25 Ogo 2014

PINJAMAN DARINYA.. DAMAILAH ANAKKU ZINNIRAH DAN ZULFA

Bismillah walhamdulillah...

lamanya daku melupakan teman suka duka ni smenjak ade teman hidup..huee.. iallah, blog ni akan membuatkan saya selalu teringat.. dan akan selalu mengingatinya.. disini kisah suka dan duka sepanjang hidup ini. betapa besarnya rahmat tuhan. disini ingin diluahkan apa yang berminggu2 sudah di coretkan. kisah yang xmampu diucapkan dengan kata2. diberi pinjaman baby twin hanya 5 bulan dalam kandungan. kesengsaraan apakah yang perlu dilalui.. itulah kasih sayang Allah terhadap hambanya bagi meng upgrade tahap keimanan..


bakal bergelar ibu...
 alhamdulillah.. Allah rezekikan zuriat kepada saya dan suami.. semoga inilah yang baik2 saja untuk kami di awal perkhawinan. disahkan pregnant 4weeks pada 5.3.2014. keterujaan ini hanya dikongsi berdua asalnya. yelah, ade yang boleh berkongsi kegembiraan ini. ada yang mendatangkan kedukaan. kami memaklumkan pada ayah suami.. ayah mertua saya.. betapa gembiranya beliau.. banyaklah pantang larang dan pesanan beliau kepada menantunya ini.

alahan ibu mengandung..
fuh!! beta rasa nak izinkan suami beta bg payung emas pada beta. masya Allah.. besarnya pahala bagi ibu2 mengandung.. sejak tau pregnant.. terus alahan... yang amat2 dahsyat2 dirasakan.. lembik longlai.. morning sicknes.. afternoon.. night..ahaa.. tema nyer muntah dan terus muntah.. langsng xbleh makan.. mengidam pulop satu hal.. tekak ni asal teganu.. jadi maha payoh nak dapat makanan teganu kat bangi ni.. yang betul2 nak makan.. gulai kawoh, kuih ropa.. laksam.. disini hanya ade laksam.. alhamdulillah..lepas jugop se yang mengidam.. lepas tu.. keluar air liur xberhenti.. meludah ja kerja.. abis plastik surat khabar kat umah ni.. langsung xbleh nak urus rumah.. masa 9 weeks.. bleeding.. uwaaa.... masa ni alahan terukk.. jadi terdetik la dalam hati.. "kalo gugur pon xpela" sekali allah bagi bleeding.. tau pon nangis teresak2 ko.. takut kehilangan baby.. gi scan klinik azzahra.. alhamdulillah.. baby oke.. lepas tu dr bagi cuti 2minggu..tapi ai ambik sampai 2bulan tanpa gaji.. xde daya upaya ko.. nak bangun susah.. nk tiduq payah.. badan masuk angin sebb boleh minum air sejuk dalam peti ja... serikkk uii..masa ni memg nak mak jeee.. hari2 tepon mak.. kalu bleh nk balik kg duk nge mak..uwaaaaa...

ayah mertua meninggal..
pada awal bulan 4.. mak saudara kat kg meninggal.. pah2 10.5, tok pula meninggal duania... dua2 masa ni xlarat nak balik ganu..13.5 gue sambut jugak bestday e.suami tersayang.. alhamdulillah..teruja beliau..sambut berdua.. pada 15.5, setelah sakit selama 2bulan.. ayah mertua meninggal dunia di terengganu.. dalam keadaan gue muntah2.. en.suami plop tetiba demam panas.. kami bergegas pulang maghrib tu . mujorlah ayah saudara e.suami follow kami.. banyak kali gak berhenti rehat.. gue muntah2 xberhenti..sakit abis urat berurat ko.. sampai di kemaman.. suami dah xlarat nk drive.. gue pon ambik alih.. tawakkal jelah.. sakit2 badan.. minta Allah lindungi baby.. ai bawak keta sampai marang..3jam kot.. xberhenti.. setelah selesai majlis pengkebumian, gue minta izin suami balik umah mak dengan ayah gue.. dalam hati berat nak tinggal dia demam gitu.. tapi diri gue memg xtertahan sakitnya.. nak balik mengurut.. sampai dirumah..semua org gi rumah tokki rupanya.. buat kenduri arwah.. gue pon ke sana la dengan kaklong.. baru bleh menjamah makann dan muntah balik..ahaa.. mlm tu gue mengurut..lega yang amat.. tapi urat sakit2 lagi..

berjauhan dengan suami
akibat diri berterusan alahan, asalnya nak minta izin suami utk terus stay kat kampung sebab memang xlarat dah nak balik semula.dengan kereta yang superb gitu..serikk weh..sakit uii..melambung2..tapi xsampai hati sebab dia demam kan.. xkan nak biar sengsorang.. tetapi suami saya ni cukup memahami.. beliau membenarkan saya stay kat kg selama 2 minggu. maka, alami lah saya kehidupan bersama my mom. hari2 makan nasi minyak pepagi.. tebus balik selama duk bangi xdapat menjamah. gulai kawoh dan semua lah..  hari2 gue mesej2 beliau.. xmau duk dekat..tapi rindu..ahaa.. hari2 mesej.. mcm mula2 nk berchenta. kununnya. 

mula kerja sebagai ticer & bulan puasa
setelah 2bulan bercuti, sy mulakan kerja macam biasa.. pengetua bagi special kes, hanya subjek2 tertentu sahaja sy mengajar dan kelas boleh dibuat disebelah dewan rumah. Allahu, leloh wase.. nak berjalan pon xlarat sudah. masa ni dah 5bulan. menyambut ketibaan romdhon bersama suami. Allahu.. nikmat.. sy ponteng 6hari sebab baby mengeras.. xlarat.. pergi kelas pon tercungap2.. xboleh nak berdiri lama.. masa berbuka puasa, adakala suami beli makanan.. adakala masak kat rumah. bermula 1 ramadhan, alhamdulillah.. Allah bagi nikmat makan. walapon adakala muntah2 jugak, tapi boleh makan n minum dengan bahagia. untuk terawih hanya beberapa rakaat je mampu buat. sepanjang pregnant..dah xmampu nk berdiri, solat dalam keadaan duduk. 

penangan raya dan balik kampung
saya dan suami memang prepare barang2 raya awal2. kami xnak menyibuk dengan ramainya orang. alhamdulillah. shopping untuk mak ayah sekali. kuih raya, baju raya. suami ambik cuti awal.. kami balik kampung pada 25.7.2014 hari jumaat. kami 4pagi bertolak. kunun nak sampai awal. siap masak bekal sahur. kekadang ngilu.. terhentak2 kereta. Allahu.. hanya tuhan yang tahu..sakitnya. moga Allah jelah lindungi masa ni.. dah ler salah jalan..pusing2 highway baru kununnya.. sepanjang mengandung, hati ni teringat kat mak je.. nak balik rumah mak je.. kekadang resah hati menanggung.. xberlaku adil dengan hak suami. bab hati masa ni memg perit nak berkongsi. keadaan badan yang xlarat nak ke sana ke sini. kekadang air mata jelah yang mampu diluahkan.

syawal dan UJIAN keguguran
29 ramadhan, tetiba kul11 pagi tu.. perut rasa sakit sekejap2.. setiap setengah jam sekali. pah2 setiap 10 minit. sebanyak tu jugak la masuk tandas masa gi klinik wan fazidah kat batu 6. klinik tu je yang buka.. tunggu turn punyalah lama. kul2 baru dapat. scan baby oke.. saya disahkan mengandung baby twin. masa scan dua2 gugirl. dokter kata uri dalam keadaan baik.. baby pon oke.. dokter kata macam ala2 kontraksi la sakit saya masa tu. dokter bagi ubat tahan sakit. balik rumah terus berbuka, makan ubat dan tidur. kul4 petang bangun tu..alhamdulillah..sakit hilang. suami ada buka puasa dengan family dia, saya xikut. saya berbuka dengan family.. dapat merasa lemang. lepas maghrib..sakit datang semula.. makan ubat pon xrase pape.. lepas solat maghrib.. rasa dah xlarat.. pejam mata dan paksa diri untuk tidur. terkejut jam 3pagi, rasa basah je katil.. ingatkan terkencing, sekali buka lampu, darah rupanya. terus kejut suami ajak gi hospital

Pengalaman ngeri di hospital besar kuala terengganu
MULA2 masuk wad kecemasan jam 4pagi. Lepas tu dokter tanya cket2.. pah2 dokter cek jalan.. firstime.. xde pengalaman dan pembacaan rapi pasal ni. ngeri tengok besi yang dimasukkan dalam missv(faraj). ya robbi..sakitnya.. dokter kata "jangan angkat punggung" macam ne xterangkat. besi kot... cek2.. rupanya dah 4 cm terbuka jalan. terus ke labour room. sebelum tu tangan dicucuk.. masukkan air.. punggung disuntik ubat kuat paru2 katanya. mujur nampak en.suami. ajak dia masuk wad. sian en.suami kita. teman la beliau sampai jam 7 pagi. masa ni dr. kedua buat pemeriksaan..scan baby.. masa ni nak kencing. tapi xkuar air kencing, dr. pon suruh nurse guna wayer untuk kencing. sekali lagi missv dicucuk.. Allah.. bakpo la azab gini. pah2 dr. cek jalan sekali lagi guna besi tu.. mau terangkat abis badan.. masa ni dah 9 cm terbuka. kul8 dr. pakar datang dan explain cket. masa ni kandungan saya baru 22minggu. kalo baby berat 500 ke atas baru pihak hospital dapat selamatkan. kalo x, xbleh nak buat apa. masa ni saya just angguk2. xtahu nak gambarkan macam ne keadaan anak2 saya. sepanjang hari xmakan dan minum. saya xsolat subuh sebab chekcup bertalu2.
nurse yang jaga sesi pagi ni memang bagus sangat. layan je nak apa. nak air, nak bantal,. pada kul3petang, saya minta tolong nurse jaga sesi petang ambikkan wuduk, masa ni saya rasa darah keluar dari missv xhenti2 tapi saya solat jugak. waktu2 macam ni pergantungan kita hanya Allah je yang ada. sambil xputus2 baca doa nabi yunus. ubat tahan sakit diberi 6jam sekali pada saya. tapi start kul4 petang, sakit makin kuat. masa ni kak ipar yang kerja sebagai nurse dari klinik biasa datang urut2 badan..lega sket. lepas tu mak datang.. urut2.. bawa air solat hajat. masa ni dah sakiit tak terkira. nurse pulak sejam sekali datang cek n scan jantung baby. kul5 tu rasa nak berak tapi nurse xbagi gi tandas..dah nangis masa ni tapi xkeluar air mata.telefon suami.. suami minta sabar. "pahala yang..sabar" itulah yang diulang2. kul6 tu nurse cek jalan guna jari jer.. Allah!!!! habis jari dia masukk dalam missv  T_T.. jalan dah bukak sepenuhnya. lepas tu dia suh dr. plop cek. dr. buat pelahan jer, xdelah sekejam dia.
kul7 petang tu suami saya dibenarkan masuk sekejap.. masa ni saya rasa dah xtahan. saya ingatkan mulanya nak meneran nak berak, saya pon teran depan suami. tetiba rasa ade sesuatu kat missv, suh suami tengok.. rupanya punggung baby. baby first songsang.. air ketuban xpecah2 lagi.. darah je yang keluar xhenti2.. lepas tu dr. suh teran senafas.. Allah!! memang lega yang amat. ingatkan dah keluar dua2 baby. rupanya kena teran sekali lagi. dengar suara baby nangis.. Allah..... rahmatnya. lepas tu nurse bawa g timbang baby.. rupanya berat baby2 hanya 350 dan 300 gram jer.. baby cukup sifat semuanya. nurse letak didada.. sambil tu missv kena jahit.. semasa nak keluar uri.. darah keluar membuak. dr. pon korek la.. mana xluka missv. dalam 10 minit baby2 diletakkan.. nurse bawa untuk diletakkan dalam kain dan bagi pada kakak ipar untuk dibawa pulang. itulah kali terakhir dapat melihat baby. saya ditahan diwad 5e.. kes saya diklasifikasikan sebagai kes gugur sebb xcukup 24minggu.baby meninggal dunia lebih kurang jam 11 malam. sementara saya ditahan selama 3hari. sebab suhu badan.demam la kot. xsempat lihat anak dimandikan dan dikebumikan. pengalama bersalin normal tu indah. tapi perilaku sebelum bersalin membuatkan ngeri nak masuk hospital lagi

baby2 kesayangan umi & abi
disunatkan beri nama pada usia kandungan 4 bulan lagi. saya memilih untuk beri keduanya nama zinnirah nur iman dan zulfa nur iman. selama tempoh berpantang dirumah mak, hanya tangisan mengiringi setiap malam. bukan xredha,, tapi hati kecil ni bersedih setelah 5bulan bersama setiap masa.pada 1 syawal segalanya hilang sekelip mata. seminggu kemudian suami balik bangi kerana mula mengajar. terkapai2 lah saya. berkurung di dalam bilik sepanjang masa. tidak menerima tetamu. kekadang orang kampung jelah yang datang. mak menjaga sebaiknya. menu dalam pantang juga sangat mendukacitakan.. ehee.. ikan panggang sup sayur sawi hari2.. kurus den. turun 6kilo.

sukar tidur
menjelang waktu malam.. mata berkelip2 tidak dapat melelapkan mata. sepanjang tempoh berpantang selama 25hari ni. paling awal dapat tidur adalah kul1 pagi. walaupon dah pejam mata seawal kul10 malam. tetiba mengalir air mata.. tuhan saja yang tahu bagaimana menahan perasaan. apatahlagi jika tidur berseorangan. kemurungan berlaku.. kekadang terfikir.. "gila meroyankah aku?" bila tiada sesiapa disisi seolah merasakan semua orang yang disayang meninggalkan diri ini.. kekadang menangis sampai tersedu sedan tanpa sebab. tak tau nak cari kekuatan dimana..sampailah saat ini.. air mata tidak pernah kering.. mudah sangat mengalir.

kekesalan
ada beberapa perkara yang berlaku di hospital menyebabkan tawar hati dan terus terang, seolah xnak menjejakkan kaki ke sana lagi. mohon nurse2 yang ada. belajarlah menjaga hati dan perasaan pesakit. sepanjang tempoh mengandung, tak siapa memahami sakit perit.. kecuali mak sebab segala alahan yang dialami sama seperti mak. bila di ajak ke sana ke mari.. hati kekadang perit menahan rasa. kecuali kalo diri ini yang mengajak maknanya benar2 yakin dengan keadaan diri. hati ini terlalu berlembut dengan sekeliling. takkan ada yang memahami.. T_T . tambahan dalam keluarga ada krisis antara mak ayah membuatkan tekanan bertambah2. dalam hati yang sedang menderita ni..kekadang dah tak mampu nak dengar luahan hati mak. rasa tiada ruang nak bernafas dengan tenang. saya ambik keputusan balik bangi awal. ampun mak!!

terima kasih suamiku
setinggi-tinggi kasih dan sayang untuk suamiku yang setia disisi dalam susah dan senang. memberi kekuatan dan hanya dialah yang menjadi asbab untuk senyum biarpon hipokrit. segala pengorbanan dan kesungguhannya amat dihargai. meskipun ada beberapa perkara perlu mematangkan diri menghadapi hidup berkeluarga. saya juga sangat kekurangan dan xmampu menjadi isteri yang baik untuknya.

**hampir berminggu menulis coretan ini..tertangguh kerana seiring tangisan.. sampai saat ini pon air mata menemani. adakah saya masih tidak redha? Allah.. Allah.. ampuni saya.. sedangkan saya sudah melihat banyak hikmah disebalik musibah yang terjadi pada diri ini. terima kasih shbt2 yang mendoakan. sering mengambil tahu hal diri. doakan supaya segala yang berlaku bernilai ibadah disisiNYA. tenanglah sayang2 umi disyurga. semoga umi dan abi yang penuh dosa dan noda ini mendapat syafaat dan rahmatNYA

** TAHUN INI ADALAH TAHUN KEDUKAAN BUAT SAYA. TAHUN KESEDIHAN.. DI AWAL TAHUN MUROBBI KESAYANGAN SAYA. MUROBBI USRAH SAYA.. PEMERGIAAN TUAN GURU HARUN TOIB DI AWAL TAHUN. SETERUSNYA IBU SAUDARA CHE NGOH .. PADA BULAN 4... SETERUSNYA TOK SAYA PADA BULAN 5, BEBERAPA HARI SELEPAS TU,, MOKSU SAYA. SETERUSNYA AYAH MERTUA PERGI MENGHADAP ILAHI. KINI, ANAK-ANAK SYURGA SAYA. YA RABB.. PELIHARALAH KESEDIHAN INI.. AGAR IANYA LUMRAH DAN JUGA IBADAH KERANA REDHA DENGAN KETENTUANMU.

1 ulasan:

feeza hafiza berkata...

sedihnye kak..semoge tabah menghadapi segala ujianNya..