20 Ogo 2010

ALangkah Susah "Tarbiah"

salam,alaik

Allahurabbi..3x..

Indahnya tarbiyah dari Allah.
Yang jauh Allah dekatkan, yang lalai Allah ingatkan...Ketika aku memohon kekuatan,
Allah memberikan aku kesulitan sehingga aku kuat,..Ketika aku memohon kebijaksanaan,
Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan,..Ketika aku memohon kesejahteraan,
Allah memberikan aku akal untuk berfikir,..Ketika aku memohon keberanian,
Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi,..Ketika aku memerlukan cinta,
Allah memberikan aku orang bermasalah untuk aku tolong,
Ketika aku memohon bantuan,..Allah memberikan aku kesempatan,
Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,
Tapi aku menerima apa yang aku perlukan.


masalah hati... wahai abnaul pendokong agama islam.. alfaqirah bukanlah hambaNYA yg hebat..kerna tidak diuji sehebat antumna.. antumna amat hebat menerima tarbiah langsung daripada allah..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan amalanmu."

“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”(-Surah al-Baqarah ayat 286-)



18 Ogo 2010

hamba dhaif

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..dipanjatkan kesyukuran pada allah s.w.t..atas nikmat dan usia untuk melalui ramadhan..saki baki masa yg ada..ingin meluahkan seberapa perkara..ya rabbi..terlalu berat untuk menerima apa yg berlaku.. 10 ramadhan telah berlalu.. xkah kita merasa rugi dengan dosa2 yg kian diganda2kan.. benarlah kata ust zahazan.. ramadhan bukan bulan menambah pahala sahaja..tetapi dosa pon diganda2kan.. ya allah.. ruginya orang itu.. bukan mudah nak menaip.. mana tahu jika yg berbicara ini tidak sedar kesilapannya dalam berikhtilat.. namun moga allah memberi taufiq hidayah pada setiap hambanya yang mengaku junjung syahadah..~Sis Maher~


Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh.
Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan
menyeksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang KERUH dan kepada budi
yang rendah, dia akan membawa KEROSAKAN DAN KEHINAAN. Tetapi jika dia
hinggap kepada hati yang SUCI, dia akan mewariskan KEMULIAAN, KEIKHLASAN dan TAAT kepada PEMILIK HATI."

14 Ogo 2010

~segengam tabah dalam ibtila' ~


salam ramadhan kareem..

ibtila' ...

alhamdulillah..diberi taufiq dan hidayah dalam menjalani ibadah seharian.. moga2 shbt2..umat islam sekalian sentiasa istiqamah dalam ibadah dan amal islami...ku doakan juga kesihatan yang berpanjangan dan nikmat iman dan islam kepada sahabat tercinta.. kak nurhayah razali.. yg semakin hari semakin kritikal keadaannya..semalam bersama sahabat pergi ziarah ke hospital..selepas mendapat berita.. saluran punci kencing mengecut n xdapat buang air kecil dan telah dimasukkan tiub.. ya rabbi.. luruhnya hati ni bila menghadap muka sahabat yang diuji dengan begitu berat.. diiringi tangisan selepas meninggalkannya.. mungkin begitu sedih..dirinya xdibenarkan puasa lagi setakat ni..minta kalian doakan..

Alloh Subhannahu wa Ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya senantiasa ber-do’a. Firman Alloh Subhannahu wa Ta’ala, yang artinya: “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdo’alah kepadaKu, niscaya akan Kuper-kenankan.” (QS: Al-Mukmin: 60). “Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku .” (QS: Asy- Syu’ara: 80).

Nabi shallAllohu ‘alaihi wasallam biasanya meletakkan tangannya pada tubuh orang yang sakit seraya berdo’a, yang artinya: “Ya Alloh Tuhan segenap manusia, hilangkanlah sakit dan sembuhkan-lah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali dengan penyembuhanMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (Muttafaq ‘Alaih).

beberapa hari yang lepas juga..keluar ke bandar u membeli sedikit barang keperluan.. tetiba dalam pejalanan dikampung cina kat bandar..xcident berlaku..kami terlanggar van barang..terkejut..terkesima.. " hoi..xtengokka xlepas tu" satu jerkahan dari seorang pakcik.. muka driver dah pucat..ana sendiri..dah blurr.. kereta kami undo..n bila nak pusing kali kedua.. terlanggar sekali lagi.. :( .. "oi..pandai bawa keta ke tidak??" apek cina pula datang marah2..memang dah gelap satu dua..istigfar banyak2.. n bleh lalui.. terus kami "xpandang belakang dah" apa nak jadi..jadilah.. satu hal lagi nak bagitau tuan punya keta sewa.. kemek juga bahagian depan.. semalam setelah berbincang dengan pemilik keta yang begitu bagus dalam meraikan tetamu..siap ajak kami berbuka puasa sekali.. ya rabbi..betapa kelakuan mereka yg begitu menghormati kami walau buat salah.. dalam pebincangan yg akhirnya membawa kata putus..kami bayar sekadarnya la..dari sepatutnya beratus gak.. subahanallah.. dulu xcident motor..langgar anak orang.. sekarang kereta pula..mujur cket.. macamne nak ambil lesen balik ni.. lesen L motor dah burn 2bulan lepas..memang dah xbleh bawak..asyik teringatkan xcident motor.. ya allah.. bagi kekuatan u hambaMU ini..

kesabaran teruji lag..dengan karenah kedai potostat..lain yg diminta..lain yg dibuatnya..pah2 tulisan xterang..banyak rosak.. harga yg sepatutnya rm2.50 jadi 3.70.. sape tak senget kalu camni..dahla potosotat banyak.. memang pahala u part sabar sebulan habis pada hari tu je.. mujur la sahabat yg uruskan.. kalu ana pi tu..maunya kecoh satu tok jembal..astagfirullah.. bulan yg betul2 menguji sikap sabar..

beberapa teguran untuk adik2 yg tersayang..moga2 insan yg dhaif ini sentiasa muhasabah diri..xterniat u menegur silap sesiapa..cuma kadangkala tanggungjwb u mengelak dari fitnah yg mungkin xsedar akan mudaratnya. maafilah segala silap dan salah "sis" ..bukan mudah menjaga lidah..bukn mudah menepis nista.. hanya pada allah "sis" serah segala urusan.. asif jiddan2..

Wahai Allah jauhkanlah dari kami kegundahan dan kesedihan, kami berlindung kepadaMu dari gundah dan sedih, kami berlindung kepadaMu daripada sifat takut dan sifat kikir , kami berlindung kepadaMu daripada himpitan hutang dan segala penindasan, kami berlindung kepadaMu dari segala musibah. Wahai Yang Maha menyingkap musibah menjadi rahmah , wahai Yang Maha menggantikan kesulitan dengan kemudahan , wahai yang maha menerbitkan matahari dari kegelapan malam, terbitkan rahmat dan pengampunan pada hari-hari kami dan tiada pernah terbenam sampai kami berjumpa denganMu di hari perjumpaan, wahai yang maha memanggil setiap hambaNya menuju kedekatan dan ridhaNya .

Rabbi Rabbi..pastikan siang dan malam kami dilewati dalam keluhuran, perbaiki keadaan kami yang masih dalam kehinaan angkat menuju keluhuran , yang dalam keluhuran tambahkan dalam keluhurannya. Ya Rahman Ya Rahim kumpulkan kami dalam cahaya keluhuran dunia dan akhirah, muliakan kami dengan kemuliaan ;

11 Ogo 2010

~::Bingkisan Ramadhan:;~


Salam Ramadhan Kareem...

Doaku..moga ramadhan kali ini membasmi segala kuman yang ada dihati..dijiwa..diminda
benar..sukar menentang nafsu yang bermaharajalela..
namun..bagi seorang hamba..nilai ibadah menjadi ukuran amalan..
harus diinsafi detik dan waktu yang berlalu..

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu"

ya rabbi..kurniakan kepadaku..sahabat2ku..keluargaku..dan saudara seislamku..keberkatan dan kerahmatan yang telah engkau janjikan..

amin..amin..amin ya rabbal alamin..


Mencari makna dalam kehidupan yang tidak difahami oleh diri sendiri..amat sukar untuk dijelaskan.. terasa kadangkala bebanan yang terpikul tidak mampu digalas bukan kerna masalah berat ataupon ringan.. permasalahan bidang yang dipinggirkan..bukan namanya perjalanan bila banyak perhentian yang tidak memerlukan jalan..tiada penunjuk arah..sedang diri terkial2 mencari ke mana sebenarnya jalan yang diberi untuk dituju.. bukan mudah berjalan setelah biasa berlari.. bukan mudah melihat , jika selama ini memerhati.. ya rabbi..adakala sabar itu bukan semudah sebutan..indah didengar..sakit dirasa..

Orientalisme..semakin hari mengkaji perihalnya..makin merasa umat islam begitu lemah..hatta yang mengaku membawa perjuangan sekalipon begitu jahil tentang isu yg diserang dikalangan umat islam.. dakwah harus diteruskan namun dunia hari ini memerlukan pengetahuan yang amat tinggi dalam menyampaikan dakwah.. cukup terkesan pada diri ini bilamana meneliti perancangan yahudi- gerakan freemason.. yang mane kejatuhan demi kejatuhan khilAfah islam.. abbasiyah..dan turki uthmaniyyah..yang disekular liberalkan oleh mustafa kamal atarturk..begitupon akan datang islam pasti menang..namun kini bukan lagi zaman abrahah.. pertolongan dari allah semata2..zaman ini zaman peperangan minda dan usaha jundu2 islam ini.. sepertimana dalam satu persidangan oleh bangsa yahudi ini..kesimpulan yang dapat mereka buat.. umat islam akan kekal dan kuat selagi ada sistem khilafah islamiah..maka inilah yg berjaya mereka hancurkan.. dendam mereka pada kejatuhan palestin ditangan salahuddin al ayyubi..dan kebijaksanan sultan muhammad al fateh sehingga mampu menawan constatinopel@byzantine..cukup bertuah kala merenung dan memerhati..diri ini amat bertuah diberi kefahaman islam..ketetapan iman ..iallah..

*AGAK KECEWA..sebentar tadi..hu2.. bersemangat prepair u presentation.. sampai kul3,4 pagi xtido..last2..satu kelas asyik bercerita tentang isu semasa..xdan kami nak buat perbentangan..sabar ajelah.. moga2 dapat pahala..ada ke patut air mata mengalir kerna perkara kecik tu.. ya allah..halusnya jiwa ini..moga tarbiah lansung dariMU mendewasakan diri ini..amin

9 Ogo 2010

ahlan ya ramadhan al mubarak


salam al mubarak.. sis alfateh mengucapkan salam 1000 perubahan dan hijrah diri ke arah yang lebih baik..pesan untuk sis sendiri..manfaatkan ramadhan yang masih dikurniakan peluang oleh allah..untuk merasai ketibaan ramadhan.. jom imarahkan surau..

xtvt sepanjang bulan ramadhan..

tadarrus..2 muka surat selepas magrib dan isyak oleh imam
berkumpulan pada pukul 6.15 petang

iftar jamaie setiap sabtu isnin dan khamis

qiamullai setiap malam jumaat dan malam ahad

moreh@jamuan selepas terawikh :tiap2 malam..sumbangan daripada jemaah surau

solat berjemaah..solat terawikh

5 Ogo 2010

~Open Your Eyes~


salam,alaik..salam kerinduan dalam kerahmatan..ya rabbi..ampunilah khilaf yg xterduga..

ya rabbi..hambamu yg hina ini..mungkin biasa-biasa..mungkin luar biasa..namun hati..jiwa...xdianggap biasa.. biasa didengar..dianggap biasa pada yg melihat..dibiasakan menafsir pada yg memerhati..sedangkan diri..hanya insan biasa..biasa membuat salah..terbiasa disalahkan
biarlah..biasakanlah menerima apa yang manusia biasa buat..kerna semua insan biasa..bergelar hamba..pada pencipta yg Esa..

inilah manusia..kesedaran pada kelemahan diri..muhasabah..tapi tidak berubah.. menegur tapi tak mampu memperbetul...melafazkan tapi xmelaksanakan..mencadangkan tapi tiada perubahan.. akuilah..manusia itu sama pada kebiasaannya..

~maherah zain~
look around yourselves..cant you see this wonder
spreaded in front of you..the clouds floating by
the skies are clear and blue..planets in the orbits
the moon and the sun..such perfect harmony
let's start question in ourselves
isnt this proof enough for us..or are we so blind
to push it all aside..no

we just have to..open our eyes, our hearts, and minds
if we just look bright to see the signs
we cant keep hiding from the truth
let it take us by suprise..take us in the best way
[allah]..guide us every single day
[allah]..keep us close to you
until the end of time

look inside yourselves..such a perfect order
hiding in yourselves..running i your veins
what about anger love and pain
and all the thing you are feeling
can you touch them with your hand
so are they really there
lets start question in ourselves
isnt this proof enough for us
or are we so blind..to push it all aside..no

when a baby's born..so helpless and weak
and you are watching him growing
so why deny..whats in front of your eyes
the biggest miracle of life

you created everything..we belong to you
Ya Rabb we raised our hand..Forever we thank you


1 Ogo 2010

kembara daei diperkampungan org asli@ antropologist

salam,alaik.. ailow kabar(apa khabar-bahasa batek) semua org2 kita..

menaiki storm untuk masuk ke kawasan pedalaman

jip kat depan rosak sebanyak 3kali sepanjang perjalanan

tepat jam 7 malam sampai ke kampus unisza..perjalanan 5jam sekejap je rasa..kembara dakwah bagi yg anggap dirinya sebagai seorang daie..rolemodel islam..dan niat yg betul untuk menghadapi situasi ..emm... dalam otway dari kedai tghari tadi..terpijak batu..kaki terseliuh..sakit sanagt..hanya tuhan yg tahu.. sekarg ni pon berdenyut2.. malas la nak bising dalam bas tadi..kaki xbleh jelunjur..nak duk satu kerusi je..tapi kecoh pulak satu bas "ada yg nak duk sorg" adeii..manusia2.. biarlah..salah sis jugak x explain...ni makin berdenyut2 lagi.. maafkanlah...mereka hanya pk untuk shbt mereka yg xde kerusi..baguslah sikap tu..

bersama profesor madya dr.ramlee dan aya kawai penyelidik dari jepun

anak2 kecil yg perlukan bimbingan..

boleh dibentuk..dari kecil

suasana petang disekitar rumah pprt mereka..yg hujung jalan tu adalah umah jkk

..seolah terimbau lagi sewaktu nak bertolak ke gua musang..kul8pagi dah gerak dan sampai kul1 tengahhari.. dengan menaiki 1 lori besar..1 track.. 1 storm..2 pajero ..memang mencabar..nak memasuki kawasan pedalaman yg memakan masa hampir 1jam perjalanan sehala..jalan bengkang bengkok..tanah merah..suasana agak mendung..sis sendiri menaiki storm..berdiri dibelakang..lebam rasanya pinggang..terlanggar besi yg dipegang.tapi...seronok.

jam 2.30 petang sampai diperkampungan yg dinamakan pos lebir..yg mana masyarakat "Kaum Batek"..terus makan..dan ada taklimat pada malam tersebut..serta pembahagian keluarga angkat.. dalam pada itu..tugasan yg telah diberikan oleh profesor..supaya membuat satu penyelidikan berkaitan masyarakat org asli.. jadinya sis n the group memilh tajuk "kehidupan masyarakat batek sebelum dan selepas berkhawin" ..macma2 reaksi lah dari penduduk kg..bagi fakta yg salah..hu2..ada yg lari..kunci pintu..tutup pintu..palingkan muka..macm2 lagi kerenah..akhirnya setelah menebal muka dan belajar sepatah dua bahasa batek..barulah mereka buleh terima kehadiran..



suasana dalam rumah yg masih kekal traditionalnya

cara mendukung anak..

ada yg baru balik kerja

menegenai penempatan kami..rumah yg diberikan u tidor..macam hotel 5bintang..mewah sanagt..xmerasa la nak duk lam pondok diorg.. sebilik pula tu sis dengan pengkaji dari jepun.. "AYA KAWAI" tengah ambik phD pada umur 26 tahun..dia akan tinggal setahun di gua musang untuk buat pengkajian..yg bestnya aya ni..boleh la cakap melayu.. sepanjang duk ngan dia..24 kena bertudung.. mandi..makan..tidur.. inilah dakwah..hu2.. ty ust bob..katanya dalam mazhb syafie aurat cam lelaki..dan ty profesor dr.basri..mazhab hambali@hanafi.. boleh meperlihatkan..dengan sekadarnya..yg tidak membawa keaiban.. oleh kerana kami syafiee..kami amalkan dengan syafie..sis hadiahkan tudung untuk dipakai dan dia suka..emm..terharuu..malam tu pula..pesta durian.. ain n lieya yg hantu durian ni..memang xsedar pon dunia sedang berputar..dihitung dan dikira..ada 2,3 biji sorang. sis n sahabat ada mencadangkan kpd profesor supaya menghadiahkan tudung arini kepada org2 batek ni dan profesor amat berbesar hati lah..sehari sebelum berangkat..sis pergi ke kedai "desa murni" untuk membeli sebanyak 68 helai..dngan harga yg mampu dimiliki.. dan pada hari ke2 semasa slot motivasi pagi..kanak2 yg datang dengan xpakai tudung semua dihadiahkan dengan tudung..sampai kami balik pada hari ke3 ni..mereka masih pakai..alhamdulillah..dan sis n shbt2 menyemai lagu ketuhanan..biar jadi siulan.."satu..satu..sayang sama allah..dua..dua..sayang rasulullah..tiga2..sayang ibu ayah..1,2,3 syg semuanya.." ..syukur..kebanyakan mereka asyik mendendangkan..misi berjaya..

dalam majlis..semuanya dah pakai tudung..

surau yg terbiar..betul2 letak dihujung kampong

gulai tempoyak ikan patin..santapan tghari..em..berbaloi..

slot motivasi..nasyid lagu ketuhanan..seronok..

sepanjang jalan dikawasan kampung

ini dia..maherah zain..hu2..versi org asli..memang dorg terer sgt bab2 gitar..dakwah ngan music..so..sis join sekali

rumah yg dibuat sendiri..dalam 5hari pon dah bleyh disiapkan..kata responden

cari maklumat lagi..m,interview..bukan mudah nk fahami bahasanya..

kat sinilah..hu2..kami kena kelentong..semua mklumt yg dapat..sebahagian besar..salah

.cantekkan..adik2 bertudung..pergi mane2 pon mereka pakai tudung..
pos Lebir..bestttt!!


xtvt utama disini..sepak takraw..kat belakag tu..rumah yg kami diami..mewahkan..
waktu makan..semua org suka..

persembahan dikir barat oleh masyarakat kampong..em..best banngat..

cuma agak terkilan..ada surau dihujung kampung..cantek..tapi xgunakan..semak..kotor..ada bagi cadangan ke profesor u bersihkan tapi kesuntukan masa.. malam terakhir ada persembahan dari masyarakat batek n dari unisza sendiri..dikir barat and nashid..banyak bakat2 terpendam oleh mereka..terer sanagt main gitar.. boleh jadi maher zain versi masyarakt batek plop..mantop sangat.. amat bagus kalau digunakan u jalan dakwah..ada suka ada duka....ada juga belajar bahasa mereka.. "selamat cip.seh lagi -selamat tinggal.jumpa lagi" gambar diatas adalah sepanjang hari pertama sampai ke 3.. moga2 kembara kali ini bermanfaat dan bernilai ibadah ..amin

25 Jun 2010

disebalik kesakitan..

allahuakhbar!!allahukhbar!!allahukhbar!!

bertemankan tangisan satu keluarga nih..mata ini juga tak henti2 mengeluarkan air mata.. tak sebak..namun pedihnya mata ini tidak dapat dikawal.. yelah..asap menyerang lam rumah ni..hu2.. sakitnya mata..namun sebenarnya jiwa juga sakit..sakit sangat2 walau tanpa asap ini..resah..keluh kesah sepanjang waktu..moga allah bersamaku selalu
ibu: sejak semalam lagi asyik batuk2..pening2 dan muntah2..betul!ibu ada penyakit darah tinggi namun akhir2 ni jarang benar sihat seadanya..ditambah cucu2nya yang xtive ni..petang tadi ibu minta tolong urutkan..ambik sebijik..aku pula yang pening..takpelah..demi ibu tercinta..harap2..ibu sentiasa sihat..disebalik kesakitan ini..ada hikmahnya..
ayah: hari ni ayah pula demam..hurm..nampak lemah sanagt semasa nakpi solat jumaat tadi..gusarnya hati melihat orang tua ku ini..gaji ke2 bulan ni dah dapat pada 23 hb.. hurm..tadi beria la bagi kat ayah rm100 tapi reject2..ayah selalu ulang ayat " simpan jelah duit tu..klau bagi ayoh pon..kekgi minta mula" kesot ati..hu2..dah niat awal2 nak bagi kat ayah gaji ke2.. gaji pertama dah bagi kat mak rm 100..takpelah..belilah something untuk ayah ti..:) ayat org trg ..ayah "nyala" tadi..kat luar rumah..itu yg asap masuk abih satu rumah..takpelah.. sama2 kongsi rasa sakit..untungnya family nih.. ^_^

sis: pelbagai persoalan timbul..keresahan berpunca dari jiwa yang sakit..kesakitan berpunca dari sifat yang sensitif..sensitifnya terjadi bila tidak meredhai sesuatu perkara.. disebalik kesakitan ini ya allah..kurniakanlah..iman yang bertambah..moga hati ini sentiasa pasrah dengan ketentuanMU.

Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan. (Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari)

Dari Ibnu Abbas RA, berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan mudarat ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukan melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah.”

“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.” [Hadith]

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )


disebalik kesakitan ini..jiwa terubat dengan peringatan dari kalam2 tuhan..inzar dari rasulullah.. moga hati ini..senantiasa dididik dengan ketaqwaan..kezuhudan terhadap dunia..syukur paada allah..beri kekuatan selalu kepada hamba yang hina dan dhoiff ini

9 Jun 2010

kem bina insan

berdoa di makam.. allahyarham..ust fadhil nor..presidan pas..

alhamdulillah..

tepat jam 5 pagi tadi sampai sampai di depan rumah..kg.sungai ikan :) .. perjalanan dari jam 9.30 malam..keseorangan..hanya ditemani allah s.w.t.. begitu juga dalam perjalanan nak bertolak dari tgn kedah..first time pi sorang diri..tawakkal sebenar2nya..takut terlepas..pnyalah tak tidor selama 8 jam tuh..sampai jer..hurm..driver amik.he2.. seterusnya sampailah destinasi sekolah menengah islam darul ulum@ kolej islam darul ulum.. smidu@ kidu. ramainya fasilitator.. em..dah la xde kawan nih..jupelah sorg adik satu kampus..duk kawan ngan dier jelah.. last2 hari tu rasa nak balik..tetiba rasa tekanan.. lepas menyertai kursus selama 3 hari..alhamdulillah..niat dapat diperbetulkan..betul2 insaf dan terbuka luas minda.. amanat yg diberikan oleh kerajaan negeri untuk membentuk insan2 ni.. takut sanagt bila berhadapan dengan taklifan ni.. peserta yg dianggarkan 1000 org akan hadir..akhirnya setelah dipecah2 kan fasi kepada 3 kumpulan.. maka.. ana tetap berada di smidu.. selama dalam pogram ni..ukhwah antara fasi2 amat mantap sangat.. xdaklah sikap mcm org bukan tarbiah.. moga2 ikatan ini kekal ke akhirnya.. hidup kedah!hu2.. kedah best.. modul pon best..banyak mengajar erti kehidupan..



15 Apr 2010

kita teruskan saja perjalanan ni..

salam sayang buat rasulullah..kekasih yang ku cintai..buat sahabat2 dimedan dakwah..yg tidak jemu melangkah dan menyebarkan dakwah islam..alhamdulillah.. sedikit perkongsian ilmu dari alfaqirah..yg sememangnya dhaif dan hina disisiNYA. mengharapkan rahmat dan keredhoaannya serta moga2 dapat rasa dicintai olehNYA. Satu kisah yg ana nak kongsi..

Segelas Air Di Medan Perang

Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.

Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.

Abu Jahim bercerita.
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.

Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.

Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.

sedangkan apayg terjadi pada masa kini?masih wujudkah individu seperti sahabat2 nabi.. dalam perjuangan islam seharusnya kepentingan ukhwah dititip beratkan dan adanya..kemantapan ini tidak akan berlakunya rasa ketidakpuasan hati dan pertikaian taat setia@wala.. kalaulah faham sabda nabi saw..
“Dengar dan taat adalah menjadi wajib kepada setiap muslim dalam perkara yang ia suka atau tidak, selagi ia tidak disuruh dengan kemaksiatan, jika disuruh ke arah kemaksiatan maka tidak perlu lagi dengar dan taat” (H.R. Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang “Dengar dan taat adalah menjadi wajib kepada setiap muslim dalam perkara yang ia suka atau tidak, selagi ia tidak disuruh dengan kemaksiatan, jika disuruh ke arah kemaksiatan maka tidak perlu lagi dengar dan taat” (H.R. Bukhari dan Muslim)mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku, sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah. Sesiapa yang taat kepada ketuanya sesungguhnya dia telah mentaatiku, dan sesiapa yang derhaka kepada ketuanya, sesungguhnya dia telah mendurhakaiku” (H.R. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah)

Wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup ini merupakan suatu tuntutan utama walaupun ia mempunyai permasalahan-permasalahan yang tertentu. Permasalahan ini menjadi bahan pentarbiyyahan jika sekiranya pendokong Islam itu benar-benar yakin kepada Allah. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang menolong agamaNya. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memperkukuhkan kedudukanmu” (Muhammad : 7)

bukan disini tempat untuk pertikaian..kerna bermula disini harumnya debu2 islam..fikirkan kembali matlamat dan atas tujuan apa kamu berjalan pada jalan ini disini.. mungkin jiwa2 nan suci..namun pemimpin yg berbakti yang berwibawa..jiwanya sufi lagi haraki..itulah pemimpin sejati.. buanglah rasa kita mampu buat pembaharuan..kita nak kuasai banyak bidang..kita nak buat semua kerja2 islam,tidak dinafikan itulah tujuan asasnya.namun ikut kemampuan yg ada.sedangkan syura adalah terbaik dalam islam..pentarbiahan itu yg menentukan adakah dia seorg pejuang.. xbleh ditegur..xbawa bincang akan satu masalah..itu bukan orang yang ditarbiah.. hiduplah kerna iman dan islam..bukan kerna keagungan..cepat menilai sesuatu akan cepatlah mempertikai sesuatu..buat sahabat2ku..biarlah mereka terus berbicara..terus mencari makna disebalik kata..kita teruskan saja perjalanan ini..kerna kita dari akar yg sama..

5 Apr 2010

keutamaan hati..nilailah diri

bismillahirrahmanirrahim..

sememangnya dilahir untuk melengkap kekurangan.memberi pada yang meminta.memenuhi pada yang mempelawa dan mejadikan diri sebagai sandaran pada yang memerlukan. berbicara keutamaan hati menggambarkan bahawa-SIS NA. “Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

dalam hadis lain pula "Cobaan akan dibentangkan kepada manusia laksana tikar, satu demi satu. Ketika hati dipengaruhinya, satu titik hitam tercatatlah dalam hati. Ketika hati mengingkarinya, satu titik putih tercatatlah dalam hati sehingga hati menjadi satu dari dua jenis: yg putih seperti batu putih yg lulus dari cobaan, atau yg gelap hitam karena tidak mengenal ma'ruf (kebaikan) atau mengingkari kemungkaran." (HR Muslim) .

satu hadis yang menerangkan fitnah terbesar pada masa kini ialah " seorang laki2 yang pada paginya dia beriman dan pada petangnya dia kafir" inilah yang ditakuti. ana menerangkan hadis ni dengan contoh yang mana apabila dia solat pada waktu subuh dia mengakui "sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku hanyalah kerana allah" namun pada petangnya dia merasakan hukum hakam dan syariat yang diturunkan menjadi penghalangnya dalam kehidupan. contoh paling dekat mahasiswa kampus sendiri. apabila ditegur tak bleh berdua2an di tempat terang@gelap. apabila dia melafazkan "susahlah agama ni.itu xbuleh..ini xbuleh" kafir dia waktu itu dan apabila dia solat ,jadinya beriman kembali. inilah fitnah yang semamngnya susah nak keluar dan lari. sekejap beriman sekejap kufur. seharusnya berhati2 dalam stiap ungkapan dan kawalan emosi cukup penting.

ana nak membawa satu kisah realiti seorang hamba ALLAH yang cuba mencari jalan pulang dan ingin kembali pada ilahi. lelaki ini dikurniakan kebijaksanaan berkata2 dan kepandaian dalam berhujjah. ilmu yang ada padanya terlalu banyak. benarlah pesan rasulullah..apabila hendak berkawan perlunya memilih kawan yang baik. mungkin kerna pengaruh kawan.tidak ada kekuatan baginya dalam meneruskan sifat mahmudah yang ada padanya.kisah terjadinya bermula dengan berdua2an..jalan kesana ke mari. makan kat luar. naik kereta sekali. seolah suami dan isteri yang beza cuma tiada ikatan. pernah suatu ketika dia mengatakan ingin berubah dan memerlukan bimbingan. setakat peringatan dan ilmu yang ada, segala inzar cuba disampaikan.akhirnya berubah juga.jarang sangat dah kelakuan kurang sopannya kelihatan. Adakala musim cutinya dihabiskan untuk bertafakkur dipondok.mencari dirinya yang sebenar. namun manusia ni senantiasa dikuasai ego dan dkawal oleh nafsu..xsampai beberapa ketika dia mengulang lagi perbuatan dulu. dengan kuasa ALLAH, berbagai kejahatan yang dia buat ALLAH tunjuk satu persatu. dia tak perasan apa yang dia buat langsung rasa tak bersalah. sampaikan semua yang mengenalinya dikalangan para du,at ni hilang keprcayaan untuk bersamanya lagi. seandainya HATI itu sememangnya ingin diserahkan pada ALLAH sebetulnya, ana pasti diakan senantiasa istiqamah dalam taubatnya. ini terjadi kerana dia berubah kerna manusia. dan kerna manusia juga dia jadi begitu.

inilah yang ana nak bincangkan. keutamaan hati sememangnya untuk ilahi. cintailah Dia, akan ada org yang ditakdirkan bersama kita untuk mencintaiNYA. taubat yang dilakukan hendaklah bersunguh2. ana kadangakala cukup terkilan kerna dah lama "menjaga" dia walaupon kadangkala di anggap serong. apa la yang ada pada manusia. sedangkan hidayah itu dari ALLAH. Sememangnya penting husnu zhon..kemungkinan ibadat dia lebih baik pada orang lain. dosa dan pahala adalah urusan ALLAH dan sememangnya ana kembali kepada ALLAH untuk urusan itu. yang semamngnya dipentingkan sepatutnya hanyalah pandnagan ALLAH. nmun dalam uslub dakwah.metodologi dakwah perlunya menjaga thiqah dihadapan manusia kerna manusia adalah pemimpin dan khalihah dibumi. mana mungkin boleh mempamerkan kejahatan seperti syaitan atau berkelakuan seperti binatang. jagalah hati..pesan ini khusus untuk diri ana sendiri. melihat keadaan manusia pada masa kini cukup tawar hati nak mengharungi kehidupan. namun tuntutan syahadah ini sentiasa mengingatkan tempat berehat hanya setelah tercapai kemengangan ISLAM di bumi ini. pernah jua ingin "berehat" seketika namun pesan murabbi ana. "kalu kita nak berehat kena tunggu tok guru dulu berehat..barulah kita berehat selepas tu"cukup ringkas ayat namun tertusuk ke hati.sakitnya merembeskan air mata. payahnya perjuangan ini..namun ALLAH telah menjanjikan pelbagai kemewahan di akhirat 6ti..yakinlah wahai pejuang islam.

minggu lepas ada seorang sahabat membicarakan satu buku. ana menamakan sesi "bedah buku"
.tajuk buku tersebut "KINI BUKAN LAGI ZAMAN ABRAHAH" cukup terkesan dan amat sesuai untuk ikhwah sekalian dalam meneliti balik tahap keyakinan pada janji ALLAH dan usaha yang dibuat dalam memartabatkan islam. duhai sahabat2 dijalan ALLAH.. SENTIASALAH MEMBERI PEERINGATAN KEPADAKU.. kekadang lemahnya tidak terlihat kerna kuatnya ukhwah..namun pernah "rebah" ..bila kaki mula melangkah ini..diharap semakin kuat dan tidak berpatah balik lagi.. AMINNN.

"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar".(Umar bin Khattab) .




19 Mac 2010

PaRLiMeN MaLaYSia

2o tahun lagi..diorg ni jd yb..

BERSAMA YB KHAIRI JAMALUDDIN-KJ

NILAH..PENDUDUK BUMI SUBJEK DASAR DAN PERANCANGAN SOSIAL



salam,alaik..seketika terasa..perlukah melawan segala persoalan yang ada..terasa pula seolah2 mempersoalkan takdir diri ini...
bismillahirrahmanirrahim..

cerita semalamm jugak..blog ni tempat untuk berkongsikan? jadinya..perlunya cerita samada menarik atau tidak terpulang pada pembaca..sis taip je..ikut hati..ikut iman..

kul 10 malam gerak dari kampus pi KL..lawatan rasmi ke parlimen..punyerlah sejuk malam tu..xtau nak dudk guane..kejap agkat kaki..kejap ke kiri..kejap ke kanan..dah la..nasib badan,,setakat nie pi mane2 pon..kalu naik bus memang xbleh tido..terpaksa menjelajah mata nie ke luar tingkap..tengok pemandnagan..suasana riuh rendah..sebelom naik bus lagi..start begambaq sudah..hu2..separuh kamera tu dah penuh dah..ni lah penyakit kami..ngeh2..

kul12 malam berhenti makan2 kat are paka kot..sebelom maasuk pahang..bila lalu kawasan tu..rindu plop jalan2 naak pi ke kuaantan,jerantut.. kul5 pagi..sampai la kat genting sempah?hu2 xingat lah..tapi tempat perhentian lah.mandi.solat.makan pagi dan sebagainya..disini terjadi pergaduhan ala2 kids..hu2..ada ke sorg adeq nie..mintak tukaq blazer xmau..patutnya dier lelaki kena la jaga kakak2 nie..memg la blazer pompuan tu nampak slim ckit dari duk tgk kami pakai comel cket dari barut nangka,..keras hati betollah..last2..sis la jugak cuba berlapang dada bg sahaabt tu pakai yg sis punyer..kan xbleh masuk dewan..tapi sis plop jadi mangsa..hu2

kul9 pagi kami dah tercegat depan parlimen..xtvt biasa..gambaq2 lagi..pah2 ader taklimat cket n then kami diberi keistimewaan untuk masuk awal jam10..lihat bgmana persidangan parlimen bermula..xcited sanagt nie..nak tengok wakil2 rakyat nie..cuba teka..sapa yang sis nampak dulu? pastinya.. ust nasruddin mat isa..n dibelakangnya.. ust salahuddin ayub.. lagi2? yb zailah n nampak kat belakg sane tempat tetamu dudk anaknya.. ummu syuhada..baru je bertemu baru2 nie..jodoh lagi la tu.hu2..jumpa lagi.. pah2 izzah anwar.dr lo'lo'. khairi jamaluddin, n bleh kata semualah..lepas baca doa..dewan mengalu2kan kedatangan kami..sebut lagi dari UDM..HU2..Masa tu semua yb2 duk tepuk meja..bangga na..persidangan bermula.. isu pertama pasal bloggers..perlukah ambil tindakan.. isu kedua.. isu usahawan francais dikalangan anak muda melayu.. isu ketiga.. hiv n peranan kerajaan.. seterusnya isu umur pengundi diturunkan dari umur 21 kepada 19.. dan banyak lagi..xingat plop.. ada sorg yb setentang ngan tempat dudk kami..sis pon angguk la kepala tanda hormat..macam kenai jer..pah2 sampai lah satu surat layang..ngeh2..yb tersebut ajak minum pagi..hu2.. sis baca nama yb tersebut..rase nak tersedak jer..rupanya YB KUALA NERUS..hu2 yb tempat sis rupanya..kul11 pagi kami kuar pi dewan makan..fuh!memang kami dilayan betol2 la..pah2 pi ambik makanan n makan lagi..bising jugak member2 yang laen..kalu tau..xmakan pagi tadi kat perhentian..dah la mahal..peniaga plop was2 betol kami nak makan.. yb pesan..jap lagi dewan lagi hangat.. pkr lawan dengan calon yg kuar pkr dan jadi calon bebas.. sis pon xsabar2 lagi..masa masuk tu dah hanagt..biisng sanagt..dengan tepukan..sorakan..bantahan..n macam2 lagi.. abih perkataan la keluar.. lupa dah nama pkr tu..indian la..masa tu izzah ade lagi..pah2 dia terus kuaq la..yang mententeramkan keadaan adalah yb dari titiwangsa n yb muslimat sorg lagi..lupa gak nama..itu pon kena hentam oleh yb2 kerajaan..fuh! memang hanagt sanagt dewan..cukup teruja la.. itulah sis kata.. 10 tahun lagi..saya nak jadi ahli parlimen terengganu..hu2..

jam 12.30 kami terpaksa kuar..ramai lagi yg mau tengok..pah2 ade arah tujuan..banyak la canggah2..pah solat kat masjid negara..kami pi la SOGO..xtau nak beli ape..bosanya..last2 kami naik tangga bergerak tu semata2 ..sampai tingkat lapan.tengok suasana kejap..pah2 turun ngan lift..hak2..senget tol.. pah2 kuar jalan2 sekitar..last2 ade plop kawan..deq mar terjelopok..hampir nak pengsan..panas sangat cuaca msa tu..last2 minum kat depan sogo tu..punyer la mahal..setengah jam duk pk nak minum ape2..last2.. yg paling murah tau ape? "secret mineral water..rm2..hu2..ape punyer la... pah2 sis htr mar balik nek bas..baek kami relaks2 jew..tu yg best..pah2 ader sembg ngan mat2 teruna nie isu2 hangat..last..bertolak pulang jam7 n jam 10 berhenti mkn kat phg..nasi aym york..pah2 cuba utk lena..n berjaya..sampai kampus jam3.30 pg..kunci bilik lupe bwak n singgah bilik cik nom..jadiklah..