2 Ogo 2016

yakin dengan rezeki tuhan

bismillah..

"tengok,, awak keluar rm600 selesaikan hutang2.. Allah bagi cash periuk noxxa 1" kata suami..
hari ini rase ingin melompat2 dan senyum lebar ke telinga..
bertuah memiliki bos n kak ipar yg ckup pemurah sifatnya. Alhamdulillah.. semoga Allah murahkan rezeki beliau.. dihadiahkan periuk noxxa yang sudah lama diusha2 di FB. nak beli cash rase mcm banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian.
hari ini juga terasa kebebasan hutang, motor yang dibeli setahun yang lalu kini selesai pembayarannya, terasa amat ringan dada dan kepala. asalnya astro sudah dipotong, hilang lagi satu kelegaan..uhuu.. tapi gatai pulak kepala gi angguk untuk pasang skybox,. terebang rm150. sekarang ni hanya berbaki hutang sofa rumah bonda 1 bulan, pembayaran yuran sem 3, berbaki pinjaman yayasan terengganu dan PTPTN. moga Allah bagi kelapangan. sementelah ini, berusaha untuk melebihkan kewangan untuk menghantar ayahda dan bonda menunaikan umrah hujung tahun ini atas usaha adik beradik. MasyaAllah.. rase xpercaya.. itu ajelah hadiah yang dapat kami berikan kepada mereka. love you mak..
4 hb result exam ukm keluar. semoga Allah permudahkan urusan saya untuk terus GOT sem 4 nanti. tapi..............sampai sekarang xmula2 lagi,. ape da,...
ok stop..
jom kita fokus tesis.. robbi yassir wala tuassir.

17 Mei 2016

yakin yang kian hilang

hilang bicara..
hilang segalanya..

seakan tersindir dengan kebahagiaan
seakan terbiar dari keindahan

sepi..
sendu..
rindu..
pilu..

sepi itu dalam tangisan
mengalir mengheret duka
semakin laju.. sekan-akan
yakin yang kian hilang

sendu itu tiada nada
mampat menekan dada
sekadar bergenang dimata
perlu ditahan ada ketikanya

rindu pada yang tiada
membuak-buak menggamit rasa
yang ada seakan tiada
dekat yang jauh ..sejauhnya

pilu ..... tiada kata.

yang jauh kian jauh..
yang dekat menjauh..
benarlah.. derita kita biar saja didalam..
luka kita biarkan saja ia tersimpan
tidak juga pulih jika diluah..

sabarlah sayang. tuhanmu ada

3 Mei 2016

HENTIKAN BERDOA

Bismillah WalHamdulillah


jika jiwa bukan tahap separa sedar, makin bersawang-sawanglah kamu cik blog.

nak berbicara sesama manusia.. akhirnya berkelana juga.

pesan hari ini!!

Hentikan berdoa yang bukan-bukan!!!

 Adakalanya mustajab doa itu tidak diketahui bila tibanya. hamba sudah merasa dan sedang merasa. Sedangkan doa yang dipinta berumur 20, 23, 25 tahun ketika itu. mungkin sesuai dengan keinginan kita tapi sampai ketika masanya rupanya kita minta dijauhkan. Cuba muhasabah dan renungkan kembali. apakah yang telah kita lakukan sehingga diuji sebegini.

lihat sisi rakan blog.. antara yang dekat hati pon meninggalkan kita.
lihat closed frendlist.. yang utama untuk dinanti pon  meninggalkan kita..
akan datang, bila semua pergi jauh.. mungkin pandangan yang tidak bermakna mengiringi..

syukur Allah hadirkan teman yang sentiasa disisi. padanya juga bukan semua boleh diucap. kerahsiaan hati sebenarnya untuk ilahi.

HENTIKAN DOA yang akan memusuhi masa depan

janji Allah itu benar.

terkilan juga.. hari ini ada orang kata rezeki kita tidak cukup2. tidak membantu kehidpan orang lain. gusar memikirkan untuk mencukupkan hal orang yang tak berkenaan dengan kita. wallahualam.

18 Feb 2016

Garapan 2016

Bismillah walhamdalah..

Lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. xmengupdate lama sesawang hatiku ini. hari ini ingin dipeRkenalkan sebagai BONDA


Bonda telah menjadi warga ukm sejak bulan 9 2015
seronok weiiii belajar. kenapa dulu rase xseronok..huhu. tua2 baru semangat nak belajar.

1) Sebelum pergi kelas study dulu..cari bahan
2) duk depan bila belajar
3) Tanya soalan bila tak faham
4) Ada asigment terus siapkan bahagian sendiri. bantu kawan2.
5)Soalan kuiz buat sendiri. exam open book buat sendiri. hindarkan kita meniru hasil orang lain. orang tiru kita takpe (prinsip)
6) Rajin bertapa libry (kalo bleh jgn group..ahaa.. nanti jadi group sembang)
7) TOLONG kawan2 yang kurang mahir dan agak lambat melakukan sesuatu bukan kerana dia malas tapi dia usaha setakat tu sahaja termampu.
8) Hormat pensyarah(tapiii..saya xpernah g bilik lecturer..takutttt.. huhu) dalam kelas jelah ambe termampu
9) KHAWIN lah bagi yg mampu(bila study..cepat je masuk..almaklumlah..dosa orang tanggung..ahaaaaaaaa) sungguh..barokah. doa suami..
10) MUDAHKAN URUSAN AYAH , MAK DAN ADIK BERADIK KITA. DOA mereka juga antara yang mujarab.. semoga Allah memberkati.

Hari ini RESULT exam keluar. terus sujud syukur selepas muka pucat xberdarah. sedih juga bagi pihak kawan2.. ade yang trpaksa repeat. KELAS KAEDAH PENYELIDIKAN. TOLONGLAH DUDUK DIDEPAN ..DEWAN HAMPIR 300 ORANG BELAJAR TAPI DUK BELAKANG.PAH2 SKIP KELAS. MACAM MANA NAK FAHAM.. itu aje pesanan bonda.

hari ini juga rentas desa peringkat fuqaha,... penat!! tapi hari ni je rasa free n boleh menaip walaupon kerja bertimbung2 lagi. rest time.

semoga rahmat Allah memayungi kita semua. ALLAH!!!!!