7 Jul 2011

menguntum senyuman yang payah


salam keberkatan syaaban..

liku-liku sebuah senyuman yang payah..

menatap masa-masa yang berlalu, dalam warna yang pelbagai, ada suka dan duka. menerjah satu kehidupan yang lebih baik. satu panggilan dihampir malam makin merasa kelamnya bertanyakan khabar dan cerita lama.sukar sudah diungkap dengan rasa yang telah mati. Adikku ini cukup perihatin dengan setiap coretan yang mengukir segala pampanan hati. nadanya yang sukar dinilai.. sekadar mengetahui atau mengambiltahu..hakikatnya perkongsian diselitkan satu inzar u diri ini. "muhasabah balik kak..musti ade yang salah dan tuhan nak perbetulkan.." ya dik..banyak sgt kesilapan.muhasabah demi muhasabah sudah dihamparkan..akhirnya jawapan telah ditemukan..syukur ya ALLAH..

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya.
Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi: “… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.(genta rasa.com)

bersyukurlah wahai hati-hati yang inginkan ketenangan dan rasa kehambaan.

Tiada ulasan: