Libry unisza 3.00 pm
Salam aid adha..
Semangat pengorbanan diletakkan sebagai wadah menyambut hari raya yang begitu besar maknanya bagi umat islam. Namun dianggap sebagai biasa2 bagi yang tidak menghayati ertinya.sejarahnya.
Mungkin situasi kampus sekarang ni..musim jiwa tertekan. Tidur bangun dengan buku sahaja.kalu bleh makan mandi pon nak bawa buku. Senang citer,ust kata “rebus aje buku tu n minum” setle. Hurmm. Berada di libry yang membuatkan pekerja2 libry sudah jemu menatap muka ni yang asyik ke sana ke mari.xduk diam. Cari buku,pegi lab. Dari kul9pagi sampai jam5.30 petang selama seminggu. Ermm.begitu la normalnya seorang student. Semalam yang sangat bahagia,pertama kali dalam seminggu ni berjaya meneliti satu persatu subjek yg bakal memenggal kepala ni dalam exam..
Ni subjek analisis data penyelidikan.first sekali yang akan exam
Sangat menekan jiwa..tetapi kira2 ni la yang mampu “syok sendiri” ngan subject.. cara nak menganalisis data samada dalam bentuk kualitatif(Nvivo) atau kuantitatif(spss). Hipotesis juga turut menghantui.kui2. namun punyalah bangga juga becoz subjek ni ada yang student phD and master baru belajar. Kiranya kami belajar sama ngan dia la ni..huk3. tiket awal la ni nak buat tesis akhir sem 6ti. Tempat praktikal sudah diintai2.. jabatan penerangan?yayasan islam terengganu?maidam? wisma? Hurm.. cukup kritis nak buat pilihan. Takut xsesuai dengan jiwa ini. Nak praktikal 3 bulan ni.huhu.
Petang kan kul 5.30.. rempit 3 motor ke kampung paling special kat terengganu.. kampung sungai ikan yang mana sejarahnya ialah banyaknya ikan bila musim tengkujuh(percayalah walau agak ragu2). Sanagt banyak sampai tak terjual. Ikan haruan,keli, tapah,dan sama waktu dengannya. Ingat lagi ikan tabah sebesar manusia agak2nyer la ayah dapat.penuh ruangan rumah orang mai nak beli. Kepala la org duk berebut.katanya manis. Huhu. Eh..mengarut ape ni..bab ikan plop. Emm. Malam ni iallah..bakar satey..rai adik2 kampus yang xbalik. Ajak dorang beraye.moga2 segalanya bernilai ibadah. Pesan muarbbi. Sahabat yang baik,waktu bahagia akan terhenti bila melihat ada sahabat yang kesedihan. Mana mampu kita nak bersama keluarga bila ada sahabat yang sendiri mengharungi hari yang agak syahdu. Takbir bakal berkumandang. Tengoklah esok betapa meriahnya kami. Yang duk rumah tu..sila lah jelez.. yang duk kampus. Ermm.penat ajak..xmau jugak..takpelah bersama kawan dia. Ok belake..pon bullleh(ayt a.atif)
Ok.lah..rasanya xmasuk dah tu nak study.Cuma xbest la kalu yang duk terengganu kelantan xbalik umah. Study2 jugak..tapi xkanlah esok pon nak study sampai xingat hari kebesaran islam. Masing2 ade pegangan masing2..harap2 kalian pon bergumbira bersama teman2.kepada yang sedang bekerja.selamat bekerja. Kepada “chef” yang sedang berada dirumah.jangan pura2 sakit la..aku pon xlarat gop ni..
Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari tersebut. Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :
"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak.
"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."
Salam aidiladha buat semua yang tidak mengenali diri ini..anda semua shbt saya.
Yang mengenali : madrasah darul taqwa..ex..tahun berape pon..anda semua termasuk
Maahad tahfiz wal tarbiah (mtt) : semua jugak termasuk cikgu cikgi.ust ustazah
Sek.men agama setiu : kenagan laghoo dositu dan semua yang mengenali lah
Kolej ugama sulta zainal abidin : semua warga diploma alquran dan as sunnah
Universiti sultan zainal abidin : kepada semua sains sosial . seluruh warganya..
Spesel.. buat my sis n my bro.. balik2 la cepat sket.. semua pakat nak balik pagi sok.. L
Sahabat2 ukhwah lillah..murabbi yang dihormati…
2 ulasan:
Salam Aidil Fitri
Daripada
BroHamzah
salam..ish..brohamzah..aidil adha la..huk2.. dari sis n famili jugak untuk brohamzah..
Catat Ulasan