1 Mac 2014

sebaik-baik kehidupan

Bismilallah wahamdalah...

Berkurun lamanya tidak menjengah epilog suka duka disini. sekarang ni dengan rahmat Allah dan izin Allah, saya sudah ada peneman hidup.. jadinya..bersama si dia.. perkongsiaan itu nikmat dan rahmat. Alhamdulillah, seusai majlis nikah 31 januari 2014 dan majlis sebelah suami 1 februari 2014. perasaan?? bagaimana nak gambarkan dengan nikmat Allah yang cukup luas.. tiada ada disisi sesuatu pun yang boleh didustakan.......

.......dah panjang lebar menaip.. tapi tidak dari hati..

  " sebenarnya.. Allah menguji sesuatu sebagai "sentuhan" atas kealpaan dan kelalaian hambaNYA. Bukankah bahagia mahupun duka itu datang jua dariNYA. Adakala kita ini terlalu.. keterlaluan. berlebihan dalam urusan tuhan."

Terima kasih buat suami tercinta.. yang  sentiasa bersabar.. yang sangat lembut dan hikmat.. disisi isterimu ini terdapat banyak ropong2..lubang2 kelemahan.. kekadang tampalannya rapuh.. kekadang ianya utuh. bimbinglah atas nama amanah tuhan.. kelemahan ini tidak mungkin dapat dihilangkan sekelip mata. bersamamu adalah sebaik-baik kehidupan. jika ada titisan air mata anugerah tuhan yang mengalir, itulah sesalan dosa dan silapku kerana tidak mampu membahagiakanmu.. jika ada diam dan sepi tetiba bertamu, itulah rasa keinsafan atas kelemahanku padamu. hukumlah diriku ini tetapi jangan sesekali meninggalkan ku tanpa kemaafan darimu.. hukumlah diriku.. tetapi jangan membisu dari menegur salahku..

Semoga Allah memberi kekuatan dan kebaikan pada suami saya.. mohd zulkarnain aman razali.. dalam urusan jemaah islam.. dalam urusan persekolahan.. dalam urusan khidmat pada ummah.. dalam urusan rumahtangga. terima kasih kerana banyak mengenetepikan segala "hobi..kegemaran..kebiasaan" kerana meraikan permintaan si isteri.. seandainya ada ucapan yang lebih baik.. seandainya.. 



Tiada ulasan: