7 Jul 2011

menguntum senyuman yang payah


salam keberkatan syaaban..

liku-liku sebuah senyuman yang payah..

menatap masa-masa yang berlalu, dalam warna yang pelbagai, ada suka dan duka. menerjah satu kehidupan yang lebih baik. satu panggilan dihampir malam makin merasa kelamnya bertanyakan khabar dan cerita lama.sukar sudah diungkap dengan rasa yang telah mati. Adikku ini cukup perihatin dengan setiap coretan yang mengukir segala pampanan hati. nadanya yang sukar dinilai.. sekadar mengetahui atau mengambiltahu..hakikatnya perkongsian diselitkan satu inzar u diri ini. "muhasabah balik kak..musti ade yang salah dan tuhan nak perbetulkan.." ya dik..banyak sgt kesilapan.muhasabah demi muhasabah sudah dihamparkan..akhirnya jawapan telah ditemukan..syukur ya ALLAH..

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya.
Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi: “… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.(genta rasa.com)

bersyukurlah wahai hati-hati yang inginkan ketenangan dan rasa kehambaan.

30 Jun 2011

kelam yang indah..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..segala puji dipanjatkan pada Allah atas segala nikmat iman dan islam. syukur...
nampaknya berpuasa disini lah.. Alhamdulillah..ditawarkan keje selepas praktikal..tuah dilimpah bersama anak2 yatim..jom..kita doa mudah jodoh pulak.. ekeke..

munirahcare...tempat keje yang baru n best.. ada bilik n meja sendiri..huhu..macam dah keje pulak. sedangkan awalnya ditawarkan untuk kerja tetap disana..oleh kerana masih belajar n perlu menghabiskan lagi satu tahun pengajian..bersabarlah duhai hati..rezeki jika milikmu,,pasti jua dapat merasainya..fokus dengan kerja yang masih ada..penat..memang penat namun melayani insan-insan yang dirahmati ALLAH..seketika..hilang lelahnya..

kerinduan menyapa..halaman rumah.bagaimana agaknya rumah yang dah siap diruntuhkan..sayunya hati,.,huhu..tenkiu ayah n mak.. seringkali lelah demi anak2nya.. iallah..berusaha untuk menjadi yg terbaik dalam setiap perkara..moga2 dapat membantu mak ayah suatu ketika.. "sapa2 yg ade datuk@ayah yg kaya..dah nazak ka..boleh la lamar saya" haha..senget betoi..anak sapa nih.. inilah yang selalu dibualkan..

iallah..hari2 mendatang akan dipenuhi dengan kebaikan. melayan kerenah isi borang tadi rasa dah nak terbalik.. terima kasih kepada seseorang..berkongsi rasa dan cerita..kisah lama dan kisah baru..jika bersatu menjadi penawar rindu..pahit jadi madu.. bila kita diam..org kata kita suka memendam perasaan..bila kita mengeluh orang kata kita bermasalah..bila kita luah..org kata kita suka memayahkan.. best jugak hidup ni..penuh dengan pemerhatian... inilah didikan ahli sosiologi..hehe..memahami tingkahlaku manusia..dalam semua perkara..

hepy bestday.. aufa khairunnisa.. anak sedara tercumil..moga bahagia selalu..cheya sekadar doakan.. buat abangnya mohd muzammil yg selalu kena buli kat sekolah..semalam menerima 10 jahitan di dahi.. kata cikgu langgar pokok..adakah logik jika difikirkan..xkanlah anak sedara aku ni nak langgar pokok dengan sengaja.. semalaman deman panas.. moga anak2 kecil kesayangan ku ini tabah.. fateh? ...cheya rindu sangat.........yazid..aiman..siti..kakak..yani.. hurm.. dunia ni ade warnanya walaupon suram... moga segalanya menjadi yang trindah... sabar sis...

21 Jun 2011

suara..dengarkanlah..

Merawat airmata

Selama 2 minggu bertahan dari segala mehnah dalaman. Musuh yang tidak dapat dilihat.siapa tahu betapa sakit menyedari rasa setelah terkena. Akhirnya, suatu mesej ditujukan kepada “abang kaunselor” yang sentiasa ada waktu untuk diri ini. Meskipon kian lama tidak bertemu..hanya dialah yang mampu memberi setiap nasihat sebagai seorang insan.

‎"Tertundanya pemberian setelah engkau mengulang-ulang permintaan, janganlah membuatmu berpatah harapan. Allah menjamin pengabulan do'a sesuai dengan apa yang Dia pilih buatmu, bukan menurut apa yg engkau pilih sendiri, dan pada saat yang Dia kehendaki,bukan pada waktu yg engkau ingin:Ibnu 'Athaillah As-Sakandar..Hebatnya kalam ulama’ ini..selalu menampar keresahan hati ini..sangat meminati ibn athaillah. Kekadang bila keresahan bertamu..kata2nya yang dicari. Tepat menuju ke hati. Kena dengan segala rasa dijiwa

cintaku disini..

Panggilan dari ibunda tercinta..2kali sudah. 10 minit dirasakan satu jam, mana mungkin ingin berbicara panjang sedangkan dengar suaranya sudah bisa menyekat nafas didada..apatah lagi berhadapan insan yang banyak menyelamatkan bahtera hidup ini yang hampir karam. Bagaimana ingin menjelaskan..ya rabb..bantulah hambaMU ini..

“assalamualaikum..kak, pinjam laptop” seraya memasuki ruang pejabat. Tersentak semua staff. Najib 1o tahun senyum meleret tanpa rasa bersalah. “ amboi..ko najib..pinjam laptop mcm nak pinjam pen sebatang..” sindir kak faiza..huhu.. “yela..kak nadya dah janji nak bagi tengok penunggu istana” “yela2..jangan bawa keluar..tengok kat sofa tu je” akhirnya aku pula yang fening..nak marah sayang..bak kata che wan.. benci tapi rindu.. 

“kak nadya..sedih je..kenapa” sapa adik2 muslimat..”xdelah..akk okey.tolong pi pejabat,minta ngan ummi rahida ..gtau akk nak panadol n air mineral.” Dalam langkah kemalasan..ada yang menurut perintah..huhu.. “ha..ambik rm10 ni..pi beli air ngan ummi.. ni untuk yang skolah rendah je tau..” “trima kasih akk.. dah lama akk tak belanja..hihi” “amboi..banyaklah korang..kira..kira..bape kali akk belanja dah?” “eh..akk,xbaik kira..xikhlas..” adooii..kena seketui..apapon..kedamaian ada disitu 

“sis alfateh.....” suara adik tahfiz memanggil2 setiap kali melintasi asrama mereka. Petang yang damai di medan johan setia ini dirosakkan oleh suara nakal mereka. Sebentar tadi singgah ke kedai.. “kak..belanja...” laung mereka.. “turunlah..” ceh! Buat2 baik ni.. sedang meneliti barang.. “kaaaak..saya ambil aiskrim ye.” Huh! Turun betoi budak ni..mujur dua orang..kalu 20 orang..mane mau campak beg duit..hu..hu..hu, apapon..sesekali.. merekalah yang selalu menyapa di fb..memberi sirna bahagia dari jauh..ahhh.. kadang2 perkara2 ni semua perlu simpan dalam hati..jangan luahkan. 6ti semua hilang dan sekadar bermimpi siang hari..

Rezeki dari langit

“nadya..datang kat kak ngah jap..” akauntan memanggil..biasanya panggilan suh translate ayat..adooi..sambil tersengih2.. “haa..sain ni..” “sain apa ni kak ngah?” sambil terpampan dan juga tak percaya” rezeki la..sain cepat..betul nama ni..eh budak ni..senyum lebar pulak..” “hehe..terima kasih kak ngah..kak faiza..muah2,,” kui2..xsangka betoi dapat elaun.. kan.. nyata janji allah. Jangan berharap terhadap sesuatu.. kalau bukan jodoh..bukanlah..aik??..apalak bak jodoh.. bab elaun praktikal la.. adoii.. koya sudah.. istigfar.. yang hilang pasti berganti..yang tumbuh mesti sebab tanam lagi..hehe..senget sudah...

Tajuk diatas..xmau sedih2 sudah..tapi hari2 mengadap insan-insan yang megembalikan segala kenangan bersamanya.. apapon..ujian..allah bagi sesuai.. so.. ibnu athoilah dah pesan banyak.. jadi..selalu ade pengharapan dan doa..moga2 sampai saat yang sesuai..allah bagi yang terbaik..
Mohon doa sahabat2.. =D 

11 Jun 2011

hati hati memiliki hati


salam,alaik...
Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: “Dinamakan hati karena ia (selalu) berbolak-balik. Perumpamaan hati itu bagaikan bulu yang ada di pucuk pohon yang diombang-ambingkan oleh angin.” (HR. Ahmad, Shahihul Jami’ no. 2361)

Agar hati tetap teguh maka Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam banyak memanjatkan do’a berikut ini terutama pada waktu duduk takhiyat akhir dalam shalat.
“Wahai (Allah) yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada din-Mu.” (HR. Turmudzi)
Bagaimana mahu memiliki jiwa dan iman yang kuat. Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita agar berdoa dan memohon kekuatan kepada Allah SWT.

“Ya Allah! Berikan kepada jiwaku ketaqwaan, sucikanlah ia kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik Dzat yang menyucikannya, Engkau adalah penolong dan pembelanya.” (HR Muslim)

Dalam hadith ini, ada 3 kompenen penting yang perlu kita laksanakan untuk membina jiwa yang kuat dengan keimanan. Pertama doa kepada Allah agar dianugerahkan jiwa yang bertaqwa. Kita perlu bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Kita perlu menyerahkan diri kita kepada Allah semata. Justeru kehidupan dan matlamat kehidupan kita mestilah hanya sanya kerana Allah. Tidak yang lain. Taqwa hanya akan lahir setelah kita miliki kejelasan matlamat kehidupan, ubudiyyah (penghambaan) hanya kepada Allah SWT dalam seluruh kehidupan. Jangan hanya beriman saat kita susah, saat kita sakit, saat kita telah dirasuk syaitan dan iblis, baru kita mahu mencari Allah! Maka taqwa tidak akan lahir.

“Beruntunglah orang-orang yang membersihkan jiwanya. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorkan jiwanya.” (ASy-Syams: 9-10) -kredit to abu ridwan

subhanallah..pencerahan yang mampu menggetarkan. memiliki hanya sekeping hati. membawa ke mana sahaja samada diwaktu cerah ataupon malam. hidup mengharapkan sesuatu yang mesti ada pada jiwa. allah lebih mengetahui yang perlu untuk hambaNYA.

kekadang kita bercerita tentang jiwa mengharapkan satu inzar ketenangan. perkongsian kekadang menjadi hampa. tak semua manusia menyenangi setiap berita..
"oo..yeke..sabar .k"
"k,beres.."
"sabarlah.."
apapon setiap yang berlakun pengajaran untuk diri. bukan setiap perkara untuk diceritai..pasti cerita tersebut ada sedikit pengajaran yang pasti.. maka..hanya ALLAH sebaik2 tempat mengadu..moga segalanya bernilai ibadah..

"Allah mentakdirkan segala dalam kehidupan..memberi setiap titisan airmata untuk merasai tangisan..dalam tangisan untuk menghargai sedikit kebahagian..ini akan mengingatkan betapa tuhan tidak mencipta sesuatu dengan sia2..setiap duka ada sukanya..maka gembiralah wahai hati yang tenang..menangislah sekadar mampu menghilangkan rasa dukacita kerana engkau hanya insan biasa,,tidak sempurna" nadya alfateh....

9 Jun 2011

segalanya cukup indah


salam bertamu didataran hati :D

melukis lagi segala rasa disini..terlalu rindukan perasaan ini.. sebelum2 ni habis je paper final exam, terus ke lab libry...meluah segala yang terbuku dihati. lebar juga senyuman nih :) template baru yang sedari semalam lagi xdapat nak buat.akhirnya menjadi juga. mata kian terasa pedihnya, dapat tidur dalam 4.30-6 pagi.. ini sahaja waktu terlelap.. peliknya balik terengganu 2hari..2malam lena sungguh2 tanpa kipas n xrasa panas pon..berada disini..tidur bawah kipas no.3 pon. tilam masih belum dapat disentuh.bahang cukup terasa.terasa seperti disalai atas api.. seminggu sudah tidur diatas simen lantai yang beralaskan tikar getah. kesukaran melelapkan mata..selama sebulan disini.payah benar nak lena. yang pasti udara terengganu pasti selalu dirindui.


rasai sedikit yang bermakna

penyelia, puan azlina datang darpada kampus unisza melawat anak2 buahnya disni. terubat juga dengan keperihatinan dan bertukar cerita kawan2 lain yang sedang praktikal disekitar selangor dan kL. akhirnya BIG APPLE menjadi pilihan hidangan tengahhari. :) . banyak kali sis menatap result final exam semester 6. tetiba mata terasa pedihnya.. gembira atau kecewa? kejayaan @ istidraj? sentiasa menghantui..ya..memang sis usaha betul2 untuk mendapatkan keputusan sebaik ini. namun apa daya bila dihitung2 bercampur pula dengan dosa dan noda. dimana nilai barakah 3.78 keputusan yg digapai. semester lepas memang hard betul2.. dapat 3.68, melepasi target. pertama kali sis melihat ibu bangga dengan kejayaan ini.. apapon rezeki itu dari allah. moga segala kesilapan tidak diulangi. terhibur juga dengan cerita yang sedang hangat dijabatan :). ada student mendapat fullmark dalam final exam. betul semua.. 50/50. kecoh pensyarah lain dengan pendirian ust wan saifuldin mempertahankan studentnya itu... huhu.. terharu betul. bak kata puan azlina "pandai betul budak tu ye lebih dari pensyarah..xpernah2 ade dalam sejarah dapat 50/50''. gurauan itu bersahaja tapi terkedu juga sis mendengarnya. bila sis tanya ust. "macam ne saya bleh dapat fullmark...banyak soalan..memangla semua boleh jawab " jawab ustaz "dah enti jawab semua dengan betul..ust bagilah.. walaupon ada yg pertikai tapi ust pertahan, anak murid kesayangankan.." huhu..kembang juga saat itu. apapon.syukran ust. bagi kenangan manis buat sis..terharu... ='(

bila diri disayangi..

sis kena kuat.."ramai yang sayangkan nadia" gementar juga bila diucapkan sesuatu yang sukar dirasai.tenkiu pada kak shahirah said yg sudah berpenatan memberi khidmat kaunseling sepagi menenangkan apa yang telah berlaku pada sis lewat malam tadi. apapon.. terlalu pasrah sudah.. sis bahagia dengan apa yang berlaku.. ditambah dengan penjelasan sebenar2 apa yg berlaku oleh seorang ust. selama ini ditipu hidup2@mati2.. apapon..syukran ust.. pandangan dan keperihatinnan ustaz amatlah ana hargai. keletah kanak2 rebina.. pah,deqna n acik turut membuatkan diri ini memandang segala masalah umpama melepaskan lelah yang terbuku. begitu juga teman setia sepanjang setahun ini iaitu nadiha. romate,housemate,clasmate yang banyak berkongsi segala rasa.. keceriaan hidup seharian dengan penyelia kak faiza,maryam n kak ain..segalanya cukup indah untuk dibandingkan dengan tangisan yang tak bermakna. terima kasih tuhan..ya ALLAH..

1 Jun 2011

Pertama kali Solat diterima Tuhan


Moga-moga cerita ini mampu memberi pengajaran kepada kita semua

Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.

Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid - murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.
Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita :

Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.

Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyangpun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing - masing sambil ketawa terbahak
- bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset.

Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah!

Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah - olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman yang sekira - kira bermaksud :

"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa."
(SurahAn-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombangan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah Luqman 1)

Renunug-renungkan

28 Mei 2011

selamat pengantin baru


slm barokah..huhu..xterhitung sedihnya dihati..sahabat dunia akhirat yg sentiasa ditunggu kepulangan daripada jordan akan mendirikan rumahtangga pada hari ini dan semestinya begitu terkesan apabila tiada disisinya tika ini. allahurabbi..sukar juga nk menerima hakikat...

latihan industri yang masih berbaki sebulan lebih memaksa memenuhi tuntutan kewajipan yang ada melebihi masa. dah dua tiga hari bermuram durjana :( .. apapon shbtku @aisyah jundullah.. saya tetap mendoakan kamu..menyayangi kamu..huhuhu..masih sedih..ngak dpt pulg ke trg.

barakallahulakuma wabaraka alaikuma..wajam,u bainakuma fil khair.. tahniah buat

Aisyah & Syukri

24 Mei 2011

cahaya tercipta..


salam ukhwah fillah.. muah3..kepada semua sohabiah..salam perjuangan untuk semua. Dimedan praktikal untuk latihan industry selama 2bulan, sis telah memilih rumah kebajikan anak yatim dan miskin almunirah diklang dibawah kelolaan ust ahmad dasuki abd rani. Alhamdulillah. Sepanjang berada disini yg mana hampir 2minggu sangat menyeronokkan.terasa seperti satu keluarga. Duk dirumah sewa bersama dua orang staff. Kak faezah yg serius tapi baik hati dan kak aini yang periang lagi prihatin. Sikapnya sebijik mcm my lovely sis..shahirah said. Muka pn seiras..sangat memahami. Asyik suh baca doa cepat jodoh..huhu “satu kepala da..” .

Pada awal kedatangan, rasa kurang senang kerana tidak ada apa kerja untuk dilakukan.tapi Alhamdulillah seringkali mencari peluang dimana sahaja. First n second day.. duk bahagian dapur tolong tukang masak yg dipanggil ibu. Sangat best dan banyaak menu yang dipelajari. Warden asrama dipanggil ummi,abi dan walid. kitaorang skalipon panggil abi n ummi.

Rindu terlerai.jumpa dengan adik2 yang periang ni membuatkan segala masalah hilang. Bermula dengan hari kecemerlangan.melatih adik2 membuat persembahan. Seterusnya pada suatu malam jalan2 n makan2 kat luar bersama anak-anak yatim yang sudah tamat berada dialmunirah. Seterusnya bersama mereka ke taman pertanian shah alam untuk jogging. Pening dengan keletah mereka. Ada waktu lapang mengajar mereka untuk exam dan ada kelas kafa bagi membantu seorang ustaz. Solat berjemaah dengan mereka dan pada yang terdekat ada kem solat selama seminggu didalam kawasan je. Dan mengadakan kelas tuisyen tiap2 malam untuk subjek mate bi dan sains. Moga2 segala perancangan berjalan dengan lancar.

Semalam berada sepetang di pusat perubatan tibbunnabawi yang diusahakn oleh ust ahmad dasuki di munirah care berdekatan dengan rumah anak yatim juga. Terkesima juga melihat pengunjung yang datang.kebetulan menjaga kaunter dan melihat telatah makcik2,,pakcik2..kakak..abang.. huh! Macam2 ragam. Dimunirahcare ni terdapat 3bilik dan 3@4 orang ustaz yang boleh berubat termasuk ustaz ahmad dasuki. Semua yang ingin book tempat akan diminta tulis nama dan dipanggil pada nombor yang berkaitan..maka sepanjang dikaunter..

“dik..akak nak bilik yg ust dasuki berubat ye..”

“dik..saya direct dah call ust mad..xyah tulis nama..ust dasuki kenalan lama..”

“tolong letak awal2 ckit nama makcik ye..”

Berkebetulan ust2 semua ada hal malam tadi.maka seramai 30 orang sahaja yang diambil. Maka kekecohan berlaku..

“saya datang dari jauh ni..mcm ne..xkan nak ulang alik minggu depan”

“mcm ne saya nk booking..kalu melalui telefon xdapat..”

Dan pelbagai lagi masalah2 yang berlaku.huhu..takut dah nak jaga kaunter, asal nk lihat kaedah perubatan,namun semuanya kelam kabut skali. Kami pon mengundur diri seawal magrib..

Seusai kerja pejabat yang tidak berkehabisan. Penat menguasai diri. Berada disini entah la..apa yang hendak dicapai. Sudah berkorban untuk seseorang namun sukar juga sebenarnya. Allahurabbi.. doakan sis sentiasa dibawah naungan rahmat. Alfatihah untuk anak2 yatim at taqwa ulu Langat. Pada hari tersebut. Mak.kawan2 duk msj call ingatkan almunirah. J . moga mereka diletakkan sebagai penghuni syurga..amin. kepada kawan2 yang ingin mendirikan baitul muslim.. aisyah harun..tuan khairiah.. norliza. Izzah nukman. Nazifah muda dan sesape yang tak tersebut. Maafkan daku kerana komitmen yang xdapat dielakkan. Moga kalian bahagia L ..

4 Mei 2011

berdiri di atas pelangi..


Kata Umar Abdul Aziz - "Sungguh aku memiliki jiwa yang merindu. Jiwa yang merindui kepimpinan, maka aku mendapatkannya; merindui khalifah, maka aku meraihnya; dan sekarang jiwa itu merindui syurga."

terjadinya punca kelemahan diri apabila mengutamakan dunia atau tenggelam dalam aktivitas pencarian harta dan kenikmatan dunia. Dr. Mushtafa as-Siba’i pernah menuliskan dalam bukunya sesuatu yg patut kita renungkan : „Ada dua cinta yang tidak pernah bersamaan dalam satu waktu pada jiwa seseorang, yaitu cinta Allah & cinta maksiat ...".

Bagaimana seseorang bisa mencintai Allah, sedangkan perbuatan maksiatnya itu menjauhkannya dari Allah ? Atau bagaimana seseorang bisa melakukan maksiat, sedangkan ia sangat cinta kepada Allah ? Tepatlah apa yang dikatakan oleh Dr. Mushtafa bahwa kedua cinta ini tidak akan pernah tumbuh bersamaan.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu tapi melihat hati dan perbuatanmu.” (H.R. Muslim).

Rasulullah saw. bersabda dalam riwayat lain,
عَنْ عَلِيِّى بْنِ أَبِى طَالِبٍ رَضِيَى اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنَ الْقُلُوْبِ قَلَّبَ إِلاَّ وَلَهُ سَحَابَةٌ كَسَحَابَةِ الْقَمَرِ، بَيْنَمَا الْقَمَرُ مضئى إِذْ عَلَتْهُ سَحَابَةٌ فَأَظْلَمَ، إِذْ تَجَلَّتْ عَنْهُ فَأَضَاءَ (البخارى ومسلم)
“Ali bin Abi Thalib r.a. menceritakan bahwa Rasulullah saw. bersabda: “Tiada satu hati pun kecuali memiliki awan seperti awan menutupi bulan. Walaupun bulan bercahaya, tetapi karena hatinya ditutup oleh awan, ia menjadi gelap. Ketika awannya menyingkir, ia pun kembali bersinar.” (H.R.Bukhari dan Muslim)

berdiri diatas pelangi..mustahil..namun kuasa allah segalanya mungkin. berdirinya itu diibaratkan kemundulan diri ini berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam. iman mujtahid sudah mengkhabarkan..celakalah bagi orang yang lebih teruk dari semalam..


adoiiii..miss my mom :( .. rasanya kering airmata.. penyesalan tetapi tiada aura taubat. bagaimana mungkin terjadi demikian jika bukan hati masih beracun. ya rabb..kuatkan aku berdiri diatas pelangi ini :( 2 paper lagi...tapi.... lost.. kemana hilangnya penumpuan nih.. astagfirullah..


2 Mei 2011

berharap bagaikan rabiatul adawiyah

Menurut Profesor Dr Yusof Al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk Sistem Masyarakat Islam dalam Al-Quran Sunnah, beliau menyebut bahawa Islam telah menghargai kewanitaan wanita dan Islam menganggap wanita sebagai unsur penyempurna bagi kaum lelaki, sebagaimana lelaki juga penyempurna bagi wanita. Maka bukanlah antara satu sama lain dari mereka itu sebagai musuh, bukan pula sebagai saingan, akan tetapi wanita sebagai penolong bagi kaum lelaki untuk menyempurnaan keperibadian dan jenisnya, dan sebaliknya. Oleh kerana perkaitan yang erat antara lelaki dan wanita inilah Islam memperlakukan wanita dengan baik tanpa merendahkan dan menghina mereka.

diciptakan setiap insan berpasangan.lumrah kepada sebuah kehidupan. merindui dan mengharapkan satu pertemuan yang abadi.pasti..semua itu diimpi oleh setiap insani.sedikit lontaran disebalik serpihan jiwa yang merintih..

bagaikan rabiatul adawiyah..

diluar jendela kehidupan..
adakala manusia sering terlupa..
yang mengatur hidupnya..
adalah sang pencipta..

dipintu harapan..
sering diukir..dilukis seribu persaan..
impikan seperti saidatina khadijah..
sepanjang hayatnya dimiliki hanya rasulullah..
impikan seperti saidatina fatimah..
disayangi dikasihi Ali..sangat bertuah..
ingin jua dicintai seperti saidatina aisyah..
sehingga hujung nyawa yang mencintainya..
tetap memilih diribanya untuk rebah..

itu cinta yang membawa ke syurga..
bagaimana pula syurga cinta?
berkali2 tangga cinta dinaiki..
satu persatu tiada tempat untuk berhenti..
segalanya silih berganti..
susahnya menilai..dimana takdir yg telah tertulis..

ketinggian cinta itu disisi tuhan..
biarlah diri berharap bagaikan rabiatul adawiah
meskipon cinta tidak dimiliki insan..
namun rasa bertuhan menjadikannya indah..
mabuk..mabuk cinta..

bagaikan rabiatul adawiah..segala harapan..
bukan mengingkari sebuah fitrah..
namun setiap yang datang mengundang kecewa..
lebih baik cinta itu tidak pernah hadir..
bagaikan rabiatul adawiyah..
bukan jalan terakhir..tetapi adalah pengharapan..

nukilan : sis alfateh



musim exam..musim tarbiah..musim ibadah..allahuakbar... xde masa nak rest dah.. 15.5 da start praktikal di almunirah.. rumah ank2 yatim klang.. doakan keberlangsungan hidup ini..tanpa hadirnya sesiapa yang menggangu mujahadah.. ujian.namun xmampu untuk berdepan..huhu.. allahurabbi.. esok..exam..llama dah xberconteng2 do blog ni... :( good luck sis.. :)




9 Apr 2011

Belajarlah Dari Orang Yang Lalai

salam sebaran dakwah..berkongsi manfaat u akhirat :)

oleh Aidh Al-Qarni

Adz-Dzahabi menceritakan bahwa ketika sakaratul maut menghampiri Abdul Malik bin Marwan, ia mendengar tukang cuci dari samping istananya. Ia pun berkata, “Oh, sekiranya aku tukang cuci biasa … Seandainya ibuku tidak melahirkanku … Seandianya aku tidak menjabat khalifah…”

Sa’id bin Musayyab, tabi’in terkemuka, mengatakan , saat mendengar ini, “Alhamdulillah”, Allah telah membuat mereka lari ke kita di saat meninggal, bukan kita yang lari ke mereka”. Kita berlindung kepada Allah dari kehidupan seperti ini, yang membuat kita lengah dan lalai.

Abdul Malik bin Marwan, sewaktu berhasil mengalahkan para penentangnya dan membunuh Mush’af bin Zubair di Irak, membentangkan mushaf di hari ia diangkat menjadi Khalifah. Ia membaca mush’af tersebut, lalu menutupnya kembali seraya berkata, “Ini adalah kali terakhirku denganmu!” Lalu, komentar Ad-Dzahabi dalam siyar A’laamin – Nurbalaa, “Ya Allah, jangan perdayakan kami”.

Bandingkan dengan Sa’ad bin Abi Waqqash, salah seorang yang dijamin masuk surga. Ketika sekarat, ia didatangi oleh anak perempuannya yang menangis dekat kepalanya. “Jangan menangis, putriku. Demi Allah, aku ini termasuk penduduk surga!”, ucapnya. Ia benar … beruntung dan berbahagialah Sa’id! Nabi Shallahu alaihi wa sallam telah mengabarkan bahwa Sa’ad termasuk penduduk surga.

Betapa jauh perbedaan orang itu. Betapa jauh perbedaan akhir kehidupan keduanya. Tak dapat dibandingkan antara keduanya.

Muawiyah bin Abi Sufyan, sang khalifah, sedang sekarat. Ia turun dari singgasananya, menyingkap permadani, dan menyapukan debu ke wajahnya. Allah Ta’ala berfirman :

مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan merka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh sesuatu di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan di dunia dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. Hud : 15-16)

Muawiyah melanjutkan, “Aku tidak mempunyai bekal apapun yang lebih ampuh dari Laa ilaaha illallaah Muhammad Rasulullah”. Muawiyah melanjutkan, “Bila meninggal nanti, kafanilah aku dengan gaun yang kuperoleh dari Rasulullah shallahu alaihi wa sallam. Ada botol di ruangan kantor kekhalifahan berisi kuku dan rambut Rasulullah! Taruhlah kuku dan rambut tersebut pada mata dan hidungku”. Ia lalu pergi menghadap Allah.

Harun Ar-Rasyid, menjelang ajalnya datang, mengadkan parade militer. Ia memandangi tentaranya, berdo’a : “Wahai Yang Kekuasaan-Nya tidak lenyap, rahmatilah orang yang kekuasaannya sirna”.

Al-Watsiq, pemangku jabatan khalifah sesudah Al-Mu’tashim, adalah orang yang kejam tidak kenal ampun. Dialah yang memenggal kepala Ahmad bin Nashr All-Khuza’I, ulama masyhur, salah satu pucuk pimpinan Ahlul Sunnah wal Jama’ah dan termasuk ulama terkemuka, serta penulis kitab al-I’tishaam bil-Kitab was-Sunnah.

Ketika itu beliau menghadap Al-Watsiq. Al-Watsiq menyuruhnya mengakui bahwa Al-Qur’an itu adalah makhluk. Akan tetapi, ia menolak, menentang, dan tidak mau menerima. Al-Watsiq maju dengan sebilah pisau kecil, menusukkannya ke dadanya. Ia menyembelihnya seperti menyembelih kambing.

Kemudian, Al-Watsiq pada saat sekarat, sebagaimana dituturkan oleh As-Suyuthi dalam Taariikhul Khulafa’, begitu mereka membaringkannya setelah ia meninggal dan menyerahkan ruhnya kepada Allah, datangnya seekor tikus yang mengambil kedua matanya dan memakannya!” Peristiwa ini dipelihatkan oleh Allah kepada manusia-manusia diktator di dunia ini.

Thawus, ulama Yaman, datangmenghadap Abu Ja’far al-Mansur.Abu Ja’far adalah oran gyang sangat kejam. Ia telah memenggal kepala para raja, pangeran, dan menteri. Ia dalah seorang paling cerdik. Namun, akhirnya pergi juga menghadap Allah. Seekor lalat selalu hinggap di pucuk hidungnya. Ia mengusirnya, namun lalat itu datang lagi.

“Untuk apa Allah menciptakan lalat, wahai Thawus?”, tanya Abu Ja’far. “Untuk menghinakan kesombongan para tiran”, jawab Thawus. Abu Ja’far terdiam. Lalu ia berkata, “Tolong ambilkan tempat tintat itu”. “Tidak.Demi Allah. Kalau yang akan tuan tulis kebathilan, saya tidak akan membantu tuan untuk sebuah kebathilan”, ujar Thawus, seraya meninggalkan Abu Ja’far Al-Mansur.

Begitulah sikap yang ditampilkan para ulama yang bertakwa dihadapan orang-orang lalai. Ibnu Abi Dzi’b didatangi oleh AlMahdi di Masjid Nabawi. Al-Mahdi adalah seorang Khalifah, putra Abu Ja’far al-Manshur. Orang-orang berdiri, kecuali Ibnu Dzi’b. “Mengapa engkau tidak berdiri menyambut kami seperti yang dilakukan orang-orang?”, tanya Al-Mahdi. Ibn Dzi’b menjawab : “Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, sebetulnya saya mau berdiri menyambut. Tapi saya teringat firman Allah, “Yaitu pada hari (ketika) semua orang bangkit menghadap Tuhan seluruh alam”. (Al-Muthafiffin : 6). Karena itulah aku urung berdiri”. “Duduklah! Demi Allah, semua rambut di kepalaku berdiri mendengarnya”, ucap Al-Mahdi.

Abdul Haq al-Isybili menyebutkan bahwa Al-Mu’tashim dijemput kematian. Al-Mu’tashim , penglima militer sekaligus khalifah yang menaklukkan Amuria dengan sembilan puluh ribu prajurit. “Sembilan puluh ribu prajurit bagai singa, kulit mereka matang lebih cepat dari buah tin dan anggur”.

Sebagian para sejarawan mengatakan bahwa ia eprnah meraih lempengan besi lalu menulsikan namanya, karena saking kuatnya. Ia termasuk orang yang paling perkasa. Bahkan seorang ahli hadist berkisah, “Saya menghadap al-Mu’tashim . Ia mengulurkan tangannya kepada saya, lalu berkata, “Aku memintamu, atas nama Allah, untuk menggigit tanganku”. “Saya pun menggigit tangannhya”, lanjut ahli hadist itu. “Demi Allah, gigitanku tidak berbekas pada tangannya”.

Tapi, keperkasaan Al-Mu’tashim itu tidak berdaya saat menghadapi kematian si pemusnah kenikmatan, pemisahkumpulan, dan perampas anak laki-laki dan perempuan. Ajal al-Mu’tashim tiba. “Apakah hari ini aku akan mati?”, tanyanya. “Ya, hari ini Tuan akan mati”, jawab orang-orang. Dia masih sangat muda, baru empat puluh tahun umurnya. Orang mengira ia tidak akan mati sebelum umur tujuh puluh tahun. Allah berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat).” (QS. al-Hasyr : 18)

Orang-orang asyik bermaksiat hanya akan sadar saat sekarat. Betapa banyak penceramah menyampaikan! Betapa banyak ulama berbicara! Betapa banyak da’i sudah menyerukan. Namun, sebagian baru menjawab ketika nyawanya sudah meregang di dada. Laa illaaha illallaah. Betapa lalainya manusia. Wallahu’alam.

Jauhkan Zina Pikiran, Lamunan dan Khayalan


salam perkongsian..moga jiwa sentiasa merendah dalam diam pd pencipta

Betapa manusia modern yang sudah terjebak dalam kehidupan jahilayah, setiap harinya hidup mereka tak dapat lepas dari zina pikiran, lamunan dan khayalan, yang menyelimuti kehidupan mereka. Setiap langkah keluar rumah, dan bahkan di dalam rumah pun tak dapat melepaskan dari bahaya zina pikiran, lamunan, dan khayalan. Hakikatnya, bi'ah yang ada, dan diciptakan oleh manusia itu sendiri, sejatinya telah membawa mereka kedalam kehidupan yang kotor, akibat zina pikiran, lamunan, dan khayalan.

Siapa hari ini yang dapat menjaga dirinya dari zina pikiran, lamunan-lamunan yang tak terbatas, khayalan-khayalan, yang telah merasuk dalam jiwanya, dan menguasai seluruh relung kehidupannya, tak mampu lagi manusia, bangkit menghadapi nafsu syahwat yang telah membelenggunya. Kehidupan dunia yang serba gemerlap dengan rona, yang sangat menarik dahaga bagi manusia, yang haus akan kenikmatan dunia, maka pikirannya, lamunannya, dan khayalannya, hanya menjadi sarana pembuka syahwat, yang sudah menguasainya. Inilah kehidupan di zaman ini.

Zina pikiran, lamunan, khayalan itu, senantiasa akan terus berputar-putar di dalam hati manusia, yang tak akan ada habis-habisnya. Apalagi, kehidupan kini, yang semakin penuh dengan tawaran kenikmatan dunia, maka akan semakin mendorong manusia, terus menerus dikuasai pikiran, lamunan dan khayalannya, sampai saat datangnya kematian itu sendiri. Manusia yang sudah dirasuki pikiran, lamunan, dan khayalannya pada kenikmatan dunia, ibarat seperti orang-orang yang terus-menerus mengejar fata morgana, yang dikira akan dapat memuaskan dahaganya, ternyata itu hanyalah khayalan, karena fatamorgana itu, tak pernah berubah menjadi air yang menyejukkan tenggorokan mereka.

وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّىٰ إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِندَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ ۗ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Dan orang-orang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu ia tidak mendapati sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah disisinya, lalu Allahk memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya”. (QS : an-Nuur : 39)

Pikiran kotor, lamunan, dan khayalan merupakan modal bagi orang yang bangkrut alias pailit dalam perdagangan. Kekuatan jiwa yang kosong tanpa isi, yang sudah dirasuki dengan pikiran, lamunan dan khayalan, dan tidak lagi terpaut dengan kebenaran dan kebaikan.

Lamunan sangat berbahaya bagi manusia, karena menyebabkan kelemahan, ketidakberdayaan, kemalasan, penyimpangan, penyia-penyiaan waktu, melalaikan perintah Allah, dan hanya melahirkan kepayahan dan kelelahan. Tatkala seorang pikirannya sudah dipenuhi dengan lamunan dan khayalan, maka akan kehilangan saat menikmati alam realitas. Ia akan membayangkan bentuk khayalan di dalam hatinya, ia merasa puas dengan bentuk palsu yang sifatnya fiktif, saat itu ia melakukan sesuatu yang tidak ada gunanya sama sekali. Ibaratnya seperti orang yang lapar dan dahaga yang membayangkan makanan atau minuman yang lezat dengan bentuk fiktifnya. Seakan ia makan dan minum. Orang yang merasa puas dengan dunia khayalan telah menunjukkan dirinya berjiwa hina.

Hakikatnya, waktu itu, tak lain, adalah umur manusia. Jika hidupnya hanya dalam pikirannya yang penuh dengan lamunan dan khayalan, maka saatnya nanti manusia akan dihadapkan dengan realitas yang sejatinya, yaitu kehidupan akhirat.

Di mana manusia akan mendapatkan kenyataan yang sejati tentang kehidupannya. Pikiran yang selalu dibenamkan dengan lamunan dan khayalan, yang tak berujung, dan hanya diorientasikan kepada kenikmatan-kenikmatan yang sifatnya palsu, maka saat manusia tersadar dari lamunan dan khayalan, manusia hanyalah akan menderita yang sangat. Ternyata alam yang nyata, yang dihadapinya diakhirat, yang selama ini tidak pernah terbersit dalam lamunan dan khayalan menjadi sebuah kenyataan, dan ketika manusia tidak dapat lagi lari dari kenyataan itu.

Setan masuk dalam hati yang kosong dari lintasan pikiran, kemudian ia menyibukkan pemiliknya dengan hal-hal yang rendah. Tetapi manusia yang pikiran lamunan dan khayalan sudah dipenuhi dengan nafsu, menyebabkan bisikan setan yang akan membawanya kepada kehidupan yang rendah dan hina, lalu manusia mennganggapnya sebagai kemuliaan, keindahan, dan kenikmatan.

Maka, orang-orang yang berburu dengan kenikmatan palsu, keindahan yang hina, serta kesenangan sesaat, hakikatnya sudah menjadi pengikut dan budak setan. Mereka tidak dapat lagi membedakan mana yang bernilai al-haq, dan mana yang bernilai bathil. Semua kenikmatan yang bersumber dari bisikan setan, memupuskan segala kebaikan yang dimilikinya.

Karena itu, orang-orang yang menempuh jalan tasawuf (arbabus suluk) mendasarkan suluk (akhlak) mereka dengan menjaga lintasan-lintasan pikiran mereka, dan senantiasa menjauhkan diri pikiran yang membawa kepada lamunan dan khayalan, yang menjerumuskan mereka ke dalam kehidupan para hamba dunia.

Belajarlah dengan Umar Ibn Khatab, yang pikirannya selalu penuh dengan pikiran-pikirannya yang hanya diarahkan untuk mencapai ridha Allah Azza Wa Jalla.

Umar shalat dengan khusuk. Tetapi, saat usai shalat, pikirannya dipenuhi dengan bagaimana mengatur tentaranya. Antara shalat dan jihad selalu tak pernah dipisahkannya.

Setan tak pernah bisa masuk dalam benaknya Umar, yang merusaknya dan mengalihkan itijah (orientasi) hidupnyag yang tulus hanya diarahkan untuk tunduk dan patuh kepada Allah semata. Walahu’alam .oleh Mashadi