4 Dis 2010

berhijrah sekalipun sukar


Allahurabbi..pemilik hati..yg memberi hati dan menjaga hati..
salam dan selawat pada rabbi. sedang menunggu kedatangan my bro..(^_^)V

hampir sudah semua umat islam muzakarah..diskusi..maal hijrah.lagu pon dah semakin rancak menati ketibaan satu muharram.hijrah..berubah ke arah kebaikan.semestinya.meminjam kata2 syeikh hadi"berhijrah sekalipon sukar" memang sukar syeikh.. seronok dengan nikmat dunia ni.. ada sahabat memesan satu hadis "ingatlah ALLAH diwaktu lapang..ALLAH akan ingat kamu diwaktu susah" sangat benar. namun hambanya yang tidak tahu bersyukur,nikmat yang ada disia2kan. tahu sesuatu tetapi buat2 tidak tahu. moga sebagai umat islam. islah diri, hiasi peribadi dengan akhlak terpuji. perbaiki azam lepas yang tidak terlaksana dan mulakan azam yang baru untuk perubahan yang jitu..muslim mukmin yang muttaqin iallah. takbir!!!

pesan buat diri sis terutama :

hiduplah sebagaimana yang diingini,buatlah apa sahaja yang dikehendaki namun biarlah lebih baik dari semalam. sebagai hamba,sebagai manusia biasa jadilah hamba yang tahu bersyukur pada kurniaanNYa. teganya kaki ini ingin melarikan diri ke suatu tempat. namun doa rabithah itu yang mengikat. hakikat perjuangan> pada orang mampu faham erti perjuangan. moga medan tarbiah mampu "tazkiyatusnafs" "uzlah nafsiah" . mendidik diri dalam mendidik orang lain sangat bermakna. apa yang kita kata pasti kita akan buat. moga2 ALLAH melindungi hambanya ini yang selalu lemah dan lesu bila hadirnya "sesuatu" .

Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'

(Ali ‘Imran:103)


salam maal hijrah~

2 Dis 2010

"kenapa tak rogol saya"

salam,alaik..perkongsian buat para muslimah pembangun ummah.

Hilmi Halim

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


> buat para muslimah sekalian..jgn takut nak pi blok depan..nak kuar malam sorang 2kalu menuntut perihal amal islami..yakin..yakin Allah melindungi kita. tingkatkan amal.tingkatkan mujahadah..muraqabah..hidup untuk islam :D (^_^)V

29 Nov 2010

terima kasih puan


salam sebersih fikrah didada..

moga2 kalam dari hati mampu dihayati..

dalam kul11 bersiap ke dewan exam, terasa debaran.biasanya tak la sebegini.erm.. semua yang masuk ke dewan exam disambut oleh puan dan menyallaminya sebagai ambil berkat dan semanagat. tiba giliran diri ini..setelah bersalam terus puan mencium pipi ini. tergaman dan terharu. sebak terasa. sis sorang je diperlakukan sebegitu. malam tadi telefon puan untuk bertanya khabar pada tujuan utama dan tujuan lainnya untuk bertanya tentang kekeliruan soklan yang masuk exam dan sis menjadi orang pertama yang tahu puan mendapat cucu sulung.sangat bahagia puan ketika itu. puan berjanji untuk memberi sedikit hint u exam namun sampai ke pagi tidak ada..tetapi kami tak la mengharap sebab kawan2 semua ade dah bagi soalan spot. pagi itu puan menyatakan kemaafan sebab masalah tertentu. sis cukup kagum sikap perihatin puan. satu lagi puan kata berhutang dengan sis satu msj. hurmm..dah lama sis tu..puan masih ingat dia xsempat balas. allah.. cukup sis kagum dengan pensyarah yang merangkap kaunselor..hormat dan ambilberat.moga allah merahmati puan.terima kasih puan
alhamdulilllah.banyak nikmat yg telah allah kurniakan. pertama kali dalam exam tadi. blur saru soalan walhall semua telah dihadam sebaiknya. puas dah baca selawat,alfatihah ayat5. fafahamna.. tidak kunjung tiba juga jawapan 4 markah tu..akhirnya terpaksa bertanya kepada puan.. memang dijangka puan akan membantu.itu yang menyebabkan seusaha mungkin tidak bertanya. terima kasih puan.

banyak yang sis belajar dari puan. sekeliling tidak sempurna untuk dijadikan teladan tapi puan mampu membentuk satu teladan dengan keadaan sekeliing..huhu..faham ke tidak entah ayat nih. :) apapon terima kasih puan.

beliau adalah puan hafiah binti yusof
pensyarah unisza..ibu kepada kami..