17 Mac 2013

Rindu Bertamu di Gong Badak!!


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah! Alhamdulillah ! Alhamdulillah
Syukur pada Allah yang masih memelihara diri ini sentiasa dalam nikmat iman dan islam. Moga2 sentiasa berpanjangan hingga akhir dunia ini. Amin!! “rindu bertamu di gong badak”. Itu tajuk drama kehidupan yang xperlu dilakonkan. Ia beraksi setiap hari dengan kisah2 keimanan, kelalaian dan tujuan hidup seorang hamba  di muka bumi ini (sambil mendengar ayatul ruqyah). Sekian lama merindukan “tangisan seorang hamba” .. kejujuran merasai dekatNYA disisi  sering menjadi tanda Tanya. Yakinkah dengan segala aturanNYA? Mampukah melalui segala yang diuji? Allahurabbi. Peliharalah hambaMU ini dari lemah dan kelemahan yang ada.

Darul akhyar
<3 bagi="" love="" se="" span="">J Alhamdulillah, suasana kerja baru yang sangat mendamaikan. Disekiling insan-insan yang sentiasa happy gudlucky. Anak2 yang disayangi ALLAH yang sentiasa “nakal2 sayang” iallah, mudah-mudahan akan datang menjadi anak yang soleh dan solehah. Bila kita melihat apa yang dilalui mereka melalui pengalaman2 kita, langsung tidak timbul kemarahan, sebaliknya rasa “tergelak kecil” setiap kali kejadian itu sama dengan apa yang kita lalui J . ketahuilah dik, kenakalanmu itu yang akan mendewasakan dirimu J pura2 sakit? Nak balik rumah? Gi klinik nak mc? Ponteng sekolh? Rempit pinjam motor tukang kebun? Lewat masuk kelas? Bergayut ditelefon sampai dikenali “minah publicfon”? semua ini title yang pernah dipegang disuatu ketika J . maka, laluilah dengan penuh ikhtibar. Perlu “pilih” kawan untuk melihat siapa diri kita. Jarang siponteng kelas berkawan dengan budak surau!! Masakan yang kurang baik dan lebih baik bersatu. Mustahil !!

Mahkluk Allah!
!! Al-quran itu penawar. Kebelakangan ini, serangan makhluk2 yang kuffar ini sering mengganggu kedamaian. Allahu!kalah lahad datu tau. Hari2 call ust mad darul syifa “ ada budak pengsan! Ada hysteria, ada muntah darah, ada muntah angin, ada terjelepok jatuh, ada yang pelbagai ragam” rasanya tak mampu nak hadapi hari-hari dengan suasana sebegini. Bilik tidur hampir 2minggu masih “panas” “bahang” “bara” dan sewaktu dengannya. Masuk bilik seolah sedang dipanggang tunggu masak. Maha suci Allah atas musibah kerana sayangnya pada hambaNYA. Semalam pi jumpa dr.abdullah abbas d seberang takir. Tetiba tayar panjit dalam 3 kilometre dari rumahnya.. berjalanlah kaki sejauh 2km.fuh!! mujo pepagi yang indah ditepian pantai. Selepas berubat, my frenz sudah kebebasan dari makhluk jahat itu, sedangkan hamba semakin hari semakin memburuk!! 3 hari sudah tidak menjejak surau. Sukar bersubuhan!! Nikmat yang tidak mampu dijaga pada waktu yang berkat. Jadikanlah subuh kami subuh yang membuka pintu rezeki ya Allah!!
Ust ahmad darul syifa’, kak ton darul syifa n dr.loh.. selamat bertemu kembali..huhu.. apakan daya!! Hamba yang lemah ini sangat disayang olehNYA. Moga2 kafarah dosa ini mampu mensucikan diri dari segala dosa dan noda yang sukar untuk dibilas meskipun dibasuh berkali-kali. Hanya pada tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang tempat diserahkan segala urusan!! :’) doakan saya :’)
**cerita kerat 14 xbest langsung!!hoho (tgk ngan rakan sekerja pd waktu kerja yang xde kije ^_*)

My Mom
sayang disayang yang amat akhir-akhir ini. Entah kenapa sudah..bebelan soalan hiburan, tidak berkesan dihati sudah. anak daranya yang malas ni sering kali kurang membantu dalam urusan kerja2 rumah. terutama bab lipatan kain, out terus..ingin berkhidmat sepenuh masa untuk ibu ayah saya. berikan segalanya untuk mereka.. tetapi.. duit gaji n brim lepas xbagi lagi..hee. bertuah. baru2 ini mak sakit. dahsyattt.. demam seteruk2nya. gelisahnya hati bukan main. masa tu baru balik program darul akhyar.. sampai agak lewat dalam kul6 petang. kebetulan puasa sunat khamis. tergesa2 jugak memasak untuk berbuka puasa. dalam masa yang sama, ibu merengek2 macam orang kecil
"ya.. ambik air masak"
"ya..ambik bekas kecik"sekejap pula
"ya..ambik tu..ya..ambik ni" masa ni tengah hujan. musim hujan/banjir masa tu.
"ya..beloh nyior,ambik air..mok mabuk doh ni".. dalam hujan, i pon mencari nyiur sekitar dan membelah menggunakan besi yang ada. rasa sayu sungguh masa tu.. rintik2 hujan seolah memujuk supaya terus berkhidmat untuk ibu bapa. selesai membelah, ambik air campur dengan bawang merah. letak kat sisi mak. pah2 ada lagi....
"ya..bawa gelas lain"
"ya.. tapis dulu.. ya.. rendam dulu..." rasa tak lepas nyawa masa ni. ke sana sini. nasi xmasak lagi..lauk xsiap lagi. adik sudah merajuk dibilik kerana keletihan barangkali. dia tidak faham lagi erti kasih seorang ibu. asyik2 mesej pakwenye ajak kawin "kawin la cepat ngan B, xtahan doh duk rumah ning" itu la ayat2 yang sering dia luah (**curi2 baca sms..hoho!!) dalam hati ini pula "aku xkawin pon xpe..asal dapat jaga ibu ayah" hoho.. sucilah konon hati ini..ceh! tapi penat tahap gaban. mahgrib tu ibu dah kritikal, muntah2, kejang, xbleh bangun,. lepas solat cepat2 bawa makgi klinik bab doktor plop punyerlah hampeh.. 

"sakit kat mane ye makcik.. oo..lagi? biasalah tu muntah2.. makcik balik kumur dengan air garam ye..ambik ubat diluar.." xsampai 5 minit kot. nak "bagi" je sekali kat doktor tu.. balik rumah tu.. mak tidur diluar,ayah bawa keluar tilam. my bro pon balik jugak urut2 cket. masa ni ayah pon demam.. demam lelaki.. sehari tidur xbangun2, esoknyer dah bleh kuar xbalik rumah walau demam. apapon, moga allah merahmati mereka berdua :") .. semalam mata mak kena gigit kerengga..atoiii..terperanjat betoii.. bengkak cobong kata ore ganu. pah2 bawa gi klinik malam tadi. harap2nyer sihat2 selalku. sakit tu kafaroh dosa. Moga Allah Panjangkan usia untuk beribadah kepadaNYA..AMIN!

26 Jan 2013

tips membeli dan bersedekah di pasarrrr

Bismillahirrahmanirrahim..Segala puji bagi Allah.. Tuhan sekalian alam..

@pengalaman pertama.

today..saya dengan bangga dan dukacita memaklumkan.. firstime i bawak keta pergi bandar uolls.. jeng kreng kaki..padahal keta auto. Ditemani my bro.. memang kecut perutlah dengan kesibukan. hampir2 juga arwah keta tadi takpun tuan dia sekali. xbertimbangrasa langsung...mujurlah kaki ni cepat jah membreeeek. hurm..xseronok pon bawa keta ni.kui2.. xmampu lagi nak mengagak jarak keta belakang untuk cilok sana sini. tambah pulak lori mori yang eksyen je membuli diriku yang serba kekurangan ini. cess.. namun perlu yang amat untuk mahir..semoga cepat dapat melaksanakan gerak kije PRU. TAKBIR 10x,, =D.

@tip membeli dipasar minggu, pasar tani, siang, malam atau tengahri
biasanya dikawasan yang i duduk ni. pasar minggu.hari jumaat ada dipulau duyong, wakaf tengah batu rakit hari sabtu xdapat dikenalpasti, hari ahad di area ipg batu rakit tuh, hari senin di tok jiring, hari selasa di banggol binjai dan gong badak, hari rabu di bukit tunggal dan hari khamis di pok tuyu aka belakang kusza. semenjak sakit terkena panahan syaitton ni..memang boleh dikira dengan jari jemarilah berapa kali jah pi pasor malam... kata ustaz "pantang larang tuh.." :). okes..antara tips2 membeli belah disini..

1)lihatlah kepada si penjualnye..bukan makanannya. asbab? kekadang bagi saya yang suka memerhatikan gelagat orang ni, saya pusing dulu semua tempat, bukan nk memilih dan tengok mana yang sedap.tetapi mau lihat "nenek tua" pakcik makcik dan adik2 yang gigih menjual tanpa meminta-minta pada orang lain. teringat kejadian dipasor pok tuyu. ada nenek ni jual ulam kacang botol dengan ubi kayu je.. kesemua yang dibawa ada dalam rm15 hinggit.Subhanallah, lesu hati mlihatnye.. masa tu dah kul6 lebih la..masih tiada yang beli dengan makcik tersebut..aatas niat bersedekah.. beberapa shbt pon membeli ubi kayu dan ulam tersebut. walhal tiada keperluan dan tempat pon untuk dimasak.. betapa gumbiranya makcik tersebut.. kalo boleh kami nak beli semua.. masa tu duit ada rm7 je. Boleh lah membantu.

minggu lepas kami pergi pasir puteh.. area masjid ibrahim sangatlah besor pasarnyer.pada hari khamis. macam biasa..tabiat meronda2 melihat wajah2 yang bersungguh2..bertemulah dengan seorang makcik si penjual ubat..duit dalam poket hanya ada rm10 je.."tok.. minyak ni berapa ringgit?" pelu menyengat pada wajahnye..terus ceria.."rm5 jah so mek.. nak hok mano?..belilah dua minyak tadi..betapa makcik terssebut gembira,, "bantulah setakat kemampuan kita yang ada..rezeki allah tu luas.

bila membeli sesuatu..lihatlah cara berpakaian.. kami sentiasa mengutamakan pakcik dan makcik yang tutup aurat dengan semporna. hah!! kepada sipenjual sane yang belum tuup aurat dengan baik. Sila berbuat demikian. =D..sambung..

19 Jan 2013

cheghiter suri berwawasan


Todays.. suri rumah mithali..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


Photo: ‎اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك‎Berpagi-pagi dengan nasi minyak(menu terwajib) ..father dan mother masuk opis pagi ni.. kerana "barang" sudah bagus.. jadilah diri ini semithali yang mungkin. ikan tiga rasa beb.. ko ada? >_< .. ayam tiga rasa.. ikan bakar air asam.. fullamak.. penuh meja.. lepas tu buat kek kukus pulak.. sebb oven dah rosak (nasiblah bleh anak2 suka tepong). kul12 tengahari siap segala menu. + air tea panas.. hidangan terbaik walaupun cover dah cantik tapi.. "kurang garamlah." "bakpe rase semacam" mcm2 peribahasa yang terkeluar. lepas zohor pulak satu keajaiban dan penghormatan terbesar buat seisi rumah.., i lipat kain 2 bakul. cehh!! hebat betoi.. tak pernah-pernah sentuh kain untuk dilipat.. duk rumah sewa pon ada kat seratus hanger ada...siap beli pengangkut besi kat GM untuk sangkut baju.. seriuss.. teratur..xyah lipat2 ..ekeke.. dibilang2 jubah ada kat 30 helai..patut cukup untuk 30hari.. tapi.. baru 3 hari .. "eh..rasa macam dah pakai" opkoslah... berkerjaya..huikss.. >_< ..xde baju kurung walau sepasang.. jom kumpul jubah2 plak

Photo: Marilah sama-sama memeriahkan Program "MULTAQA SEHARI BERSAMA ILMUWAN ISLAM : DALAM PENGHAYATAN DAN PEMANTAPAN SOLAT"Photo: :: Teman-teman pagi esok pule AYUH! kita menghayun kaki, berpagian ke DKU.. Diskusi buku menarik soal "<3 Menyulam Cinta Menuju Gerbang Pernikahan <3 " 

kata kan "YA aku HADIRKAN diri" Kenapa?? "Sebab orang yang A'rif membincangkannya =) Ahlan Ya Sheikh Rohimuddin"
Banyak majlis ilmu todays :') ...nangis lagi :') ..lagi nak nangis :") xdapat hadir..becoz perkara diatas. menuntut ilmu mesti dalam redha kedua ibu bapa. dorang balik letih2.. kurang2 ada anak yang baik hati ni boleh tolong menolong berganding bahu. insyaAllah..ilmu sentiasa ada untuk dicari.. mohon pada Allah supaya diberi jalan untuk mencari redhaNYA. Memang mereka yang pergi beruntung..kita yang berbakti pon untung.. kan.. Allah tu maha baik <3 div="div">

Rumpai laut kolegen (pmc).. feewit.. makin santek la mereka yang perasan ni.. nak share sket.. keberkesanan yang ada... dulu memang kerap sakit kepala, letih, bawah mata jadi hitam,lebam.. tu tanda banyak toksin..angin tok sah citer lah..angin taufan, sonomu dan pelbagai angin ada.. pantang salah makan cket..lembik badan lalu.. tamboh pulaks denyut di kepala..mak oii.. tuhan saja yang tahu,,perasaanku(lagu zamani se!) lepas makan+minum rumpai laut yang warna ungu gred AAA (gred a warna cokelat, gred AA warna kuning-ungu lebih khasiat). hari 1-3 memang naye lah.. xbleh tidur malam.. dikuatkan iman, seminggu lepas tu..dah tak rasa sakit2 kepala dah.. bukan makan saje2..ada lah dibantu perkara2 yang lain.. detox foot warna gold jenama happy life.. mak oii..2minggu pakai..same banyak je toksin.. hitam pekat +lendir segala kejadahan yang ada. alhamdulillah.. tiada lagi pening2..tiada lagi sakit2 badan.. xnak la i citer dekat wall i order.. sebab yang jual same aje dengan yg lain.. p/s: JANGAN!!! jangan membeli pmc dari penjual yang terlalu murah harganya becoz..kawan disabah (asal pure marine ni dari samporna@tawau) gtau.. kebanyakkan org sabah yg kurang baik hatinye menjual pure yang diiawet kimia dari china ataupun yang sudah direject dari pasar tawau.. berhati-hatilah ye.habis anak beranak i pakai ni..alhamdulullah oke

 bumi terengganu?? tiada ruang untuk berbakti.. tuan tanah menyombong.. sang lalang menderhaka.. sang bunga memfitnah.. oowwhhhh... pergi jauh..perlu!

16 Jan 2013

Liseng!! demam HKR


سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ 

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Dua kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah: SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-`Azim“..

Assalamualaikum w.b.t ... :) smile ...

BERJALAN..BERHIMPUN..DUDUK DAN SEGALA KEJADIAN YANG BERLAKU ADALAH DI HKR KL 13. Makanya, setelah sejuk.panas.sejuk.panas. meruap seluruh tubuh dan akhirnya demam. demam urat kata orang-orang tua. bisanya Allah sahaja yang tahu. Tidak mampu berdiri lama, panas dalam, tekak rasa perit, minum air suam hari-hari. tetapi..tetapi satu nikmat yang Allah tak pernah tarik walau dalam keadaan apapon adalah.... jeng..jeng..jeng... nikmat makan.. hey... look at i.. ^^ .. ayahanda setiap pagi tidak jemu-jemu membeli nasi minyak.. aishh.. adakah satu muslihat untuk buat i terasa??? haks.. tidakkkk... dek kerana berselera memakan menu tersebut. hari- harilah makan nasi minyak pepagi.. kat KL ada ker? xde kan.. hihi... sehinggakan semalam terpaksa request kat mymom.. "suh la ayah beli laksam plop" hiii.. semalam ada laksam sebungkiuh.. tetapi nasi minyak tetap ada.

 HKR KL 12 : Perjalanan penuh tarbiah. bersama shbt2 tercinta seramai 6 orang.. masa lam stadium tuh.. ya rabb.. maha panas.. cuma agak kuciwa dengan penekanan dari aspek solat. sepatutnya, sebagai seorang haraki, dah solat zohor siap2.. jamak sekali. tetapi masih ada yang solat jamak ta'khir..kul6 lebih tu.. mana yang lebih penting dan menjadi kewajipan pon masih tidak boleh lakukan. mcmne nak menang.. sorak sana sini. semangat kibar bendera.. tetapi bab "tiang agama" tak jaga.. beranganlah sore-sore!! demam pon berbaloi. seronok!! ^^

listen..liseng..listen..liseng!!! virus yang cepat betui menular. caknalah wahai ummah akan dunia pada hari ini. en.bie dah buat parodi lagu.. matlutfi pula dah kuarkan video di youtube..hayun betullah beliau.. apasal bikin gua gelak sampai terhantuk kepala didinding ha?? salah siapa? sharifah ke@ animal palnet yang ada? let me speak ok!

berehat lama-lama pon tarak oker.. tau..!!!

mentang-mentanglah i demam.. xbangun..xbuat kije teruih.. sudah hari ke3..tetiba selesema pulak.. tetiba sangat tersentap dengan kalimah ust mustafa kamal pagi tadi.. sob..sob..sbob.. (bape kali mau nangis ma..) 

"Orang yang sakit adalah adalah orang yang menggunakan kesihatannya dengan melakukan maksiat".Rupanya diri ini byk penyakit,MasyaAllah.(ust mustafa kamal) sentap beb!!

betui apa.. gitulah sayangnya Allah pada hambaNYA. diberi ujian dan kesakitan untuk menghapus dosa-dosa yang dibuat dalam keadaan sedar mahupun tidak. maka banyakkanlah istighfar.. mungkin ini juga yang sering menghalang "rezeki" untuk hadir.. lantaran dosa noda yang tidak dihiraulan semakin bertambah. Allahu!! insaf ni!
rindu jiwa ini pada pendidik hati.. bicara ust mustafa kamal juga yang bertulis..

"Mencari orang mengajar ilmu ramai tetapi mencari orang mendidik hati sukar sekali".

"Kalau kita lemah ibadat itu tandanya kita ada penyakit maka cepat2lah cari doktor ( guru ) agar penyakit kita ( lalai ) tidak berpanjangan.Tazkirah diri sendiri utk perkongsian bersama."

Photo: Berdoalah dan terus berdoa di dalam susah dan senang :-) Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.see?? sangat hebat bicara beliau.. sebelum beliau dikenali ramai.. saya sering mengajukan soalan2 ruhiyyah kepada beliau. jawapan-jawapan ust juga sangat menusuk kalbu. ulama yang sebenar-benar bisa menyentuh hati hanya dengan serangkap pesanan. tidak perlu olahan yang panjang.

icon saya yang kedua adalah ust tuan ibrahim tuan man. jatuh cinta pada kuliah haraki beliau " aqidah dan perjuangan" berulang kali dipasang dan sehinggakan boleh dihafal dialog-dialog beliau. sangat bermotivasi. apatah lagi kini, buku "senyum" beliau banyak mensajikan kekuatan jiwa dan memberi psikologi positif dalam kehidupan umat muhammad yang lalai ini.

icon yang saya kagun selama ini.. "tuan guru haji abdul hadi haji awang" ..sang murobbi yang begitu memberi seribu makna.. dulu..tatkala berpeluang ziarah ke rumah beliau, dalam satu slot soal jawab.. jiwa ini kelu nak berbicara. cukup sekadar mendengar setiap ulasan dan pandangan beliau. insan lain yang seiring dengan perjuangan beliau adalah "tuan guru harun taib" bila ke rumahnya, cepat2 ust masuk..hihi.. pemalu.. jumpa ustazah fatimah, isteri beliau. sungguh!!  ustazah yang sering meraikan kedatangan kami. itulah sebab.. tiap kali musim raya.. pasti rumah ust harun tersenarai untuk trip ziarah. Alhamdulillah.. saat-saat bersama sang murobbi. itu untungnya orang terengganu.. dikelilingi ulama-ulama. jangan lepaskan peluang untuk ziarah mereka.

