13 Ogo 2011

memaknakan hari-hari yang berbaki


Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hndak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)

7 Ogo 2011

lebarkan semangat

salam ukhwah fillah..

bertali arus..mesej..chat fb..telefon dari insan-insan kesayanganku ini memberi kata semangat yang tidak putus-putus. mengharapkan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ingat. sahabat ada disisi.. 29 hari bulan ogos.. tiket pulang beraya..bukan taknak balik awal...tapi.......entahlah.. sesuatu sentiasa menyesakkan hidup ini..tak mampu duk lama-lama disisi ayah bonda.. banyak dah peristiwa mengecewakan mereka..aku lebih lagi rasa kecewa tu.. kak chik pon sudah meminta berhenti keje..mungkin jauh disudut hatinya memahami namun tidak ditunjukkan..tapi hati ni xmampu pulang lagi..

"manusia seringkali mementingkan kebahagiaan sendiri"

bagaimana kita mampu hidup gembira diatas derita orang lain.. sayang memang sayang..tapi untuk apa rasa sayang jika bawa kepada kehancuran..maka bersabarlah wahai hati. bulan tarbiah hati..bulan tarbiah diri..alhamdulillah..semangat kuat dari pakar cinta "kak faiza"huhu..akhirnya mampu menelan nasi buat pertama kali dalam minggu ini. aku tahu ada mata yang sentiasa sayu memandang melihat hari-hariku..cuma naluri ada mengatakan mata memandang serong lebih ramai kepadaku.. teringat kata-kata seorang sedarah dengannya "janganlah memilih sangat" hakikatnya jika dia tahu siapa yang memilih..pastinya dia melutut memohon maaf.. sudah rasa jauh dari mereka..terfikir jua.."sudah terfitnah" tiada sudah yang bertanya khabar hari-hari dalam hidupku..sememangnya begitulah manusia..menuduh melulu.. apapon.. sabarlah wahai hati.. lebarkan semangat supaya insan-insan yang sentiasa memberi sokongan merasa aman.. jika hati sudah parah sekalipon..sembunyikan ia.. agar yang maha esa..menjadi teman setia jika airmata sudah sampai waktunya..

"mohon maaf pada sekalian alam..sahabat..teman..keluarga."

"4hari dihospital kuantan..rasanya seakan lebih teruk dari penjara.. rasa tertekan melihat katil-katil sebelah asyik bertukar penghuni sedangkan muzammil masih setia berbaring disitu 2minggu sudah. "dah boleh balik hari ni" tetiba nada gembira makcik yang menjadi kawanku..haha.. ceria benor suaranya..pepagi lagi siapkan beg..padahal petang baru bleh discharge..huhu..begitulah agaknye ye..perasaan mokwa bila zamil bleh balik. aku berkawan dgn makcik2 je..yela.. dah yg menunggu anak..itulah ibu2 mithali..kadang2 rasa saham jatuh menjunam!!!!!!!!!!!!!!!!! adeiiiiiiiiiiii
"sakit ape anak?"
"mama dia ye?"
ramainya doktor muda2 n hensyem2..memang syarat nak jadi doktor kena hensem ye???jawab3..

kadangkala terguris juga mendengar keluhan makcik2 ni..
"kita anak sepuluh orang..bleh jaga..anak kita lening..anak dia..kita juga jaga"
"cucu makcik ni xnak ngan mak dia..mak dia selalu keje malam..jadi ngan makcik jelah baru dia bleh tido"
"kita ni tua2 doh..sampai ke tua pon duk nyusah ngan cucu lagi..kita ade pakej cukup lengkap ngan darah tinggi,kencing manis,sakit jantung.. baru kuor hospital hari tu..pah2 anak suh jaga cucu pulok kat hospital..rasa kalu bleh balik malam ni..tengah2 malam sanggup balik lalu..wa se angg xlarat doh"

fikir2kanlahhhhhhhhhhhhhhhhh.... sibuk kita dengan urusan kerja..dimana tanggungjawab kita sebagai anak..