2 Mei 2011

berharap bagaikan rabiatul adawiyah

Menurut Profesor Dr Yusof Al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk Sistem Masyarakat Islam dalam Al-Quran Sunnah, beliau menyebut bahawa Islam telah menghargai kewanitaan wanita dan Islam menganggap wanita sebagai unsur penyempurna bagi kaum lelaki, sebagaimana lelaki juga penyempurna bagi wanita. Maka bukanlah antara satu sama lain dari mereka itu sebagai musuh, bukan pula sebagai saingan, akan tetapi wanita sebagai penolong bagi kaum lelaki untuk menyempurnaan keperibadian dan jenisnya, dan sebaliknya. Oleh kerana perkaitan yang erat antara lelaki dan wanita inilah Islam memperlakukan wanita dengan baik tanpa merendahkan dan menghina mereka.

diciptakan setiap insan berpasangan.lumrah kepada sebuah kehidupan. merindui dan mengharapkan satu pertemuan yang abadi.pasti..semua itu diimpi oleh setiap insani.sedikit lontaran disebalik serpihan jiwa yang merintih..

bagaikan rabiatul adawiyah..

diluar jendela kehidupan..
adakala manusia sering terlupa..
yang mengatur hidupnya..
adalah sang pencipta..

dipintu harapan..
sering diukir..dilukis seribu persaan..
impikan seperti saidatina khadijah..
sepanjang hayatnya dimiliki hanya rasulullah..
impikan seperti saidatina fatimah..
disayangi dikasihi Ali..sangat bertuah..
ingin jua dicintai seperti saidatina aisyah..
sehingga hujung nyawa yang mencintainya..
tetap memilih diribanya untuk rebah..

itu cinta yang membawa ke syurga..
bagaimana pula syurga cinta?
berkali2 tangga cinta dinaiki..
satu persatu tiada tempat untuk berhenti..
segalanya silih berganti..
susahnya menilai..dimana takdir yg telah tertulis..

ketinggian cinta itu disisi tuhan..
biarlah diri berharap bagaikan rabiatul adawiah
meskipon cinta tidak dimiliki insan..
namun rasa bertuhan menjadikannya indah..
mabuk..mabuk cinta..

bagaikan rabiatul adawiah..segala harapan..
bukan mengingkari sebuah fitrah..
namun setiap yang datang mengundang kecewa..
lebih baik cinta itu tidak pernah hadir..
bagaikan rabiatul adawiyah..
bukan jalan terakhir..tetapi adalah pengharapan..

nukilan : sis alfateh



musim exam..musim tarbiah..musim ibadah..allahuakbar... xde masa nak rest dah.. 15.5 da start praktikal di almunirah.. rumah ank2 yatim klang.. doakan keberlangsungan hidup ini..tanpa hadirnya sesiapa yang menggangu mujahadah.. ujian.namun xmampu untuk berdepan..huhu.. allahurabbi.. esok..exam..llama dah xberconteng2 do blog ni... :( good luck sis.. :)




Tiada ulasan: