bertemankan tangisan satu keluarga nih..mata ini juga tak henti2 mengeluarkan air mata.. tak sebak..namun pedihnya mata ini tidak dapat dikawal.. yelah..asap menyerang lam rumah ni..hu2.. sakitnya mata..namun sebenarnya jiwa juga sakit..sakit sangat2 walau tanpa asap ini..resah..keluh kesah sepanjang waktu..moga allah bersamaku selalu
ibu: sejak semalam lagi asyik batuk2..pening2 dan muntah2..betul!ibu ada penyakit darah tinggi namun akhir2 ni jarang benar sihat seadanya..ditambah cucu2nya yang xtive ni..petang tadi ibu minta tolong urutkan..ambik sebijik..aku pula yang pening..takpelah..demi ibu tercinta..harap2..ibu sentiasa sihat..disebalik kesakitan ini..ada hikmahnya..
ayah: hari ni ayah pula demam..hurm..nampak lemah sanagt semasa nakpi solat jumaat tadi..gusarnya hati melihat orang tua ku ini..gaji ke2 bulan ni dah dapat pada 23 hb.. hurm..tadi beria la bagi kat ayah rm100 tapi reject2..ayah selalu ulang ayat " simpan jelah duit tu..klau bagi ayoh pon..kekgi minta mula" kesot ati..hu2..dah niat awal2 nak bagi kat ayah gaji ke2.. gaji pertama dah bagi kat mak rm 100..takpelah..belilah something untuk ayah ti..:) ayat org trg ..ayah "nyala" tadi..kat luar rumah..itu yg asap masuk abih satu rumah..takpelah.. sama2 kongsi rasa sakit..untungnya family nih.. ^_^
sis: pelbagai persoalan timbul..keresahan berpunca dari jiwa yang sakit..kesakitan berpunca dari sifat yang sensitif..sensitifnya terjadi bila tidak meredhai sesuatu perkara.. disebalik kesakitan ini ya allah..kurniakanlah..iman yang bertambah..moga hati ini sentiasa pasrah dengan ketentuanMU.
Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan. (Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari)
Dari Ibnu Abbas RA, berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan mudarat ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukan melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah.”
“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.” [Hadith]
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )
Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
disebalik kesakitan ini..jiwa terubat dengan peringatan dari kalam2 tuhan..inzar dari rasulullah.. moga hati ini..senantiasa dididik dengan ketaqwaan..kezuhudan terhadap dunia..syukur paada allah..beri kekuatan selalu kepada hamba yang hina dan dhoiff ini