salam,alaik..disini bermulanya segalanya.diri ini mengenal erti sebuah perjuangan. andainya ada pewaris. inilah yang akan dibangga2kan..allahuakhbar
Kita sering tercari-cari siapakah dalam kalangan manusia pada hari ini yang wajar dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah, salah seorang daripada insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2010 ini genaplah enam tahun asy-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.
Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isyak, beliau dengan hati penuh harap berkata, "Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu ya Allah. Inilah puncak harapanku...”
Tidak berapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helikopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh asy-Syahid. “Ia adalah kematian sama ada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah sama ada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..”
Bukti bahawa asy-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar daripada senyuman yang menguntum di bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah asy-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasul-Nya,
“Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”
Pendirian Asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri asy-Syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah, "Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia."
Sebagaimana juga asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah berasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin sekular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, asy-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apa pun. Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.
1 ulasan:
Bagus tulisan ni dik. Slmt bermujahadah.
Catat Ulasan