29 Jun 2013

sesekali percaya pada naluri

bismillahirrahmanirrahim..

(bila sedih..mood hapedet blog unlimited)

Alhamdulillah.. bersyukur dengan segala limpah kurnia nikmat dan rahmat Allah s.w.t.
berlaku macam-macam todays..

**malam tadi.. ada perhimpunan dengan student asrama..hampir jam 11.30 malam, dek kerana mata tidak mampu dibuka..minta dengan boss naik awal.. tanpa disangka.. tokki staff yang sangat akrab dengan ai meninggal sejurus selepas ai naik bilik. xde orang memaklumkan pon.. malam tu isyak belum lagi solat.. tidur2 ayam.. banyak kali dikejutkan dengan perasaaan.. kul2.. kul3.. kul4.. dan solat ingat pada pukul5 pagi.. xbagus2!! namun jiwa seakan ditekan dan ditarik2,, rupanya ada orang meninggal.. yang terdekat dengan kita pula tu.. lebih kul10 pagi baru tau..sedih ngat.. alfatehah..

**" jika allah menghalang kebahagiaan.. ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun" allah.. allah.. allah.. hati mula rasa tak selesa.. macam yakin je akan berlaku sesuatu..allahu..memang terjadi betui.. apa yang berlaku hari ni menjadi pembuka kekeliruan dalam kehidupan.. moga dengan doa ramai yang mengharap berlangsungnya sebuah janji..mampu memberi yang terbaik. Allah kan ada untuk kita menyatakan harapan.. jadi jangan bersedih.. Allah uji untuk beri rahmatnya yang luas.. :) :) smile..smile

**hari ni starting life sebagai driver dari batu rakit--->sg.ikan--->tok jembal--->seberang takir---> gong badak--->batu6--> sg.ikan---> batu rakit.. membesar dengan sihat didalam kereta.. owh.. kerretta(ayat marwan) alhamdulillah.. kereta my father sudah habis dilunaskan..akhirnya.. pinjaman tanpa syarat telah dibuat demi memastikan my father tidak perlu susahkan dirinya lagi..


**ada jenis manusia..gemar menceritakan kegembiraannya ..kehiduapnnya..dari zaman single..berkhawin dan beranak pinak... beberapa ketika.. saya sendiri terpukul dengan cerita hidup saya.. mungkin kegembiraan kita tidak mampu mengukir senyuman orang yang mendengar/melihat/membaca.. jadi berhati-hatilah dalam berkongsi.. hidup ini untuk bersederhana.. jangan menyamakan diri sendiri dengan orang lain "eh..saya boleh je lalui.." "takkan tu pon xboleh nak hadapi" .. kan tuhan dah kata.. setiap ujian tu mengikut kemampuan.. mungkin kita boleh sabar dengan perkara besar dan sahabat2 kita sebaliknya.. dan mungkin kita belum tentu mampu hadapi dengan perkara yang kecil sedangkan orang lain anggap biasa-biasa saja,..begitulah maha rahman dan maha rahim nye Allah.. 

**jom muhasabah diri selalu. jangan letakkan harapan pada manusia.. tetapi hargailah kepercayaan orang kepada kita.. pak ustaz yang baik tu sering mengingatkan "yakin dengan pilihan Allah" hidup pasti berkat.
insya Allah :)

Tiada ulasan: