dan solehah..semalam ambik lagi ceramah ustaz kazim..memang best la..zaman fitnah sekarang tak kira orang tu pakai kopiah tidak.tudung labuh ka..xpakai ka.salah sket..teruk la kena.. satu nak kongsi ngan semua kata2 dari ustaz kazim.. "orang arab kalu gaduh,memang kasaq betui, tapi bila kita leraikan mereka dengan satu ayat quran..terus jadik lembut..berbeza dengan orang melayu..nampak lembut jer. .sopan.berbudi. bila kita baca ayat quran nak tegur or nak nasihat "..duk kata kat aku la tu..xde ayat laen ke nak baca" ..buleh pikir2kan..masyarakat akhir zaman nie..dah makin jauh ngan Al Quran..ni peringatan untuk diri sendiri jugak..itu jer..ada dakwah yang perlu dibuat lepas nie..okey..rojer n out... ^_^ / @_@



24 Jan 2010

sebuah pertemuan...


salam sejahtera dan selamat malam..coretan terkini...

semalam pusing2 bilik kak syiroh..duk menyembang..mengumpat..mengata sket2..hik88..pah2 dia bagi la satu cd tazkirah..nak suh kami taubat balik la tuh!..sis tengoklah tajuk "bisikan syaitan" ustaz muhammad kazim elias al hafiz.. hu??sapa ni..tak pernah kenal pon..kak syiroh pon suh dengaq dulu..best katanya..sis pown bawa balik dengar.. kul11 mlm start wat asgment.batuk macam nak putus urat usus..minum madu xjadi ape..minum jus tok guru pon sama..minum air bertambah2..xbley fokus..dengaqlah cd yang diberi tadi..punyalah gelak sebesar2 nya..hu2..best..sampaikan kul3pg pon tak terasa..asgment siap pon tak ngantuk lagi duk dengor..best..memang penceramah baguih sangat.. kaloo kat terengganu ning or timur.. ustaz azhar idrus.. kaloo utara.. memang ust ni la kot..harap korang semua dengar la ye..banyak petua2 dapat dari ostaz ni..best..5 bintang la sis bagi..tadi dah presentation asgment yg buat malam tadi..buleh la..dalam suare rock n roll nie..memang xbersedia..tabik la kak adeq maryam almaniri kita..cara pengucapan dah bertambah baik..emm..pah2 pi senamrobik tadi..best..tapi panas sanagt..xselesa..ramai plop tu..malam nie..nak siapkan asgment ekonomi..myb sok present..pah2 nak study sket2..he2..sok ade kuiz fiqh islami..buleh ke..ngantuk tahap cipan nie..

ALFadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz adalah merupakan Pengerusi PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. Selain mengajar sepenuh masa untuk kelas pengajian di PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH, beliau juga aktif menyampaikan kuliah dan ceramah bukan sahaja di negeri Perak tetapi juga di seluruh Malaysia. Al Fadhil Ustaz Kazim juga adalah merupakan penceramah tetap di Radio Perak FM.

22 Jan 2010

Perbaikilah Diri..dan Perbaiki org laen juga

er


"Inilah jalan dakwah"..kata seorang sahabat.bila dity layakkah diri yang serba kekurangan.. "perbaikilah diri dan perbaiki org laen"..tambahnya lagi..terdiam lagi..berfikir lagi..bukan mudah nak buat apa yang dicakapkan..Allah uji org yang memimpin orang len..org yang tegur kesilapan org laen..salah satu cara untuk kembali ialah..sentiasa berubah ke arah kebaikan..namun kadang2 seakan org yg kurang..boleh kata hampir tiada tarbiyah..sakitnye nak baNgkit dalam separuh sedar..ini yang menyebabkan rasa kosong..sekali lagi sis baca buku SUPAYA GELISAH BERNILAI IBADAH.. macam dihempap batu..bertubi2..macam org bodoh je..hu2..org yg bijak akan rasa masa terlalu singkat dalam melayari kehidupan..tapi diri nie..2010..free je..asgmt byk..bleh lagi kata diri xde "mood"..senget ngat..banyak mane lagi peringatan nak diberi..ada je saat terleka..tak de sikap istiqamah langsung..sikap bagaimana nie.. padahal hadis tentang orang yang "immaah" sokmo baca..siap hafal lagi..hu2..nin la kata iman senipis kulit bawang.. batuk still berterusan..malam tadi pening tahap cipan..susah tol dah nak tido malam skarg ni..kul1,2 xlena lagi..hajat tadi nak balik umah mak..siap dah call lagi..tapi call semua sis xbalik umah pon..ilang semangat..hu2..xjadi balik..anak2 sedara ni ada depan mata memang sakit jiwa..tapi jauh dimata rindu ler pula..hu2.. bak kata kak long"aku xfaham tol anak2 aku nie..sokmo ty..mane cheya..nak jupe cheya..bila jupe bukan mu layan pon..xreti la aku budak2 lening" hu2..terharu..sayang jugak anak2 ku nie ye..mane taknyer..dari kecik sis duk jaga ke4-empat nie..bukan mudah..sampai hilang mood nak kawin..ngeh23..pernah sekali tu..sis duk marah2 dak2 nie wat bising..masa tu tido umah kak long..pah2 sis ternampak la kat buku kakak.. "kakak dan yani..sayang cheya" huuhuhuhuhu.. memang la aku nie..xbley jadi mak mithali..reject3..apapon.. azam baru tengah bermula..sis ubah apa yg patut..lebihkan apa yang kurg..mungkin sis kehilangan seorg teman.. namun ALLAH sentiasa ada.. apa ada pada manusia..meskipon the best..kan.. buat apa mengganggu hidup org laen..sedangkan disekeliling masih ramai yg menyayangi.. hari tu buat rawatan kat HPA.. huhu2.. ade plop penyakit baru.. demam baru kebah.. batuk tak hilang lagi.. tiba2 dapat plop sakit nie.. memang betol2 nkafarah dosa....moga2 peringatan buatku dan para wanita..jangan terlalu xtive bersukan..angkat benda berat..bahaya u kita..faham2 apa yg sis kabo ni yeee..hu77..

fateh tengok cheya..suker..hu22

18 Jan 2010

inilah duniaku..


salam..

hari ie.. entah la..2,3 hari nie..rasa kehilangan jee..berkecamuk tol perasaan..kalu hilang kucing boleh dicari..kalo hilang beg duit boleh lapor polis..kalo hilang nasi bungkus boleh beli lagi..kalo hilang BESTFRENZ.....mane nak cari..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... sedihnye hati ni...demam tak kebah lagi..pening bertambah2.. to be continue...

hari ke2..19.01.10 ..batuk terus berleluasa..patut ella dah letak jawatan..sis boleh ganti dah..apapon yang berlaku..sis anggap sebagai kafarah dosa..banyak sangat dosa yang diketahui dan disedari.tak termasuk lagi dosa yang tak tersengaja.. sis baru baca separuh dari buku dr.ibrahim fiqhy..pandang sisi TOK GURU NIK ABDUL AZIZ.. SUPAYA GELISAH MENJADI IBADAH.. cukup buat diri ini sedar.. sebaik2 tempat mengadu hanya ALLAH.. mungkin kita perlukan sahabat untuk berbicara..meskipon hilangnya dia..cukuplah..kita mempunyai ALLAH..cukup ALLAH bagiku.. perkara ni dah lama tahu..cuma tak tersedar..jadinya..perlulah bersama golongan yang soleh.. bak kata ust cilik..deq soff.. Allah nak uji kak terhadap apa yang kak mampu ubah..iman bukan semudah yang dilafazkan.... lupakanlah..manusia hanya dunia yang cukup indah..sementara.. kejarlah cinta ALLAH..agar hidup dalam barakahNYA..
doaku..semoga kalian terus istiqamah..mampu menjadi lebih baik dari semalam..malam tadi ada konsert nasyid..nazri raihan..antara nasyid yg dialunkan.. SESUNGGUHNYA.. cukup terkesan dihati...ya rabbi..hati ini bersyukur..diberi peluang lagi untuk kembali..DAKWAH harus diteruskan.
aminnn

15 Jan 2010

::..mulia kerana ISLAM...::


salam coretan...

TENSION..tensen..huhu..dikelilingi anak2 sedara sis yang same comey ngan cheya nie..hehe..nak post ni pon dier duk bagi idea..cepat3..nak suh cheya taip ape lagi..apapon maleh la cheya nak layan korang.setelah dipikir2..termenung pon panjang gak..dapat surat yayasan trg..hutang piutang sudah mai..huhu2..lusa dah tarikh last u buat tangguh..nape mak xgtau awal2..uwaaaaaaaaaaaaaaaa...entah sempat ke tidak..

imbau balik zaman2 jahiliah dulu..time spm..time diploma..bukan mudah nak ubah diri..nak istiqamah dalam kebaikan..berapa kali jatuh bangun untuk menentu peribadi diri..terjerat dengan cintan cintun..buat2 laghoooo..semua nya bermula dengan HANDSET.. jadi.. salah handset ke salah diri sendiri? boleh wat forum perbahasan nie..apapon setiap perkara aada baik dan buruk nye....rindu saat belajar masa diploma..yelah.. belajar ALQURAN DAN ASSUNNAH.. tetapi kenapa xbleh beramal..menyesal tak sudah..nyesal..nyesal..nyesalllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll. banyak dah surah hafal..albaqarah..annur..siap ngan tafsir..tapi hilang gitu jer..takhrij hadis..tafsir maudhuiey..hadis maudhuiey..qiraat..usul fiqh..nahu..banyak ilmu dah belajar..tapi semua tak diamalkan..malu ngat bila junior2 tanya..bila dah dapat surat kena bayar balik pinjaman..barulah tersedarrr..bayar percuma jer..apapon xdapat masa belajar...sediiiihhhhhhhh

apapon..syukran ila my sis..achik..yg banyak membentuk diri..sungguh..perubahan demi perubahan yang berlaku..selepas sem4 diploma..keterlibatan sis dalam persatuan.. kalu ade sedikit sis dipandang tinggi oleh manusia..sememangnya MULIA AKU KERANA ISLAM.............. tanpanya..apalah aku ada..pernah sekali lagi cuba tergelincir..sis hilang segalanya..family..member..sahabat...jawtaan n apa2 sahaja.. mungkin silap diri pada rayuan taubat..sekarang nie..kena bangkit semula..xperlu dipandang tinggi..xperlu dapat perhatian manusia..cukup ALLAH bagiku..semoga aku istiqamah dengan surau saodah kesayanganku..disini perjalanan hidupku bermula..apapon doakan sis tetap istiqamah..

bab 2..hehe..meh kita laghooo2 cket..hu2..sebelom balik umah..sis ade sembang dengan sorang sahabat..dah berkhawin..anak sorg..sem ni abis belajar..sis ty..nak sambung lagi ke?dia kata ya...xpuas lagi nak cari ilmu..nak sambung master plop..gulp!hup! terdiam sis..termenung panjang..yelah..diri ni yg xde tanggungan ape3..bukan maen memaksa diri u teruskan pengajian..tapi sahabat sis nie..tangungjwb terhadap anak,suami,kuarga..tapi mampu menguruskan dengan b aik.2 yang membuatkan sis kagum..yg dapat sis simpulkan..PENGETAHUAN DAN BERAMAL DENGAN AGAMA ADALAH PENTING.. so..perlu diingatkan..bila sis tanya..ada kawaan saya penentang hebat kawin masa belajar nie.. jawabnya mudah je.. "dia tak tahu hikmah disebalik perkhahwinan..memg nampak susah..tapi perlu tahu..kesusahan tu..yang akan membentuk diri..mungkin kita akan rasa menyusahkan keluarga..kawan2..dan org2 sekeliling..hakikat akan datang ..kita akan susahkan jugak sape2..bukan sekarang je..perlu think positif..itu kunci..rumah tangga bahagia.. huhhu..ade faham semua..!!!hak2.. kesimpulan nyer..setiap perkara kita yang menyusahkan..perlu diakui islam itu mudah.. dan MULIANYA KITA KERNA ISLAM.. sebab tu sis kagum dengan sahabat nabi.. saidina UMAR alkhattab..okeylah..penat plop..nak balik kampus dah jap lagi..jom2..naek bus same2..

10 Jan 2010

peringatan diri yang sentiasa alpa..




















duhai hati...kenapa masih ditakuk lama..
musim berganti..hari berlalu..masa berterusan pergi..
namun diri masih begini..

duhai jiwa..kenapa gundah gulana..
sedang amal perlu dipertingkatkan..dakwah perlu diteruskan

Rasulullah saw, selalu berdo’a agar hati baginda tetap teguh. Dalam hadits riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah, Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’ Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, kenapa Anda sering berdoa dengan menggunakan doa seperti itu? Apakah Anda sedang marasa ketakutan?’ Beliau menjawab, ‘Tidak ada yang membuatku merasa aman, hai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada di antara dua jari Allah Yang Maha Memaksa. Jika mau membalikkan hati seorang hamba-Nya, Allah tinggal membalikkannya begitu sahaja..


sis mengharapkan keteguhan iman..penyelamat peribadi..sukarnya ya ALLAH u istiqamah..jauh dari fitnah..

4 Jan 2010

pening..pening...pening..inike dunia 2010???


salam muhibbah..

sekadar luahan senget..sesenget tuan blog tika ini..skarank nie still kat libry..almaklumlah pelajar mithali yg rajin nie..esok nak hantar..ini hari baru mau cari..hu2..start kuliah 27 hb..hari first pon dah ada kelas..hu2..betol2..advance la sem nie..hari ke2,3 seterusnyer..kelas cam biasa..full plop tu..asgment bertambung2.. buleh plop tajuk sentimental..hik22.. u subject prof hadi..- TEORI ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI2 -sis wat tajuk "perkhawinan usia remaja satu kawalan sosial" nie bab kawin..pah2 semalam untuk subject c.wan.. DASAR PERANCANGAN SOSIAL -" Perkhawinan memerlukan perancangan terancang,satu analisis dalam konteks kekeluargaan" adeeeiii.. bab kawin lagi..nak senyum cam belon tu.. xsempat dah .. kisah 2010 nie memang full lah.. tenaga.. pemikiran.. kepantasan.. kecekapan.. semua perlu satu hati lah..hik2..nak berganjak dari kerusi lab ni pon sayang..sedari kul2 tadi.. ade masa plop post blog?ngeh33..itu namanya lepaskan tensen seketika..bukan buang mas apon kan..lam 15 minit jer..Dalam duk cari bahan tadi..terjumpalah gambaq nie..buah mneyerupai perempuan..bley ke percaya?nampak cam real kan?entahla..paparkan ajer..ader sumber kata dari disuatu kawasan dibangkok..banyak plop yang menarik nie..bersemanagat plop nak memeruskan asgment nie..sehingga berjumpa lagi..hookeyyyy.. wslm