"carilah kije molek..ayah mu tu banyok susoh doh.. carilah yang boleh buat dia  senang plop" pesanan chat di fb oleh seorang pak sedare.. Allahu.. dalam gelap.. air mata bercucuran.. siapa ingin lihat ibu dan ayah masih lagi hidup dalam kesusahan. thats why mak xsetuju bonar i dikahwinkan sebelum jiwa mereka rasa "senang". tengahari tadi..tetiba ingin sangat makan cempedak goreng.. semalam adik beli kat pasor malam. padan duk berebut jah. tetiba.. mak panggill " ya... ayoh beli buah ni..gorenglah." sentap beb!!!!!! ayah pi beli buah terus supaya i dapat makan.. very sad..serius!!! demam2 ni.. lagi la sadis je rasanya... hari tu masa gi pehimpunan pon.. ayah tanya mak "balik kl doh ker" hoho...beliau ingat i balik kije sana.. ayah memang kurang bagi kebenaran untuk ber KL lama-lama...


Moga Allah bukakan pintu kebaikan untuk hambanya ini yang selalu lalai dan alpa.. 

8 Jan 2013

selamat kembali ke terengganu

Bismillah...

"tinggal la akk sorang kat pejabat..xbaik ko nad.." disebalik nada ceria... "hujan diluar..hujan di dalam"..
entah kenapa tiada perasaan memukul hati. kosong!! saat mengemas bagasi..tiada apa perasaan. saat bersalaman dengan insan-insan kesayangan Al-munirah juga tiada perasaan!! sesampai di seksyen 17, perhentian bas,, 8.45.. saya mencari tiket..last minit! yup,,,itulah sis alfateh! tiket bus selalu dibeli pada hari nak dinaiki.. not prinsip tapi tabiat yang terbuang!! mujur banyak lagi..kalu tidak jadilah kau..seperti dulu..


citer 1 : gudbye almunirah

bila menaiki bas mutiara.. shah alam-setiu becoz berhenti terus depan rumah..kalau tak, nak nek bus sani je..selesa dan best.. ada plug lagi..hati sudah mula merasa,, "eh..kenapa aku berhenti kije..biar betul... eh..aku sedar tak ni.." tetiba teresak-esak... ya rabbi.. minda seolah baru tersedar.. kenapa boleh berlaku.. almunirah bagaikan keluarga yang tidak mamp[u diganti.. staff yang baik..frenship best.. boss yang teramat baik..tidakkan jumpa tempat lain bos yang baik hati..kemudahahn ada.. why2..why2.. hampir sampai kat KL kot banjir dalam bus..apapon menyesal sudah tarrak guna... pasrah la dengan mainan syaitan..asalnya surat yang nak dibuat.. "mohon cuti sebulan" ... "perletakan jawatan" terus yang tertulis.. dalam masa 3 hari plak tu.. sah!! u mereng...sebb jemaah? weeh... ko kan ikut usrah nisa negeri lagi.. ko ada usrah kawasan lagi.. tamrin negeri selangor lagi ko pegi..tu bukan jemaah ke.." malam yang hening..sesudah sampai di rumah. melihat wajah2 yang ceria.. hurm.. hati tetap berduka... untuk apa berkorban dengan orang yang faham apa yang kita sudah buat untuk dia.. sabarkan hati ni ya rabb...sekarang...tanam anggur secara saintifik..oke!

citer 2 : tiket ajaib!!
"pakcik..ada kosong x? tiket dah abis pakcik,,nak balik terengganu" ..muka seposen pi merayu kat driver bus transnasional.. "penuh dik!!" selepas itu pergi ke bus mahligai " dik..nampak tak tu..3 orang lagi menunggu turn tu..kalau2 ada penumpang tak datang.. selepas itu menuju ke bas sp bumi.. dengan semangat yang sudah lembik " kalau xde tiket tu..xde lah..mane boleh tumpang2.." marah driver tu.. ayyoyo.. i tanya elok2 kat pakcik...setelah itu, i berazam..i takkan naik bus sp bumi..."kerana nila setitik..hambik kau" .. ada ka patut..xmo tolong bangsa sendiri..melayu ma.. rase nk nangis sudah.. jam 5 minit lagi kul 10 malam. putus asa yang sangat.. :'( .. selepas tu..untuk yg terakhir..kebetulan kereta parking setentang dengan bas sani.. dengan muka 5 sen "pak cik...ada kosong x lagi bus nak ke terengganu.. nak balik..tiket xde.. sebak sudah jiwa saya ketika itu" .. driver tu berbincang dengan kawannya.. "ginilah dik, nk bagi naik sini, kan ada pekerja check tiket..susah pulak adik 6ti.. adik pi tunggu kat kilang toyota sane,.. tepi jalan.. kalu ada rezeki adik..iallah..berhentilah 6ti.." dengan baik hati..."kat mane bang.." tettiba ada hero menyampuk..dia adalah yg tercalon dalam 3orang senarai menunggu bas mahligai.. apahal bro "dalam hati je"... ok..pakcik..ok...terima kasih." laju pula hero tu pi rempit ke kilang toyota tuh... dengan tawakkal.. i pon bergerak ke sana dengan tempat yang tidak tahu betul atau salah.. alamak..dah 10.30.. betul ke bas lalu kawasan ni.. "hati sudah nangis ma.." hero yg beria tadi juga tak kelihatan..memang salah tempat dah ni.. "if 10.45 xdatang..kena balik lah" hurmm....akhirnya..."dari sinar mata... bas sani berhenti di depan mata.. "dik..seat 30 ye..atas.." "hooreyyyy" sejak itu..saya hanya naik bus sani... amacam... orang berbudi.. kita berbahasa.. xgitu... ^^

citer 3 : welcome 12.1.13
iallah..buat pertama kalinyer..berjihad bersama,.. sedang meneliti perancangan.. mencari dulu..ejen2 kawsan kuala nerus.. untuk berusrah.. semoga Allah istiqamahkan dengan jalanNYA.

citer 4: musim membina masjid..Dan  musim yang tiada menghadap ilahi

berita kematian bertalu-talu disampaikan.. tersentap benor..melihat kesabaran orang yang melalui.. Allah.. aku tak mampu melalui apa yang mereka rasakan.. sesungguhnya Allah maha adil.. takziah dan alfatehah buat bonda nurdiyana masri.. ayahanda nurfatehah.. ayahanda kak bad.. ayahanda madhiah.. anakanda nur azzah.. dan pastinya ramai lagi yang pergi menghadap ilahi..allah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

musim walimah pula.. alhamdulillah.. baitul muslim yang bakal terbina atas kesabaran.. kesetiaan.. 3 tahun..5 tahun.. 9 tahun menunggu... siapa sangka mudah nak berpegang teguh dengan keyakinan kepada allah.. tahniah buat sahabat tercinta basyirah n firdaus (10.2).. k.irah dan psangan(10.2), ayu & hilmi (9.2).semua ni sahabat dunia akhirat..sob..sob.. bakal kelhilangan mereka untuk berjuang bersama..  :'( .. bukan senang nk lalui..untuk che su& pasangan pada 25.1 ni .izzah dan pasangan (10.2) . tahniah... pada rakan blog yang dah lama xbersua di laman sosial.. akhi hadi.. pada 10 feb ni juga.. tahniah buat sahabat2.. :) semoga rahmat Allah memayungi semua... meriah awal tahun ini.. :) Alhamdulillah.. insyaAllah..berusaha untuk hadir..

cerita di terengganu :') :') :') :') :') :') :') :')

28 Dis 2012

cantikkan solat anda

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Allah berfirman ,
يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ
“Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.” (QS. Al-Baqarah: 153)

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, Rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku!!!
Setelah selesai sedikit breafing tentang teori solat. selepas tu praktikal tayammum menggunakan bedak. fuyyo.. wangi.. habis satu badan..berbedak. seronok nenek2!!
"Ibu..ibu..boleh ye mulakan dengan berdiri tegak..." bangunlah 3 orang nenek yang belajar untuk praktikal solat. kejadian berlaku di surau Alfalah jalan kebun pada 25 disember. hamba yang hina ini pon masih dalam pembelajaran juga. seramai 10 orang yang ada dalam kursus solat anjuran masjid yan ditaja oleh JAIS. 
"nak..betul ya nenek berdiri begini, tangannya disini? " soal seorang nenek yang sudah melaraskan soffnya. saya lebih gemar membahasakan diri mereka ibu.
"betul dah tu ibu..oke ye.. berdiri tegak adalah rukun..bla..bla..blaa"
"kalau kaki nenek sakit, xboleh berdiri mcm itu, batal ke solat nenek? "
"tak ibu, sekadar kemampuan kita..mampu berdiri, buat sekadarnya.."
begitulah kesungguhan para ibu-ibu, nenek yang dirahmati Allah s.w.t, rasa insaf dalam diri bila bersama generasi warga emas. kita yang muda mudi ini belum tentu mendalami majlis ilmu dan berusaha memperbaiki.
"oke..kita check bacaan alfatehah" .. alhamdulillah, semua sudah betul bacaan dan sebutannya " nenek nonton tv hijrah.. ust don.." bila ditanya belajar dengan siapa. sesekali rancangan tersebut sebagai panduan. bermanfaat untuk semua.femes u ye ust.don ^^, .. belajarlah walau bagaimana cara sekalipun.
"nak..cincin ni,,jangan letak merata..kan hilang.. cincin tunang nak?" 
"hee..xdelah ibu, cincin keselamatan.." kih2.. seterusnya.. si ibu berbahasa jawo... gue nggak faham.. hampir 70% mereka bercakap jawo sesama mereka.. adeshh.. tetiba rasa "terdiam"..begitulah pengalaman.. 
*dalam surah al maa'un..ada menjelaskan tentang orang yang lalai dalam solatnya.. celakalah!! maka berhati-hati dalam menunaikan solat.Moga Allah merahmati kita!!
** RINDU MYMOM..HUKS.. terengganu sudah banjir.. bagaimana keadaan mereka.!!

24 Dis 2012

welcome PENGKALAN BALAK MELAKA

SALAM,ALAIK...

"adeh... tandas..tandas./.." maunye 3kali mencari tetandas.. biasalah.. banyak sangat makan,.. bbq katakan. oppss.. ini citer malam tu... bermulanya perjalanan kami adalah..

11.30 pagi yang mana ianya adalah janji orang Islam.. asalnye janji melayu 10.30 kumpul. hee.. fuyyoo...luas mata memandang..letih lagi drebar yang bawak. jem... kreng... sepanjang jalan nak ke seremban n ayer keroh.. masyaAllah... jeng sengoti. oleh kerana, drebar kami berbekalkan pengalaman 30 tahun membawa kereta.. kalah la mika hakkinen.. micheal schumacer pon xboleh la lawan..(melangit puji) oleh kerana cilok3.. dalam kul2 sampai la di perhentian ayer keroh..solat+makan. ramai nye orang berhenti.. kaya tukang jaga tandas kalo ada.. mujor xde aje... perjalanan diteruskan walaupun sepatutnya melalui sg.pinang.. carilah kami pulak sg.udang sehingga bertemu masjid tanah.. barulah jumpa pengkalan balak.. taddaaaaa.. intai-intai ^^,

 inilah pepara staff nyer... ^^,

 chalet aslah.. santik rumah beliau..puas hati.
 ni kekambing tau..makanan wajib warga munirah
 tempat mandi manda..asalnye ada pertandingan memancing, hanya ruang ini je yang sedikit ada untuk mandi manda.. last2.. kami pong.. lari jauh nun dsana..
 ha.. disinilah.. tapi i tak mandi sebab saya ni puteri lilin.. cair dan xdak harapan sudah


disini segalanya berakhir.. huhuhuhu..
Gambar tragedi.. huhu.. takot ma..ini kisahnya.

I telah mencipta satu permainan yang diakalnye sangat suweet permainannya.. dan ternyata menghiburkan semua peserta. tetapi..tetapi.. puaka..huhu.. umi rahida pulak terlanggar tiang yang ada ditengah2.. bengkak habis mukanya..tersiat kulit muka.. huhuhu.. i takowtt ma... rasa berdosa jiwa ini.. apapon.. permainan ni ada kisah lucunya.. tak dapat nk diceritakan...hoho.. tapi semua duk gelak sampai berair air mata.. apapon, mg yang terjadi..semuanya ada hikmahnya. Allah maha baik. terima kasih atas anugerah terindah. apapon, saya ingin merakamkan betapa sakitnyer perut ini..hoho...

"makcik semalam, sakit perut... berkali-kali masuk tandas"
"saya semalam, sakit la perut.." boss bersuara tadi"
"anak saya pon sakit perut" tambah makcik..

hua2..rupanya mereka sehati bersamaku.. sakit jugak rupanya.. 

wallahualam!!!!

19 Dis 2012

Syukur Dengan Apa Yang Ada

Bismillahirrahmanirrahim..


^^, Rajin pula akhir-akhir menghapdate. Almaklumlah, hujung tahun, program pon berkurang sudah sekarang. Sentiasa dalam proses untuk merangka dan merancang.. oleh demikian, banyak lah masa-masa dihabiskan dengan perkara kurang lebih faedahnya nih.


Sedang melayari intenet tanpa henti mencari bahan-bahan fosil untuk program "women space" akan datang.. tetiba saya teringat akan yayasan tunku abdul rahman. fuhh..dengan segera mendail nombor.

"hello, boleh saya bercakap dengan bahagian dermasiswa?"
"ye..sekejap saya sambungkan.."
"hello.. dengan siapa saya bercakap.." suara sang jejaka..
"ye.. saya cuma nk tanya, keputusan temuduga ytar pada bulan lepas, bila ye kami dapat check"
"ok.. boleh bagi nama n no. ic.."
"ye...boleh.." dup dap.. dup dap...laju pulak jantung ni berbunyi
"ok.. cik nad.. tahniah, cik berjaya dalam temuduga ini, jadi 3500 akan diputuskanlah 6ti.." suara kurang jelas.
"haa? saya kena bayar rm3500 lagi la ye.." dalam hati sudah munge2 manggar..
"bukan cik... kami cuma bayarkan rm3500 sahaja.. paling tinggi pon ada yang dapat sampai rm4000" ..
"hah???" 
"ye cik?"
"oo..macam u..xde yang full dimansuhkan ye" 
"xde cik.."
"kalau macam tu..terima kasihlah" .... sayu aje ganggang fon diletakkan. fuh!!!! besor harapan nk ringankan beban mak ayah.. adesss!!! "kami berazam..tukar kerajaan lepas nih" ^^,
 Alhamdulilllah!!!!! apapon, bersyukur juga dapat daripada melalui perasaan tidak dapatkan. Hanya tuhan aje yang tahu.. hari tu nazar.. kalau full dapat mansuh.. nk bayarkan keta ayah n bagi pakej umrah.. bila dah 3% je dapat ni.. kena ikhtiyar kot laen lah pulak. Marilah kita berbakti kepada ibu bapa. ^^, .




minggu ni pada 22&23 akan pergi bercuti ke pengkalan balak melaka.... nantikan!! ^^ .. bersama staff dan family.. kami yang takdak family ni bawak anak tekak ajelah.. ^^ . Moga besh!besh! selalu. musim hujan kan... Allah maha Baik~~

18 Dis 2012

khabar gembira ataupun duka

Bismillahirahmaniraahim...

(majalah solusi)


Ucapan Ketika Mendapat Khabar Gembira atau Duka Cita

Rasulullah s.a.w ketika mendapat berita gembira, Baginda mengucapkan:

الْحَمْدُ للهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
"Segala puji bagi Allah, dengan nikmat-Nya semua urusan berakhir dengan baik dan sempurna.

Jika Baginda mendapat berita dukacita, maka Baginda mengucapkan:

الْحَمْدُلِله عَلَى كُلِّ حَالٍ
"Segala puji bagi Allah dalam segala hal."

(Riwayat Ibnu Sunni dan Hakim)

17 Dis 2012

Motivasi dari Attaubah


Bismillahirrahmanirrahim..

Halangan dalam kelapangan.

Biasanya kita dengar, mehnah dalam berjuang ni adalah kerana kesibukan, kesempitan masa dan sebagainya. Namun, halangan paling besar adalah kelapangan masa, bila senang dan bahagia dengan cara hidup normal tanpa sebarang kesusahan ia menjadi jerat dalam perjuangan. Allahuallah! Berada ditempat orang ini menghadapi 1000 mehnah. Kebanyakan nisa disini sudah berumah tangga. Kemana-mana pon pergi akan dihantar dan pulang bersama suami. Kebetulan di kampung yang diduduki ini tidak ada laluan untuk bas. Hanya bergantung kepada teksi semata. Sekali cas.. mau rm30,50. Terpulang pada tempat. 

Kekadang mahu menumpang pasangan ini membuatkan kita kurang selesa bahkan 1000 fitnah menanti. Pelbagai aspek perlu diambil kira.. akhir bulan boleh la call teksi direct untuk gi mana-mana. Bila awal dan tengah2 bulan ni. Banyak mende juga perlu difikirkan. Maka, bersangka baiklah untuk sesiapa yang benar-benar ada masyaqqah. Kita melihat semua menjadi senang kerana kita tak pernah meletakkan diri menjadi sukar. kenderaan sendiri sangat besar keperluannya untuk gerak kerja dalam perjuangan ini.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.” Attaubah 38
Kekadang termangu sendiri.. bagaimana boleh dielakkan perkara yang Nampak mudah ni tapi menyulitkan keadaan. 3 program sudah terlepas. Semalam juga sepatutnya gempur pru bersama muslimat kota raja tetapi tunggu punya tunggu.. tiada panggilan. Maha kecewa jiwa hamba. Sebelum ini ada sahabat perjuangan, boleh la meredah ktm, lrt dan sebagainya. Bila bersendirian ini, tidak cantik diperlihatan untuk berjalan ke sana sini.. ada batasnya seorang muslimah.

“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” Attaubah 41.

Allah mengujilah tu. Bila jiwa sarat dengan “wakaf” untuk islam. Segalanya jika boleh nak diperuntukkan untuk islam. Apatahlagi kini, kerjaya yang tidak seberapa untuk menyumbang kepada perjuangan islam. Allahurabbi. Ingin berada dalam “naungan islam” bersama para2 mereka yang bersemangat dan sentiasa istiqamah dalam merempuh gerak kerja. Kekadang bila shbt2 memuji “orang hebat” “org lama” rasa dihempap seribu penghinaan. Itu sekadar penghormatan luaran. Terasa terhiris dengan kemampuan diri yang sedia ada.

“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).” Attaubah 42.

Ada segolongan juga, mengejar kekayaan bila berada dalam kesusahan. Baginya, bila ada duit boleh bantu Jemaah. Namun silapnya, dalam proses mencari kekayaan, usrah tidak hadir, program tidak pergi, perhimpunan apa pon tidak beri sumbangan. Ini bukan kaya untuk Jemaah sebaliknya sebagai memotivasikan dirinya kaya untuk akan datang. Kesan dan barokahnya sudah terlihat disitu. Semoga diri ini juga tidak tertipu dengan apa yang telah diperlihat oleh teman-teman.

"Katakanlah: "Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa, tidak sekali-kali akan diterima daripada kamu, (kerana) sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang fasik".attaubah 53

Allah yang maha mengasihani dan sentiasa memberi petunjuk. Kami berserah diri kepadamu. Jangan biarkan kami mengurus kehidupan ini walau untuk sesaat. Benar!! Kita boleh merancang dan menetapkan hala tuju sebagai matlamat kehidupan namun jika urusan tidak diserahkan pada Allah s.w.t maka, hanya menjadi haru birulah hidup ini. Rindu al-quran saya. Dua kali hilang, kali ke3 berada di sekinchan. Bila mau sampai ke klang ni.. sunyi sudah. 1 bulan kehilangan mau gila sudah. Allahuakhbar!!

Ibrah daripada surah attaubah dalam hidup perlu dilampirkan. Agar helaian hari2 kehidupan menjadi tempat rujukan. Motivasi perjuangan ada disini dan bahkan menjadi penguat dikala lemah. Menjadi penawar dikala sakit. Carilah hatimu dalam al-quran..

5 Dis 2012

konvokesyen kehidupan



Bismillahirrahmanirrahim.

Jam 6.30 petang, cuaca pon amat mendung pada ketika itu "mendung diluar..mendung lagi di dalam". suasana dalam kereta cukup sepi..sekembali ziarah membuatkan onar dan berduri.. ikhlaskah saat menunaikan hasrat mereka untuk bertemu sesorang yang sangat dihormati. seusai sampai di halaman, hati berteriak "farabi..farabi.." kaki laju melangkah ke sana.. redup..sayup..sepi.. farabi tidak berpenghuni.. "wallahi..watallhi..wabillahi... ana tak redha setiap patah yang keluar dari susur galur darah daging beliau" ... bergema esakan dalam suasana yang tenang.. saat tiada insan memahami.. Allah memujuk dengan beristighfar.. berwuduk, dan solat pada awal waktu... dalam setiap lafaz yang tidak terhenti.. air mata setia menemani... konvokesyen kali ini... tidak mampu mengijazahkan kekuatan iman dan amal.. tidak mampu memberi penghormatan.. sebaliknya.. segunung penghinaan.. wallahi.. ana tak jejak rumah beliau lagi.. itulah yang dilafaz2... memenuhi ruang2.. jika kejahatan menjadi fitnah.. mungkin, tamparan itu membuatkan kita lebih menjadi baik.. namun jika kebaikan selama ini disalah erti... bagaimana ada tempat untuk diberi..

"syaitan sedang berteriak ketawa dengan kebencian yang ada dalam hatimu" .. marah bukan benci.. terhina.. tak redho dengan apa yang berlaku bukan bermakna memutuskan silaturrahim.. semoga Allah membuka pintu kebaikan dan juga kekuatan dalam erti maaf dan memberi maaf.. jiwa sudah beku..

Bas transnational menjadi pilihan pada jam 9.30 malam. melihat muka2 ketrengganuan mengukir rasa sedih.. rasa tidak bertuah dengan segenlintir darah manusia yang tidak menjaga hati orang lain.. pandai bercakap..mesra bersembang.. suka menyelak cerita orang..mengambil tahu apa saja.. tapi sayang.. mulut jika tidak dipandu dengan iman.. musnahlah... terlajak la perahu sekalipun..bermakna belum mampu mengubah  balik semua yang terjadi.. bas bergerak perlahan meninggalkan bandar pesisir air itu, sekali lagi.. Allah memberi air mata untuk menghilangkan rasa hati yang masih ada.. suasana sepi.. memejamkan mata.. agar esok masih ada untuk membuatkan diri bersemangat untuk berusaha.!! klang menanti penuh sinar...

***mendapat bunga dari teman, dapat anak patung kure2, katak, pen ikhlas daripada shbt2 tersayang.. moga Allah lindungi mereka.. ketahuilah.. doa rabithah mendekatkan diri kita selalu.. konvokesyen terakhir adalah dihadapan Allah.. bagaimana amalan kehidupan seharian ini.. semoga Allah ampuni dosa2ku.. Amin!! ibu..ayah.. redhalah anakmu ini dalam apa2 yang dilakukan..

22 Nov 2012

wakaf diri.. dimana nilainya?

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah. diberi masih.. nikmat Iman dan Islam. Sampai di negeri terengganu jam 5 pagi tadi.. terus menyinggahi bumi kusza.. melepaskan rindu di farobi.. Allahu.. rasa jiwa terikat disitu.. setibanya imam melaungkan azan.. segerombolan adik2 tiba untuk menjadi makmum.. Allah.. bahagianya melihat adik2 semester 1 ni istiqamah.. "akk... bukan ke dah abis belajor? lepas akk n kawan2 abis.. dah xde imam nk solat sini..." sayu kedengaran disubuh hari, bermulanya bacaan mathurat.. Allahu.. kilat dan petir.. laju sungguh pak imam pagi ni.. kurang sihat agaknya beliau,,ternganga makmum nak ikut. jam 11 ke interview j-qof.. huhu.. itulah.. jika bukan rezeki.. begitulah.. failed!!!  tenkiu so much.. pada tok guru malam tadi.. layan kerenah  xabis.. jiwaku bukan pendidik... sekian!!!

wakaf diri demi islam

subhanallah. hebat insan ini.. baru sebentar tadi add beliau.. penuh rendah diri.. beliau mengharapkan doa moga dipermudah.. rakan2 yang ingin membantu dipersilakan..  mahu pergi ke palestin??? pergi myb tak kembali. itu yang seharusnya ditanamkan. bukan sekadar ingin bersuka2 melihat keadaan disana.. agak2 kalo pergi mcm ne? hutang yayasan.. hutang ptptpu lagi.. Allah.. JOM KITA NIAT DAN TAJDID niat. Allah bagi sesuatu berlandaskan apa yang diniatkan... "tiada yang kami miliki melaikanMU ya Allah!!!!"

Jiwa kosong~~~ jom cari usrah.. cari program.. cari tarbiah.. moga2.. Allah mematikan kita dalam langkah memperjuangkan agamaNYA. Allah maha besar... cemburu generasi kusza.. -_-' . bersama nisa' kota raja. Alhamdulillah. ada sedikit pengisian.. ruhiyyah... jika jiwa tidak disirami.. hati pasti akan layu.. makin jauh dengan dengan Allah. berhati2lah. Nilai kita mewakafkan diri dimana..subhanallah.. sangat rindu insan2 seperjuangan ini.

DOA untuk PALESTIN DAN SYRIA

serendah2 kemampuan, berdoa, memboikot, dan menyebarkan maklumat2 kebenaran. ada masih yang kurang "ceredik" . masih mempersoalkan,, "apa bukti mcd sumbang kepada yahudi?" "buat apa kecoh2 nk boikot..masa ni baru nk bertindak..tengok akhlak diri la beb" . 
Apapon mereka katakan.. ucaplah "lillahitaala" hanya DIA yang layak menilai hambaNYA. Ustaz zaharudin ada menyatakan.. janganlah kita membenci israel kerana itu adalah nama nabi ishak...tetapi bencilah zionis dan yahudi.. kerana merekalah punca kerosakan di bumi.. laknat yahudi.. nilailah dimana ikhlasnye wakaf diri kita demi Islam.

Puasa hari Asyura pada 23&24 november bersamaan 9&10 muharram.

Ayuhlah teman... cari kekuatan... Daku juga lemah dan selemah2 insan dihadapan Allah s.w.t.Jom nilai diri..
"Puasa Hari 'Asyura' menghapuskan dosa setahun yang lalu." -Riwayat Muslim
 سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

9 Nov 2012

Separa Jiwa

salam, alaik..

S.E.N.Y.U.M ^_________________________________^

ALHAMDULILLAH...tidak mudah senyum dalam kegusaran hati.begitulah insan.
Benar.. manusia suka meminta-minta.. bahkan kekadang memaksa tuhannya memenuhi permintaan melalui "nazar" "janji" "balasan" .. sedar atau tidak.. hilang keikhlasan.. apa yang dibuat bukan kerana ALLAH tetapi kerana apa yang dingininya. Allahu.. begitulah insan..terutama diri ini sendiri..  bagaimana tuhan, sebolehnya berharap hanya padaMU akan segala urusan dunia ini...


Maha suci Allah memberikan peluang dengan harapan supaya dapat dimansuhkan ptptn. moga doa orang2 yg soleh dan dekat denganNYA mampu mengubah takdir yang ada.. 

sweet life @ al-munirah.

sesiapa yang menjejakinye pasti sukar ingin merenggangkan tali.. bos yang baik..staff yang caring..my hpusemate yang sangat prihatin. Allahu..bagaimana harus keputusannya..  jiwa si ibu yang ingin mendekat.. jiwa persaudaraan yang ingin dibantui,.. sekian lama keinginan diri dipenuhi. suatu masa perlu jua mengorbankan sesuatu yang harus menjadi milik. siapa sangka dan duga atas usaha yang selaras dengn medan tarbiah. dalaman yang sakit juga memerlukan ubatnya. lemahnya Hamba...keputusan antara sini dan sana diperlukan.. tanggungjawab ke atas ahli keluarga...

"Jiwaku menasihatiku dan saudaraku. Jangan jadi hamba kepada Dunia. Jangan jadi hamba kepada Harta. Jangan jadi hamba kepada Nafsu. Jangan jadi hamba kepada Syaitan. Jadilah hamba Allah yang sebenar – benarnya."

4 Okt 2012

DRIFT DAKWAH

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan inayahnya.. masih bisa menggerakkan jari jemari.. bila disebut jari jemari teringat lagu sahaja aku mencintaiMU.. DUA'

"SETIAP HELA NAFAS,
 SETIAP GERAK TANGAN, 
SETIAP DEGUP JANTUNG, 
SETIAP DERAP KAKI..
XKAN PERNA BERMAKNA..
TANPA CINTAMU..
 kui2..automatif bergerak semua yang disebutkan..terhenti kerja seketika.. cantik lagu ni.. ahamdulillah..

hari ni, hari ketiga belajar kereta, maksudnya sudah 6 jam telah dilalui. hari pertama, dah la lewat kuar rumah, siap yg call tu dah marah2.. muka dah pucat apatah lagi mendengar pelbagai cerita tentang "cikgu memandu" ni.. apapon..firstday..alhamdulillah..macam sesi  motivasi je.. hari kedua dan ketiga dah kena bawa pegi dan balik sendiri keta..fuh!!!! sikit demi sedikit. fobia dapat diatasi..

PERJALANAN DAKWAH.....

1)KONSERT AMAL UNTUK WARGA ANAK YATIM BERSAMA UNIC DAN IWAN.


ANTARA salah satunya program yang ada... dan LAGI.. Medan tarbiah dan jihad..

2) WACANA ILMI BERSAMA UST NIK ABDUH DAN UST RIDUAN M.NOR.

sedang menunggu untuk disiapkan.. diskusi tetangga pada 20 hb oktober 2012 dan juga 7/11/2012 bersama ust senyum@personaliti tv9.. ust syed kadir al-joufri..

kena drift dakwah di jalan yang benar..laju xpe..tapi dalam had laju yang ditetapkan..jangan brek mengejut.. kerana rintangan kiri dan kanan, depan dan belakang..KAWAL stereng..guna gear yang sepatutnya..semoga matlamat dakwah ini sampai~~

Ya RABB.. RAHMATILAH USAHA KAMI

19 Sep 2012

HABIS raya sudah


Salam sejahtera ke atas kamu... Alhamdulillah..

Mood menghapdate sedang berkobaran. sesambil menunggu baju2 sebelah pejabat diangkut setelat sesi pertama setle. Alhamdulillah.!!Kali ini bior gegambar ceritain peristiwa-peristiwa yang dijalani sepanjang kerjaya yang ditakdirkan.

Gambar diatas tidak dapat dibetulkan bukan kerana tuannya senget tetapi keadaan menyengetkan :). di perhimpunan oren wanita sejahtera. kompleks sukan seksyen 7. bertemu pimpinan dan pastinya mendengar apakah manifesto yang ditawarkan. lama benar tidak mengikuti program2 sebegini. kelam di klang dengan program tarbiah..uiiihh..angin tarbiah trg sedang menyapa.. sabar... waktu akan bertemu.
Hari jumaat. 27 syawal. taman mulia sebelah almunirah mengadakan jamuan terbuka taman. Alhamdulillah semua warga taman hadir.meriah sesungguh.. dengan tema "satu rumah,satu juadah". gambar diatas adalah sesi bersalaman sebelum makan.. erat ukhwah sekejap..hee.. tetapi masih xdapat nak pastikan, siapa jiran sebelah menyebelah. masing2 bidang kedoktoran.. kita balik, mereka pergi..payah bersua..
Inilah my house.. ^^, no.17 tuh.,. dengan kereta menawa tertawan dihadapan. Rumah mesra rakyat jelata. isi rumah xcerita lagi apa yang menarik.hee.. alhamdulillah.. hepy menghepykan diri duduk disini. semoga ianya berterusan.
Dimajlis jamuan raya almunirah sebelum ke perkampungan orang asli. tugas biasa yang diamanahkan mencari video2 raya untuk dipaparkan. Tugas audio dan teknikal
Menu yang tak dapat dipisahkan. kekambing.. bersama makcik cun sebelah tu :).. baik hati lagi penuh kesopanan dan ketatasusilaan..
Bersama program motivasi ust zaid hamzah.. daripada fitrah perkasa. mantop ceramah beliau.. mujuq xmeleleh..pesan cikgu pengetua "len kali nak jemput, jangan serik datang noh" .. mention jelah..jauh sesangat kampung ini..hii
Berpetang-petang di Teluk intan. sawah padi dah bertukar sawah lalang..hee.. apapon..maha suci allah atas sekalian alam. 
Ini sudah jadi menara terbalik..hee,,saya mencari kecondolannye..xjumpa juga.. ramai juga yang bergambar gambir disini.. 
 KLIa..Xdapat nek felait.. tgk pon jadilah kan.. mentang2 sebelum ni xpernah jejak..ada peluang, redah je ke klia.. dari kuala selangor...ribut petir semua ada.. dahsyaaat..
selamat tinggal semua,, itulah yang cuba diucapkan.. tetapi "kesengetan" diterima. dibelakang2 tersebut, warga2 ke qatar n jordan.. selamay mengembaralah sekalian ummat.